PDA

View Full Version : Videographer dikehendaki...



dbins
15th May 2006, 11:25 AM
Dikehendaki videographer berpengalaman utk merakamkan majlis perkahwinan di kawasan sekitar Ampang/Gombak pada 02 dan 03 June nanti... sila berikan sebut harga dgn kadar segera... sebut harga dan contact boleh diemailkan ke dbins@res-qmedia.com... cargassss...

Terimasarkis.

bubba
15th May 2006, 11:29 AM
Hmmmm ...... hok ni pung ade macang bau2 openg tender.
Nok buak lagu mane ni Ayareh?
Nok padang jugok ke?

diadem
15th May 2006, 11:38 AM
hehehehe...macam-macam :D

dbins
15th May 2006, 12:38 PM
Ai... yg camni pun tak boleh ke? Ikut suka hati korang la... org nak bagi peluang kerja pun taknak... sekian.

dbins
15th May 2006, 01:39 PM
Btw, apa cara sekali pun samada (1) client refer ke list dalam thread yg disarankan di Wedding Photographer's thread, atau (2) client yg mintak info2 yg berkenaan... resultnya sama... akhir sekali client akan dapat info2 yg dia nak mcm pakej, price, sample etc... bezanya kalau ikut list, dia yg akan contact manakala cara lagi satu dia yg mintak sesiapa yg berminat utk contact dia... dan akhir sekali dia yg akan menentukan pilihan dia... tak ke sama? and lebih malang lagi kat sini takde pulak list videographer... mcm list photographer tu...

Apa nak risau... aku tak nampak apa point disebalik 2 cara tu sebab resultnya sama... and client skrg ni tak la sebodoh mana nak memilih berdasarkan rega yang murah semata2... :?:

Darmansyah
15th May 2006, 02:24 PM
buka lagi la tender bnyk2 kat FMDC
kalo la leh compare FMDC ngan http://www.fotografer.net.
apa pendapat korng?

zainzubir
15th May 2006, 02:30 PM
Ai... yg camni pun tak boleh ke? Ikut suka hati korang la... org nak bagi peluang kerja pun taknak... sekian.

itulah kadang2 kita niat nak beri peluang pekerjaan...tapi tak taulah saya...kita jangan memandang hanya untuk diri kita, kita harus ingat diluar sana ramai yang menganggur atau ingin mendapat pendapatan lebih. FMDC adalah lebih kepada kekeluargaan, apa salahnya kita uar2kan maklumat seumpama jika tidak untuk diri kita, mungkin anak PaK Ngah di kg atau jiran sebelah rumah yg dah berbulan2 balik obese tak dapat kerja...(dan kebetulan sekarang dok belek2 videocam shj) :wink:

Saya telah banyak juga uar2kan maklumat disini kepada org lain, umpamanya executive officer tak silap yg dipostkan oleh Jie, dan saya sendiri telah postkan jawatan economist baru2 ini. Kenape? Satu shj niat saya, memberi peluang kepada org Islam terlebih dahulu, sebelum peluang itu jatuh ketgn org lain yg maklum tahu lebih mudah mendapat pekerjaan dari kita org Melayu/Islam...

Hanya pendapat peribadi tiada kena mengena dgn kampeni tpt mencari rezeki :wink:

petrofsky
15th May 2006, 02:43 PM
Fotographer tanak ke??? Kawe dok reti nok capture video neh .... :lol:

nemesis
15th May 2006, 02:50 PM
saya rasa la kan, ini bukan open tender ni. anggaplah thread ini sebagai medium untuk networking between FMDC nye member ngan prospects/future customer. kira macam win-win situation la. peluang ini sangat lah bagus untuk mereka-mereka yang masih belum ada nama and belum ada word of mouth tentang service mereka.

dengan ada nye thread sebegini, they can get the 'break' to penetrate current market. tapi ini hanyalah pendapat saya aje. yang penting kita semua happy hehehe.

Selamat Hari Isnin semua!!~~ :lol:

Darmansyah
15th May 2006, 02:55 PM
bg sy,open tender.
takkan la kita tak kenal memana videographer yg lain?
ok aku nak tanya terang2...
brp dia sanggup bayar?

zainzubir
15th May 2006, 03:14 PM
anda semua buat saya pening, apa maslahnya jika open tender?kan dia suruh email directlt to him. Jika minat hantar, jika tak minat tak perlu kot, uar2kan pada yg minat. Kan ini juga satu bentuk "job" , sama spt lain2 topic yg pernah di post dlm thread Job@Fotopages??Cuba check topik2 dlm thread ini, macam2 adaaaa.... :wink: sesusah biar saya hantar tenderleh cenggini letak rega service murah giler..dapat saya beri pada ..pada..saper eik?? :roll: :roll: (sambil garu2 kepala...)

diadem
15th May 2006, 03:24 PM
Saya nak komen sikit, nak kata salah post, tapi memang dah thread "Job @ Fotopages". Atau memang dah ada syarat-syarat tertentu kalau nak post dalam thread "Job @ Fotopages" ini?

zainzubir
15th May 2006, 03:36 PM
Saya nak komen sikit, nak kata salah post, tapi memang dah thread "Job @ Fotopages". Atau memang dah ada syarat-syarat tertentu kalau nak post dalam thread "Job @ Fotopages" ini?

