View Full Version : "Tambah ilmu di Kelab Fotopages" - KOSMO
azmanshah
10th April 2006, 03:06 PM
Aktiviti Zoo-ming 2006 kita telah pun masuk akhbar KOSMO 10 April 2006, mukasurat 13.
AyAres151
10th April 2006, 03:10 PM
yeahhhaaaa.....TAHNIAH buat warga2 FMDC semua... tanpa korang siapalah FMDC...
Terima kasih kerana memberikan sokongan padu kepada FMDC terutama buat Otai2, Sifoo2 semuo yang sudi memberikan ilmu-ilmu mereka utk di kongsi dengan newbie dalam bidang ini..
Semoga FMDC terus Maju dan MAJU tanpa ADA RASA DENGKI dalam diri masing2 terhadap satu sama lain..
Mewakili Admin Forum FMDC...ese ucapkan TERIMA KASIH DAN TAHNIAH.. korang memang marbeles...
buntalshoot
10th April 2006, 03:12 PM
Fuhh... scan la papa...kasi masuk kat sini keratan akhbar tu... :D
Darmansyah
10th April 2006, 03:21 PM
scan la page tuh n letak kat sini sbg bukri papa..
hehehe...
sobriazmi
10th April 2006, 03:22 PM
buh jgn tak buh...
zul78
10th April 2006, 03:31 PM
fuyooo ...cam tak caya .....
walaupun takder gambar ....
hebat gak promotion dia ....
thanks bro azman ....
http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/kosmo.jpg
motstudio
10th April 2006, 03:33 PM
caya...jangan tak caya :D
mercizwa
10th April 2006, 03:34 PM
aku ingat ada gambo... letih aku memecut g kedai....dah la tuh... byk kedai dah abis stok... 2,3 kedai gi.. last2 jumpa gak....
nikfariz
10th April 2006, 03:35 PM
nasib baik ada scan kat sini.. aku baru nak pecut g kedai sebelah.. heheh :P
sobriazmi
10th April 2006, 03:36 PM
tudiaa....tudia..
pasti ramai user baru lepas ni...
tungguu!!!!
teruterubozu
10th April 2006, 03:43 PM
cayalah..lepas nih kita leh buat event2 yang lagi besar n menambah ilmu...bila nak ada lagik eh gathering macam ZOOming smlm...best gile
AyAres151
10th April 2006, 03:49 PM
yeahhhaaa... tora sudah kuar kosmo... Berita Harian dan UTusan plak bila nk kuar ni?hehheehe..ker kosmo jerk?
apa pun... rata2 org mesia beli KOSMO sure akan jengok our FORUM...
tahniah lagi sekali buat semua!!!
Darmansyah
10th April 2006, 03:58 PM
tahniah kepada semua orng yg terlibat...
azmanshah
10th April 2006, 04:01 PM
macam mana lah dia boleh tulis.. "Ketua Komuniti Kelab Fotopages, Azman Shah berkata,..." ?
sobriazmi
10th April 2006, 04:02 PM
hehehhee...
sepatutnya aji kan
hehehhe
Lily
10th April 2006, 04:12 PM
300 org ?? bio betik ...
Lily
10th April 2006, 04:14 PM
hehehe .. tak pe la papa ..
sbb bro aji x de tuh
tuh sbb la .. ;)
ND
10th April 2006, 04:15 PM
dah 620 org register dah :D
shaifulrizal
10th April 2006, 04:18 PM
so..AKTIVITI lepas ni??
ND
10th April 2006, 04:18 PM
Mega Gathering :D ..tapi tu lambat lagi..
pasni ke Singapura kita..ayuh! Zoo Singapore
Lily
10th April 2006, 04:21 PM
mega gathering .. yeh yeh !!
buat la annual dinner
dinictis
10th April 2006, 04:21 PM
Alamak aku dah terpost kat thread lagik satu.. tak nampak thread ni td... soli soli... apa-apa pun tahniah untuk semua Ahli FMDC kerana menjayakan aktivit Zooming 2006... congrats semua...
zainzubir
10th April 2006, 04:23 PM
macam mana lah dia boleh tulis.. "Ketua Komuniti Kelab Fotopages, Azman Shah berkata,..." ?
Press release/communique nih sepatutnya siapa handle eik?? BUkan hasrul ke?? Kita ada ketua media tak silap, so in future utk elakkan kekelirua fakta, biar ketua media FMDC yang handle. Walau bagaimana pun En. Azman tidak perlu gusar, beginilah yang selalunya berlaku .... :wink: Jika perlu pembetulan, biasanya kita kontek semula penulis dan maklumkan. Apa2 pun terpulang pada AJK, pada pendapat peribadi saya fakta jika tidak betul kena diperbetulkan...baik Kosmo or Herald Tribune, kita kena ada pendirian...
buntalshoot
10th April 2006, 04:34 PM
Mungkin 300 orang tu adalah Ahli Rasmi yang berbayar kot.... :roll:
dinictis
10th April 2006, 04:34 PM
Just my 2cents, untuk aktiviti fotopages yang akan datang adalah baik sekiranya kita menyediakan document/portfolio FMDC dan info berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan untuk diserahkan kepada Press. Adalah mudah bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan bagi kedua-dua pihak terbabit.
