PDA

View Full Version : Camana nak pilih macro lens?



kelisa
27th December 2008, 09:31 PM
aku nak beli macro lense tapi x tau nak beli mana 1? pada pendapat korang mana lens bagus antara dua ni :-

1: Tamron SP 90mm f/2.8 Di Macro 1:1
2: Tamron AF70-300mm F/4-5.6 LD Macro 1:2

dua dua ni untuk canon. untuk makluman aku guna canon 1000d kira nak tangkap gambar gambar bunga dan serangga saja.

dR ali
27th December 2008, 10:57 PM
SP 90 tu dedicated macro lens.... memang beh... ;)

kelisa
27th December 2008, 10:58 PM
ya ka? apa beza dia dengan macro 300mm tu? aku confius sikit pasal bena mm ni.

bigbrother
27th December 2008, 11:20 PM
70-300 tu tele lens.. tp leh gak nak macro..
tp aku rasa sp90 lg beh.. mmg dedicated macro lens.. layan potrait pon lawa..
x caya gi la tgk gambar2 macro dr. ali tu.. terbaekkk gambo2 nye.. pakai sp90 tu la..
aku pon penah try lens ni.. belilah tanpa was2.. hehe.. selamat bermacro..

kelisa
27th December 2008, 11:24 PM
wa kalau da 2 org suggest macam tu konpom la aku angkat 90mm ni. thks bro ali n bigbro #:-s

kelisa8414
28th December 2008, 02:29 PM
lagi nak tanya ni da tangkap gambar tu biasa korang bagi corp lagi ke atau original size dia memang macam tu? sebab aku ambik gamba x jelas melainkan da kena corp. sebagai contoh gamba nihttp://farm4.static.flickr.com/3170/2889704104_356e03446d.jpg pinjam dr.ali punya gamba. gamba ni original size dia gitu atau di corp lagi?

dR ali
28th December 2008, 02:36 PM
Kebanyakan gambar macro kawan tidak dicrop.... sebab pakai ET ngan Raynox...
tetapi kengkadang ada juga yg dicrop...
bergantung kpd gambar...

kelisa8414
28th December 2008, 02:45 PM
apa pula benda ET dan Raynox tu? boleh bubuh gamba dia nak tengok sikit. harga range dalam berapa? maaf ya banyak bertanya, aku baru nak berjinak jinak dalam dunia macro ni. kalau guna sp 90mm tu saja x boleh ke?

dR ali
28th December 2008, 02:57 PM
apa pula benda ET dan Raynox tu? boleh bubuh gamba dia nak tengok sikit. harga range dalam berapa? maaf ya banyak bertanya, aku baru nak berjinak jinak dalam dunia macro ni. kalau guna sp 90mm tu saja x boleh ke?

Raynox :

http://www.google.com.my/search?q=Rayno ... =firefox-a (http://www.google.com.my/search?q=Raynox&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a)

ET :

http://www.google.com.my/search?hl=en&c ... arch&meta= (http://www.google.com.my/search?hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&hs=H8U&q=Extension+Tube&btnG=Search&meta=)

dR ali
28th December 2008, 03:00 PM
lagi info pasal Raynox :

http://tw.youtube.com/results?search_qu ... type=&aq=f (http://tw.youtube.com/results?search_query=raynox%2Bmacro&search_type=&aq=f)

kelisa8414
28th December 2008, 03:07 PM
ni yg tambah konfius ni, da beli sp 90mm pun kena beli et dan raynox ke?

dR ali
28th December 2008, 03:18 PM
ni yg tambah konfius ni, da beli sp 90mm pun kena beli et dan raynox ke?
mudah ajer... tak payah confuse....
beli dulu SP90...
mahirkan dulu mengambil gambar-gambar macro...
lepas tu baru fikirkan nak beli ET atau raynox.... :D

waja1197
28th December 2008, 06:07 PM
harga range dalam berapa? maaf ya banyak bertanya, aku baru nak berjinak jinak dalam dunia macro ni. kalau guna sp 90mm tu saja x boleh ke?

