PDA

View Full Version : Kiamat Semakin Hampir



Ayie
9th January 2009, 09:13 AM
Salam semua...
Mungkin artikel atau topik macam ni dah biasa dapat atau dibaca sebelum ni. Saya sendiri pun dah banyak kali terbaca atau terima email sebelumnya. Cuma, kadang tu buat pandang tak pandang je. Tp di pagi Jumaat 9/1/09 yang mulia ni, bangun pagi2 masa subuh, tiba2 teringatkan artikel ni. Dibaca & ingin dikongsi bersama antara tanda2 KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Penaklukan Baitulmuqaddis - dah jadi & sedang berlaku...
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela - memang dah nampak.. banyak sangat kan?
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik - Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Gang Starz, Sehati Berdansa & macam2 lagi...
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi˛ wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid & membanggakannya - tengok aje sekeliling kita, mmg dah banyak
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga - ada anak2 yang tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... dengan jiran tak bertegur sapa
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Ramai orang soleh meninggal dunia - kira berapa jer para ulama' yang tinggal
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat - George "Semak" Bush dll.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja - jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang - fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda˛, telah tiba hari kiamat ialah akan muncul pakaian˛ wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

Bulan sabit kelihatan besar - memang betul, tak caya pergi tengok atau amek gamba
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita - ni takyah cerita panjang, bukak je newspaper, majalah2 popular sekarang ni... cukuplah! Belum kira berita media elektronik.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar - Masya'allah... cukup banyak
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput & sungai - Dubai dituruni salji. Mina dibanjiri air.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai˛" - Sahih Muslim

sydeen04
9th January 2009, 06:01 PM
artikel & peringatan yang baik :ymhug:

arulz
9th January 2009, 07:58 PM
barakallahu fik...mekasih atas tazkirah yang ringkas dan padat...seronok tgk di fmdc mula ade ingtan2 sebegini.kita shot2 jugak..tp akhirat x lupa kan..kan.. ;;)

Boolah
9th January 2009, 09:45 PM
terima kasih bro ayie..
tazkirah yg berguna... kerana kita sering lalai..

pistOL7
9th January 2009, 10:49 PM
terima kasih tuan...
sama2 la kita ingat mengingati...

Hanisq
9th January 2009, 11:16 PM
Terima kasih Ayie atas ingatan tersebut... Inilah uniknya FMDC, lain dari yang lain
- Sedarlah kita, Dunia hampir kiamat...

Ayie
10th January 2009, 08:03 AM
sydeen04, arulz, Boolah, pistOL7, Hanisq
Sekadar berkongsi je... dan ingat mengingati sesama kita :)

ikelah
10th January 2009, 01:19 PM
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kembali dan bersama kepadaNya.

artline
10th January 2009, 07:12 PM
terima kasih.
semoga tidak terus gembira dengan dunia semata-mata...
ingatan untuk diri sendiri dan sahabat :)

kenyit
4th February 2009, 04:45 PM
dah dekat 3 kali mimpi seolah-olah kiamat... (sbb dalam mimpi tu nampak matahari makin dekat ngan bumi, semua orang lari bertempiaran, pastu terbangun dr. tido) .... Pastinya, kiamat itu akan hadir. Time kasih ayie untuk peringatan tersebut

heroMak
20th February 2009, 09:55 AM
moga kita bersedia menghadapinya.. namun, jika diberi pilihan, biarlah kita mati seblum tibanya hari kiamat itu..
di mana pada hari itu, anak dalam kandungan buleh gugur begitu sahaja dan si ibu tidak pula menyedarinya kerana keadaan
yang bercelaru dan kelam kabutnya pada waktu itu..

izzat3114
22nd February 2009, 07:04 PM
terima kasih atas peringatan.. kena bersedia untuk hari itu.. :)