PDA

View Full Version : Professional Color Negative Films



diadem
17th April 2006, 04:47 PM
Saya mintak maaf sebab saya buka post baru tentang filem negatif ni, sebab saya tengok kebanyakan member kat sini semua guna kamera digital. Harap Mod dapat pindahkan thread ini ke tempat yang betul, jika saya tersalah letak.
Pertanyaan saya, saya sedang mencari professional filem negatif, Fujicolor Pro 800Z atau Fujicolor NPZ 800 atau Fujicolor X-tra 800. Kat mana saya boleh beli filem negatif ni kalau kat area KL/S.Alam/Klang? Berapa harga untuk satu roll?

engku
17th April 2006, 05:42 PM
Kat desmond pudu plaza ada stok fujicolor nph rasanya. rega dlm rm18 satu roll kot.

diadem
17th April 2006, 10:00 PM
Kat desmond pudu plaza ada stok fujicolor nph rasanya. rega dlm rm18 satu roll kot.

Pernah pakai filem ni tak? Macamana dari segi grain dia, nampak teruk sangat tak? Sebelum ni saya guna Fujicolor Pro 160s, 400H & Reala. Saya belum pernah cuba yang ASA 800, cadang guna nak ambil gambar dalam dewan. Sebelum ni guna 400H untuk gambar dalam dewan, tapi masih tak cukup speed.

jza
19th April 2006, 03:02 AM
Try kat Kedai gambar nama E-Six, area luar bangunan Pudu Plaza. Ramai profesional hantar cuci/ambik stock filem kat situ. Saya selalu beli filem BnW kat situ, no. phone dia 03-21411505. :D