Harga standard SP90 bln 11 ari tue dlm rm 1300. Pandai2 la tawar.... Mmg berbaloi beli kalau minat makro.
Seblum tu kawan dah ada raynox + 50mm, tapi hasilnya agak limited sikit la...
Kalau pakai SP90 sajer pun dah best... Org yang tak pandai shoot makro mcm kawan pun boleh ambik gmbr makro... :D
Beli dulu SP90 tuh... Kalau rasa tak puas lagi beli Raynox. Xpuas lagi beli ET... Hehhehehehe... :ymdevil:

emran
29th December 2008, 07:47 AM
ni yg tambah konfius ni, da beli sp 90mm pun kena beli et dan raynox ke?
mudah ajer... tak payah confuse....
beli dulu SP90...
mahirkan dulu mengambil gambar-gambar macro...
lepas tu baru fikirkan nak beli ET atau raynox....

betul ape yang dicadangkan oleh dRali nie.. beli jek dulu tamron sp90mm tue... mmg lens yang bagus untuk macro.. saya guna lens tue utk wat macro selama nie sblm upgrade kepada MPE..

kalau ditanya sp90mm vs 70-300mm... saya pasti memilih sp90mm.. antara alasannya adalah nilai magnification
tamron sp90mm leh dapat 1:1... true macro .. 300mm tue leh dapat 1:2 saje.. boleh dikatakan bukan macro sebenarnya...

cadangan saya
1. amik tamron sp90mm dulu
2. kene tau tentang teknik lighting sedikit... macro biasanya kene guna flash.. nanti boleh diterangkan kemudian (dengan beberapa knowledge tentang pemilihan aperture.. shutter speed.... ini semua nanti rakan-rakan leh membantu)
3. training bebanyak.. kalau leh ikut outing macro lagi baguih... cepat sket ngaji nya.. :D
4. bila dah rasa mantap ... bolehlah amik ET atau raynox untuk meningkatkan 1:1 kepada 2:1 ker.. 3:1 ker... :D

selamat bermakro!!!!...

kelisa
30th December 2008, 05:53 PM
akhirnya aku dapat tangkap 1 gambar semut walaupun berpeluh peluh aku untuk shoot semut ni, so aku x dapat bayangkan kat otai² yg outting pi bermacro tu berapa punya sabar mereka tabik spring la kat korang. leh bagi komen sikit pesal apa aku punya semut ni x sharp ah?

http://farm4.static.flickr.com/3101/3150373836_e009c3be00_m.jpg

mode: manual
speed 1/80
f2.8
iso 400
evaluative metering

dR ali
30th December 2008, 05:59 PM
dah beli tamron SP 90 ker... TAHNIAH.... :ymapplause:
cuba up gambor besor sikit...

kelisa
30th December 2008, 06:07 PM
da hehehe beli terus pergi try tangkap ni kekekee... tapi 1 semut ni pun kira nak basah habis da 1 badan ni. nak bagi besar macam mana ah? ni gamba aku ca crop

http://farm4.static.flickr.com/3127/3149567791_e2e612f63a.jpg?v=0

dR ali
30th December 2008, 06:14 PM
lawo doh tu...
moleknya kelisa guna F18 keatas...
sebab gambor kerengge hok kelisa up tu... DOFnya sempit sangat...

kelisa
30th December 2008, 06:17 PM
ya ke ok da ke? tapi pesal aku tengok punggung dan sesunggutnya tu x clear? nak 1 badan clear macam mana? sama metering aku guna tu ngam ke?

bigbrother
30th December 2008, 06:19 PM
nak satu badan sume clear tu yg kena pakai f18 dan ke atas..
f18 ker f20 ker.. so sume leh sharp.. good try.. :D

kelisa
30th December 2008, 06:22 PM
oh ya ka? thx atas tunjuk ajar, lagi satu nak tanya biasa korang tangkap macro ni guna AF ka MF? aku nak tangak AF punya main susah nak tangkap ni terpaksa guna MF baru boleh shoot.

dR ali
30th December 2008, 06:37 PM
oh ya ka? thx atas tunjuk ajar, lagi satu nak tanya biasa korang tangkap macro ni guna AF ka MF? aku nak tangak AF punya main susah nak tangkap ni terpaksa guna MF baru boleh shoot.
sememangnya kita guna manual focusing.. dan juga tengkuk focusing...
kecuali Prof Red Tramontina ajer yg ada kelebihan pd Olympus dia yg 90% shoot macro guna auto focusing... :D

kelisa
30th December 2008, 06:39 PM
thx bro patut aku tanya awal² sebelum aku tangkap gambar kan so x la aku berjemur mati mati guna auto focus tu. emm.. tengkuk focusing tu apa benda pula tu?

