PDA

View Full Version : KKSSK di Puncak Kinabalu 2009



pitouch
4th March 2009, 08:58 AM
Assalamualaikum ....

Pada 23-28 Feb 2009 saya berpeluang mengikuti Kelab Kebajikan & Sukan Staf USM Kampus Kejuruteraan (KKSSK) di dalam program KKSSK di Puncak Kinabalu 2009. KKSSK merupakan satu kelab kebajikan dan sukan bagi staf di USM kampus kejuruteraan yang menjana pendapatan sendiri melalui potongan gaji ahli tanpa melibatkan mana-mana budget ataupun perbelanjaan kerajaan mahupun pihak universiti. Objektif utama program adalah bagi menawan puncak Gunung Kinabalu bersempena dengan sambutan ke 40 tahun USM dan juga sempena penganugerahan rasmi USM sebagai universiti APEX negara.

Saya telah diberi peluang sebagai pendaki dan juga jurufoto yang bertugas bersama isteri saya (pesona_lady) untuk membuat liputan sepanjang perjalanan program ini. So kesempatan ini ingin saya berkongsi pengalaman saya di sana sehubungan dengan saranan seorang daripada jurugambar senior di arena fotografi malaysia yang menyarankan agar saya berkongsi pengalaman ini bersama semua.


http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5224.jpg

Group photo di Bayan Lepas International Airport

“Pengalaman antara hidup dan mati”, itu kesimpulan yang boleh di perkatakan untuk ‘journey’ saya kali ini. Satu statement yang mungkin ada yang berkata atau berfikir indah khabar dari rupa. Tapi inilah kenyataannya. Jika ada yang tidak percaya terpulang pada mereka, yang pasti pengalaman ini di kongsi bersama 17 lagi mereka yang lain. Rasalah sendiri pengalaman ini. Pasti tidak akan dilupakan hingga akhir hayat anda nanti.

Perjalanan kami bermula dengan pelancaran atau pelepasan oleh penaung projek, Y. Bhg. Puan Seri Datin Masrah Hj Abidin di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ditemani oleh Pendaftar USM, En Azman dan juga En. Pisol.

As u can see pic above is pic yang hampir sama dengan pic yang terdapat dalam akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tentang ini. Me and my wife was the one of the photographer yang sedang shoot this moment, so thats why la our pic takda in any newspaper. U got it ?

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5239-copy.jpg

Sesi seterusnya di teruskan dengan sesi temuramah dan sidang media oleh beberapa pihak media yang hadir.

Tak sempat langsung nak berborak dengan anybody from the press as me and my wife are busy capturing every moment yang dirasakan penting.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5410-copy.jpg

Tepat jam 10.18 am, pesawat kami berlepas ke Kota Kinabalu meninggalkan Penang. Kontijen seramai 34 orang termasuk delegasi dan pendaki meninggalkan lapangan terbang Bayan Lepas dengan pesawat Air Asia.

pitouch
4th March 2009, 09:02 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5511-copy.jpg

Penerbangan yang dijangka memakan masa selama 2 jam 50 minit hanya mengambil masa selama lebih kurang 2 jam sahaja untuk sampai ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Kami tiba di KKIA disambut oleh tourist guide kami, Mr. Jack Lee.

Then we are going straight to Marina Court Resort Condominium untuk check in sebelum acara-acara yang berikutnya. Honestly this condo is quite strategic location nye coz tak jauh dari beberapa tempat penting di Kota Kinabalu

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5576-copy.jpg

After check-in, then kami keluar mencari something to eat, yelah, dah waktu lunch. Then around 4.30pm, we are heading to lobby for a short brief from Jack Lee about tomorrow’s activity. We were given our snow cap, head lamp, glove and not to forget our mini handbook note.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5585-copy.jpg

After that we are heading to Philiphino Market for window shopping. My wife buy a new brooch sebab on the way her brooch dah hilang. Pasar Philipino ni is ibarat macam pasar Siti Khadijah di Kelantan. There is many souvenir yang boleh kita beli kat sini, and kepada girls yang minat mutiara, this is the place yang mana most shop jual mutiara.