Saya rasa cadangan portfolio FDMC telah dicadangkan oleh FM Johor dan sedang dalam proses penyediaan oleh AJK Tertinggi FMDC. Insyallah akan siap tidak lama lagi.
teruterubozu
10th April 2006, 04:54 PM
pasal "ketua komuniti" tuh..jgn risau...biasalah..reporter tu malas nak buat keja n homework la tuh..sindrome "tak apa"...main bubuh je apa dia suka...tak pe..lesson learn...lain kali FMDC kena buat press release yg ditandatangani oleh abg aji n agihkan kat reporter yg datang utk elakkan kekeliruan n spoon feed kat reporter yg malas buat homework
mier
10th April 2006, 04:56 PM
mayb silap information tu kot..
buntalshoot
10th April 2006, 04:58 PM
In total there are 81 users online :: 40 Registered, 3 Hidden and 38 Guests [ Administrator ] [ Moderator ]
Most users ever online was 81 on Mon Apr 10, 2006 5:12 pm
Registered Users: ahmadfaizal, alongarts, ARphotography, AyAres151, azizancm, azmanshah, azrilhafiz, bimmer_man, buntalshoot, didiz, dinictis, famia, filah, hanis125z, ikanmasin, jemay, Lily, LinKola, mercizwa, meredzone, mier, motstudio, mrmistaken, nafhatun, ND, nemesis, nikfariz, nur_hayanee, radinism, ray-shade, red406, rockerstua, sagafiore, sobriazmi, teruterubozu, tualamerah, zainzubir, zul78
Bilangan pengunjung pun dah semakin meningkat semenjak publisiti
dalam KOSMO
** angka dah update **
azmanshah
10th April 2006, 05:00 PM
pening la mcm ni wan buntalshoot. tiap2 bulan kena buat mega outing lagi klu nak maintain popularity.. hehehe
zul78
10th April 2006, 05:01 PM
alhamdulilah...
mudah mudahan .... fotopages malaysia menjadi diantara club yang terbaik kat malaysia ni ...
amin..........
-
-
mier
10th April 2006, 05:03 PM
siap ada statistik tu.. bagus :D
buttet
10th April 2006, 05:06 PM
huhuh..caya la
dinictis
10th April 2006, 05:22 PM
pening la mcm ni wan buntalshoot. tiap2 bulan kena buat mega outing lagi klu nak maintain popularity.. hehehe
Insyallah Bro Azmanshah, dengan sokongan dan bimbingan dari otai-otai seperti Bro FMDC mampu lakukan. Yang penting kita kena plan dengan rapi, seperti yang telah dilakukan oleh urusetia Zooming 2006... congrats sekali lagi...
pejals
10th April 2006, 05:36 PM
ye ye sokong sokong..
congrats to all yg menjayakan..
sila makan.. jgn malu malu..
aa tambah lagi.. tambah...
ehh.. @#$%@#$@#
AyAres151
10th April 2006, 05:57 PM
Saya rasa cadangan portfolio FDMC telah dicadangkan oleh FM Johor dan sedang dalam proses penyediaan oleh AJK Tertinggi FMDC. Insyallah akan siap tidak lama lagi.
Profile FMDC.. not a portfolio.. hehee..ese btolkan skit.. takut orang silap paham...
Profile FMDC yg FMJC buatkan utk festival Layang2 Antarabangsa dulu sudah pun di UPkan ke MT-MT FMDC..dan sekarang dalm proses pengeditan tahap ke-16.. heehe..so..nanti apa2 event kita akan dahulukan dengan profile kepada pihak2 yg terlibat..
dome
10th April 2006, 06:22 PM
tadi aku dah dapat satu email,maybe hasil dari kosmo.dan aku kene fire dgn pengemail itu.pasal tu aku dah up link daftar ahli kelab fmdc kat atas nun.
-----
This is an enquiry e-mail via http://www.fotopages.com.my/v2 from:
**** <*****@gmail.com>
Macamana nak jadi member? Aku cari kat website ni tak jumpa pun, kat paper beriya kata nak join member log-on kat website je?
---
lepas ni pergi taman burung pulak la.syok tembak2 binantang ni.thehehe
AyAres151
10th April 2006, 06:27 PM
tadi aku dah dapat satu email,maybe hasil dari kosmo.dan aku kene fire dgn pengemail itu.pasal tu aku dah up link daftar ahli kelab fmdc kat atas nun.
-----
This is an enquiry e-mail via http://www.fotopages.com.my/v2 from:
**** <*****@gmail.com>
Macamana nak jadi member? Aku cari kat website ni tak jumpa pun, kat paper beriya kata nak join member log-on kat website je?
---
lepas ni pergi taman burung pulak la.syok tembak2 binantang ni.thehehe
mak aih..selamba badak jerk dia main sound2 direct..kot yer pun tanya la elok2.. Anak sapo la agaknyo tu.. karang masuk kandang rimau..kena ngap jugak tu..kalu main terjah2 jer..
anyway..TQ Tuang Doremong atas link tu..
radiohed
10th April 2006, 07:38 PM
congrats to the ZOOming Commitee & FMDC
hanis125z
10th April 2006, 07:58 PM
woww... makin meriah la camnie.. cayolah!!! ehehe :D
abahwafi
10th April 2006, 10:42 PM
macam mana lah dia boleh tulis.. "Ketua Komuniti Kelab Fotopages, Azman Shah berkata,..." ?