bigbrother
30th December 2008, 06:39 PM
guna manual focus senang sket rasanye.. hehe..
tp kadang2 den pon guna auto focus..
teknik pernafasan dan kaki pasang kuda2 kena kuat la.. :D
dan juge teknik jampi binatang agar menjadi keras.. hahaha..

kelisa
30th December 2008, 06:46 PM
teknik pernafasan dan kaki pasang kuda2 kena kuat la.. :D
dan juge teknik jampi binatang agar menjadi keras.. hahaha..

aku rasa itu benda memang betul aku, aku nak tangkap seekor semut ni pun sampai pedih mata jadinya. siap nak bunuh saja semut tu asik bergerak saja. kalau ada petua jampi tu share share la hehehe. apa pon kalau sudi komen komen la di flickr aku tu di flickr (http://www.flickr.com/photos/t-ba/), aku ni baru nak berjinak² dengan dunia fotografi ni

dR ali
30th December 2008, 06:52 PM
thx bro patut aku tanya awal² sebelum aku tangkap gambar kan so x la aku berjemur mati mati guna auto focus tu. emm.. tengkuk focusing tu apa benda pula tu?
tengkuk focusing tu memang penting dalam dunia macro nih... maknanya adjust tengkuk kedepan kebelakang semasa focusing... :D

kelisa
30th December 2008, 06:56 PM
pergh aku mati mati ingat salah 1 fungsi dalam kamera tu. hehehe apa pon thx alot bro ali and bigbro. khamis ni aku akan pi ber makro lagi hehehe

emran
30th December 2008, 07:48 PM
http://farm4.static.flickr.com/3127/3149567791_e2e612f63a.jpg

yeah.. tahniah dah beli makro lens.. semoga dapat sama-sama kite meneroka dunia 'makhluk halus' nie.. hehhe

ok gambar nie kalau baru 1st time bermakro.. ade bakat semulajadi!.. :D .. bukan mudah nak dapat focus kat semut nie.. kuat berjalan die kan.. hehhe...

saya komen sikit boleh yee.. harap harap boleh membantu saudara untuk lebih expert mengambil gambar makro nie nanti..

Exposure: 0.013 sec (1/80)
Aperture: f/2.8
Focal Length: 90 mm
ISO Speed: 400

berdasarkan info ini.. saya ada beberapa cadanganlah..

1. shutter speed.. seboleh bolehnya biarlah 1/125 .. kalau tidak gambar gegar nanti.. saya gunakan sekurang kurangnya 1/100 untuk elak gegaran.. gegaran dalam makro senang kelihatan...

2. aperture.. macam yang dr ali kata.. terlalu wide.. menyebabkan DOF terlalu kecil... DOF nie area of focus.. kalau terlalu kecil.. bila focus pun tak nampak macam fokus sbb kawasan focusnya sangat kecil.. sekurang-kurangnya F13 ke atas (masa saya pakai tamron saya target F18 ke atas)...

dalam makro.. DOF main banyak peranan.. lagik besar aperture (contoh F5.6) akan menyebabkan DOF sangat kecil menyebabkan seolah olah gambar tak fokus walaupun ade tempat fokus.. untuk besarkan DOF kene lah kecilkan aperture.. sekurang kurangnya F9.0 ke ataslah.. saya selalu target F13 ke atas supaya kumbang nampak fokus pada hampir keseluruhan badan die.. tapi untuk dapatkan kualiti macam tue pencahayaan kene baguslah .. (DIY flash extender membantu).. tapi ada juga orang yang tidak mahu fokus keseluruhan so dia pakai F8.0 ke bawah.. terpulanglah pada citarasa masing-masing


pencahayaan
bila nak shutter speed yang lebih laju digandingkan dengan aperture yang lebih kecil menyebabkan anda memerlukan cahaya tambahan.. natural light tak cukup.. kene tambah dengan flash... flash dalam keadaan biasa pun tak cukup... tapi takleh pakai direct flash.. nanti very harsh (banyak shadow).. oleh itu sebaiknya kene gunalah ape ape untuk diffusekan cahaya flash.. antara contoh diffuser
-macam stail dRali (mungkin dRali leh click satu gambar setup post kat sinie.. dRali punye senang sket nak buat.. guna tracing paper aje)..
-guna piring sterofoam.. piring styrofoam pasang kat hujung lens.. bila kene flash ditembak.. cahayanya didiffuse oleh piring nie..
-buat DIY flash extender.. ini teknik yang saya gunakan dulu.. cahaya cantik.. rata pada objek
-flash tak semestinya kene pakai external.. internal flash pun boleh pakai tapi kene diffusekan lah...
-nikon ke canon ekk? kalau Canon EOS .. kene lah pakai M mode.. sbb kalau pakai Av atau Tv.. setting flashnya jadi setting fill flash (flash yang tak kuat)...

