PDA

View Full Version : My Macro Training

superyrzaf
15th August 2008, 10:59 PM
Assalamualaikum,

Ini adalah posting macro first sayer di sini.... Masih banyak yg perlu belajar.. Gambar di bawah ni sedikit oof, ada idea tak macam mana nak dapatkan gambar yg lebih baik? :?: :D

http://farm4.static.flickr.com/3207/2764839131_264f6a951c.jpg?v=0

http://farm3.static.flickr.com/2199/2765685696_3ce236ceba.jpg?v=0

Boogey
16th August 2008, 05:14 PM
Guna kamera apa dan lensa apa tuh?

ambo_az
16th August 2008, 06:29 PM
sy tak la bagus sangat tp setting yang biasa saya guna untuk makro
1. shutter speed 100 hingga 200 - untuk elak gegaran yg menyebabkan blur
2. aperture seminimum yg boleh (f 10 - f 22) - untuk dapatkan DOF yg lebih baik dan elakkan blur
3. ISO 100 atau 200. untuk dapatkan sharpness
4. guna flash internal @ external - untuk lighting dan background akan menjadi gelap jika subjek terlalu jauh dengan backgroud...

sekian adanya

superyrzaf
16th August 2008, 11:58 PM
@ Boogey
Kamera yg digunakan ialah 400D + sp90 + 4X filter (pinjam member :P ).

@ ambo_az
terima kasih dgn tips yg diberi. Patut la oof sket gambar, f sayer guna 4.

red
18th August 2008, 12:09 AM
cabut filter tu. pakai sp90 je.

ambo_az
19th August 2008, 10:43 AM
setuju dengan red...cabut filter tu... pakai filter tu akan menyebabkan DOF lagi nipis...kemungkinan untuk gambar jadi blur akan tinggi..boleh pakai tp tangan kena tegap...kalau ada penyakit parkinson lg takleh pakai...harap2 tak kena penyakit tu ler..hhehe

superyrzaf
19th August 2008, 08:41 PM
OIC.... Okey, sayer akan cuba buang filter tu lepas nih... Teringin betol nak test raynox 250 nih... :evil:
Gambar bawah ni sayer still ambil dgn filter tu, tapi dengan setting yg ambo_az kasik... Thanks bro!! Sayer rasa ada sedikit improvement tapi composition macam out sket... Tangan goyang2 :P

http://img175.imageshack.us/img175/4773/img4895lq4.jpg http://img103.imageshack.us/img103/9960/img4897em4.jpg

ambo_az
20th August 2008, 09:12 AM
dah cantik dah tu...kalau nak lagi cantik cuba fokus bahagian kepala@mata, hasilnya pasti lebih memukauuuuuu....selamat bermakro...

azryshah
20th August 2008, 09:35 AM
gambar dah chantek, cuma background bunga tu mcm over skit.
just my 2 sen komen :lol:

superyrzaf
21st August 2008, 10:39 AM
@ambo_az
Tq bagi tips yg sangat berguna :mrgreen:

@azryshah
Okey. Noted :mrgreen:

ikelah
21st August 2008, 02:46 PM
OIC.... Okey, sayer akan cuba buang filter tu lepas nih... Teringin betol nak test raynox 250 nih... :evil:
Gambar bawah ni sayer still ambil dgn filter tu, tapi dengan setting yg ambo_az kasik... Thanks bro!! Sayer rasa ada sedikit improvement tapi composition macam out sket... Tangan goyang2 :P

http://img175.imageshack.us/img175/4773/img4895lq4.jpg http://img103.imageshack.us/img103/9960/img4897em4.jpg

nak tanya sikit, raynox 250 tu untuk apa? thanks.

rburns
21st August 2008, 03:12 PM
aku x tau orang lain... kalo aku.. aku crop skett gambar tu..
ejass sket brighness n contrast... ejas curve...
bagi lebih focus pada binatang tu...

http://i179.photobucket.com/albums/w303/syaz_mb430/img4897em45.jpg

p/s: sorry geng.. aku ejass gambar ko....

superyrzaf
21st August 2008, 04:07 PM
@ikelah
Raynox 250 tu ialah sejenis 2.5x macro conversion lens. Peralatan macro yg berkualiti dan murah. Sayer minat lens ni sbb gambar macro yg bole diambil dgn lens ni mmg mengancam. :D

@rburns
erk... betol la, gambar lagi mengancam la dgn editing yg bro buat... uhuhuuh :o saya tak crop langsung gambar yg sayer ambil. Edit sket2 ja...

rburns
21st August 2008, 04:24 PM
Raynox 250 tu ialah sejenis 2.5x macro conversion lens. Peralatan macro yg berkualiti dan murah. Sayer minat lens ni sbb gambar macro yg bole diambil dgn lens ni mmg mengancam. :D

superyzaf... Setahu saya Raynox 250 tu adalah accessory dan fungsi dia lebih kurang sama dengan close up filter cuma kualiti yang di hasilkan oley Raynox lebih baik daripada close up filter...