Abis round-round kami balik ke bilik for a good sleep

pitouch
4th March 2009, 09:06 AM
Day 2 - 24 Feb 2009

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5721-copy.jpg

Day two dimulakan dengan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah. Lawatan kali bermula di Muzium & Akuarium Marin, UMS.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5724x-copy.jpg

Agak menarik akuarium ini kerana kita jarang dapat melihat akuarium sebegini di dalam IPTA di Malaysia. Terdapat pelbagai spesis ikan di sini dan yang paling banyak saya nampak is Kerapu. Punya la besar ikan Kerapu tuh. My wife is fascinated by Kuda Laut yang jarang-jarang dapat kita lihat dalam kehidupan harian.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5737-copy.jpg

Our trip seterusnya ke Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni terletak diantara perjalanan kita dari Kota Kinabalu ke Kundasang, Hampir sama dengan Pasar Philiphino yang menjual souvenir, tapi bezanya souvenir di sini lebih bercorak tempatan dan melambangkan ciri Sabah sendiri. For me this place is the better place untuk beli souvenir coz keadaan yang tak terlalu crowded and pilihan corak baju yang lebih menarik.

pitouch
4th March 2009, 02:23 PM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5858-copy.jpg

Seterusnya kami ke Kundasang War Memorial. Di sini kami disajikan dengan tayangan video mengenai sejarah tempatan. Banyak kenangan perang terutama bagi warga Australia boleh didapati di sini. Sewaktu sedang melawat kawasan ini hujan mula turun dan suhu semakin sejuk

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5908-copy.jpg

Next stop was rose garden di Kundasang. Hampir sama dengan rose garden di Cameron Highland, cuma bezanya disini lebih subur dan lebih wangi. Maybe di sebabkan keadaan sekeliling yang masih tidak tercemar dan belum terusik.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_5944-copy.jpg

Then we are check-in to Cottage Hotel. Simple hotel with complete basic facilities.

pitouch
4th March 2009, 02:24 PM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6000-copy.jpg

At night we are having our steamboat dinner. Saya cukup tak reti bab makan steamboat ni. Then disebabkan takut sakit perut esok nak mendaki, saya just makan 2-3 jenis je dalam steamboat ni. Some of them bebetul melantak that night. Takut tengok.

After dinner we just sleep and ready for the big task tomorrow.

kingmarul
4th March 2009, 02:42 PM
timakasih syer....

nk tggu yg seterusnya...

dR ali
4th March 2009, 02:57 PM
luarbiasa gambor trip KKSSK nih...

bigbrother
4th March 2009, 03:01 PM
luarbiasa foto2 nyaa.. tunggu gambar di puncak plak.. :D

pitouch
6th March 2009, 09:22 AM
ok.... jom sambung ....


http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6100-copy.jpg

Wake up in the morning, cuaca hari tu very clear. U can see mount Kinabalu very clear from our hotel. As u can see behind us, that is the Mount Kinabalu ! The mount that we have to conquer that day.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6142-copy.jpg

Then we are heading to Kinabalu Park untuk registration and last brief from our mountain guide. For this expedition, we are using 3 mountain quide. They are Jainin, Kandis and one more guy I already forgot. (I ll update it later). We are leaving to Laban rata from Timpohon Gate.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6185-copy.jpg

At Timpohon Gate we are having simple and short ceremony of penyerahan bendera and bacaan doa. Keadaan sebak jelas terasa menyelubungi semua peserta tatkala Abg Din membacakan doa. Jelas kelihatan mengalirnya air mata bagi sesetengah dari kami.

pitouch
6th March 2009, 09:25 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/dsc_0411-copy.jpg

Tepat jam 08.40am, kami bertolak meninggalkan para delegasi. Pic above is my last pic sedang shoot para delegasi yang berada di bahagian atas Pondok Timpohon.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6252-copy.jpg

Kayu digunakan sepanjang pendakian. Sememangnya tidak dinafikan kayu ini memberikan kesan yang agak besar kepada pendaki. Kayu untuk pendakian ini ada disediakan di peringkat awal pendakian dan boleh dibeli sekiranya berminat. Setiap seorang pendaki dibekalkan dengan sabatang kayu sehingga tamat pendakian.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6261-copy.jpg

Beginilah rupa perjalanan yang perlu ditempuhi hampir di sepanjang 4km pertama pendakian. Masih kelihatan tumbuhan yang besar dan lebat di kiri-kanan pendaki.

pitouch
6th March 2009, 09:27 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6267-copy.jpg