contoh-contoh gambar setting styrofoam dan flash extender boleh tengok kat link nie (http://www.shutterasia.com/forum/showthread.php?t=14866)
cara nak buat sendiri flash extender boleh tengok kat sini (http://www.photokaki.com/forum/viewtopic.php?f=12&t=26113)



ya ke ok da ke? tapi pesal aku tengok punggung dan sesunggutnya tu x clear? nak 1 badan clear macam mana? sama metering aku guna tu ngam ke?
sebahagian fokus sebahagian tak fokus adalah kesan DOF yang nipis..

semoga terus dan terus bermakro!!!... :D

waja1197
30th December 2008, 08:33 PM
Yuppp... Saya amat bersetuju dgn penjelasan sifu2...

Kelisa,
Selamat datang ke dunia makro... Kalau free ikutlah outims makro...
Kalau nak hardcore punya, follow geng Kuantan...
Geng2 KL pun dah dlm mode makro sekarang nie...
Diaorg nak gi Bukit Tinggi minggu nie... Join jer...

Kebetulan saya pun ada satu gmbr semut yg diambil ketika outims makro ngan Emran minggu lepas...
Sekadar rujukan.... f32, shutter 60, iso 100 dengan bantuan flash & DIY Dr Ali... masih saya jaga sampai sekarang... :))
http://farm4.static.flickr.com/3128/3150495454_37ec32ced8_m.jpg

kelisa
30th December 2008, 08:46 PM
http://farm4.static.flickr.com/3128/3150495454_37ec32ced8.jpg

pergh dengi aku tengok semut si waja ni hahaha semut lebih kurang sama specis tapi resault lain. ok apa pun thx kepada semua yang menurunkan ilmu. kalau nak join outting susah sikit la aku kat sabah, mana larat nak pi kuantan dan johor tu :((

kelisa
30th December 2008, 08:55 PM
http://farm2.static.flickr.com/1391/1456815382_d276f66c13.jpg

ni macam mana ni? just pacak tu piring plastik kat depat lens tu ka? bukan flash built in tu kena block nanti?

dR ali
30th December 2008, 09:01 PM
Itu salah satu cara utk diffuse cahaya dari flash...
saya hanya menggunakan tracing paper... :D

kelisa
30th December 2008, 09:17 PM
apa beza kalau x perlu on flash tu dengan on flash tapi kena diffuse?

dR ali
30th December 2008, 09:21 PM
apa beza kalau x perlu on flash tu dengan on flash tapi kena diffuse?
nak cerita dalam forum nih leceh sikit...
banyok nok kena taip...
paling mudah saudara kelisa joint TT atau outing...
nanti sahabat-sahabat akan membantu insyallah...

emran
30th December 2008, 09:22 PM
http://farm2.static.flickr.com/1391/1456815382_d276f66c13.jpg

ni macam mana ni? just pacak tu piring plastik kat depat lens tu ka? bukan flash built in tu kena block nanti?

piring styrofoam.. jangan pakai plastik.. :D

flash akan kene pada styrofoam.. kemudian cahaya itu didiffusekan.. cahaya yang telah didiffuse dari styrofoam akan dipancarkan pada subjek...

cara nie ok ... tapi kelemahannya cahaya agak kurang... so takleh lah nak push aperture sampai F22.. maybe maksimum F16 jek kalau guna cara nie.. contoh hasil orang menggunakan teknik piring ini adalah seorang mamat nie... leh tengok flickr die.. http://www.flickr.com/photos/ahbek/coll ... 787046831/ (http://www.flickr.com/photos/ahbek/collections/72157610787046831/)

kalau nak push aperture sampai F22.. wat DIY flash extender.. tak pun.. watjek cara dRali.. cara dRali agak mudah... konsepnya sama jek.. flash tembak kepada kertas tracing paper.. tracing paper diffusekan cahaya tersebut..

selamat mencuba.. :D

kelisa
30th December 2008, 09:23 PM
thx bro harap harap kat sabah akan buat outting nanti jadi boleh join sekali

dR ali
30th December 2008, 09:27 PM
thx bro harap harap kat sabah akan buat outting nanti jadi boleh join sekali
Sabah duk kat mana..??

waja1197
30th December 2008, 09:31 PM
apa beza kalau x perlu on flash tu dengan on flash tapi kena diffuse?
nak cerita dalam forum nih leceh sikit...
banyok nok kena taip...
paling mudah saudara kelisa joint TT atau outing...
nanti sahabat-sahabat akan membantu insyallah...