Saya kurang pasti bab syarat2 nih, setahu saya dah 2941 posts saya hantar, bermakna byk juga thread yg saya dah merepekkan merata2...dan dlm thread job@fotopages ini juga sefahaman saya, sepanjang melayarinya tiada bersyarat ketat (correct me if I'm wrong)

stand corrected :wink:

dbins
15th May 2006, 03:44 PM
Web indon tu kan...? Jauh panggang dari api... heh... sian...


buka lagi la tender bnyk2 kat FMDC
kalo la leh compare FMDC ngan http://www.fotografer.net.
apa pendapat korng?

dbins
15th May 2006, 03:53 PM
aku ni tolong menyampaikan hajat je... aku rasa org yg mencari tu pun baru first time nak dapatkan khidmat videographer... pasai tu dia try nak dapatkan info secara rambang je... bab budget tu tak sure plak berapa sebab dia tak bagitau tapi mungkin yg rendah ke average dalam RM1000-RM2000... itu tak sure... dia pun takde idea berapa agaknya... tu pasal aku nak tolong dia dptkan info sebanyak mungkin sebab dia pun tak berkecimpung di alam cyber ni... jadi kurang dpt info... so kalau sesapa berminat tu blh bagi info and nanti boleh directly deal dgn dia lah...


bg sy,open tender.
takkan la kita tak kenal memana videographer yg lain?
ok aku nak tanya terang2...
brp dia sanggup bayar?

Tengo_Juliet
15th May 2006, 04:01 PM
Pelik tgk abang2 kat sini berbicara........ni psl org nak cari videographer....tak kan benda mcm ni pun nak padam?? Kalu dah sesama kawan2 (patut panggil kwn ke?)tapi x boleh nak tolong menolong...apa guna berforum?? FMDC ni tempat borak kosong je ke?? :?:


Hmmmm ...... hok ni pung ade macang bau2 openg tender.
Nok buak lagu mane ni Ayareh?
Nok padang jugok ke?

Darmansyah
15th May 2006, 04:02 PM
mmng jauh panggang dari api tp jgn jdkan fmdc tender merapu rapi...
jdkan FMDC mcm galeri ilmu di web indon tuh.

dbins
15th May 2006, 04:14 PM
mmg sini lebih pada merapu je... bila bab2 yg lebih berfaedah jadi merapu jugak akhirnya... kalau mcm ni sampai bila pun takkan maju...

Tengo_Juliet
15th May 2006, 04:17 PM
mmng jauh panggang dari api tp jgn jdkan fmdc tender merapu rapi...
jdkan FMDC mcm galeri ilmu di web indon tuh.

adakah dgn meletakkan tender sebegitu yg minta dihtr terus ke email ssesuatu yg di anggap merapu rapi?? susahnya hendak berforum disini jika peraturan yg ada terlalu ketat...sekiranya terdapt unsur2 penghinaan terhadap mana2 kaum, bangsa atau perkataan lucah yg boleh mengganggu ketenteraman si pembacanya mmg selayaknya la di padam terus..... ishhhhhhh.... :D

ND
15th May 2006, 04:24 PM
Hello guys.

this is a community...mmg ada yg serious dan ada yg merapu...takkan pasal hal merapu pon nak bertekak plak kat sini?

So, it's more on photographers community...bila kita perlu serious, kita serious...bila kita nak merapu, kita merapu..
but only at the right places...

tak semestinya org yg serious je boleh maju...sometimes kena gak relax our mind baru otak jalan...

so, jgn main cakap je eh....fikir rasional sikit...

Darmansyah
15th May 2006, 04:24 PM
Tengo_Juliet <<<--orng baru ke?

Tengo_Juliet
15th May 2006, 04:33 PM
Tengo_Juliet <<<--orng baru ke?

kalau org baru x boleh nak berforum ke? :?:

Darmansyah
15th May 2006, 04:35 PM
Tengo_Juliet <<<--orng baru ke?

kalau org baru x boleh nak berforum ke? :?:

sila..sila...sila..sila....
perkenalkan diri ek?
nanti leh kita TT sesama kat restoran kg.pandan

Tengo_Juliet
15th May 2006, 04:37 PM
terima kasihhhhh......

