View Full Version : Camera : panorama
zul78
22nd August 2005, 09:52 AM
mintak tolong......
Kepada mereka mereka yang terror dalam
mengambil gambar panorama.....
boleh bantu zul......???
zul ...part ambik gambar ni ...kurenggggg reti sikit....
zul pakai camera sony 3.2 mp jer.....
kalau part ..... PS tu ...ok lah....
bantuan anda di dahulukan dengan ucapan terima kasih......
tq tq tq tq
brahym
22nd August 2005, 10:14 AM
mmm...ni kena ada wide angle lens cam sigma 10-20mm tu..Saya cuma ada 18mm je paling kecik..tu pon kits lens...
bubba
22nd August 2005, 10:39 AM
** mintak maas sida sida diraja ... ni gambar panorama kena besar sikit. Harap dimaafkan**
(Putrajaya di waktu malam, pemandangan datu jambatan Seri Wawasan)
http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/putrajaya-pano-4web.jpg
Sebenarnya, anda tidak perlu lensa yang 'wide' untuk panorama. lense wide selalunya ada 'barrel distortion' yang menyebabkan gambar panorama kurang menarik. Saya suka mengambil gambar panorama pada focal length 40-50mm, iaitu hampr sama dengan sudut pandangan mata manusia.
Contoh gambar ditatas si ambil menggunakan point and shoot sahaja (Kodak Easyshare 6490)
EXIF,
- shutter 12 saat,
- aperture f/8 (lebik kecil aperture lebuh bagus tetapi kamera saya hanya mampu setakat f/8 shj.)
- ASA 50.
7 imej kesemuanya dan disambung menggunakan photoshop elements.
supaya exposure bagi kesemua 7 'frame' imej2 tersebut, gunakan manual setting, dan tetapkan shutter dan aperture ynag sama untuk kesemua frame. Jika tidak, exposure setiap frama akan berbeza dan gambar panorama akan kelihatan berbelang di tempat 'sambungan'.
mudah mudahan ini membantu.
sekali lagi maaf kerana gambar tu panjang ... al maklumlah, panorama.
.
zul78
22nd August 2005, 11:06 AM
- bagai mana dengan ruang keliling .............
- macam ruang bilik .....
- bagai mana pula dengan pergerakkan kita ..... untuk mengambil 7 gambar tu .....( ruang pusingan atau pemandangan rata)
- melintang secara lurus ( kiri ke kanan)......atau ....... berpusing(360)....atau bergerak separuh bulatan...(180)
- bagaimana mengekalkan...... keadaan serata ....di atas dan dibawah gambar....... jika gambar di ambil tanpa stand.
eee ...banyak pulak solan aku .....
saya budak baru belajar.....
bubba
22nd August 2005, 11:23 AM
- bagai mana dengan ruang keliling .............
- macam ruang bilik .....
bagi ruang bilik saya gemar menggunakan single shot sahaja, kerana ruang agak sempit untuk "pan" accross. Gunakan lens wide seperti saranan En.Brahym, kemudia crop dengan faktor nisbah crop 16:9 untuk efek panoramic/cenimascope.
- bagai mana pula dengan pergerakkan kita ..... untuk mengambil 7 gambar tu .....( ruang pusingan atau pemandangan rata)
- melintang secara lurus ( kiri ke kanan)......atau ....... berpusing(360)....atau bergerak separuh bulatan...(180)
- bagaimana mengekalkan...... keadaan serata ....di atas dan dibawah gambar....... jika gambar di ambil tanpa stand.
pergerakan kamera yang terbaik pada pandangan saya adalah pusingan mengikut satu paksi, seperti diatas paksi tripod. memandangkan shot malam itu memerlukan bukaan shutter yg agak lama, tripod adalah satu kemestian. Jika imej panorama yg di buat di waktu siang, shutter ynag pantas, kamera boleh dipegang dan gunakan pinggang sebagai paksi untuk menggerakkan kamera sepanjang horizon.
Ambil perhatian ditempat tempat gambar-gambar akan disambung supaya ada sedikit overlap antara imej 1 dan imej 2, imej 2 dan imej 3 .... dan seterusnya. tempat overlap ini akan digenakan sebagai 'reference point' semasa membuat 'sambungan'.
zul78
22nd August 2005, 12:08 PM
terima kasih bubba ......
saya akan cuba sedaya upaya untuk master dalam bab ni ....
time kasih banyak2
zul78
23rd August 2005, 11:48 AM
zul dah cuba ...... tapi masih tak jadi ..................zul pakai sony dsc p32......
fetures :
ev = -1.7 to +1.7
focus = multi f, center f, 0.5m, 1.0m, 3.0m, 7.0m, infinit
white b = auto
iso = 100, 200, 400
quality = fine, standard
flash = normal, low, hight
cam mana nak pakai setting ni ...
antuheri
23rd August 2005, 03:17 PM
ce try set kan kepada night mode and off flash . and pastikan pakai tripod . 8) 8)
AyAres151
23rd August 2005, 11:51 PM
malam2 tripod is a must... wajib tu.. kalu tak gmbar tak cantik..