Betul tuh... saya berguru dua hari jer ngan Dr Ali... Alhamdulillah, dah boleh dah sikit2...
Cuma yg ralatnya sbb Kelisa duduk jauh sangat... Susah lah nak join TT/outims. Kena tunggu DrAli pergi sana... Hehhehehee

Xper, pelan2 blajar. Saya pun masih lg blajar shoot makro nie... Kadang2 jadie, kadang2 Xjadie... :D
Kitaorg teringin gak nak tengok species2 hebat dari Sabah bah...

emran
30th December 2008, 09:40 PM
apa beza kalau x perlu on flash tu dengan on flash tapi kena diffuse?

flash tak on - cahaya tak cukup.. terpaksa bergantung kepada natural light.. menyebabkan terpaksa guna wide aperture dan push ISO.. (bila wide aperture DOF nipis)

flash on tapi tak diffuse - cahaya boleh dikatakan cukup... boleh lah push aperture tinggi sket seperti F16 ke atas(narrow aperture).. tapi cahaya amat harsh.. macam direct flash... kawasan tertentu pada subjek akan burn out... sebahagian pula akan gelap semacam..

flash on kemudian diffuse cahaya boleh dikatakan cukup.. boleh push aperture tinggi.. cahaya tidak harsh dan rata pada subjek... detail tidak hilang... bayang tidak terlalu kuat... kurang kawasan akan burn out

flash on kemudian ditumpukan pada subjek dan didiffusekan - cara ini hanya boleh dicapai kalau guna flash extender (konsep lantunan ke tracing paper dRali pun konsep yang hampir serupa) dimana ia tumpukan cahaya pada subjek.. teknik ini saya gunakan sebelum berpindah kepada flash mt-24ex sekarang.. diffuser tue dah diwariskan kepada azli.. hehhe... teknik ini membolehkan cahaya yang amat cukup .. confirm boleh push aperture sampai F22 walaupun ISO 100 dan shutter speed 160... cahaya cuku kemudian didiffusekan membolehkan cahaya rata pada subjek... tidak ada kawasan burn out.. tidak ada kawasan terlalu gelap...

semoga membantu.. dont worry sangatlah dengan teknikal nie... bantai jek dulu... :D

kat sabah mesti lagi memacam spesis yang aneh aneh... saya takut nanti bila sedara post terus ada photocamp kat sabah.. :D

emran
30th December 2008, 10:00 PM
meh baca link nie utk serba sedikit pengetahuan tentang kepentingan diffuser dalam makro

http://myrmecos.wordpress.com/2007/12/0 ... diffusion/ (http://myrmecos.wordpress.com/2007/12/09/photo-technique-on-camera-flash-diffusion/)

kelisa
30th December 2008, 10:33 PM
wa best la member² kat sini ni, banyak ilmu aku dapat thanks bebanyak. pasal link dan penerangan diffuse flash yang sedar emran terangkan tu membuatkan aku da faham kegunaannya tu.

http://myrmecos.files.wordpress.com/2007/12/diffuse1.jpg

pergh dasyat sampai macam tu sekali. mesti nak buat gak ni hehehe. terima kasih bebanyak semua. nanti aku outting sendiri aku tunjukkan gamba makhluk kat sabah pula hehehe

emran
30th December 2008, 11:28 PM
mamat tue pakai mt24ex + MPE65mm.. tak sesuai cara die kalau pakai tamron sp90mm+external sbb jarak focusing jauh sket.. wat cara dRali lah.. mudah..

nie sketchnya sket... sorilah sketchnya tak lawo... pakai paint jek.. kalau tak paham.. mintak gambo kat waja ker.. dRali ker.. memana geng macro kuantan ker... hehe

http://img.photobucket.com/albums/v31/drziner/tracingpaper.jpg

cube lah cara nie dulu.. senang setupnya.. :)

kelisa8414
31st December 2008, 08:53 AM
thx bro harap harap kat sabah akan buat outting nanti jadi boleh join sekali
Sabah duk kat mana..??

aku duduk kat area kota kinabalu.

