PDA

View Full Version : Teknik-Teknik Memfokus

zieman50
27th May 2009, 06:51 PM
Teknik-teknik memfokus dengan cara yang betul. Sebelum saya teruskan mengenai perkara tajuk-tajuk ini. Saya terangkan inilah cara fokus yang betul . Sila amalkan

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

adieo
27th May 2009, 10:17 PM
Teknik-teknik memfokus dengan cara yang betul. Sebelum saya teruskan mengenai perkara tajuk-tajuk ini. Saya terangkan inilah cara fokus yang betul . Sila amalkan

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

salam, bole terangkan mcm mane nk buat teknik ni?
saye kurang paham :)

d'unikphotographer
27th May 2009, 10:33 PM
yup bro bleh terangkan lg tak kureng pahamla

zieman50
28th May 2009, 02:26 AM
salam semua. terima kasih kerana berminat untuk mengetahui apa yang saya katakan sebelum nie
saya akan kongsikan dengan saudara. Masalah saya macamana saya nak masukan gambarajah dalam nie,
siapa boleh tolong.

kukuran senja
28th May 2009, 05:26 AM
salam semua. terima kasih kerana berminat untuk mengetahui apa yang saya katakan sebelum nie
saya akan kongsikan dengan saudara. Masalah saya macamana saya nak masukan gambarajah dalam nie,
siapa boleh tolong.

kalu gambar ko pg kat imageshark phtu upload kat situ. then, ko ambil url die letak kat sini :)

mkrash
28th May 2009, 08:06 AM
Bang kalau Zoom in then focus pastu zoom out bukan ke focus point akan lari...

may be kena explain lagi kot..

frexx
28th May 2009, 12:32 PM
yup..tak sabar nak dengar explanation nih..:):)

budak_malas
28th May 2009, 01:47 PM
rasanye fokus point xlari kot..
yg aku faham ape yg die nak katakan, bukannye zoom in giler2 n zoom out balik sampai subject tu nampak kecik...

yg dier nak sampaikan adalah zoom in pada subjek, focus, kemudian zoom out sedikit untuk dapatkan frame yg cantik dalam keadaan yg telah difokus tadi.. kemudian,,,,tembak..!!!!!

br pro2 n sifu2, kalu salah, sila tunjuk ajar...:-)

zieman50
30th May 2009, 08:16 PM
salam, betul apa yang saudara katakan. Terima kasih. Insyaallah saya akan masukan beberapa hari lagi. Pasal sibuk sikit. Terima kasih diatas maklum balas saudara dan saudari

zieman50
30th May 2009, 10:42 PM
Pada masa ini terdapat 2 jenis fokus iaitu manual dan autofokus:

a. Manual. - Jenis fokus manual amat popular sekitar 80an. Pada era tahun
90an jenis SLR AF yang amat popular. Jika kita menghendaki imej menjadi jelas
kita perlu membuat fokus yang tepat ke atas objek yang dipilih. Skrin fokus
mempunyai tiga bahagian utama di dalam splitimej (Imej terpisah):

(1) Split Image (Imej terpisah)
(2) Gelang Mikro Prisma
(3) Skrin Fokus.

Teknik-teknik memfokus

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

Teknik Mencari Titik Fokus

1. Perlulah menfokus ke bahagian yang bersudut seperti kolar baju, poket dan sebagainya.

2. Titik fokus tidak semestinya berada ditengah-tengah ada kalanya ianya berada di perantaraan objek yang hendak dirakam contohnya seperti gambar foto group

Imej yang hendak difokus, objek tersebut dilihat melalui pemidang telek. Pada masa yang sama badan kamera diletakkan di tangan kanan dan tangan kiri hendaklah menentukan gelang fokus dan mata kanan hendak digunakan untuk melihat objek:

(a) Split image (Image Terpisah).

(b) Diagonal Split Imej (Imej pisah lintang penjuru

Sebenarnya. Ada image di bawah ini tapi bila saya pakai sharx tak boleh juga, Image ini memang amat berguna dan senang untuk kita praktikan.

* Salam semua. Ini yang saya perolehi semasa saya menghadiri seminar wartawan dan fotografi. baru-baru ini. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Cuma saya ingin kongsi apa yang saya perolehi semasa seminar tersebut. Banyak bentuk gambarajah dilukis dalam slide tak tahu saya macamana saya nak masukan dalam nie. Saya juga telah meminta izin daripada Saudara Kamaruzaman untuk mengambil artikel beliau untuk di publishkan. Memang berhasil dengan apa yang saya praktikan,. lagipun slide yang mengandungi 111 muka surat ini amat bermakna.