Darmansyah
15th May 2006, 04:40 PM
Tengo_Juliet
jom TT ngan aku ptng nih kat pelita.ni no fon aku 017-3982331
aku ada kat sana ptng nih...

ND
15th May 2006, 04:40 PM
uish...TT kat pelita?..dgn sapo lagi man?

Darmansyah
15th May 2006, 04:42 PM
aku ingt nak ajak syahrin ngan rudi la..
ada sambutan ke?

zul78
15th May 2006, 04:43 PM
mmg sini lebih pada merapu je... bila bab2 yg lebih berfaedah jadi merapu jugak akhirnya... kalau mcm ni sampai bila pun takkan maju...

berhati hati bila anda berkata kata .........

buttet
15th May 2006, 05:01 PM
ada ptg nie saga aku poeii sana

dbins
15th May 2006, 05:18 PM
Thread ni dibukak utk merapu ke? Tujuannya jelas dan nyata... apa yg rasional apa yang tak?


Hello guys.

this is a community...mmg ada yg serious dan ada yg merapu...takkan pasal hal merapu pon nak bertekak plak kat sini?

So, it's more on photographers community...bila kita perlu serious, kita serious...bila kita nak merapu, kita merapu..
but only at the right places...

tak semestinya org yg serious je boleh maju...sometimes kena gak relax our mind baru otak jalan...

so, jgn main cakap je eh....fikir rasional sikit...

dbins
15th May 2006, 05:19 PM
ada mata pandang... ada telinga dengar... ada otak pikirrr...



mmg sini lebih pada merapu je... bila bab2 yg lebih berfaedah jadi merapu jugak akhirnya... kalau mcm ni sampai bila pun takkan maju...

berhati hati bila anda berkata kata .........

mknace
15th May 2006, 05:21 PM
Incik2 sekalian... Jangan gaduh2 kat sini..
Ayuh turun TT, pekena teh tarik segelas dua.. sejuk ler sikit.
Ini kicil punya hal..

buttet
15th May 2006, 05:26 PM
kkekekkee..mknace jom TT petang nie :P

mknace
15th May 2006, 05:28 PM
aku jauh ler... ntahnyer asik dok bagi idea TT jer, perginyer tak jugak.
mariler korang campak aku reramai lam kolam putrajaya nun..

planet zargus tu jauh.. isi petrol je dah dekat 6 juta. pas naik harga dah jadi 8 juta.. bengkrap aku..

dbins
15th May 2006, 05:36 PM
takyah pi jauh2... thread ni pun dah cukup jadi contoh... sian...

ND
15th May 2006, 06:14 PM
dbins, yg kau ni serious sgt kenapa?

biasa la kalau diorang nak merapu sikit2...takkan takleh kot?

ada telinga utk mendengar, ada mata utk memandang, ada otak utk berfikir...
ada perasaan jangan la emosional pulak ye...relax la dude, don't be too serious..
diorang semua nak beramah mesra, mesti ada selingan sikit2 punya...

engku
15th May 2006, 06:14 PM
Pada pendapat saya yang singkat fikiran ini, ada baiknya moderator lock topik ni tapi jgn delete. Tak nampak pekdah sgt kecuali menampakkan kelemahan warga FMDC sendiri.

Sekian!!

ND
15th May 2006, 06:16 PM
yeap...sila lock topik ni...

dbins
15th May 2006, 06:23 PM
kata merapu bertempat... ini la tempat merapu ye? sian...


dbins, yg kau ni serious sgt kenapa?

biasa la kalau diorang nak merapu sikit2...takkan takleh kot?

ada telinga utk mendengar, ada mata utk memandang, ada otak utk berfikir...
ada perasaan jangan la emosional pulak ye...relax la dude, don't be too serious..
diorang semua nak beramah mesra, mesti ada selingan sikit2 punya...

dbins
15th May 2006, 06:26 PM
incik tengo, camni cara derang ni berforum kat FMDC ni... harap2 dapat lah membiasa kan diri dgn cara camni ek... sian...



mmng jauh panggang dari api tp jgn jdkan fmdc tender merapu rapi...
jdkan FMDC mcm galeri ilmu di web indon tuh.

adakah dgn meletakkan tender sebegitu yg minta dihtr terus ke email ssesuatu yg di anggap merapu rapi?? susahnya hendak berforum disini jika peraturan yg ada terlalu ketat...sekiranya terdapt unsur2 penghinaan terhadap mana2 kaum, bangsa atau perkataan lucah yg boleh mengganggu ketenteraman si pembacanya mmg selayaknya la di padam terus..... ishhhhhhh.... :D

cgmulia
15th May 2006, 06:39 PM
aku lock.. korang ni kadang2 too emotional...

dah.. dah.. aku lock..