PDA

View Full Version : Tenaga Pengajar Kursus Asas Fotografi



azharabdhamid
5th May 2009, 01:56 PM
Salam sejahtera,

Saya, Azhar Abd Hamid dari Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor telah dilantik selaku penyelaras untuk kursus pendek Asas Fotografi yang akan dilaksanakan pada 23-24 Mei 2009 (Jumaat - Sabtu) di Kolej Komuniti Bandar Penawar dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang selama 2 hari. Saya diarahkan untuk mencari seorang tenaga pengajar untuk kursus tersebut.

Syarat pengambilan tenaga pengajar tersebut berdasarkan bayaran tersebut:

Master = RM120
Degree= RM100
Diploma = RM80.

Oleh itu, saya ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dalam kursus asas fotografi kami. Jumlah penyertaan seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Harapan semoga mendapat maklum balas yang baik dari anda semua. Sekian terima kasih.

Regards,

Azhar Abd Hamid
017-6071070
azhar_abdhamid@yahoo.com.sg

kingmarul
6th May 2009, 11:30 AM
Saya rasa syarat-syarat tu agak 'berat' nak dipenuhi..
ramai forumer di sini meminati hobi fotografi tanpa sijil kelayakan...
kalau tanpa sijil (master, degree & diploma), rasanya ramai yg berpengalaman
di sini.....

** Maaf kalau mengganggu pencarian 'calon' utk bengkel saudara...
saya sekadar berkongsi....

akuss15
6th May 2009, 12:22 PM
sorang je ke nak? mengapa tak ambil 3 tenaga pengajar, so sorang boleh handle 10 pelajar so impaknya lebih.... bab nak memahami diagram dan principal kamera yg payah sket utk permulaan...

msmacsp
6th May 2009, 01:18 PM
saya rasanya bagetnya terlalu rendah kot....

ada boleh cari En hasnuddin dari adan impresif dia pun rasanya cuma ada digree, tapi harga yg dalam vaget tu terlalu rendah. Adan biasanya sehari RM4500..

sekadar beri pendapat...

lagi satu lebih baik kalau saudara kenalkan diri dulu, first post nie... adat memberi salam biler masuk rumah orang...

maaf...

zainzubir
6th May 2009, 01:28 PM
Biasanya lecturer mengajar ikut jam..dulu tak silap rate satu jam 150...itu dululah...mungkin ada baiknya dilonggarkan syarat kerana ramai dikalangan fotografer yang tiada "kertas" ini adalah lebih jauh baik kerana mereka biasanya terdiri dari mereka yang bukan sedikit pengalaman fotografinya. Mungkin "kertas berseal tersebut" boleh diganti dgn portfolio....haaa...larat tak larat jerlah nak review...=))

*agree dgn msmacsp...kita kenal2 dulu di my lens...:-)

adipatigusti
6th May 2009, 04:03 PM
Biasanya lecturer mengajar ikut jam..dulu tak silap rate satu jam 150

mana cukupppp...leterer macam saya pun lagi tinggi bayaran ma :-) Jangan mare aaa melawak jer.

mdfadle
7th May 2009, 08:04 AM
Biasanya lecturer mengajar ikut jam..dulu tak silap rate satu jam 150...itu dululah...mungkin ada baiknya dilonggarkan syarat kerana ramai dikalangan fotografer yang tiada "kertas" ini adalah lebih jauh baik kerana mereka biasanya terdiri dari mereka yang bukan sedikit pengalaman fotografinya. Mungkin "kertas berseal tersebut" boleh diganti dgn portfolio....haaa...larat tak larat jerlah nak review...=))

*agree dgn msmacsp...kita kenal2 dulu di my lens...:-)


setuju....

acaifoto
7th May 2009, 09:29 AM
adus ciput sangat nihh....
ni Rm 80 sehari ke RM 80 sejam.??

* saya sokong anty..heheheh...saya pom tak de kertas mahal.. tapi selalu buat projek mahal....ahahhaha

msmacsp
7th May 2009, 01:12 PM
adus ciput sangat nihh....
ni Rm 80 sehari ke RM 80 sejam.??

* saya sokong anty..heheheh...saya pom tak de kertas mahal.. tapi selalu buat projek mahal....ahahhaha

bro kalau dia offer RM150 sejam boleh ker? sehari dlm 8 jam? jadi 1 hari cuma RM1,200 dan 2 ari RM2,400..

berbaloi - baloi!!!....