Saya akan sambung lagi dalam bab selanjutnya, terima kasih.

http://tankprorace-zieman50.blogspot.com/

zaimluqman
5th June 2009, 04:09 PM
[QUOTE=zieman50;287098]
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.Tabik sekali.

zainzubir
7th June 2009, 04:14 PM
sedikit sana dan sedikit sini kita kumpulkan ilmu...lama2 jadi bukit lah..=)) thank you..satu usaha yang bagus...w/pun boleh di soal jawab lebih lanjut.

cat_iera
7th June 2009, 06:32 PM
huh..bgs2..tambah info lg.

zieman50
9th June 2009, 12:47 AM
salam semua, boleh share pendapat bersama-sama saudara semua

aeropama
9th June 2009, 11:13 AM
Owh... Ilmu baru ni.

Sblm ni saya cuma guna; zoom in, fokus, compose/framing kemudian shoot.

Nanti cuba teknik yang brader zieman50 btau. Thanks

mat lan
12th June 2009, 10:59 AM
Owh... Ilmu baru ni.

Sblm ni saya cuma guna; zoom in, fokus, compose/framing kemudian shoot.

Nanti cuba teknik yang brader zieman50 btau. Thanks

aku pn slalu uat cam ko...

pembelajaran baru bg aku...

tenkiu bro...:-)

cikaris
12th June 2009, 11:06 AM
aku tgh nak pahamkan ni...tapi tak paham jugak...cessss

superjenglot
8th July 2009, 12:07 PM
tak paham gak ni..lmbtnye pljrn baru sampai

damak
8th July 2009, 04:08 PM
terima kaseh berkongsi ilmu, baguih nie :)

PeLaris
8th July 2009, 04:41 PM
Bang kalau Zoom in then focus pastu zoom out bukan ke focus point akan lari...

may be kena explain lagi kot..

EhekS! EhekS! EhekS!

abam mkrash dpt rasakan apa yang ingin saya kongsi..

tidak semua lensa boleh menggunakan teknik yg diberi oleh abam zieman50..
fast lens atau pro lens sahaja yg mampu menggunakan teknik ini..

tapi, suatu waktu dahulu, ada juga lensa dari golongan "slow lense"
boleh bekerja tanpa "lari fokus" dengan mengamalkan teknik zoom in, zoom out ni...
ramai antara jurufoto menggunakan lensa ini , lensa idaman
dan
sbb itu Nikkor MF 35-105mm f/3.5-4.5 diberi jolokan "The Legend Of Lens".

yon
10th July 2009, 02:31 AM
menarik info ni...thanks....

muraisenja
15th October 2009, 12:00 PM
oooo...amtu ek....tq...tq... bro ilmu yg berguna.

azam-neurmaya
17th October 2009, 08:28 AM
salamz,

just nak double confirm. kena inform jenis lens boleh menggunakan teknik ini. saya berikan contoh lens yg tak dapat guna teknik ini.

http://www.neurmaya.com/fp/canon_2470mm_lens.jpg
http://www.neurmaya.com/fp/nikon460.jpg

contohnya.. pada focal lengh 28mm pada lens nikon tu, titik infiniti ini akan berada pada tanda 28. bukan pada line putih. Ini menunjukkan, jika kita zoom dan focus, dia akan focus pada 200mm dan bila pull back ke focal length yg lain, focus akan lari.

err... bleh try.

misziera
29th October 2009, 04:22 PM
tq atas info berguna utk newbie cm sy

Zahir Turion
29th October 2009, 05:31 PM
Bang kalau Zoom in then focus pastu zoom out bukan ke focus point akan lari...

may be kena explain lagi kot..

yup!! saye setuju.. bukan semua lens boleh buat camni tanpa kena fokus balik... kebanyakan lens yang saya pernah guna memang kene fokus balik lepas adjust zooming...

snakess1
29th October 2009, 07:01 PM
yup!! saye setuju.. bukan semua lens boleh buat camni tanpa kena fokus balik... kebanyakan lens yang saya pernah guna memang kene fokus balik lepas adjust zooming...

Maaf saya mencelah.....kalau salah tolong betulkan.
Zoom in.....fokus.....AF Lock (hold button).......Zoom Out ......framing skit.....klik!!!!
Betul x cara camnih

Zahir Turion
29th October 2009, 07:17 PM
Maaf saya mencelah.....kalau salah tolong betulkan.
Zoom in.....fokus.....AF Lock (hold button).......Zoom Out ......framing skit.....klik!!!!
Betul x cara camnih

hehe af lock tu utk bagi kamera stop dari fokus.. tp masalahnye bila kita pusingkan zoom ring tu secara automatik fokus lari.. maksudnye setting fokus pada ketika itu hanya sesuai untuk tahap zoom ketika itu je.. bila zoom in lagi atau zoom out lagi focus point akan berubah skit.. bukan sebab kamera tp sebab pergerakan dalam elemen dalam lens tu.. tak silap saya orang panggil benda ni fokus breathing.. hanya lens yang tertentu je yang bleh alter zoom tanpa alter focus balik.. hehe try la.. memang nampak lain nanti.. huhu..

