View Full Version : Bali Trip - February 2009
didiz
23rd February 2009, 12:31 AM
Baru-baru ini saya dan keluarga (isteri & anak) bertiga ke pulau Bali, Indonesia.
saya share beberapa keping foto ketika disana. Kami pergi dengan pakej goholiday Air Asia.
5 hari - 4 malam. Flight Go & Return + Hotel (dengan breakfast include). Naik daripada
Johor Bahru ke airport Ngurah Rai, Bali.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali5.jpg
persembahan tarian barong & keris, boleh ditonton sekitar jam 9.00 pagi atau 9.30 pagi.
persembahan tarian ini berharga 50.000 rupiah seorang dan mengambil masa 1 jam untuk
selesai.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali20.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali23.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali7.jpg
bergambar dengan penari tarian barong, kat sana kalau nak ambil gambar pun mereka minta tips.
bagilah dalam 5000 atau 10,000 rupiah.
didiz
23rd February 2009, 12:37 AM
hari pertama, selepas check-in hotel di Wina Holiday Villa, Kuta.
kami terus ke Jimbaran, untuk dinner sunset. Sempat saya rakamkan foto minah australia
menari mendengar penyanyi jalanan buat perfomance.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali50.jpg
hari kedua, kami pergi ke kintamani untuk lunch tengahari disana.
view tempat makan yang mengadap arah gunung berapi memang menarik.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali25.jpg
duduk makan sambil melihat keindahan pemandangan gunung, makan bufet 80.000 rupiah + 21% tax untuk 1 orang.
didiz
23rd February 2009, 12:44 AM
Hotel penginapan, Wina Holiday Villa, Kuta Bali.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali39.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali38.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali18.jpg
hotel ini dibooking bersama dengan pakej goholiday airasia.
ini antara salah satu hotel yang ada makanan halal dan berdekatan
dengan kawasan shopping Kuta, Bali.
mengikut pengetahuan saya, hanya ada dua hotel yang menyediakan
makanan halal yang diiktiraf oleh majlis ugama indonesia.
Wina Holiday Villa, Kuta atau Diwangkara Holiday Villa, Sanur dan
Hotel Alam Kul Kul, Kuta.
yang lain-lain kadang tulis halal, tapi babi gulingnya ada.
aji
23rd February 2009, 01:10 AM
guling-guling tu standard didiz
sebab seluruh indonesia 90% muslim
tapi kat bali 90% hindu
didiz
23rd February 2009, 07:23 AM
hehehe, itulah aji... tak sempat nak merasa.. kekekekekekeke... difahamkan
babi guling tu dipanggang hidup-hidup. cucuk dari punggung terus keluar mulut.
katanya kalau buat macam tu, babi guling lebih enak.
sambung cerita. kami juga pergi ke Taman Ayun, temple paling lama di Bali.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali26.jpg
lepas tu pergi ke tirta empul - tampak siring
http://www.fotokahwin.com/fp/bali27.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali10.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali11.jpg
tiket masuk 3000 rupiah seorang. kena pakai kain kuning ikat diperut.
tempat nie best sebab ada air pancut keluar.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali30.jpg
benda nie memang banyak di Bali, digunakan untuk upacara sembahyang.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali31.jpg
anjing memang merata-rata boleh jumpa kat bali. Tapi bukan stok ganas, mesra tourist.
membuatkan saya rasa nak baring-baring kat pantai tak jadi.
didiz
23rd February 2009, 07:26 AM
http://www.fotokahwin.com/fp/bali36.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali37.jpg
petangnya kami ke tanah lot untuk lihat sunset. tiketnya 6000 rupiah seorang.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali15.jpg
tanah lot dari dekat.
mrasdan
23rd February 2009, 08:28 AM
Wah didiz ko dah pogi bali ker..wife aku baru mention yg ko akan pegi bali..tup tup tgk dah ada pic..weh igt aku lagi tak? Bydaway, aku dah ikut suggestion ko angkat D90..and appreciate sgt ko nyer pendapat. Dah pakai camera ni baru tau kelebihan dia dari d60 yg asal aku nk beli dlu..thks didiz
mherizat
23rd February 2009, 08:56 AM
elehhhhh ddz
aku pong nak g jugak laa..
cehhhh... santai x ajak..
apa pong aku nak g jugak..
ajak anak bini....
mana pic lagi??
auwwww.. mana cewek2 di pantai Kuta....:-)
didiz
23rd February 2009, 09:12 AM
rasdan. dah angkat d90 rupanya.
heheheh baguslah. kamera tu leh pakai lama.
ijat; nanti kita gi berkumpulan laks. kekekekeke.
sambung cerita.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali1.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali2.jpg
kechak dance di uluwatu sambil menikmati pemandangan sunset.
maghrib kat situ sekali.
gambar nie diambil dari seat yang kami duduk je. nak bergerak ke tempat lain
tak leh sebab penuh dan padat. Kami antara orang pertama yg duduk kat
ruang kechak dance tu. Jadi pilih posisi paling cun.