Kalau saudara sudah memiliki Lense SP90 saya rasa sudah cukup untuk dapatkan gambar macro yang baik...
Kalau saya diberi pilihan samada SP90 vs Raynox 250 + 50mm (lense yang baik untuk di atttach dgn raynox) saya akan memilih SP90 sahaja... Kenapa? Sebab dengan SP90 saya boleh dapatkan max factor 1:1, sedangkan Raynox + 50mm x dapat mencapai tahap tu.. unless jika saudara inginkan super duper macro dgn attachkan SP90 + Raynox 250..
Tapi make sure tangan kena VR (kalo hand-handled) dan tahap kesabaran yang paling tinggi...
Saya pernah cuba combination ni... tapi untuk control DOF agak sukar sedikit.. dan focusing agak susah..
Mungkin boleh bertanya Dgn Dr Ali Kuantan sebab dia memang biasa attachkan sp90 + raynox....
Tapi kalo sesapa xder macro lense langsung... dan sudah memiliki lense 50mm...
Maka raynox adalah jalan yang paling mudah dan murah untuk layan macro... hehehe

p/s: Lama dah x layan macro ni... hehehe

ikelah
21st August 2008, 10:25 PM

sudah jelas pada saya. terima kasih encik superyzaf dan en rburns. memang hebattttt. luar biasaaaaa.

red
22nd August 2008, 12:04 AM
dr ali kuantan punya setup= raynox + SP90 + extension tube.

dengar2 dia nak pow mikroskop kat spital dr jamal supaya boleh dapat ultra makro plak.

rburns
22nd August 2008, 06:24 PM
dr ali kuantan punya setup= raynox + SP90 + extension tube.

dengar2 dia nak pow mikroskop kat spital dr jamal supaya boleh dapat ultra makro plak.

itu ler pasal red.. x hengat punya super duper ultra micro.. wakakaka...
superyzaf.. kalo nak try setting tu boleh jumpa dr ali...
tapi pada pandangan saya cuba maksimumkan penggunaan SP90 tu..
rasanya gambar yang saudara shoot tu x guna 1:1..
set lens tu pada 1:1.. try shoot manual focus..
insyaallah.. hasilnya dah cukup best..
cukup untuk dapatkan bulu2 kaki lelabah..
x caya tanya red.. kan red kan? kan?

superyrzaf
24th August 2008, 12:34 PM
Setelah mendengar nasihat sifu2 sekalian, sayer try guna SP90 saja, tak da filter 4x. Crop sket (tapi saiz gambar tak seragam)
and auto level pakai photoshop. Ni lah hasilnya... :P Lighting rasanya sedikit kuat.. Apa komen sifu2 sekalian? :wink:
http://farm4.static.flickr.com/3085/2790898427_077a21bdc3.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3065/2790898867_bee361b57e.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3268/2791748660_f40104a58d.jpg

ambo_az
25th August 2008, 08:25 PM
waaaawww...ini dah cun...lighting not bad...background cantik...gambar pertama tu kelassss....kalau nak belajar lighting makro sila belajar dengan red...belanja roti canai mamak gerenti dia ajar punya...

ikelah
25th August 2008, 09:11 PM
screen saya nampak macam gambar over exposed sikit terutama 2 n 3. mungkin dalam skrin lain nampak ok.
mungkin saya kena adjust brightness skrin saya.