Ada rampasan kuasa berlaku kat FMDC ke? Hehehee, biasaler wartawan, bukan nak tanya habih-habih.. :oops:
dome
10th April 2006, 10:50 PM
rasanya tak perlu di perbesar2kan isu status tu , tak perlu juga salahkan pihak wartawan . diorang sudah buat liputan itu pun sudah bagus. dan yg penting outing dah berjaya.
abahwafi
10th April 2006, 11:00 PM
Bukan nak memperbesarkan isu, sbb ini isu kecik jer kan, tapi itulah hakikatnya bidang kewartawanan kat Mesia nih, bukan semua tau...anyway, terima kasih bang wartawan!
zainzubir
10th April 2006, 11:08 PM
rasanya tak perlu di perbesar2kan isu status tu , tak perlu juga salahkan pihak wartawan . diorang sudah buat liputan itu pun sudah bagus. dan yg penting outing dah berjaya.
memnag kita FMDC sekarang bertambah glamourous, semua ceruk rantau dah tahu..cuma memandangkan ianya event besar, perlu ada post-mortem oleh AJK, kerana melibatkan banyak perkara bukan sahaja isu status, perlaksanaan event seumpama secara keseluruhan. Memnag benar urusetia zOOming telah berjaya, kita bangga tetapi hick-ups here and there perlu diperbaiki.Tidak perlu perbincangan terbuka, memadai antara AJK dan urussetia sahaja mungkin.
Let us strive for excellent!!!
salamaut
10th April 2006, 11:12 PM
tahniah FMDC...
tapi sayer tetap kuciwa takpek juin... waaaaaaaa :(
cgmulia
10th April 2006, 11:43 PM
setuju ngan kak zain..
apa yg dilihat pada hari tersebut terdapat beberapa perkara yg boleh diperbetulkan. bukan nak komen, tp itu kenyataan. penceramah sebenar tidak memainkan peranan akibat peralihan (take over) yang dilakukan oleh seseorang. ini salah satu jek... bukan apa.. org mesti tertanya2. kenapa org lain yg diwar2kan akan memberi 'talk' tetapi org lain yang 'take over'? walaupun mungkin itu satu masalah yang kecil, kita tak tahu ada yg sanggup turun kerana ingin mengenali penceramah tersebut. inilah pentingnya post mortem. ikhlas dr diri saya, selaku VJK saya mmg lihat byk kelemahan dan yg paling best kelemahan itu dilindung oleh keprofesionalan setiap urusetia yang terlibat. saya bukan nak kondem sesapa, cuma taknak pada xtvt lain berlaku benda yg sama dan ada ketidakpuashatian drpd org2 yang menyertainya. sepertimana yg kita ketahui, ada juga ahli tidak berdaftar di FMDC yang turut serta. so, di sinilah terpaparnya imej FMDC. baik-buruk FMDC ada pada pengurusan dan kejayaan sesatu event.
namun begitu, saya amat berbangga kerana kita dpt menjalankan aktiviti yg amat 'grand' ini. kita masih ada masa utk memperbaiki. kita ada ramai yg akan menyokong secara sedar atau tidak. dan kita akan terus maju insya allah
maaf jika pendapat saya ini meluka kan hati sesiapa... fmdc utk kita jua.. bukan utk org lain...
Mazrul
11th April 2006, 12:17 AM
Rasanye kena ade post-mortem utk event nih. Sebab ianya akan memberi impact terhadap event yg melibatkan jumlah yg ramai. Bayangkan masalah yg timbul bila 200-300 ahli berkumpul utk MEGA-GATH nanti. Belum campur anak-pinak lagi.
Elok juga hasil post-mortem di publishkan utk bacaan ahli yg lain. Supaya dimasa hadapan, ahli tahu, ape yg boleh dan tak boleh. Jadi semua puas hati :)
Kita belajar dari kesilapan...inysallah!
...
azrilhafiz
11th April 2006, 12:51 AM
fotopages malaysia dah wat nama dah kat MALAYSIA...
bagus nie
AyAres151
11th April 2006, 04:34 AM
From bottom of my heart.. cukup puas ati sangat2 dah .. pengurusan committee dah berjaya walau bukan 100%..
cuma Ni list down beberapa kekurangan di mato ese.. di mato ese tau..bukan mato onglain.. harap ianyo tidak berlaku lagi di lain event dari FMDC..
1. Tag name - design dah cun.. cuma finishing kurang. Means material and printing. Kalau la ese tau awal2 nak di print atas kertas A4 biaso dan printing biaso jo.. maunyo ese cubo sponsor-kan bahagian tag ni. Bukan apo, design lawa dan mantap, tp material tak best. Rugi la.. at least ahli2 atau orang luar bleh wat kenangan gantung kat umah or dalam keta.
2. Registration
After registration, kelemahan adalah urusetia tidak mentionkan pada ahli yang dah bayar tu mereka berada di dalam kumpulan mana.. Sepatutnya pada RESIT BAYARAn tu, tuliskan juga group mana mereka berada.. Jadi tak perlu ENGKU nak laung dan baca nama dorang satu2 lagi utk susun kumpulan. Dan tak perlu jugaklah ahli2 nak selak kertas tuh carik nama mereka berada dalam kumpulan mana lagi coz kat Resit dah di tulis KUMP mereka. Ese dok tgk ( termasuk ese sendiri ) dok cari2 kertas jadual Kumpulan dan ahli dok passing2 sana sini coz masing2 taktau mereka dalam kump mana.. haaa..ini penting sepatutnya dilakukan lebih awal iaitu sehari sebelum event.
Takpe..maybe kesuntukan masa pihak urusetia...