LJT
24th August 2005, 04:24 PM
very nice panorama shot..
d0me
29th August 2005, 10:18 AM
ni yg pernah aku shot, waktu petang. ptg2 suasana cepat berubah sikit . nak kena cepat.. hehe
http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/senjakala2.jpg
yokozuna
3rd September 2005, 03:29 PM
Sebenarnya, anda tidak perlu lensa yang 'wide' untuk panorama. lense wide selalunya ada 'barrel distortion' yang menyebabkan gambar panorama kurang menarik. Saya suka mengambil gambar panorama pada focal length 40-50mm, iaitu hampr sama dengan sudut pandangan mata manusia.
Contoh gambar ditatas si ambil menggunakan point and shoot sahaja (Kodak Easyshare 6490)
EXIF,
- shutter 12 saat,
- aperture f/8 (lebik kecil aperture lebuh bagus tetapi kamera saya hanya mampu setakat f/8 shj.)
- ASA 50.
7 imej kesemuanya dan disambung menggunakan photoshop elements.
supaya exposure bagi kesemua 7 'frame' imej2 tersebut, gunakan manual setting, dan tetapkan shutter dan aperture ynag sama untuk kesemua frame. Jika tidak, exposure setiap frama akan berbeza dan gambar panorama akan kelihatan berbelang di tempat 'sambungan'.
mudah mudahan ini membantu.
sekali lagi maaf kerana gambar tu panjang ... al maklumlah, panorama.
br bubba, leh kasi tutorial tak camaner nk sambung guna PS ni....harap sudi membantu...
brahym
4th September 2005, 12:11 PM
Ni cara saya kalau nak stich gamba guna PS...
1. Create new file
2. Open file (semua gamba panorama tu)
3. Drag gamba tu masuk dlm file yang baru
4. Arrange gamba tu
4.i. Gunakan blending mode>diffrence kat layer layer yang ingin di stich
4.ii. Bila gamba dah overlap dgn sempurna, bahagian yang overlap akan hasilkan cantuman yang berwarna hitam pekat..
5. Bila semua gamba dah overlap...tukarkan blending mode kepada 'normal' semula
6. Flatten image tu
7. Siap
yokozuna
4th September 2005, 12:15 PM
thanks br brahym..I'll try... :D :D
brahym
4th September 2005, 02:09 PM
Nak tanya sikit, boleh ker kita print gamba panorama ni kat kedai gamba? Atau kita boleh print kat kertas 8R dan potong je bahagian yang dikehendaki tu...
buntalshoot
21st December 2005, 08:40 PM
Ini adalah sentuhan aku... 8 keping gambar dan pemandangan 180 darjah di stich dalam PS.
http://www.geocities.com/buntalshoot/panorm_uyamcopy.jpg
helmyemran
21st December 2005, 09:04 PM
bro buntal, mana gambanya? kat tag FP tu ke? ke PC aku nih yg tak nampak?
yeop
22nd December 2005, 12:12 AM
hmm..antara PS ngan Panoramamaker..mana lagi best kalau kite nak cantum gamba?
buntalshoot
22nd December 2005, 08:43 AM
tak penah guna Panoramamaker.... bagi aku photoshop lagi senang pasal dia indipendent....
sobriazmi
22nd December 2005, 09:36 AM
ya ya....idup tripod...
tp tripod aku ilang..
nak kena beli baru...
mr_bun
23rd December 2005, 12:48 PM
hehe..aku try gak buat panorama..first try ekceli..
ingat nak amik byk2 gambar..tapi sejuk sgt so try pakai 3 keping je dulu...
walaupun tak berapa panoramik..tapi puas hati gak aa sbb first time try..
ini la hasilnye..cuaca pagi tadik..lebih kurang 8pagi waktu jepun..yg bawah tu pukul 6ptg
http://img.photobucket.com/albums/v219/mfosa/frommywindow.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v219/mfosa/frommywindow-malam.jpg
helmyemran
12th January 2006, 04:54 PM
1st time buat kira2 dua thn dulu. pakai nikon coolpix 4500.
http://i25.photobucket.com/albums/c75/nylonbrush/web_golf01.jpg
lg dua imej kat fotopages aku.
buntalshoot
12th January 2006, 05:17 PM
cantik gilerrr.... adakah panorama nie helmyemran guna tripod atau handheld....?? berapa keping pic yg digunakan dan software ape yg digunakan??
helmyemran
12th January 2006, 05:31 PM
thanks buntal. aku pakai tripod. pastu stitch dlm photoshop cam kau gak. brapa keping aku dah lupa, dah brapa thn nih. original file aku malas nak bukak, sbb masa nie aku edit guna G4, utk print atas A1 size paper. kalau aku bukak kat PC aku nih, merangkak aku rasa.
lanraga
24th January 2006, 02:26 PM
kene gune tripod...
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.