kelisa8414
31st December 2008, 12:01 PM
kalau aku nak buat panjang sikit dan hasil dia seperti gambar rajah di bawah boleh juga ka?

http://www.geocities.com/allbowlez/Untitled-1.jpg

emran
31st December 2008, 05:46 PM
kalau aku nak buat panjang sikit dan hasil dia seperti gambar rajah di bawah boleh juga ka?

http://www.geocities.com/allbowlez/Untitled-1.jpg


buat aje... takde strict rules lah dapat nak mendapatkan cahaya terbaik nie.. yang saya sketch tue pun bukannya ada scale tertentu... ikut belasahan jek..hehhe... keep experimenting... :D

ambo_az
31st December 2008, 11:29 PM
http://www.flickr.com/photos/ambo_az/3070130947/
boleh tgk sini dR ali punya diffuser...nampak simple tp hasilnya memang beh...

red
1st January 2009, 12:15 AM
welcome to macro world. betul apa yg depa kata tu- bila main makro ni kita boleh jadi engineer untuk reka DIY bagi mendapatkan cahaya yg diingini. try and error je sampai la dapat teknik yg paling sesuai dgn kamera, lens dan gaya makro yg diingini anda.

sabah memang ultra best untuk makro. ada banyak spider pelik kat sana.

kelisa
1st January 2009, 08:19 PM
cakap pasal spider memang hari ni aku tangkap spider saja naik seram pun ada gak tangkap spider ni takut jadi spiderman nanti. ni hasilnya tangkap spider + diffuse flash.

http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1586s.jpg
mode : manual
speed : 1/100
a: f16
iso : 100

http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1597s.jpg
mode : manual
speed : 1/100
a: f18
iso : 100

http://www.geocities.com/allbowlez/IMGcopy.jpg
mode : manual
speed : 1/125
a: f14
iso : 100

harap bantuan dari otai otai kat sini bagi cadangan untuk memperbaiki hasil ni. lagi satu nak tanya kenapa la flash tu mesti ada reflect tiap salah 1 mata laba² tu ah? :(

emran
1st January 2009, 08:44 PM
bro... saiz utk posting ade terlebih sket nie.. apa kata post kat forum yang resize dan link kepada full size.. senang sket utk rakan-rakan melihat.. :D

kelisa
1st January 2009, 09:12 PM
alamak ya ka sorry bro aku cuai pasal benda tu. ok sekali lagi hehehe dan susunan info pasal gamba seperti tadi juga :

http://farm4.static.flickr.com/3131/3156222204_ddc024cc14.jpg?v=0

http://farm4.static.flickr.com/3109/3155391477_b8313a4db7.jpg?v=0

http://farm4.static.flickr.com/3223/3155393483_8a4cfb82dc.jpg?v=0

harap bantuan dari kawan2 kawan2 kat sini bagi cadangan untuk memperbaiki hasil ni. lagi satu nak tanya kenapa la flash tu mesti ada reflect tiap salah 1 mata laba² tu ah? :(

red
1st January 2009, 09:30 PM
Exoskeleton (kulit luar) haiwan arthropod yang merangkumi spider dan serangga memang sifatnya memantulkan cahaya hingga berkilau bila kena flash. Saya diffuse cahaya flash dgn kertas fotostat atau bounce. Bila diffuse atau bounce, cahaya akan lebih lembut dan kurang mengakibatkan kilauan.

Untuk lebih detail, cuba dapatkan angle supaya tiada bahagian badan subjek seperti kakinya yang merge dengan background.

kelisa
1st January 2009, 09:35 PM
da diffuse mungkin x cukup tue tracing paper? nak tebal sikit mungkin kan? pasal angle tu akan di usahakan sebaik mungkin. thx bro red kerana bagi input.

emran
1st January 2009, 10:00 PM
setting kamera generally ok lah tue..

dari segi gambar.. pada pandangan saya ada sedikit under... kurang cahaya... amik RAW ke JPEG? kalau amik RAW senang sket nak naikkan sket exposure.. kalau JPEG pun boleh nak naikkan exposere cuma tak secantik yang RAW lah.. (sebaik-baiknya amiklah RAW bila amik macro shoot.. kekadang banyak kite kene betulkan kemudian dan format RAW membantu kita mengurangkan/membetulkan kesilapan semasa kite mengambilnya)

dari segi focusing.. good focus.. sume kene kat mata..