snakess1
29th October 2009, 09:03 PM
Sy guna 18-200mm VR II. Mmg bila sy buat AF-L, focus x terjejas masih yg sama wpun selepas zoom out atau mungkin sy tersilap...

mamagedik
18th November 2009, 09:32 PM
Teknik-teknik memfokus dengan cara yang betul. Sebelum saya teruskan mengenai perkara tajuk-tajuk ini. Saya terangkan inilah cara fokus yang betul . Sila amalkan

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

bodoh punya idea.

doc_A
18th November 2009, 09:40 PM
bodoh punya idea.

lagi sekali mamagedik menggunakan word "bodoh"....
alamak...xbest la mcm ni...klau betul la idea tu salah...apa kata mamagedik tunjukkan idea yg lg baik....xyah la nk kutuk2 n ckp idea org bodoh....

PeLaris
19th November 2009, 12:24 AM
mamagedik sudah dipersilakan dudok tepi sambil tangan diikat ke belakang
dan mulut ditampal plaster cap gajah..

mr_man
8th December 2009, 10:27 PM
hmm, memang laa kebanyakan org yg join forum nie mempunyai pengetahuan yg agak cetek dalam bidang fotography nie (termasuk saya laa) tap jgn laa sampai macam tuu mamagedik... sebenarnya saya pon x tahu ada lens yang macam tu.. huhu, apa-apa pon thanks laa sebab kongsi pengetahuan

samsudds
9th December 2009, 11:20 AM
tapi, suatu waktu dahulu, ada juga lensa dari golongan "slow lense"
boleh bekerja tanpa "lari fokus" dengan mengamalkan teknik zoom in, zoom out ni...
ramai antara jurufoto menggunakan lensa ini , lensa idaman
dan
sbb itu Nikkor MF 35-105mm f/3.5-4.5 diberi jolokan "The Legend Of Lens".
tenkiu abe pelaris..
menarik gak..xtau lens ni wujud...
utk canon, ada tak?

PeLaris
9th December 2009, 12:35 PM
ada.. tp sy lupa menghafalnya, lensa yg mana satu..
seingat sy, lensanya keluaran sebelum era EOS..

samsudds
9th December 2009, 04:15 PM
abe pelaris juara azan dan nasyid suatu masa dulu?
meme kemah boh...:)

tOksiak
9th December 2009, 10:45 PM
huh...dapat ilmu lagik...temgkiuss...

CgSir
7th February 2010, 10:53 AM
Teknik-teknik memfokus dengan cara yang betul. Sebelum saya teruskan mengenai perkara tajuk-tajuk ini. Saya terangkan inilah cara fokus yang betul . Sila amalkan

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

Kena setting s - fokus dulu, kalau guna setting c - fokus, niaya gambar ko.

CgSir
7th February 2010, 12:14 PM
salamz,

just nak double confirm. kena inform jenis lens boleh menggunakan teknik ini. saya berikan contoh lens yg tak dapat guna teknik ini.

http://www.neurmaya.com/fp/canon_2470mm_lens.jpg
http://www.neurmaya.com/fp/nikon460.jpg

contohnya.. pada focal lengh 28mm pada lens nikon tu, titik infiniti ini akan berada pada tanda 28. bukan pada line putih. Ini menunjukkan, jika kita zoom dan focus, dia akan focus pada 200mm dan bila pull back ke focal length yg lain, focus akan lari.

err... bleh try.

Saya setuju dengan zieman50. zieman50 tak salah. Yang bodoh itu berbalik kepada mamagedik.

Nombor putih 28 dan 50 dalam bulatan merah ialah petunjuk bagi DOF. Kalau kita zoom kepada 28mm, tanda 28mm hijau berada pada marking line putih seperti dalam gambar. Semua objek yang berada dalam jarak antara 28 putih hingga mark line putih akan berada dalam fokus, walaupun kita melihat melalui viewfinder out of fokus kerana DOFnya luas. Jika kita ubah kepada zoom 200mm barulah objek yang barada pada jarak mark 28 dan 50 putih akan menjadi out of fokus.

Apabila kita zoom 200mm dan hanya objek yang berada pada mark line putih sahaja yang terfokus. DOF sangat sempit. Apabila kita ubah kepada zoom yang lebih rendah seperti 28mm dan 50mm DOF akan menjadi lebih luas dan semua objek berhampiran fokus yang out fokus akan termasuk dalam fokus walaupun kita melihat melalui viewfinder seperti out of fokus.