Di hampir setiap satu kilometer perjalanan akan terdapat pondok-pondok rehat yang disediakan untuk pendaki. Di pondok tersebut ada disediakan tandas awam dan juga tangki air. Tangki tersebut menyediakan air bukit yang tidak dirawat. Namun ianya selamat dan bersih untu diminum. Jika di tadah air di dalam botol berkemungkinan air tersebut lebih jernih dari air paip di rumah anda. Saya minum air ini sepanjang tempoh pendakian. Bagi mereka yang akan mendaki, tak perlu membawa berbotol-botol air kerana anda akan menjumpai kawasan untuk refill air ini setiap kilometer. Membawa air yang banyak hanya akan membebankan ada sepanjang perjalanan.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6301-copy.jpg

Sepanjang pendakian kami bertembung dengan porter, gelaran yang diberikan kepada mereka yang membawa barang ke gunung. Memang saya amat kagum dengan mereka. Mereka akan terus mendaki dan mendaki tanpa henti dan mempunyai tenaga yang amat luarbiasa. Gambar di atas adalah seorang porter yangs sedang membawa satu tong 25 liter minyak masak ke Laban Rata. Bayangkan berapa berat beban yang di galas. Lebih mengagumkan, belum sempat kami sampai ke atas, dia sudah dalam perjalanan pulang ke bawah.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6413-copy.jpg

Ada kalanya semasa pendakian kita perlu berpaut pada tali. Ketika ini suhu sekeliling semakin sejuk.

kapalkertas
6th March 2009, 09:56 AM
rindunye kt gng kinabalu :D bape jam korang nk smpi waras hut??

pitouch
6th March 2009, 10:37 AM
rindunye kt gng kinabalu :D bape jam korang nk smpi waras hut??

lebih kurang dalam 5 ke 5 1/2 jam. kami sampai sejam awal dari yang dijangka .... biasa la , day one semua masih bersemangat. hehehehe ...

kalo rindu jom pi lagik .. hehehe

hatany67
7th March 2009, 03:44 PM
Menarik lapuran bergambar ni... dulu kawan hanya sampai kat kundasang sahaja , masa terhad dan tak sempat naik. Kabus tebal puncak gunung hanya clear sekejap sahaja, selebihnya disaluti kabus.

Btw, nampak beberapa peserta yang kawan pernah kenali dahulu semasa belajar di USM.

pitouch
10th March 2009, 08:21 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6472-copy.jpg

Kira-kira jam 11.30am kami tiba di Pondok Layang-Layang. Pondok ini terletak di KM4 perjalanan kami ke Laban Rata. Di sinilah kebanyakan pendaki menikmati makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Laban rata. Ketika berada di sini hujan sudah mula turun dengan lebih lebat dan suhu sekeliling juga semakin menurun. Salah seorang daripada pendaki juga hampir mengalami kesejukan yang melampau pada ketika ini. Kami meneruskan perjalan selepas daripada pondok ini memakai “raincoat” yang dibekalkan.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6552-copy.jpg

En. Khomarudin merupakan peserta pendaki yang paling tua dikalangan kami. Kini telah berusia 55 tahun sewaktu menyertai pendakian. Di sebelah tepi kelihatan trail yang semakin mencabar. Pada ketika ini tumbuh-tumbuhan semakin berkurangan kami mula berjalan di dalam awan.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6612-copy.jpg

Lebih kurang pada jam 2.15pm kami tiba di Laban Rata. Laban Rata merupakan satu kawasan rehat yang dikhaskan kepada pendaki. Terdapat coffee house dan beberapa keperluan lain di sini. Selepas menikmati minuman panas di sini, kami terus ke kawasan penginapan kami di Gunting Lagadan.

pitouch
10th March 2009, 08:23 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6646-copy.jpg

Sewaktu tiba di Gunting Lagadan, saya sempat menyemak suhu persekitaran. Ketika gambar di atas di ambil pada jam 3.30pm, suhu persekitaran adalah 7.1 darjah celsius ( anda boleh lihat pada jam tersebut ), dan suhu terendah di catat pada petang tersebut adalah sekitar 6 darjah celsius. Bayangkan berapakah suhu yang mampu di capai pada waktu malam di kawasan tersebut ?

