PDA

View Full Version : Aminorazmi | Gambar Terbaik Sepanjang 2008



aminorazmi
31st January 2009, 02:19 AM
1# Stesen Keretapi Alor Star
Saya sukakan gambar ni, sebab moment yang sempat dirakamkan menunjukkan seorang tua sedang memerhatikan saudaranya yang baru menaiki keretapi dan ketika ni, keretapi sedang mula bergerak. 1 time shot, menggunakan teknik off body flash.

http://farm4.static.flickr.com/3294/2833647254_d359027f01_o.jpg

2# Blue Tiger: Penang Train Yard, Prai.
Gambar ni dirakamkan ketika matahari telah terbenam, ketika kepala keretapi model Blue Tiger ni sedang bergerak meninggalkan train yard, dan dirakamkan secara handheld, menggunakan teknik off-body flash

http://farm4.static.flickr.com/3092/2833292939_fa5a7bc3d6_o.jpg

3# Jambatan di Putrajaya
Antara gambar yang saya suka, kerana pada ketika ini, cahaya ketika matahari hampir terbenam memberi refleksi warna yang menarik terhadap objek yang dirakamkan.

http://farm3.static.flickr.com/2041/2496120385_a2b1d7b0f3.jpg?v=0

4# Kuching, Sarawak
Petikan di flickr saya : "this is the highest angle i could go when my visit to Kuching, Sarawak last weekend. 20 minutes before this moment, the day was raining. I left my camera at hotel. Then, when at the level 9th of this building, I saw the "yellowish" color spot ont this Hilton Building. Sigh...I ran to the hotel, come back asap, within 13 minutes. Penat woooo..."

http://farm4.static.flickr.com/3288/2675935535_d081a33194_o.jpg

5# Kuching Waterfront, Sarawak
Kombinasi warna lewat petang pada permukaan air, human subject dan supportive element seperti gunung dan tebing sungai, membuatkan rasa rasa ini antara gambar travel terbaik yang saya ada semasa di kuching

http://farm4.static.flickr.com/3141/2675720623_27e583b555_o.jpg

6# Senja di Kuching Waterfront, Sarawak
Warna-warna yang terhasil ketika matahari terbenam yang sempat dirakamkan ketika kunjungan ke Kuching, Sarawak. Saya memang passionate dengan Travel Photo.

http://farm4.static.flickr.com/3227/2675720635_3143ce03a1_o.jpg

7# Pasangan Pulau Sekati dan Sebuah Basikal
silhouette yang terhasil, ketika kunjungan ke Terengganu, inspirasi oleh Dome yang membuat saya jeles sangat dengan gambar2 dia masa ni.

http://farm3.static.flickr.com/2274/2257179572_47671ce5ac.jpg

8# Tasik Kenyir, Terengganu
Standard shot yang saya suka, tak tau kenapa, mungkin sebab warna dan subjek yang ringkas, gabungan elemen air, bot, pokok dan langit

http://farm3.static.flickr.com/2331/2260330184_5fa3a9f850.jpg

9# Pagi di Kg Bantal, Ulu Tembeling
Ni la satu-satunya gambar pagi yang paling saya suka ketika di Kg Bantal. Masa ni kami sedang bersiap sedia menunggu bot di tebing Sungai Tembeling untuk bergerak ke Jeram Perahu

http://farm4.static.flickr.com/3050/2608550496_2d3368405f.jpg

10# Jeram Perahu, Ulu Tembeling, Pahang
Pertama kali saya dapat ikut orang menembak ikan, walaupun di waktu tengahari terik. Cabarang ketika mengikut kumpulan guide yang menembak ikan ni yang membuatkan saya suka sangat gambar ni. Pakcik ni naik ke darat dan membawa ikan ni kepada saya untuk dirakamkan gambar. Kami naik ke hulu hampir sejam dengan berjalan kaki, dan saya seorang yang tinggal mengejar mereka dari darat semasa aktiviti menembak ikan, sebab kumoulan guide ni berenang sambil menyelam menghilir ke tapak perkhemahan. Kalau tak kerana membawa kamera ketika ni, kemungkinan besar saya akan menyertai mereka menyelam jugak, walaupun tak pandai menembak ikan.

http://farm3.static.flickr.com/2159/2293578000_f06c15b540.jpg

11#
http://farm3.static.flickr.com/2299/2293578446_5aa620a1b3.jpg

12# Keretapi di Dabong, Kelantan
Yang membuatkan gambar ni menjadi kesukaan saya, ialah saya berhasil merakamkan imej keretapi yang sedang keluar dari selekoh selepas stesen Dabong, berlatarbelakangkan Pemandangan Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang, bersama kabus, dan lebih istimewanya, ketika ini keretapi sedang mengeluarkan kepulan asap. Menurut kawan saya, susah sebenarnya nak dapat gambar keretapi kat Malaysia ni yang sedang mengeluarkan asap tebal. Tambahan pula ketika ni, saya seorang diri berlari ke tempat ni, dalam hujan rintik, tanpa payung, pacak tripod, pasang kamera dan tunggu keretapi. Trip bersama 2 lagi orang lama dalam dunia Fotografi Malaysia ketika ni, saya kira amat bermakna kerana kami berkampung di stesen keretapi selam 4 hari, dan pengorbanan saya amat berbaloi kerana dapat live outing dan sharing idea di samping mempelajari banyak pengetahuan yang amat berguna daripada 2 sahabat yang sangat berpengalaman.

http://farm4.static.flickr.com/3243/2997833401_216b05b533_o.jpg

13# Railway Kid
Imej ni dirakamkan ketika di Stesen Keretapi Gua Musang. Kanak2 yang tinggal di sekitar landasan keretapi akan bermain di sekitar landasan ketika ketiadaan keretapi. Itulah playground mereka.