Orang-orang lama dulu banyak bekerja hanya berpandukan marking line putih, nombor dalam bulatan merah itu dan scale jarak yang tertulis pada ring fokus itu tanpa melihat melalui viewfinder terutama dalam kerja-kerja memfokus dan merakam gambar sport yang tidak sembat memfokus melalui viewfinder.

Mat GonG
8th February 2010, 12:02 AM
kepada sape2 yang dh terer sgt gan dslr nie,jgn nak kte idea org lain nie bodoh ke,pe ke..angpa dulu pun cam kami yg beginner ni jugak.xdak sape2 lahir pegang kamera dh tau snap gambar..pkai auto pun blum tentu leh snap gambar cam tahap gaban.bg semangat skit kat junior2..
zieman50 penang area mane..leh tunjuk ajar..br je bejinak2 gan dslr nie..pakai pun xsampai 2 bln g..

ap3x10
25th February 2010, 10:53 PM
haha..ni aku mls nk mengata ni..bile aku kate kan nangis mamagedik..xpe biarkan dia dgn labu2ny..
nice post..cm ni la kongsi ilmu, kalau salah tlng tunjukkan..ambek galak tlng jolokan,sy n rakan2 budak baru belajar, buah cempedak diluar pagar..hehe
akan ku cuba teknik ni..kalu xjd akan ku bertanya lagi ( kecuali tanya pd mamagedik, pm pun blum tentu ag aku nk pm dia..hehe)

azwan.sadri
27th February 2010, 10:18 PM
Teknik-teknik memfokus dengan cara yang betul. Sebelum saya teruskan mengenai perkara tajuk-tajuk ini. Saya terangkan inilah cara fokus yang betul . Sila amalkan

ZOOM IN

FOCUS

ZOOM OUT

FRAMING

SHOT

newbie beringus ingin bertanya.. inikah satu-satunya cara memfokus yang betul, atau salah satu cara memfokus yang betul.. ? Dah cuba2 agak susah nak jadik.. (maybe pasal lens ni memang tak leh) tapi kadang2 jadik plak, kalau guna manual focus, kita macam boleh 'feel' sejauh mana zoom out tu boleh sebelum fokus dia hilang. Try en error jek, tak dek sifu depan mata nak ajo susah sket nak explore. Tapi saya rasa ia sejenis teknik yang bagus. Teknik2 lain jugak ada kelebihan, sedangkan out of focus sekali pon ada kalanya berguna.. thank you untuk ilmu yang dishare.

CgSir
2nd March 2010, 10:56 AM

Kalau dah pro tak yah tenang melalui view finder pun boleh.

Caranya...

1. Perhatikan subjek yang hendak di shoot.

2. Anggarkan jarak jauh subjek yang hendak di shoot itu dari kamera ikut "meter" atau "kaki" (pakai kepala sendiri ini mesti sudah expert dulu)

3. Setting jarak pada gelang fokus pada lensa di kamera.

4. Angkat kamera dan framing.

5. shoot.

Ini salah satu cara digunakan oleh profesional Photog dulu-dulu. Sekarang ini kalau dalam keadaaan gelap yang kamera sukar melakukan kerja-kerja memfokus bolehlah menggunakan cara ini.

Kalau guna lensa murah yang tidak ada nombor pada gelang fokus, susahlah kalau mahu guna cara ini.

Infinit
4th March 2010, 04:19 PM
mamagedik dah kena banned siot..hehehe..papa sudah marah lah tue..=))

mrcalium
4th March 2010, 04:56 PM
mcm2 ada..

rasputern
16th March 2010, 09:55 PM
Kemuskilan, ( sambil mengangkat tangan ) dan sambil pening pening nak faham,
teknik ini hanya sesuai untuk M mode aje kan? sebab kalau pilih A/S/P, zoom in then focus, zoom out balek, bacaan metering dah lari, walaupun dah AE-Lock. ke macam mana? aduiyai.

dan apa tujuan utama teknik ini? konpius la..tulun...

sunan9
16th March 2010, 10:56 PM
haha..ni aku mls nk mengata ni..bile aku kate kan nangis mamagedik..xpe biarkan dia dgn labu2ny..
nice post..cm ni la kongsi ilmu, kalau salah tlng tunjukkan..ambek galak tlng jolokan,sy n rakan2 budak baru belajar, buah cempedak diluar pagar..hehe
akan ku cuba teknik ni..kalu xjd akan ku bertanya lagi ( kecuali tanya pd mamagedik, pm pun blum tentu ag aku nk pm dia..hehe)

bro sape mama gedik ni.. jom ajak outing tgk.... byk sgt ilmu dia ni... leh bljr.. hihihihi...:-w