3. Suai kenal
- tiada sesi suai kenal antara ahli yang datang. Ramai datang dari jauh tak sempat utk berkenalan satu sama lain lantaran masing2 sudah melata di dalam zoo.. Sehinggalah salah sorang ahli ke depan dan request agar adakan sesi suai kenal sementara menunggu review photo. TP itupun cuma 2..3 orang yang di invited ke depan dan yg di invited pun mmg orang ramai dah kenal mereka.
Memang inisiatif ahli agar berkenal2an sesama sendiri tp utk lebih proper dan nampak teratur.. memang perlu ada sesi Suai Kenal ni.. maybe on Mega Gathering nnt kita kena perincikan hal ini..
erm..ok..ni jerk la kot.. sama macm CG cakap..bukan nak kondem urusetia tp sekadar nak gitau pada BAKAL2 committee akan datang agar menda2 camni akan diperbaiki dan diperkemaskan lagi..
Oh ya.. dan setuju ngan Mama Zain.. if ada press yang datang.. mmg patut pun sorang AJK utk handle dan layan press.. kita jgn syok sendiri2.. press nak dptkan news..kita nak dptkan publisiti..so kena ada win-win situation kat sini.. Kalau layanan kita baik.. tulisan mereka pun jadi baik..cun..panjang lebar.. if layanan kurang memuaskan..alMAKLUM sajo la yo..
dan setuju hal ini di serahkan pada AJK MEDIA yang dah kita lantik sebelum ni..
and.. akhir kata..maaf kalu ada teraso ati yo..sekadar perincikan jo..jgn terasa ati yo..maaf sekali lagi.. walau apapun korang dah berjaya memartabatkan FMDC di mato masyarakat..
nikfariz
11th April 2006, 08:21 AM
Ada satu benda yg aku rasa perlu pembaikan.. sebab yang ni melibatkan group sendiri..
Erm.. group aku.. lepas ditugaskan untuk shooting.. group aku tak berbincang utk wat apa.. pastu berpecah.. masing2 wat hal sendiri.. maybe sebab bro Ted yg sepatutnya jadi group leader, tak datang kot (masa awal2 tu)..
aku tak mo salahkan sesiapa.. maybe sebab sumer org pun tak tau nak wat apa kot..
tu je.. anyway.. it was a very good event..
buntalshoot
11th April 2006, 09:01 AM
Assalamualaikum,
Berbalik kepada yang asal, outing Zooming 2006 sebenarnya bukanlah
satu perancangan yang dirancang secara besar-besaran. Ianya adalah
cetusan dan cabaran dari seorang yang berpengalaman yang kecewa
dengan Outing Ke Taman Burung yang hanya dihadiri oleh sejumlah
orang yang tidak sampai 6 orang.
Hasil dari perbincangan dalam forum dan TT yang saya hadiri bersama
beliau, maka tercetuslah idea untuk membuat outing ke Zoo Negara
yang lebih grand sedikit berbanding Outing Ke Taman Burung. Setelah
topik di dalam forum mengenai Outing ini dibuka, kami tidak menyangka
sambutan untuk Outing ke Zoo Negara begitu menakjubkan. Siapa sangka
dari perbualan ayam sama ayam itik sama itik, Mega outing kali ini berjaya
menemukan dari setinggi2 profil dalam fotografi sehinggalah kepada
mereka yang masih baru dalam fotografi ini.
Terus terang ingin kami nyatakan, Outing Zooming ini masih banyak yang
perlu diperbaiki. Disebalik pujian yang menggunung, kami urusetia awal-
awal lagi telah diingatkan supaya bersedia dengan kritikan dari peserta
semua. Kami tahu, memang ada kekusutan dalam Outing Zoo yang pertama
kali kita anjurkan ini. Namun, untuk memikulnya bukanlah satu perkara
yang mudah.
Masa mula2 kita war-warkan tentang outing zoo ini, kami bercadang untuk
tidak mengenakan sebarang bayaran kerana menyangkakan outing kali ini
sekadar berbentuk outing yg biasa. Siapa sangka, Zainal Abdul Halim dan
Kamaruzaman berminat untuk mengadakan aktiviti bersama kita.
Itu pun dirasakan cukup bertuah kepada kita, mereka tidak mengenakan
sebarang bayaran untuk sama2 berkongsi ilmu. Apabila kesudian dua
tetamu khas kita untuk turut bersama2 kita, maka berduyun-duyunlah
yg bersetuju utk sama2 memeriahkan Zooming nanti. Memandangkan
nama yang berminat utk turut serta telah menjangkaui lebih 100 orang,
maka secara tidak langsung kami urusetia mahu tidak mahu terpaksa
mencari sebuah dewan yang selesa utk menjalankan aktiviti. Pelbagai
aktiviti yang kita rancang bagi memenuhi aktiviti di dewan. Malangnya
seminggu sebelum Zooming kami diberitahu, pihak Zoo tetap mengenakan
bayaran bagi penyewaan dewan. Mahu tidak mahu, kami urusetia terpaksa
mengenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM10 seorang menjadikan
Wang Penyertaan RM20 termasuk tiket.
Seminggu masa untuk merancang bukanlah satu perkara yang mudah
untuk dibuat. Memandangkan kami urusetia semuanya mempunyai
kerjaya dan tanggungjawab masing2, masa seminggu itulah kami gunakan
habis-habisan walaupun sibuk dengan hal masing2. Namun kami urusetia
tetap merancang yang terbaik walaupun tanpa sebarang imbuhan.
