PDA

View Full Version : Hujan "Air Batu" melanda Kuala Terengganu



PeLaris
16th May 2006, 09:32 PM
Pada jam 5:00 ptg, kilat petir sabung meyabung dengan hujan yang turun amat lebat. Dalam perjalanan menuju ke tempat fardhu ain anak belajar, tibaČ bumbung kereta kedengaran ada bendaČ kecil menimpa seperti anakČ batu. Saya amat hairan, apakah benda tu. Satu ketulan kecil melekat pada wiper. RupaČnya itu adalah ketulan ais.

Saya ke tepi jalan dan berhenti, dalam keadaan ribut bertambah hujan yang amat lebat, tanpa payung, saya cuma dapat capai satu ketulan kecil. Yang lain begitu cepat dihanyut arus. Kebetulan kamera ada dan saya terus rakam.

http://img105.imageshack.us/img105/9749/hujanbatu17pm.jpg

http://img119.imageshack.us/img119/8242/hujanbatu63ve.jpg

*** Harap maaf, visual kurang memuaskan.
*** heroMak, dengar kabar di Wakaf Bruas berhampiran dengan Kukus San, banyak kedai/warung separuh musnah petang tadi, betul ke?

mkrash
16th May 2006, 09:55 PM
Tu dia FMDC punya wartawan melaporkan dari lokasi...

Hujan batu?... oooo gerun tu..

ND
16th May 2006, 11:09 PM
sakit tu kalau kena...huhu

Raushan Naim
16th May 2006, 11:15 PM
Mmm..Ni la first time Raushan nengok rupa hujan batu. Boleh berlubang gak kalu kena kapla.
Itu lah juga asalnya idea pepatah melayu berkata, "Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri..."

dome
16th May 2006, 11:26 PM
buat air batu campur best jugak tu.
kat setiu pun hujan lebat ari ni.tengok belah laut sana kilat sabung menyabung

zainzubir
16th May 2006, 11:28 PM
emm...teringt masa kecil2 dulu...pernah ada hujan air batu...berebut2 kutip dan masuk mulut terus..punyaler samdol masa tu.... :lol:

azryshah
16th May 2006, 11:33 PM
betul ke idak, orang tua2 kata time hujan batu turun kalau kita telan hujan batu tu (bukan telan batu kat tepi jalan) boley terang hati :lol:

dinictis
16th May 2006, 11:45 PM
emm...teringt masa kecil2 dulu...pernah ada hujan air batu...berebut2 kutip dan masuk mulut terus..punyaler samdol masa tu.... :lol:

Betul tu... saya pun pernah dengar dan telah menelan beberapa air batu huhuhu masa tu saya kecik kecik lagi... but ingat la...

Kebesaran Allah....

PeLaris
17th May 2006, 01:25 AM
sempat jugak dijamah dan dihisap oleh anak saya sesampai di kelas fardhu ain siang tadi.
yang saya kagum, ais nya lambat cair...

cgmulia
17th May 2006, 01:30 AM
kenapa lambat cair???

ada sesetengah sainstis mengatakan bahwa kandungan kimia dlm hujan air batu ini menyebabkan ia lambat cair. kandungan kimia ini juga mengandungi bahan2 kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.
sejauh mana kebenarannya.. masih dlm kajian... namun ia dikhuatiri dengan jelas sekali

PeLaris
17th May 2006, 01:39 AM
saya pun berfikir sedemikian, sbb tu tak aksik anak telan tadi..

*** dgr kabo, pulau kambing ada gok tadi, ustaz fardhu ain tu oyak, ketika hujan berdetum detam atah atap..

cgmulia
17th May 2006, 01:51 AM
nasib baik van buruk duk dlm garaj.. kalu dok.. abih laaaa

AyAres151
17th May 2006, 02:38 AM
Kalau dahulu..mungkin boleh telan lantaran lapisan ozon dan awan gemawan yang bearak belum dicemari oleh bahan-bahan kimia. Namun begitu, dekad ini ais yang luruh dari awan yang kelabu itu amatlah dikhuatiri telah tercemar dan akan menjejaskan kesihatan sekiranya di telan berlebihan. Oleh itu, sekiranya boleh di elakkan, amatlah di galakkan utk mengelakkan dari menelan ketulan ais tersebut. Untuk mencerahkan hati atau sebagainya boleh digunakan cara alternatif yang pelbagai lagi seperti solat hajat, bermunajat dan sebagainya.