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6665-copy.jpg

Pada waktu petang di Gunting Lagadan, cuaca agak menarik. anda boleh melihat lautan awan di bawah. Permandangan yang amat menarik. Namun cuaca cerah tidak kekal sehingga sunset. Pada sebelah petang kabus mula kelihatan dan menyebabkan kami tidak dapat menikmati sunset di Gunting Lagadan.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6722-copy.jpg

Kebanyakan peserta menghabiskan masa petang di hadapan hostel Gunting Lagadan menikmati panorama di sekitar gunung.

pitouch
10th March 2009, 08:25 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6734-copy.jpg

Beginilah tempat tinggal kami untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Gunting Lagadan merupakan penginapan terakhir di pintu masuk ke Sayat-Sayat.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6759-copy.jpg

Kebanyakan pendaki mengambil kesempatan dan masa yang terluang dengan mengurut bagi memastikan kesemua anggota berfungsi dalam keadaan yang baik dan bagi memastikan pendakian yang yang di lalui keesokan harinya berjalan dengan lancar.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6763-copy.jpg

Kami menikmati hidangan makan malam kami di Gunting Lagadan. Kami dihidangkan dengan daging kambing beserta nasi dan sayur. Hidangan daging kambing di percayai disajikan bagi memastikan suhu badan pendaki sentiasa berada di dalam keadaan panas.

Selepas menikmati makan malam, kami perlu memaksa diri untuk tidur seawal jam 8.00 malam kerana perlu bangun pada jam 1.30 pagi keesokan harinya.

** bersambung petang nie ... dengan hari kedua ....

acaii
10th March 2009, 11:14 AM
Thanks bro sudi kongsi ngan kitorang semua..bagi aku yang tak pernah sampai kat sana, aku baca ngan teruja sekali,hahaha..
dulu masa blaja kat UTM nak pergi tapi cancel last minit sebab ada kematian sedara..pastu terus kempunan sampai sekarang,huhu

pitouch
11th March 2009, 08:41 AM
Day 4 - 26 Feb 2009

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6790-copy.jpg

Keesokan harinya selepas menikmati sedikit makanan pada jam 2.00 pagi, kami meneruskan perjalan yang paling sukar ke destinasi terkahir, Low’s Peak pada jam 3.00 pagi. Keadaan pada waktu ini amat sejuk dan semakin berangin. Selepas bacaan doa, kami terus kan pendakian ke checkpoint pertama di Sayat-Sayat.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6804-copy.jpg

Keadaan yang gelap memaksa penggunaan head lamp sepanjang masa pendakian. Ketika gambar di atas di ambil hujan telah mula turun dan memaksa saya untuk memakai rain coat dan membalut kamera dengan plastik.

Setelah beberapa ketika pendakian, hujan semakin lebat dan permukaan perjalanan yang agak bahaya, memaksa saya untuk menyimpan kamera di dalam beg. Keadaan yang gelap, suhu yang terlalu sejuk amat membahayakan diri saya untuk memegang kamera sambil mendaki.

Ada di satu ketika saya terpaksa berpaut hanya pada tali untuk mendaki. Dalam keadaan ini amat mustahil untuk saya merakamkan gambar. Selepas lebih kurang satu jam pendakian kami tiba di check point pertama di Syat-Sayat Hut. Di sini para pendaki perlu mendaftarkan diri sebelum meneruskan pendakian ke puncak. Sewaktu saya tiba di Sayat-Sayat, kelihatan ramai lagi pendaki yang masih terkandas di sini.

Kami terpaksa behenti seketika di sini kerana pada ketika ini hujan semakin lebat dan pihak mountain guide terpaksa mengambil masa bagi mebuat keputusan untuk meneruskan pendakian ataupun tidak.

Selepas beberepa ketika, kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendakian biarpun cuaca pada ketika itu agak tidak mengizinkan. Perjalan dari Sayat-Sayat ke Low’s Peak hanya berpandukan kepada tali yang telah di sediakan. Hanya batu kelihatan di sepanjang perjalanan.

Suhu pada ketika ini tidak dapat dipastikan apa yang pasti pada ketika ini seluruh tapak tangan dan kaki saya berasa kebas dan seperti tiada darah mengalir. Ada kalanya saya terpaksa menepuk tangan bagi mengelakkan daripada darah membeku. Keadaan basah menyukarkan lagi keadaan saya.

Kamera memang tidak dapat saya keluarkan daripada beg memandangkan keadaan hujan yang tidak berhenti. Kira-kira 100-200 meter pendakian saya bertembung dengan rakan pendaki yang sedang menuruni Low’s Peak. Mereka memberitahu bahawa meraka mendapat arahan daripada Mountain Guide supaya turun dan membatalkan hasrat untuk terus mendaki ke Low’s Peak di sebabkan cuaca yang semakin buruk.