ND
23rd February 2009, 10:47 AM
pehh..syok sungguh dok hotel tu..dekat gile dgn Kuta Centre...depan tu je kan..mmg strategik...
aku pernah lalu kat situ..nice view...
looking forward to go there again..
kingmarul
23rd February 2009, 11:06 AM
thanks for sharing...
bleh la aku start berangan....
izzat3114
23rd February 2009, 03:39 PM
mmg menarik semua gambar2 nya.. kenapa la saya x dapat shot camni masa pergi dulu...
ni macam nak kena pergi lagi sekali neh..
nway, thanks for sharing bro...boleh jadikan inspirasi ni.. :)
mudme
23rd February 2009, 03:44 PM
gambar2 yg menarik...
bila tgk rasa mcm nak p sana jgk..
best... ada lg?
ehehee...
dR ali
23rd February 2009, 03:53 PM
memang luarbiasa foto-fotonya... keren banget mas didiz..
insyallah June nanti kami lewat sana utk ke Rinjani...
didiz
23rd February 2009, 04:02 PM
http://www.fotokahwin.com/fp/bali3.jpg
saya sambung lagi. sunset di uluwatu ketika kechak dance sedang dipersembahkan.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali45.jpg
uluwatu, pada sebelah petang sebelum persembahan kechak dance.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali48.jpg
makcik nie jual makanan utk tourist beli bagi pada monyet. 1000 rupiah aje = 30 sen malaysia.
saya beli, tapi just untuk ambil gambar dia aje.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali47.jpg
uluwatu juga. hujung tu tempat kechak dance.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali51.jpg
di uluwatu, temple kat situ dipenuhi dengan monyet. monyet kat sana pandai posing.
ini snap shot saya kurang 1 meter dari monyet nie. Dapat eye contact.
Dr.ali; nanti 31 mac saya akan ke sana lagi, 10 orang berkumpulan.
mudme; kalau pandai budget, rm1000 dah cukup semua.
izzat; pergilah lagi.. cari spot cun. hari tu pun saya pergi main tembak2 ikut suka je. Bawak anak kecik, takleh nak serius menembak sangat.
kingmarul; nak gi bagitaulah.. kekekekekeke.
ND; ha'ah dekat je dengan shopping kuta tu. sewa motor pun RM 18 je sehari.
oh ya, gambar-gambar ini diambil dengan d80 + tamron 17-50mm. menyesal tak bawak 70-200mm, kalau tak mesti lagi best menembak.
malas bawa sebab berat.
didiz
23rd February 2009, 04:13 PM
http://www.fotokahwin.com/fp/bali44.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali43.jpg
kami juga ada pergi ke uludanu = ulu danau. tempat ini ada dalam
gambar duit 50,000 rupiah. Uludanu nie di Bedugul. Kawasan tinggi tapi ada
danau (tasik). Kalau cuaca ok, dapat lihat gunung2 bersebelahan. Tempatnya
sejuk dan kadang2 berkabus.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali62.jpg
kebetulan lepas lunch kat sana, ada upacara perkahwinan hindu.
sempatlah ambil gambar berarak.
http://www.fotokahwin.com/fp/bali61.jpg
patung-patung macam nie mesti ada di bucu-bucu setiap temple.
lambang keagamaan hindu mereka yang kuat.
didiz
23rd February 2009, 04:23 PM
http://www.fotokahwin.com/fp/bali14.jpg
tegalalang, sawah padi teres kat bukit. kat sini kami lalu sahaja, tak singgah
sebab anak dah tido. Snapshot dari dalam APV tourist guide kami aje.
didiz
24th February 2009, 08:08 PM
http://www.fotokahwin.com/fp/bali66.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali67.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali68.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali69.jpg
http://www.fotokahwin.com/fp/bali70.jpg
lagi foto-foto di temple taman ayun.
temple lama yg dikelilingi taman diraja.
JuanLova
1st April 2009, 12:37 PM
mmg menarik semua gambar2 nya.. kenapa la saya x dapat shot camni masa pergi dulu...
ni macam nak kena pergi lagi sekali neh..
nway, thanks for sharing bro...boleh jadikan inspirasi ni.. :)
takpe izzat,
boleh pergi lagie pasnie..
naek airasia booking 4-5 bulan awal. sure murah nye. ngehe~:)
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.