Demi menjayakan aktiviti ini, ada di kalangan kami urusetia terpaksa
berkorban masa dan wang ringgit demi tanggungjawab yang dipikul.
Masalah tag itu, tidak dapat dinafikan memang ada kekurangan, faktor
masa menjadikan tag yang terhasil sebegitu rupa. Minta maaf kepada
semua jika merasakan tag itu tidak cantik di mata anda semua.
Mengenai registration dan pembahagian group. Kami terima jika ada
yang ingin menyalahkan kami. Adalah mustahil untuk menempatkan
mereka terus di dalam group memandangkan ada di kalangan peserta
yang baru mendaftar dan ada yg memberi nama tetapi tidak hadir. Sikap
peserta yang menukar sendiri kumpulan menyebabkan urusetia
bertambah pening untuk menyusun kembali kumpulan.
Mengenai Press, untuk makluman semua, pihak urusetia telah
memberikan write-up kepada mereka.
Mengenai "take over" oleh seseorang dalam program tersebut. Sikap
hormat menghormati perlu ada di dalam diri kita semua. Kami urusetia
menghormati beliau dan juga penceramah sedia ada. Memandangkan
aktiviti ini kita tidak memberi sebarang bayaran kepada mereka,
maka beliau bebas untuk memberi ceramah dan tips untuk anda semua.
Apa2pun kami urusetia telah melakukan yang terbaik. Terpulanglah
kepada saudara2 untuk menilai. Adalah mudah untuk menunding satu jari...
bukan mudah untuk membuka 10 jari (menadah tangan)....Yang buruk akan
kita perbaiki dan yang baik akan kita ingati. Sekian..
Urusetia Zooming 2006
azmanshah
11th April 2006, 10:23 AM
Saya lebih merminat untuk buat postmortem semua gambar yg diterima dari perserta. Saya akan cuba berbincang dengan zainal, bazuki dan kamarulzaman mengenai tahap photogaphy dikalangan ahli fmdc. Itu pun salah satu tujuan outing ini, utk belajar photography. Saya rasa kita harus lihat lebih kepada objective outing. Bahagian Pengurusan tu mmg la, mana ada yg perfect. Apabila saya berada di situ, baru saya sedar, cakap lagi senang dari melakukannya. Salam. "berkhidmat utk negara"
dome
11th April 2006, 10:54 AM
FMUNDI AZMAN
buntalshoot
11th April 2006, 12:30 PM
ada sesuatu yang sensasi di KOSMO hari ini Selasa 11 April 2006 ??? :roll:
buttet
11th April 2006, 12:34 PM
hari kosmo tajuk dia TAMBAH AWEK DI KELAB FOTOPAGES wakakakakakak
AyAres151
11th April 2006, 03:40 PM
scan dan paste la kat sini sapo2 yang dah boli kosmo.. errr...edisi Selatan sama tak?
sobriazmi
11th April 2006, 03:42 PM
ada apa???
abahwafi
11th April 2006, 05:20 PM
Mula-mula sebelum masuk zoo, aku dengar engku(kalau silap orang, maap ye pak engku) bagi arahan supaya semua ready utk group photo kat luar zoo tu (kalau jadik, mesti best!). Malangnyer, plan bertukar utk masuk terus ke dalam zoo sebab masa dah suntuk dan ada cakap-cakap yg group photo akan dibuat kat dalam zoo pulak nanti.
Kami dalam Group 3 terus bergerak ke dalam zoo dan menyangka aktiviti photo-challenge dah bermula kerana ada AJK Zooming dah cakap "good-luck" kat kami...maknanya dah boleh mula. Lepas 15min, group 3 dah sampai kat area kandang gajah, tetapi terpaksa berpatah balik ke tempat panggung tu kerana ada taklimat lain kat situ...mengeluh jugak Kak Zain...hehehehe
Tapi takpe, personally aku paham, idea asal zooming nih bukannya secara besar-besaran, tapi bila dah jadik, sambutan sgt menggalakkan. So, dari segi sambutan dah dikira sebagai satu kejayaan yg amat membanggakan. Kehadiran nama-nama "besar" dalam event kita ni jugak menunjukkan aktiviti FMDC semakin glamour...TAHNIAH!
Aku yakin objektif event ni dah tercapai. Anggaplah semua teguran dari ahli-ahli FMDC sebagai satu cabaran dan rujukan utk event-event di masa akan datang. Bagi aku semua teguran tu bukan ditujukan hanya kepada AJK sahaja tapi jugak pada diri aku sendiri kerana peranan dan kerjasama setiap ahli FMDC juga amat penting sebagai penentu kejayaan sesuatu aktiviti...:P
shaifulrizal
11th April 2006, 07:29 PM
yeap..saya akui..
saya salah seorang urusetia pon nampak kekurangan..tapi..macam man ckp..nobody perfect..sekurang2nya ia berjalan lancar..dan sume orang happy...
yabedabedooooooo!!!!
*harap lepas ni kita tahu bagamana nak handle menda ni lepas ni...heheheh
jie171
11th April 2006, 07:52 PM
Akum kepada semua...
Untuk menjadikan sesuatu event itu berjaya bukan satu yang mudah, mata sentiasa memerhati, jiwa x tenteram mengira. Pada diri K.Jie sendiri setiap kali event dilakukan...minda nie mengira, membaca, membuat penelitian yg jitu kerana x mau ade yg berkurangan...