http://farm4.static.flickr.com/3104/3135973412_ab8f8e5e28_o.jpg

14#

http://farm4.static.flickr.com/3245/3135973628_2722131ab4_o.jpg

15# Sunset di Runway, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang

http://farm4.static.flickr.com/3512/3239534218_e66ca31fa0_o.jpg

16# Putrajaya World Cup Waterski Competition

http://farm4.static.flickr.com/3057/3010779584_a09cd76182_o.jpg

17#

http://farm4.static.flickr.com/3010/3018201890_792a71bdf3_o.jpg

18# Gadis Melayu Desa

http://farm4.static.flickr.com/3437/3213078787_9c6de89d6e_o.jpg

19#

http://farm4.static.flickr.com/3011/3049727693_dbc0e7284f_o.jpg

20# Urban Sport

Gabungan idea 3 jurugambar untuk bermain dengan teknik pencahayaan portable. Perbincangan yang ringkas, dan fokus, akhirnya saya rasa membuatkan kami memperolehi gambar sebegini.

http://farm4.static.flickr.com/3184/3002321144_a9896c68d4_o.jpg

Sebenarnya, saya segan nak tunjuk gambar2 ni di ruangan Gambar Terbaik 2008. Masih jauh sangat dari tahap yang boleh dikatakan baik. Banyak lagi kelemahan dalam gambar2 ni. Namun hakikatnya, saya kena terima, kesilapan yang berlaku bila dilihat dalam gambar2 yang paling saya suka ni la sebenarnya ruang untuk saya meperbaiki kelemahan dan mempelajari sesuatu. Semua gambar ni lebih kepada imej syok sendiri. Tak laku pon nak jual kat mana-mana.

Moga2 tahun 2009 ni, akan menghasilkan imej2 yang lebih baik. InsyaAllah.

Firdaus™
31st January 2009, 02:32 AM
Subhanallah, sy amat tertarik sekali dgn gambar landscape bro amin, gambar no. 5, 6, 8, dan 9 sangat sy suka...yang no.4 tu pula mmg terbaik juga, berkejaran untuk mendapatkan kembali kamera yg tertinggal di hotel amat berbaloi utk shot itu...gambar lain pun cantik juga, semoga tahun 2009 ni dapat yg lagi terbaik, insyaAllah :) banyak sy dapat belajar dari bro amin terutamanya berkenaan lighting dan shoot model...ingin mencuba juga kelak...tahniah! :)

pistOL7
31st January 2009, 08:32 AM
vote 4 gadis melayu...
marbelessss...

zainzubir
31st January 2009, 09:01 AM
Railway kids yg paling hanty suka..the first kid tu macam seolah2 pelarian dalam perang pun ada..apa2 pun semua shots amin bukan setakat terbaik, pada pendapat hanty, ia terhasil jelas dgn satu perancangan yg teliti, mengambil kira semua aspek photography best practices..SYABAS dan TAHNIAH...I envy you..

izzat3114
31st January 2009, 09:15 AM
all marvelous.. pic 17..dari mana angle tu ek? hohohoho..nice..
gadis melayu..wow...huhu

sang22276
31st January 2009, 09:17 AM
semua BEST! dari 1 sampai 20.

dome
31st January 2009, 12:29 PM
tahniah amin,
mantoop2 belaka ,
bila nak mai ganu lagi.

dR ali
31st January 2009, 01:06 PM
amin memang beh... memang LUARBIASA...

aminorazmi
31st January 2009, 07:32 PM
Dome, insyaAllah, akan sampai tak lama lagi...ehehehe...tunggu cuaca ok sket dan keje2 selesai...

ni semua gambar2 biasa2 saja..berbanding kawan2 lain kat sini, apa lah sangat saya ni...

but, saya setuju ngan hanti Zain, tahun 2008 saya banyak belajar, mengenai kepentingan merancang untuk membuat gambar...

mudme
31st January 2009, 11:34 PM
mmg best tgk gmbr2 amin...

FaizaLOmar
1st February 2009, 12:20 AM
ni yang dikatakan "terbaik". memang handal!

tembeling
1st February 2009, 09:51 PM
Terbaik! :-bd

qisan
13th March 2009, 05:36 PM
min ... nampak keikhlasan dan kesungguhan yang terpancar dari semua gambar tersebut. Tahniah... kerana perkongsian ini, dan ia menjadi lebih bermakna kerana kita semua mengagungi ciptaan Yang Maha Esa. Terusksan usaha anda. Harapan, semoga suatu hari nanti, saya dapat mengekori anda walaupun saya baru bermula ....:)

Boogeyman
16th March 2009, 04:51 PM
Hebat! Banyak lagi kawan kena practise untuk dapat gambo sehebat ni. Tak jadi aku nak hapload gambo 2008.

buttet
16th March 2009, 05:35 PM
abang boogey saja merendah diri nims

fier1285
20th March 2009, 11:57 AM
tahniah saudara amin sbb brjaya mghasilkan gambar yg begitu indah.. keinsafan dalam diri timbul bila lihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa...

amadshuqur
26th March 2009, 08:31 AM
all i can saya is semua gmbar yang abg upload nih.. mmg yg terbaik utk 2008... owesome!!!! i love 3rd picture yg kat jambatan purajaya tu.... angle yg cukop menarik...... keep it up abg amin.!!!!

aduka_syah
26th April 2009, 04:28 AM
Caya la bro...broo... wa suspec sama lu...

EmirEsq
22nd May 2009, 03:03 PM
Sgt mnarik bro....yg paling best for me...15# Sunset di Runway, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang and yang last skali...#20.....boleh blajar nie... :)