PDA

View Full Version : Polis cari "Man Andam"



mozakim
8th September 2008, 12:45 PM
Terbaca ni kat kosmo online .... sesapa geng FMDC yang tau pasal kisah nih?

KUANTAN - Polis meminta seorang lelaki, Azman Abu, 31, atau lebih dikenali sebagai Man supaya tampil bagi membantu siasatan enam kes penipuan melibatkan penganjuran majlis perkahwinan di sekitar daerah ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, ini kerana setakat ini pihaknya percaya Azman sahaja yang mampu memberikan maklumat tepat kepada polis dalam usaha menyelesaikan enam kes terbabit.

"Saya meminta kepada orang yang boleh membantu siasatan ini iaitu Azman Abu atau lebih dikenali sebagai Man dan berasal dari Kampung Pegoh, Alor Gajah, Melaka agar dapat tampil membantu polis.

"Kerana sebelum ini, usaha kami untuk menghubunginya beberapa kali menerusi telefon bimbit miliknya gagal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kes sama supaya dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Chif Inspektor William Fernandez di talian 013-9230722 atau 09-5132222 sambungan 220. - dipetik dari Kosmo Online

LInk di sini : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.a ... =ne_15.htm (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm)

zainzubir
8th September 2008, 01:26 PM
kes penipuan menda?? package perkahwinan amik gambo ke package perkahwinan mengandam??isk harap2 dia tak tipu kes package amik gambo...kalau idak kes beghat dan memalukan buat wedding photog jer.... :evil:

shearazi
8th September 2008, 04:28 PM
cis buat malu org melaka je :evil:
berita ni dgr kt era pagi nk gi keje td...tp dia sebut 'jururancang perkahwinan'

shearazi
8th September 2008, 04:30 PM
eh silap 'perunding perkahwinan' kot..dh lupa plak :D

zulz
8th September 2008, 08:21 PM
perunding perkahwinan....muka dah terpampang di semua akhbar...
nak kawin pun susah camni...huhu

machangman
9th September 2008, 06:20 AM
aku tgk handsome juga budak tu,,,, dia guna anugerah allah untuk menipu,,, serah diriler man, bulan baik ni taubatlah sementera pintu taubat masih terbuka

mozakim
9th September 2008, 10:24 AM
dikatakan "beperwatakan lembut" ..... set2 geng andam la katakan, lembut2 pun auta sakan... bikin rosak reputasi orang lain yang wat keja betul jek... sedikit sebanyak akan terkena tempias gak pada wedding photogs. Polis ada wat statement "jangan mudah serahkan deposit" blablablaa... hmmmm

msharq
9th September 2008, 03:07 PM
dia da kena tangkapppp


Suspek kes tipu pengantin ditahan
09/09/2008 2:14pm

KUANTAN 9 Sept. – Suspek utama yang dipercayai terlibat dengan enam kes penipuan pasangan pengantin di bandar ini berjaya ditahan polis di sebuah resort dekat Taiping, Perak, pukul 4 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, Azman Abu, 31, beralamat di Kampung Pegoh, Alor Gajah, Melaka, ditahan di resort tersebut dengan kerjasama polis Perak.

“Turut ditahan bersama Azman ialah seorang rakan lelakinya berumur 20-an. Dengan penahanan ini, polis percaya kes penipuan tersebut dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini

emkay
9th September 2008, 06:13 PM
dia da kena tangkapppp


Suspek kes tipu pengantin ditahan
09/09/2008 2:14pm

KUANTAN 9 Sept. – Suspek utama yang dipercayai terlibat dengan enam kes penipuan pasangan pengantin di bandar ini berjaya ditahan polis di sebuah resort dekat Taiping, Perak, pukul 4 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, Azman Abu, 31, beralamat di Kampung Pegoh, Alor Gajah, Melaka, ditahan di resort tersebut dengan kerjasama polis Perak.

“Turut ditahan bersama Azman ialah seorang rakan lelakinya berumur 20-an. Dengan penahanan ini, polis percaya kes penipuan tersebut dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini

Hmmm...padan muka, raya la dlm lokap.

mozakim
10th September 2008, 09:51 AM
sepandai-pandai menipu.. kantoi jua akhernya... fadan ngan muke tows... huhhh

shearazi
10th September 2008, 12:23 PM
fuh sian pengantin2 yg kena tipu tu..hopefully diorg dpt balik duit diorg kan...

adukaputra
10th September 2008, 01:28 PM
fuh sian pengantin2 yg kena tipu tu..hopefully diorg dpt balik duit diorg kan...


kalau tak silap aku akhbar smalam ada kata dia ditangkap di sebuah resort.diulangi RESORT..ekekeke.MAKNANYA?...
TAKDE MAKNANYA!!!..

keh keh keh..buat malu PHOTOG KUANTAN jer...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...... baru jerk konvoi merdeka lepas masa FMDC turun ktn kawan ngan sani fotokristal borak pasal benda nieh....ekekeke..nasibbb laaa kita semua kalau terkena tempias..nak buat camne..malaun ni dah conteng arang.... alhamdulillahhhh.... kau buat la lagi... :|