Tapi K Jie tabik kepada semua yg telah mengelolakan acara nie...x apa ler ade sikit yg kurang...kita sama2 perbetulkan....Mega gath nanti...U all dah tau apa nak buat kan..as for me, kali nie Jie nak stay di belakang tabir aje...memantau...melihat...menasihati...
Keep a good job guys and gals....
famia
11th April 2006, 09:21 PM
segulong tahniah atas usaha sume urusetia..berusahalah~
pasni buat la event lagi..bes bes
abahwafi
11th April 2006, 09:42 PM
Satu lagi yg aku lupa nak komen...KETEPATAN MASA(maaf kalau ada yg dah komen pasal menda ni) :oops: !! Ada 2-3 org yg merungut kerana datang awal kerana ini adalah arahan dari AJK tetapi terpaksa menunggu lebih lama sebelum acara boleh dimulakan.
Malangnya, majoriti datang agak lewat menyebabkan urusan pendaftaran berlanjutan sampai 9 lebih. So, sama-sama lah kita pikirkan di mana salah dan silapnya.
Dalam kes ni, aku tabik kat AJK yg sanggup datang seawal 7 pagi semata-mata nak memastikan kengkawan yg datang dari jauh(cth Ayares)dapat mendaftar dengan lancar.
Maaf kalau ada yg terasa....:P
putera_pawaka
11th April 2006, 09:53 PM
Tahniah atas penganjuran outing besar-besaran nih walaupun tak dapat join...tapi bangga gak ader wakil dari FMJC yg pegi...cuma satu jer frust biler kengkawan kata takde sesi suai-kenal antara geng FMDC...satu kerugian besar..sebaiknya ader sesi perkenalan takpun just introduce diri sendiri pada member FMDC sebelu outing bermula atau time break tu..
cgmulia
12th April 2006, 08:48 AM
walau apa pun.. semua komen adalah utk kepentingan bersama.. aku cuma melontarkan sedikit sebanyak memandangkan aku berharap sgt 2 penceramah itu memberikan ilmu mereka. aku duk jumpa diorg selama ni pun dorang tak share mcm diorg share ari tu.
walaubagaimana pun.. kritikan menjadikan kita lebih matang, jgn jdkan kritikan sebagai satu cemuhan. yang pasti objektif dah mmg tercapai, cuma kita perlu lebih sensitif pada masa2 akan datang dan aktiviti g kita anjurkan lebih cun dr kali ini..
wallahualam
jaggat
12th April 2006, 08:52 AM
Sungguh... aku tak nampak apa-apa kelemahan pun hinggalah aku baca thread ni. Mungkin otak aku ni agak kuno dalam hal-hal macam ni. Pada aku, aku sangat respek kat penganjur yang memenatkan diri membuat kerja amal tanpa apa-apa masyuk pun bagi diri mereka.
aku selalu jugak pergi beberapa outting sebelum ini. Biasanya, bila sampai lokasi, kita bersalaman. Borak serba sikit, lepas tu menembak. Habis menembak, kita gi makan. Lepas makan, salam-salam... balik. Malam, tengok kat website, sapa yang dah upload gambar.
Berbanding dengan apa yang penganjur buat hari tu. Pagi-pagi kita daftar. Dapat baju free, dapat tag nama, ada group masing2, ada air mineral, ada apa lagi ha.. tak ingat dah.
Itu pagi2 kat luar zoo. Masuk dalam zoo, kita duduk dalam dewan, ada aircond, ada juru acara bercakap pakai microfon. Ada kamera dan lens free (ini yg paling mahal).
Lepas tu baru kita menembak... Wahhh !! bukan main lah kita semua. Dengan lens yang maha gedabak, kita seronok bagai nak rak.
Kita balik semula ke dewan. Beberapa bijik laptop dah menunggu. Ada orang tolong transfer kan gambar kita. Ada makan tengahari disediakan. Lepas makan ada ceramah tentang kamera. Ada projector ( dah macam tengok wayang). Ada hakim yang mengadili gambar2 kita. Ada pemenang di antara kita. Ada hadiah yang kita dapat. Apa lagi yang kita ada?... Dah lengkap sangat!!!
Cuba bandingkan dengan outting yang pernah kita hadiri sebelum ini. Perbezaannya sanyat-sangat ketara.
Mungkin ada antara kita yang masih belum puas. Yang mempunyai citarasa yang sangat-sangat tinggi. Bagi golongan ini. Berilah mereka hak penganjuran pula. Mungkin mereka boleh mengangkat FMDC ini ke taraf dunia!!
Orang macam aku agak bodoh dalam hal-hal macam ni. Tapi tak kisah jika sekadar tikar mengkuang dan makan terkangkang.
Bak kata iklan "Aiman tak kisahhh"
zul78
12th April 2006, 08:57 AM
betul lah jagat ..... aku sampai jer...
dok tepi sekali ... pastu jumpa member ..
beborak ...
tak perasan ..orang umah aku dok sorang sorang ...kih kih kih ...
tiba tiba ...mama zain ... tarik orang rumah ...
kenal kan pada semua ....
huk huk huk ...tersentuh hati ....
mama zain ... waaaaaaaaaaa......
p/s: nak pegi lagik .....nak pegi lagik .... nak pegi lagik ........
cgmulia
12th April 2006, 09:05 AM
jaggat.. org tua2 kata tak baik kata diri sendiri bodoh... kita kan dianugerahkan akal dan fikiran.. dosa tau.. :)
bukan tak puas hati.. tp demi utk jadikan ia lebih baik dr yg ada.. bukankah kita patut jadikan hari kelmarin sebagai teladan utk hari ini dan hari ini sebagai panduan utk hari esok...
kan.. kan.. kan.. dah lah .. cukuplah komen2 tu.... buat post mortem elok2 dan baiki segala kelemahan yang timbul bak2 hama tu. aku sekadar boleh memerhati dr jauh.. kerana ku mmg jauh....
sedey...