ada main setting FEC tak? flash exposure compensation.. (boleh tau pakai flash ape.. ).. biasanya saya punye Av,Tv,ISO constant.. yang saya ubah adalah FEC.. kalau saya rasa tak cukup cahaya.. saya up kan sket FEC.. kalau saya rasa terlebih.. saya minus kan.. ini adalah cara peribadi saya lah kalau nak cuba.. lain orang lain caranya.. ;) .. dulu dulu saya constantkan FEC, dok memain kat variable lain.. terpulang lah untuk mencuba

dari segi reflection... mmg takleh nak elak bila berjumpa serangga yang bodynya reflect cahaya... susah nak elak melainkan guna natural light.. dalam adobe photoshop ada function utk kurangkan reflection.. cubalah yang itu...

keep testing.. :D (kalau rajin postlah gambar setup diffuser.. )

kelisa
1st January 2009, 10:16 PM
ambik jpeg, kena ambik raw ke? kalau pasal flash ni hehehe aku belum beli xternal flash lagi masih guna built-in flash tu hehehe :D pelan² kalau nak beli semua sekali kering la aku. berapa harga 1 flash tu? ni diffuse flash aku buat hasil tunjuk dari gambar rajah yg di berikan

pandangan sisi
http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1608.JPG

pandangan hadapan
http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1609.JPG

guna kotak + A4 paper + klip paper + tracing paper + 2 kad (kad ic dan kad kerja tujuan untuk tutup tepi tu).

oh kurang cahaya ka? kena beli xternal flash la jugak ni kan? :-?

emran
1st January 2009, 10:48 PM
tak perlu sangat external.. internal flash pun leh pakai kalau kene gayanya..

diffuser tue.. saya cadangkan bahagian dalamnya gunakan aluminium foil.. supaya tade loss.. supaya sume ditujukan kepada subjek...

kalau leh amiklah RAW... tak wajib.. sunat jek .. hehe...bukan ape.. kekadang susah nak dapat the correct exposure on the field.. nampak cantik kat lcd tapi bila balik rupenye under/over a bit.. jadi kalau RAW membantu untuk betulkan..

saya lupa satu benda lagi.. berkenaan dengan reflection dan juga harsh shadow.. satu cara untuk kurangkan reflection dan juga mengurangkan shadow adalah dengan bermain pada bahagian contrast (kene amik RAW.. :P).. negatifkan dan cuba lihat kesannya..

selamat mencuba!!! :ymcowboy:

emran
1st January 2009, 10:58 PM
pandangan sisi
http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1608.JPG

pandangan hadapan
http://www.geocities.com/allbowlez/IMG_1609.JPG



saya kurang paham sket lah diffuser nie.. kat mane kertas diffusernya? nampak yang nie lebih kepada reflector.. ataupun kertas tracing paper tue diklipkan pada bahagian hujung kertas tue? kalau begitu boleh lah tue... :D

tambahan satu lagi.. internal flash pun leh control tau FECnya.. (internal canon flash leh +2 hingga -2) .. check manual kamera.. :)

kelisa
1st January 2009, 10:59 PM
macam kepada reflector ke? ha mampos ni la ni pepandai buat sendiri :D sorry bro, memang gitu la tu x de lagi klip tracing paper tu. :)) patut pun hasil dia kurang umph sikit. x apa akan di usahakan lagi.

oh main ngan FEC kalau makin naik makin kuat la flashnya kan? emm AEB tu pula apa fungsinya?

bro, maksud bermain dengan contrast nak edit guna photoshop ka? aku pun ada terfikir nak guna aluminum foil tu, tapi gambar rajah hari tu x ada tunjuk juga aluminium hehe, ok nanti aku buat diffuse baru lagi guna aluminium.

emran
1st January 2009, 11:32 PM
macam kepada reflector ke? ha mampos ni la ni pepandai buat sendiri sorry bro, memang gitu la tu x de lagi klip tracing paper tu. ) patut pun hasil dia kurang umph sikit. x apa akan di usahakan lagi.

takyah nak sesori lah.. kite sesama belajar... hehe

cadangan cara express.. beli botol susu (magnolia ke ape ker)... (kalau nasib bagus kekadang dalam die mmg silver color.. so takyah buh aluminium foil dah).. takpun beli air peel fresh orange (dulu saya pakai peel fresh orange.. senang.. takyah buh aluminium foil pun taper sbb warna putih dalam botol die tumpukan cahaya dengan baik dah)...
-satu hujung modified supaya flash boleh masuk...
-kemudian potong 45 darjah kat satu hujung lagi satu..
-then bubuh styrofoam paper ataupun tracing paper pada hujung yang dipotong itu..
-ataupun kalau rajin tambah mangkuk aluminium/mangkuk styrofoam pada hujung then bubuh tracing paper/styrofoam paper pada hujung nya .. kalau tak berapa paham nanti saya amik gambar diffuser lama (generasi pertama) saya...