Tapi dengan terbentang puncak Kinabalu di depan mata, saya bersama Sarjan Manaf tetap meneruskan perjalanan biarpun tahu risiko untuk berlaku sesuatu yang buruk amat tinggi. Ketika ini saya bersama rakan yang lain mendaki tanpa mountain guide yang telah menuruni Low’s Peak ke tempat yang lebih selamat.

Lebih kurang sepuluh langkah lagi saya di Low’s Peak, langkah saya tiba-tiba terhenti. Sebak terus terasa di dada. Buat kali pertama saya menangis di Puncak Kinabalu. Begitu juga rakan yang lain.

Tepat jam 06.38am, Low’s Peak berjaya saya tawan. Dengan sebak masih di dada, saya terus mengambi kamera di dalam beg dan mula merakamkan gambar di sekeliling. Susahnya merakamkan gambar dalam ketika ini hanya tuhan saja yang tahu. Ketika ini jari saya hampir tidak dapat menekan shutter kamera akibat terlalu kesejukan. Menurut mountain guide selepas kami turun berjumpa mereka di Sayat-Sayat, suhu ketika kami berada puncak mencecah minus degree.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6815-copy.jpg

Dengan tangan yang terketar-ketar saya sempat merakamkan saat sebak Sjn. Manaf menyambut Dr. Rahim yang akhirnya tiba di puncak Low’s Peak.

Saya tidak mampu menahan kesejukan yang amat terlampau di atas puncak, terus mengarahkan pendaki yang lain mengeluarkan bendera USM dan KKSSSK untuk sesi bergambar dan sebagai bukti kami telah sampai di sini.

pitouch
11th March 2009, 08:43 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6844-copy.jpg

Dalam keadaan kesejukan kami berjaya mengibarkan bendera USM dan KKSSK di puncak Kinabalu !

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6859-copy.jpg

Saya sempat merakamkan detik saya berada di atas bersama tshirt Pesona Senifoto.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6869-copy.jpg

Semasa berada di Low’s Peak, Sjn Manaf memberitahu saya betapa sayangnya perasaan beliau memikirkan seorang daripada kami tidak dapat bersama di Low’s Peak. Sebaik habis sahaja ayat tersebut dilafazkan, kedengaran suara pendaki yang lain sedang menjerit nama Mazli, pendaki terakhir kami pada hari tersebut. Saya terus cuba mengambil gambar beliau sedang mendaki menaiki ke puncak dan gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat saya rakamkan sebelum kamera Nikon D700 saya tidak dapat berfungsi akibat suhu yang terlalu sejuk.

Saya percaya memory kamera saya mengalami masalah untuk beroperasi dalam suhu yang terlalu sejuk di bawah paras beku. Selepas menyedari kemera saya tidak dapat berfungsi, saya seterusnya mengambil CF yang masih baru di dalam beg (masih panas) bagi menggantikan CF yang sedia ada.

Alhamdulillah, kamera saya berfungsi semula untuk beberapa ketika. Sebelum saya menghadapi semula beberapa masalah yang lain.

Namun, saya berjaya juga merakamkan gambar pendaki terakhir di puncak, sebelum saya terpaksa menyimpan semula kamera akibat cuaca yang buruk di puncak.

pitouch
11th March 2009, 08:48 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6870-copy.jpg

Gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat saya rakamkan sebelum saya terpaksa menyimpan kamera dan bergegas turun dari Low’s Peak akibat cuaca buruk. Dan bermula dari detik inilah yang mana saya mula memikirkan antara hidup dan mati ……..

Selepas hanya kira-kira 5 minit sahaja dapat berada di Low’s Peak saya terpaksa menyimpan kembali semula kamera dan mula berjalan turun dari sana kerana angin dan hujan yang semakin hebat dan disamping keadaan saya yang menggigil kesejukan. Ternyata saya memang tidak lagi dapat mengawal keaadaan suhu yang ekstrem sebegitu.

Kira-kira baru beberapa minit perjalanan turun dari Low’s Peak, lebih kurang sekitar 100-200 meter dari Low’s Peak keadaan menjadi bertambah teruk. Ketika inilah keadaan seperti ribut berlaku. Kami pada mulanya berjalan pada jarak lebih kurang 30-50 meter antara satu sama lain. Hujan lebat menyukarkan pandangan saya, seluruh badan dah sememangnya basah kuyup dari atas hingga ke bawah.