AyAres151
12th April 2006, 10:14 AM
Komen adalah sesuatu yang membina. Seperti kita upload gambar di FP>.kita perlukan komen dari viewer..
begitu jugak this event..
sudah tentu Urusetia juga mahukan komen dari peserta2.. tak gitu?
kerana dari komen la kita dapat meningkatkan mutu kerja... tak kira la on this event or in whatever...
bg yang tak biasa diri mereka di komen..sure cepat melatah. tp bagi yg mengharapkan komen..mereka akan kaji setiap komen utk improvekan diri mereka sendiri..
wallahuallam..
mizznadja
12th April 2006, 11:43 AM
anyway...congratulation utk korang semua!! Sy tompang bangge :D :)
azryshah
12th April 2006, 11:53 AM
tak sangka FMDC masuk suratkhabar..
__
fathinz
12th April 2006, 12:28 PM
Sungguh... aku tak nampak apa-apa kelemahan pun hinggalah aku baca thread ni. Mungkin otak aku ni agak kuno dalam hal-hal macam ni. Pada aku, aku sangat respek kat penganjur yang memenatkan diri membuat kerja amal tanpa apa-apa masyuk pun bagi diri mereka.
aku selalu jugak pergi beberapa outting sebelum ini. Biasanya, bila sampai lokasi, kita bersalaman. Borak serba sikit, lepas tu menembak. Habis menembak, kita gi makan. Lepas makan, salam-salam... balik. Malam, tengok kat website, sapa yang dah upload gambar.
Berbanding dengan apa yang penganjur buat hari tu. Pagi-pagi kita daftar. Dapat baju free, dapat tag nama, ada group masing2, ada air mineral, ada apa lagi ha.. tak ingat dah.
Itu pagi2 kat luar zoo. Masuk dalam zoo, kita duduk dalam dewan, ada aircond, ada juru acara bercakap pakai microfon. Ada kamera dan lens free (ini yg paling mahal).
Lepas tu baru kita menembak... Wahhh !! bukan main lah kita semua. Dengan lens yang maha gedabak, kita seronok bagai nak rak.
Kita balik semula ke dewan. Beberapa bijik laptop dah menunggu. Ada orang tolong transfer kan gambar kita. Ada makan tengahari disediakan. Lepas makan ada ceramah tentang kamera. Ada projector ( dah macam tengok wayang). Ada hakim yang mengadili gambar2 kita. Ada pemenang di antara kita. Ada hadiah yang kita dapat. Apa lagi yang kita ada?... Dah lengkap sangat!!!
Cuba bandingkan dengan outting yang pernah kita hadiri sebelum ini. Perbezaannya sanyat-sangat ketara.
Mungkin ada antara kita yang masih belum puas. Yang mempunyai citarasa yang sangat-sangat tinggi. Bagi golongan ini. Berilah mereka hak penganjuran pula. Mungkin mereka boleh mengangkat FMDC ini ke taraf dunia!!
Orang macam aku agak bodoh dalam hal-hal macam ni. Tapi tak kisah jika sekadar tikar mengkuang dan makan terkangkang.
Bak kata iklan "Aiman tak kisahhh"
terima kasih semua atas kerjasama yg diberikan..
bak kata puteri.. "yang penting kita enjooooyyy...!!"
thanks to wan buntalshoot, papaman, nd, risya, shaifulr, bubba, tehtarik, dan sume ajk yang membantu.. maaf jika ade salah dan silap fathinz sepanjang perjalanan outing ini..
dan kepada sumer fdmc.. everyone was great..!!
ps: bangga mendapat jaggat sebagai grup leader..
http://static.flickr.com/45/125655873_1fa2535ffd.jpg
risya
12th April 2006, 01:55 PM
terima kasih atas segala komen and kerjasama yang diberikan. maaf jua atas segala kelemahan & kekurangan yang telah dibuat. maaf juga tak dapat berada di sana sampai ke akhir waktu lantaran perlu hadir di johor pada hari yang sama.
kami mencuba yang terbaik..
and anda semua adalah penilainya..
thanks & sorry 4 everything..
p/s bro jaggat.. terharu sih baca ur comment.. mau menitis air mata .. hehe!
and to all the urusetia zooming 2006.. hanya kita sahaja yg tahu apa yg kita tempuhi.. sweet memories!!! keep it up!
zainzubir
12th April 2006, 06:32 PM
betul lah jagat ..... aku sampai jer...
dok tepi sekali ... pastu jumpa member ..
beborak ...
tak perasan ..orang umah aku dok sorang sorang ...kih kih kih ...
tiba tiba ...mama zain ... tarik orang rumah ...
kenal kan pada semua ....
huk huk huk ...tersentuh hati ....
mama zain ... waaaaaaaaaaa......
p/s: nak pegi lagik .....nak pegi lagik .... nak pegi lagik ........