Sekian buletin dinihari..

PeLaris
17th May 2006, 08:29 AM
saya setuju!

heroMak
17th May 2006, 11:09 AM
alhamdulillah Kafe Kukus San selamat dan masih beroperasi seperti biasa. Ketika dikunjungi oleh pemberita kami, pekerja disitu yang mahu identitinya dirahsiakan, berkata, hujan dan ribut itu seaakan mahu mengkiamatkan dunia.. kami ketakutan dan berhempas pulas menyelamatkan harta benda dan nasi lemak kami. Kalau tidak, bos besar akan mengamuk.. Kami takut dia mengamuk dari takut ribut ni... dan... dia.. (mikrofon dialihkan serta merta!)

Sementara itu, pemilik Kafe Kukus San gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. Menurut sumber, dia sibuk dengan aktiviti penggambaran dan permainan teka imej!

Sekian, Berita Tahu.


p~s: mintak2 la ini bukan petanda bala ke atas rakyat terengganu ni... Tengah2 panas dalam 2 tiga hari ni, tetiba ribut topan... hisshh... takut jugak budak2 tu semalam... Kalau asapa tak takut n tak ingat tuhan semalam, maknanya hati dah mati la tu.. na'uzubillah!

abahwafi
17th May 2006, 11:37 AM
Saper pemilik Kafe Kukus San ni sebenornya (ketinggalan keretapi ke aku ni?)

zainzubir
17th May 2006, 11:42 AM
Siapa lagi kalau bukang anakanda hamba si Heromak wahai abahwafi...tulah org suruh jaga restoran dia gi memain teka imej lak... :evil:

heroMak
17th May 2006, 02:17 PM
hehe..nanati kafe kukus san masuk wi fi, bleh la teka imej dari sana...

la laa laaa laaa.. laa... best best..

malam ni bakar sotong n ikan merah.. haruan tasik pun ada lagi rasanya.. laaa laaa..laa... cecah sambal... air asam...laaa laaa.. laaa...

Meh cari daun pisang. pokok pisang banyak terbalik semalam...

zainzubir
17th May 2006, 02:27 PM
Meh cari daun pisang. pokok pisang banyak terbalik semalam...

itulah rejeki namanya...dlm hujan2 air batu, pokok pisang terbalik bawa rejeki..jgn lupa amik jantungnya buat rebus2 cecah belacan.... :wink:

di Kl hujan skit jer banjir, hujan skit jer banjir.... :roll: yg untun dpt rejeki tow trucks operator....nih pong kat KL dah gelap, alamat jam ler gamaknya jika tak kluwau opis cecepat...lagi satu now, jka hujan jer petir asek nyambo2 jer tak org yg disambau, rumah atau bangunan...minggu lepas computer deeba kat ghummah pengsan kena sambau petir, nasib boleh masih hidup dgn renjis2 skit ayo...dibuatnya mati terus?? :roll:

heroMak
17th May 2006, 02:41 PM
mati kalu, tanam je la.. kalau mati syahid, takyah mandi n kapan.. semayang n tanam terus...

azmanshah
17th May 2006, 03:04 PM
banyak benda yg menarik kat ganu tu.... aku setuju.. hehehe..

aku masih terpegun dengan moon-rise kat ganu... (dan keindahan org ganu... hehehe)

heroMak
17th May 2006, 03:09 PM
alhamdulillah.. tambah anak lagi la tu... wish tu muat kalu naik ramai.. kalu tak muat, tunda la yg kaler hitam kat belakang tu..