macam mana nak kurangkan highlights dan pisahkan main subjek dari background? harap sifu sifu boleh ajar. harap ok nak tumpang tanye sikit. :)

azliismail
25th August 2008, 09:32 PM
cunn ler tips yg diberi ....aku dah test eos 40d + tamron 90mm 1: 2.8 dgn setting shutter speed 160 F20 iso100 build in flash = gbr cun + sharp (nanti aku upload gbr) sebelum nih macro aku mcm hampeh (sampai rasa cam dah malas nk layan macro) tapi kini tidak lagi!!! terima kasih mr clean ehh!! silap......tima kacih pd cikgu2 kat sini

ambo_az
25th August 2008, 10:05 PM
screen saya nampak macam gambar over exposed sikit terutama 2 n 3. mungkin dalam skrin lain nampak ok.
mungkin saya kena adjust brightness skrin saya.

macam mana nak kurangkan highlights dan pisahkan main subjek dari background? harap sahabat sahabat boleh ajar. harap ok nak tumpang tanye sikit. :)

cehhh...ikelah ni...dia punya lagi power...buat2 tanya pulak...

cunn ler tips yg diberi ....aku dah test eos 40d + tamron 90mm 1: 2.8 dgn setting shutter speed 160 F20 iso100 build in flash = gbr cun + sharp (nanti aku upload gbr) sebelum nih macro aku mcm hampeh (sampai rasa cam dah malas nk layan macro) tapi kini tidak lagi!!! terima kasih mr clean ehh!! silap......tima kacih pd cikgu2 kat sini
inilah kongsi ilmu namanya...lagi banyak kita kongsi lagi banyak ilmu kita dapat...

superyrzaf
28th August 2008, 09:23 AM
Ya betol... Terima kasih kepada sifu2 di sini.. Dgn tunjuk ajar yg diberi, sekejap ja dah improve walaupon bukan tahap dewa dewi lagi.

waaaawww...ini dah cun...lighting not bad...background cantik...gambar pertama tu kelassss....kalau nak belajar lighting makro sila belajar dengan red...belanja roti canai mamak gerenti dia ajar punya...

TQ ambo_az... Bro Red, ada tips dak nak beri kepada newbie cam sayer? :P

screen saya nampak macam gambar over exposed sikit terutama 2 n 3. mungkin dalam skrin lain nampak ok.
mungkin saya kena adjust brightness skrin saya.

macam mana nak kurangkan highlights dan pisahkan main subjek dari background? harap sahabat sahabat boleh ajar. harap ok nak tumpang tanye sikit. :)

A'ah, 2 n 3 overexposed sket..
Soalan Ikelah ni level tinggi la, tak reti nak menjawab.. Harap2 sifu2 bole tolong sebab sayer pon nak tau jugak...

Boogey
28th August 2008, 02:57 PM
screen saya nampak macam gambar over exposed sikit terutama 2 n 3. mungkin dalam skrin lain nampak ok.
mungkin saya kena adjust brightness skrin saya.

macam mana nak kurangkan highlights dan pisahkan main subjek dari background? harap sahabat sahabat boleh ajar. harap ok nak tumpang tanye sikit. :)

Memang nampak terlebih highlight. Agaknya kena pakai kertas minyak macam Ikelah selalu guna tu untuk lembutkan cahaya, adjust kekuatan cahaya atau sengetkan sikit flash tu macam Red selalu buat biar cahaya datang senget atau tak yah guna flash lansung. Nak pisahkan subjek dari background kena adjust sudut sikit atau kalau payah amat, gi culik kumbang tu, letak pada daun sehelai, angkut tengah padang dan shoot.
Pendek kata cuba cuba je la mana molek.

rburns
28th August 2008, 03:22 PM
macam mana nak kurangkan highlights dan pisahkan main subjek dari background? harap sahabat sahabat boleh ajar. harap ok nak tumpang tanye sikit. :)

Doc... jgn la macam tu hehe.. sudah gaharu cendana pula.. org terrer macam doc ni patutnya boley ajar org lain...

tapi kalau difikirkan persoalan yang ditimbulkan oleh ikelah.. memang benar.. overexposed pada background ataupun highlight pada subject mmg seringkali berlaku...
Overexposed pada background boleh berlaku bila; background berwarna putih atau cerah (contoh bunga putih); cahaya matahari yang terlalu kuat dan reflek pada daun yang cerah; bila subjek (insect) berwarna gelap dan terlalu contrast dgn background yang cerah... Begitu juga highlight dan over berlaku pada subject apabila kita menggunakan flash...

So bagaimana caranya untuk mengatasi masalah tersebut...?
dapatkan angle dan sudut yang sesuai... untuk lighting yang baik... dan semestinya penggunaan Aperture, Shutter, ISO dan flash yang betul..