http://img.photobucket.com/albums/v31/drziner/expressdiffuser.jpg


oh main ngan FEC kalau makin naik makin kuat la flashnya kan? emm AEB tu pula apa fungsinya?
yep.. AEB tade kaitan.. tue cite lain dah.. :D (aeb adalah untuk buat automatic exposure bracketing.. ambil gambar yang sama pada exposure yang berlainan .. )


bro, maksud bermain dengan contrast nak edit guna photoshop ka? aku pun ada terfikir nak guna aluminum foil tu, tapi gambar rajah hari tu x ada tunjuk juga aluminium hehe, ok nanti aku buat diffuse baru lagi guna aluminium.
contrast pada RAW editor... bukan photoshop..

kelisa
1st January 2009, 11:44 PM
esok juga akan aku beli air tu :)) . so sabtu leh pi macro lagi nak try test guna diffuser baru tu hehehe

ambo_az
1st January 2009, 11:53 PM
dah byk ilmu abg emran bagi tu...selamat mencuba dan terus mencuba...don't give up...tak tahu tanya lg...

red
2nd January 2009, 12:49 AM
nak lighting makro yg perfect, belajar la dgn ambo_az tu. setup lighting dia paling mengancam.

Boogey
4th January 2009, 08:29 AM
Buek la goner pun tapi tak kan leh lawan hok ambo az dan emran punyer. Aku tengok dah. Dasat. Nak try test pun tak berani weh takut ketagih.

ikelah
4th January 2009, 08:50 AM
Buek la goner pun tapi tak kan leh lawan hok ambo az dan emran punyer. Aku tengok dah. Dasat. Nak try test pun tak berani weh takut ketagih.

ketagih macro related goods tak pe. pada yang merokok, kalau duit tu latak kat tabung...sure dapat gajet mcm tu....hahahahaha...gurau je but
RM7x30=RM210x12= rm2520 <---- fikir fikirkan lah bab kate ismet ulam raja

emran
4th January 2009, 09:18 PM
Buek la goner pun tapi tak kan leh lawan hok ambo az dan emran punyer. Aku tengok dah. Dasat. Nak try test pun tak berani weh takut ketagih.

gadjet jek class.. tapi output brother boogey jauh lagi class... saya minat betul nak wat lighting stail tue.. nanti rasa nak modified diffuser saya sket.. tapi tak sesuai plak.. :D

saya rasa hasil saya masa pakai external flash + diy flash extender lebih ok dari output sekarang.. tengah dok testing lagi.. harapnya janganlah lama sangat testingnya.. :D

kelisa
4th January 2009, 11:57 PM
kat sini asik hujan saja x dapat nak keluar tangkap gambar. so ini saya ambik time hujan ni harap dapat tunjuk ajar dari kawan sekelian

http://farm4.static.flickr.com/3080/3164521642_a9a740a4cc_m.jpg

emran
5th January 2009, 02:09 AM
kat sini asik hujan saja x dapat nak keluar tangkap gambar. so ini saya ambik time hujan ni harap dapat tunjuk ajar dari kawan sekelian

http://farm4.static.flickr.com/3080/3164521642_a9a740a4cc.jpg

dari segi teknikal.. nampak ok sangat dah gambar nie.. lighting pun cantik dah... tak sabar menanti kekumbang dari sabah nie..

dari segi komposisi.. mungkin boleh dipertingkatkan.. misalnya guna rule of third ke... atau apa2 teknik komposisi.. :)

ps: kalau post yang besar sket macam nie pun taper... senang sket nak menilainya.. cheers!

kelisa8414
5th January 2009, 08:30 AM
thx bro :ymblushing: emmm "rule of third" tu apa benda?

emran
5th January 2009, 09:00 PM
dekat internet ada banyak info tentang ro3 nie.. antara link yang boleh dilihat
http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds
http://digital-photography-school.com/b ... of-thirds/ (http://digital-photography-school.com/blog/rule-of-thirds/)
http://photography.about.com/od/takingp ... rdsdet.htm (http://photography.about.com/od/takingpictures/a/ruleofthirdsdet.htm)