PDA

View Full Version : Derma Kilat - Mencari Hassan Ayat (Pendaki Hilang Di Gunung Yong Yap)



Defcon
19th February 2009, 02:04 PM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah berbincang dgn Jenal secara adhoc di multiply.
Kami decide nak buat 1 derma kilat bagi operasi tersebut. Duit ini akan digunakan untuk rakan2 mendaki yg akan bergerak ke sana nanti.
Duit tersebut boleh didermakan ke acc pgurlz_zam

Bank: MBB
Ac Number: 166010020118
Nama: Zamzuliana M Nasir
email : zamz@spp.gov.my

Duit itu akan disalurkan kepada rakan mendaki yg terlibat dlm usaha mencari melalui

1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015


http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=18&t=2317


GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.

emran
19th February 2009, 03:58 PM
terasa kesedihannya bila membaca thread kat gunungonline tue (ada dua tiga thread isu yang sama)... semoga hassan ayat selamat kembali.. aminnn

waja1197
19th February 2009, 06:55 PM
Ambik dr Gunungonline...
Kalau 40 org baca doa ni, insya-Allah Hasan dpt dijumpai...
W'pun aku Xkenal geng2 gunung nie, as muslim kita kena tolong la setakat yg termampu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah ya tuhan kami yang maha kaya lagi maha pemurah....
yang maha pencipta juga yang maha mengetahui segalanya...
kami bersujud dan memohon ke hadrat mu ya Allah...
Agar Kau peliharalah sahabat kami hassan ayat daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini...
Kau jauhkan lah dia dari segala bentuk gangguan fizikal mahupun spiritual...
Ko terangkan lah hati nya supaya mudah bagi dia menemui jalan keluar...
Berilah ketenangan dan kekuatan kepada jiwanya agar dia tidak putus asa...

Andai dia lapar dan dahaga, Kau kenyang kan lah dia...
Andai dia kegelapan, Kau terangilah dia...
Andai dia sakit, Kau ringanlah kesakitannya...

Kami juga bermohon kepadamu ya Allah...
agar Kau mudahkan lah bagi pasukan pencari untuk menemui hassan...

Kau berikanlah kekuatan kepada mereka andai kata mereka telah letih...
Hanya Engkau sahaja yang mampu membalas jasa-jasa mereka ini...

Amin ya robbal a'lamin...

limauoren
20th March 2009, 11:05 PM
sy pun terasa sedih... last week sy pun baru tahu berita ni bila staff sy (kaki panjat bukit/gunung) bukak cerita.. actually bapa si mangsa rakan sepejabat saya di PKNS (tp berlainan unit & dia dah pencen lama pun)... harap keluarga beliau bersabar & marilah kita berdoa byk2...:(

Defcon
21st March 2009, 01:58 AM
Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada kengkawan yang secara lansung/tidak lansung membantu dalam sebarang bentuk bantuan. Hampir sebulan lebih pihak kengkawan pendaki melakukan SAR (search & rescue) tetapi sehingga ke hari ini masih belum dijumpai malah pihak berkuasa juga telah menghentikan operasi mereka secara rasmi.

Operasi dari pihak berkuasa dihentikan sehingga diberitahu kelak atau jika terdapat tanda tanda/kesan positif dari mangsa maka pihak berkuasa akan meneruskan kembali walaubagaimanapun operasi SAR daripada kengkawan outdoor dan lelain NGO masih diteruskan seperti biasa sehingga hari ini waktu perkataan ini ditaip. Kepada sesiapa ingin menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk boleh menghubungi individu terbabit yang telah diberikan di atas. Pihak kami masih mengharapkan sebarang bentuk bantuan, status bantuan yang diterima sekarang dianggarkan cukup untuk +/-2 minggu. Kami masih menerima/mengharapkan bantuan orang ramai kerana pihak kami masih meneruskan operasi mencari ini.