Kata Dome.. Fikir dulu sebelum shoot.. Kata hantyzen... baru nak pikir menatang dah lari.. hehehe..

Sebab tu dalam macro photography ni memerlukan kesabaran... tetapi perlu cekap..
Kata Dr Malek.. pengetahuan dalam 'metering' tu sangat penting untuk mendapatkan hasil yang baik..

tapi teringat jugak professor red pernah beritahu... dalam insects macro photography kebiasaannya.. photog tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam mengcapture gambar.. faktor alam sekitar dan habitat insect kadangkala memaksa photog terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan lighting yang baik.. background yang cantik.. angle dan composition yang menarik... dan kadangkala.. terpaksa berputih mata bila gambar x jadik... hehe

superyrzaf
4th September 2008, 09:31 AM
Owh... Terima kasih dengan segala tips yg diberi... Banyak yg kene dihadamkan tetapi memang berbaloi. TQ!!! :D

red
14th September 2008, 12:14 AM
gambar makro insect ni ada pelbagai pandangan tentang best atau tidak. ini pandangan pribadi saya:

dari segi teknikal saya gemar gambar yg kaler dia natural- tidak terlalu saturated atau vivid.
sharpening pun jangan keterlaluan nanti nampak cam menatang plastik dan kena varnis.
jaga highlight agar tak nampak berkilau sangat hingga hilang detail di kawasan penting (seperti texture sayap).
kawal DoF agar bahagian yg difokus itu adalah bahagian yg menarik.
background tu kalau tak membantu cerita, kasi bokeh je sebab nanti akan jadi distracting.
jaga noise sebab nanti akan berkecamuk dgn details.

dari segi cerita lak, saya suka gambar yg:
memaparkan subjek yg jarang dilihat.
subjek dalam habitat dan keadaan yg natural.
subjek bukan dalam keadaan stress akibat diganggu phtographer.
subjek buat benda yg menarik seperti makan, mengawan atau bertelur.

untuk mahir teknik, prektis dgn subjek still life dulu. main dgn lighting, DoF dan shutter speed.
untuk dapatkan cerita menarik, kena sabar bila mencari subjek. bila nampak, set kamera dan rapat perlahan2. cari angle sebelum anda sampai cukup rapat dgn subjek. bila dah cukup rapat nanti kita dah tak de banyak ruang nak bergerak so kena plan position sebelum kita rapat.

ini antara gambar favourite saya yg juga merupakan antara gambar makro yg paling mecabar untuk diambil. cabarannya ialah untuk dapat sudut yg memenuhi keperluan teknikal dan dapat timing yg tepat. kawasan sekeliling tu ranting dan daun yg mana menyukarkan saya nak mendekati subjek sebab tak nak langgar ranting tu takut ganggu spider ni tengah salin kulit. dah la fenomena ni sekali je saya pernah nampak secara live.

http://i100.photobucket.com/albums/m37/metaurus/P3208023-1.jpg

azliismail
15th September 2008, 10:18 PM
aku dah diy flash dgn menggunakan kertas putih panjang sampai kat depan lens
sebelum nih aku shoot, gelap cahaya tak cukup
aku guna shutter speed 120 nak elak gegar, f12 nak dptkan dof, iso 100 nak elakkan noise
hasil nya bagi aku yg baru nak try macro nih puas hati ler
cuma masih tak dpt nak shoot insect lagi
dok tibai gbr cadar selimut, texture sofa dan benda2 dlm rumah jer
nanti dah dpt shoot insect aku upload kat sini minta otai2 tolong komen

azliismail
16th September 2008, 10:06 PM
http://farm4.static.flickr.com/3113/2862052371_7f0e408f2f.jpg?v=0

http://farm4.static.flickr.com/3211/2862046993_560e725a57.jpg?v=0

TOLONG KOMEN....TQ
pic #1 speed 125 f7.1, iso200
pic #2 speed 50 f8.0 iso200

azliismail
17th September 2008, 10:02 PM
http://farm4.static.flickr.com/3174/2865577204_c892407a06.jpg?v=0

superyrzaf
18th September 2008, 02:59 PM
Wow.. thread ni ada perkembangan... Saye ni pon newbie gak so kalau salah tu tolong betulkan ek?...

pic #1 mata tak berapa in fokus n cam ada reflection flash...
pic #2 Cun Cun :D
pic #3 mata tak berapa in fokus