Baju hujan yang saya pakai ternyata tidak berapa memberikan kesan ketika ini. Sukar saya nyatakan bagaimana rasanya kerana saya tidak pernah merasakan cuaca sebegitu di paras laut. Pandangan rakan di hadapan dan di belakang agak kabur dek akibat air hujan yang menghentam muka.

Angin kencang bertiup di semua arah ada kalanya menyebabkan saya terpaksa berlutut dan meniarap di atas batu. Tapi saya tidak dapat meniarap terlalu lama kerana keadaan batu itu sendiri yang terlalu sejuk. Senang cerita pegang batu sejuk, pegang tali pun sejuk pegang apa saja semuanya sejuk.

Pada ketika ini saya mula merasakan pada paras pinggang hingga ke tapak kaki sudah terasa sedikit kebas. Saya sudah mula tidak merasai separuh badan saya. Jika anda hendak bayangkan bagaimana keadaan kaki saya ketika itu, cuba bayangkan begini, pernah anda mengambil daging beku dari tempat sejuk beku peti ais anda? kemudian ada biarkan beberapa ketika di dalam suhu bilik untuk hilangkan aisnya. Beberapa ketika daging tersebut mula lembut dan tidak keras, tetapi anda still dapat merasakan daging tersebut seperti pepejal ais yang sedang mencair kesan daripada sejuk beku tersebut bukan ? begitulah keadaan peha saya ketika itu.

Puas saya tepuk, puas saya tumbuk kaki sendiri takut saya tidak merasa apapa. Dalam angin kencang dan hujan lebat saya terpaksa juga berjalan menuruni gunung kerana takut darah separuh anggota saya beku. Ada kalanya bila agak stabil, saya berlari anak menuruni gunung. Pada masa ini bukan lagi tenaga yang menguasai diri, tapi mental yang memandu hala tuju kerana takut darah kaki membeku dan terus saya tidak dapat berjalan.

Terus terang saya katakan, dalam perjalanan turun beberapa kali saya menitiskan air mata. Ketakutan yang amat sangat dan ketika ini semua wajah orang tersayang muncul di kepala. Wajah Isteri dan ibu bapa tak lekang dari fikiran. Terdetik di hati tiadakah apa-apa bantuan yang datang ketika itu. Langkah yang saya atur lansung tidak terasa. Kelengkapan kamera bernilai lebih kurang RM13 ribu yang di galas dibelakang lansung tidak terfikir keadaannya. Basah atau tidak semuanya tidak dipedulikan lagi.

Sepanjang perjalanan kelihatan kawan-kawan jauh di hadapan dan dibelakang. Masing-masing berjalan seorang diri kecuali kumpulan di belakang saya yang kalau tidak silap saya Sjn Manaf dan Siti Salwa yang berjalan secara beriringan.

Selepas beberapa ketika dan selepas telah hampir ke sayat-sayat, barulah keadaan semakin baik. Angin semakin reda, hujan semakin perlahan dan cahaya matahari semakin kelihatan disebalik kabus. Ketika inilah baru saya berasa amat-amat lega sekali. ketika inilah juga baru saya perasan tiada lagi rasa sejuk, semuanya hilang akibat ketakutan.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6877-copy.jpg

Ketika berada hampir di Sayat-Sayat, baru saya berani untuk membuka kembali beg kamera, dalam keadaan hujan yang masih renyai, saya sempat mengambil beberapa shot. Jelas kelihatan tompok air pada lensa saya. Apa yang anda lihat dalam gambar diatas adalah bumbung Sayat-Sayat Hut yang bewarna hijau. Di situlah semua pendaki perlu melaporkan diri sebelum naik dan disitulah juga kita perlu melaporkan diri setelah turun.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6891-copy.jpg

Hujan lebat telah mengakibatkan laluan yang kami gunakan sebelum ini menjadi seperti laluan air terjun. Kami terpaksa meredah air deras yang mengalir untuk sampai ke sayat-sayat. Ketika ini senyuman mula terukir di muka pendaki

pitouch
11th March 2009, 08:51 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6906-copy.jpg

Alhamdulillah setelah ketakutan menempuhi angin ribut yang berlaku, kami akhirnya selamat sampai ke Sayat-Sayat. Kami sempat berehat di sini lebih kurang 5 minit sambil semua orang tersenyum dan masing-masing berkata “aku dah fikir mati tadi”. Ketika inilah kami dimaklumkan oleh mountain guide bahawa inilah kali pertama dia melihat cuaca sebegini dan ketika inilah kami dimaklumkan kami menempuhi suhu di bawah paras beku. Sekiranya tiada air hujan, menurut mountain guide kami boleh melihat terjadinya ais atau frost di atas gunung.