tak sempat utk menarik semua utk berkenalan antara satu sama lain. Mama faham tidak semua biasa membiasakan diri "breaking the ice". Mama dulu muda2 begitu juga, tapi pengalaman pergaulan dengan berbagai bangsa membuat jadi biasa..dah nama org tua..jika nak bertegur sapa masih tak tahu bagaimana, kata ongputih "something wrong somewhere..."Jadi ampun maaf juga pada spouses peserta/peserta yg tidak sempat ditarik utk bertegur sapa...mama juga tidak perfect :wink:
AyAres151
12th April 2006, 07:09 PM
uwaaaa...mama lupakan ucu... mama sibuk dok ngeshoot yer?
zainzubir
13th April 2006, 07:22 AM
uwaaaa...mama lupakan ucu... mama sibuk dok ngeshoot yer?
mama kesal hingga hari ini ayares...mama igt you all gang JB masih di Kl malam hari tu, I was on the way jumpa heromak, dan dari sana ingat nak ajak gang JB tt :cry: :cry: serious, mama tak bohong dan amat kecewa bila received sms dari sumak mengatakan you all dah ada dalm bas...rasa nak menitis air mata sebab ada sesuatu yg tidak kesampaian, which I'll keep it to myself..it's concerning you my son.... :cry: :cry:
risya
13th April 2006, 08:27 AM
dah jadik drama plak dah.. sama² sedih and menitis air mata.. :roll: auntie.. g la jb visit diorang.. blh sya tumpang skaki.. :wink:
antujahat666
13th April 2006, 09:35 AM
yg pastinya aku ucapkan ribuan time kasih pada buntalbuncit, nd2x, papa azman dan sekalian ajk kerana bertungkus lumus menjayakan program ini. walaupun aji tidak dapat hadir, aktiviti ini dapat dijalankan seperti dirancnag.
tapi aku amat la sedey kerana tak dapt berkenalan denga sumo org. thehehe,.,, sape yg kenal aku tuh, aku harap kowang kenalkan diri kat aku.thehee.. mengong aku neh. herm, ape pon, harap kowang join lagi aktviti seterusnya. tq bg mereka yg dtg dari jauh, pelaris...."cik adik manis ye"....thehehe... bukan "abg"
kamal
21st April 2006, 07:16 PM
Cayalah ... bravo ! bravo !
abahwafi
21st April 2006, 10:47 PM
Sungguh... aku tak nampak apa-apa kelemahan pun hinggalah aku baca thread ni. Mungkin otak aku ni agak kuno dalam hal-hal macam ni. Pada aku, aku sangat respek kat penganjur yang memenatkan diri membuat kerja amal tanpa apa-apa masyuk pun bagi diri mereka.
aku selalu jugak pergi beberapa outting sebelum ini. Biasanya, bila sampai lokasi, kita bersalaman. Borak serba sikit, lepas tu menembak. Habis menembak, kita gi makan. Lepas makan, salam-salam... balik. Malam, tengok kat website, sapa yang dah upload gambar.
Berbanding dengan apa yang penganjur buat hari tu. Pagi-pagi kita daftar. Dapat baju free, dapat tag nama, ada group masing2, ada air mineral, ada apa lagi ha.. tak ingat dah.
Itu pagi2 kat luar zoo. Masuk dalam zoo, kita duduk dalam dewan, ada aircond, ada juru acara bercakap pakai microfon. Ada kamera dan lens free (ini yg paling mahal).
Lepas tu baru kita menembak... Wahhh !! bukan main lah kita semua. Dengan lens yang maha gedabak, kita seronok bagai nak rak.
Kita balik semula ke dewan. Beberapa bijik laptop dah menunggu. Ada orang tolong transfer kan gambar kita. Ada makan tengahari disediakan. Lepas makan ada ceramah tentang kamera. Ada projector ( dah macam tengok wayang). Ada hakim yang mengadili gambar2 kita. Ada pemenang di antara kita. Ada hadiah yang kita dapat. Apa lagi yang kita ada?... Dah lengkap sangat!!!
Cuba bandingkan dengan outting yang pernah kita hadiri sebelum ini. Perbezaannya sanyat-sangat ketara.
Mungkin ada antara kita yang masih belum puas. Yang mempunyai citarasa yang sangat-sangat tinggi. Bagi golongan ini. Berilah mereka hak penganjuran pula. Mungkin mereka boleh mengangkat FMDC ini ke taraf dunia!! Orang macam aku agak bodoh dalam hal-hal macam ni. Tapi tak kisah jika sekadar tikar mengkuang dan makan terkangkang.
Bak kata iklan "Aiman tak kisahhh"
Baru terbaca komen dari abg jaggat kiter...Heheheeee....tak nak kata apa dah...tobat woooo :oops: 8)
nafhatun
8th May 2006, 12:57 PM
noni tunggu mega gathering plak.. musti besh..
PeLaris
8th May 2006, 02:26 PM
antujahat666 menulis:-
yg pastinya aku ucapkan ribuan time kasih pada buntalbuncit, nd2x, papa azman dan sekalian ajk kerana bertungkus lumus menjayakan program ini. walaupun aji tidak dapat hadir, aktiviti ini dapat dijalankan seperti dirancnag.
tapi aku amat la sedey kerana tak dapt berkenalan denga sumo org. thehehe,.,, sape yg kenal aku tuh, aku harap kowang kenalkan diri kat aku.thehee.. mengong aku neh. herm, ape pon, harap kowang join lagi aktviti seterusnya. tq bg mereka yg dtg dari jauh, pelaris...."cik adik manis ye"....thehehe... bukan "abg"
dik, bila nak jumpa lagik? :P
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.