Pada awalnya setelah pihak polis, PGA, Bomba & JPA memberhentikan operasi mencari sepatutnya VAT 69 akan mengambil alih tetapi sampai sekarang tiada kabar rasmi dari VAT 69. (kabar rasmi = kabar yang saya sendiri ketahui dari sumber yang boleh dipercayai.maaf jika ada sebarang perubahan coz we all berada jauh di hutan bukan di operation center. certain certain maklumat dari pihak berkuasa tidak dikongsi sepenuhnya bersama sama dgn pendaki lain) Maklumat yang diperolehi VAT 69 sepatutnya akan mengambil alih tugas mencari dari pihak berkuasa tersebut setelah sekiranya dalam tempoh masa tertentu mangsa masih belum dijumpai.

Secara peribadi, saya juga terharu dengan sokongan kengkawan yang menyertai search party ini ada yang datang dari jauh nun di selatan sana driving ke sini, ada yang nun di utara sana kekongsi kenderaan.. dari pantai timur sesama konvoi.. dari pantai barat naik transport awam boleh dikatakan hampir dari semua tempat hadir tanpa mengharapkan sebarang imbuhan/rewards hanya semata mata kerja amal dan sebahagian besar dari mereka tidak mengenali mangsa. Semuanya atas keikhlasan memasing di samping semangat setiakawan outdoor yg ada bersama. Sememangnya kami xkan putus asa dalam mencari mangsa yang hilang, namun jika terdapat sebarang kekangan,kekurangan dan halangan adalah faktor faktor yang mungkin akan terjadi sebaliknya.

Berikut ialah kenyataan rasmi dari ketua SAR/team kengkawan outdoor kami:

Assalamualaikum dan salam hormat

Kenyataan Umum untuk SAR Hassan Ayat

Setelah perbincangan dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi SAR Hassan Ayat di Kelab Mares pada 17 Mac 2009, satu kata sepakat dicapai;

1. Gerakkan SAR dari pendaki gunung akan secara rasmi akan ditutup pada jam 1201 tgh/mlm 27 Mac 2009

2. Operasi SAR bersepadu pendaki gunung yang terakhir akan dibuat pada 21 hingga 26 Mac 2009

3. Pada dan selepas 27 Mac 2009 kawasan SAR akan ditutup pada awam untuk kegunaan latihan PGA sampai dimaklumkan kelak.

4. Sebarang bentuk pencarian atau pendakian selepas ini adalah tidak tertakluk pada peyelarasan dan bantuan pasukan Gerakkan SAR pendaki.

Sekian

" Tahan Tunggu, Tak Tahan Cabut, Diam Tanda Setuju"


Yang Benar
Gerakkan SAR Hassan Ayat • Yong Yap

sang22276
21st March 2009, 07:13 AM
Mudah-mudahan member tu selamat walaupun harapan utk berjumpa agak tipis dah skang nih. sebulan dah rupanya. hari tu aku ada tanya nkau lam fb member nih dah jumpa ke belum sbb mcm dah lama sangat. Takziah kepada keluarga Hassan Ayat. Apa2 pun sentiasa berharap yang terbaik dari Allah Taala. Ada hikmah disebalik semua kejadian. Aminnn.

Defcon
26th March 2009, 01:02 PM
Mudah-mudahan member tu selamat walaupun harapan utk berjumpa agak tipis dah skang nih. sebulan dah rupanya. hari tu aku ada tanya nkau lam fb member nih dah jumpa ke belum sbb mcm dah lama sangat. Takziah kepada keluarga Hassan Ayat. Apa2 pun sentiasa berharap yang terbaik dari Allah Taala. Ada hikmah disebalik semua kejadian. Aminnn.


Ahaaaa sifoo http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/111.gif , sorry lambat reply huhuhu saya 2-3 minggu nie outstation kat tempat yang internet speed memang zaman dial up huhuhu tue yang jarang online tue ... menyampah nak online line teruk sangat nie unless terpaksa tue yg FB pom lama xbelek..apatah lagi membelek bebanyak gambar sifoo kat Bukit Broga tue ari:p Ini ari (26 hb Mac 2009) ari terakhir SAR dilakukan, tepat kol 12 tgh malam nie semua xtvt dihentikan. Harapnya, Encik Hasan berjaya ditemui atau at least mempunyai petunjuk positif. Thanxs for everything dari kengkawan utk kengkawan.

akim
26th March 2009, 02:23 PM
Defcon: Dgr cite ade member SAR yg meninggal dunia accident di highway sewaktu on da way balik. Btul ke?