Setelah dimaklumkan kepada mountain guide bahawa kami semua seramai 18 orang berjaya sampai ke Low’s Peak, beliau amat kagum dan sekaligus menjadikan kami satu-satunya kumpulan yang berjaya sampai 100% ke puncak pada hari tersebut. Menurut mountain guide lagi peratusan mereka yang sampai ke puncak secara berkumpulan sepenuhnya hanya sekitar 60-70 % sahaja bagi kumpulan sebesar ini di tambah lagi denagn keadaan cuaca sebegini.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6910-copy.jpg

Setelah berehat seketika sambil merasakan rasa syukur masing-masing terselamat dari cuaca buruk, kami mula menuruni gunung dari sayat-sayat. Hujan masih lagi turun renyai-renyai pada ketika ini.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6920-copy.jpg

Gambar diatas adalah gambar terakhir yang sempat saya rakamkan sebelum saya terpaksa menyimpan semula kamera akibat daripada hujan renyai dan juga keadaan permukaan gunung yang agak merbahaya untuk saya turun. Ada kalanya semasa turun kita hanya berpaut pada tali semata-mata.

Alhamdullilah saya dah rakan selamat turun ke tempat penginapan kami di Gunting Lagadan. Sampai saja disana, kami terus bersiap-siap untuk turun ke bawah. Tiada lagi pakaian kering yang tinggal, jadi kami terpaksa menuruni gunung dengan pakaian tadi.

Dari Gunting Lagadan kami ke Laban Rata untuk menikmati sarapan pagi dan kemduannya terus menuruni gunung dari Laban Rata sekitar jam 10.50 pagi. Ketika perjalanan menuruni gunung dimulakan, hujan masih turun dan kabus masih tebal di kawasan Laban Rata.

Kami agak santai ketika perjalanan turun, sambil masing-masing menceritakan pengalaman mengharungi angin ribut. Kami aagak perlahan ketika menuruni gunung tatkala semua masing-masing ingin menghayati alam semulajadi. Ada kalanya kami berhenti di beberapa tempat bagi melihat sesetengah tumbuhan yang terdapat di sekitar perjalanan turun.

pitouch
11th March 2009, 08:53 AM
http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/kin_6930-copy.jpg

Pada kilometer 4 hingga 5 kelihatan banyak tumbuhan Periuk Kera di tepi-tepi laluan. Memang Periuk Kera ini tumbuh subur di kawasan ini. Tidak dinafikan ini pertama kali saya melihat tumbuhan periuk kera sebanyak ini. Biarpun kami yakin kami mampu menuruni gunung dengan lebih cepat, tapi kami memilih untuk turun secara santai dan menikmati semua alam semulajadi di gunung tersebut selepas menyabung nyawa menawan puncak Low. Ini juga memberikan lebih masa kepada rakan lain yang tidak berdaya di belakang dan yang penting kami sampai di Timpohon Gate bersama-sama.

Sekitar jam 4.00 pm , kami sampai di Timpohon Gate dan saya di sambut oleh isteri kesayangan. Memang selepas apa yang dilalui di puncak terasa bagai ingin saja saya peluk isteri, tapi melihatkan dirinya yang komited terhadap tugas sedang merakamkan gambar ketibaan kami, saya pendamkan saja. Yang penting, saya telah selamat sampai ke destinasi terakhir projek ini.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/dsc_0446-copy.jpg

Seterusnya kami dibawa ke tempat berhimpun nya para deligasi yang lain. Kami kemudiannya di bawa ke sebuah hotel untuk mandi dan membersihkan diri sebelum menikmati makan malam dan sesi penyerahan sijil kepada semua pendaki dan para deligasi.

http://journey.pesonasenifoto.com/wp-content/uploads/2009/03/dsc_0050-copy.jpg

Then selepas sesi penganugerahan dan penyerahan sijil, kami meneruskan perjalanan pulang ke Marina Court Condominium Resort untuk berehat. Perjalanan kami hampir 2 jam lansung tidak terasa dek kerana masing-masing masih terbayang apa yang dilalui tadi.