PDA

View Full Version : SB-800 pun boleh!!!



ted
18th May 2006, 09:29 PM
Sesiapa yang mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi dalam satu ketika dan waktu pasti akan berangan-angan mendapatkan satu set lampu-lampu studio dan aksesorinya konon-kononnya set lampu tersebut akan memberi hasil yang cantik gambarnya.

Buang sahaja angan-angan tersebut.

Jikalau tiada asas yang betul, lampu-lampu studio yang berharga berbelas malah berpuluh ribu ringgit tidak akan membantu mendapatkan pengcahayaan yang bagus, jikalau tidak tahu cara menggunakannya.

Sebuah lampu denyar, seperti Nikon SB-800 dan satu payung boleh menghasilkan gambar seperti sebegini...

http://static.flickr.com/48/133497593_4b3a014f6e.jpg

Sangat ringkas dan mudah. Pastinya si jurufoto tersebut mempunyai asas penataan cahaya yang kukuh dan kefahaman yang tinggi. perlu dicontohi semua.

Laman asalnya berada di sini --> http://www.flickr.com/photos/hansneumannpro/133497593/

PeLaris
18th May 2006, 10:10 PM
pendapat saya hampir sama dengan saudara ted, dengan adanya kefahaman yang kukuh, segala kreativiti dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan tidak perlu memiliki peralatan yang mahal sehingga membebankan.

abahwafi
18th May 2006, 10:12 PM
Abg ted mmg serba boleh...

harummanis
18th May 2006, 10:15 PM
MrTed... bila nak buat lighting seminar/class lagi lepas ni?

buntalshoot
18th May 2006, 10:47 PM
SB 600 boleh tak bro. ted??? :D

eastone
19th May 2006, 12:01 AM
kena pakai kabel ye utk letakkan sb800 tu disebelah kiri??

buntalshoot
19th May 2006, 06:39 AM
kena pakai kabel ye utk letakkan sb800 tu disebelah kiri??

kabel??
kan bulih CLS....

zul78
19th May 2006, 09:34 AM
kepada pemilik pemilik 3 keping cd daripada zull....... terdapat satu video .... dia tunjukan cara ...bagaimana nak gunakan remote flash .... lebih dari satu ....
dia ajar sekali bagaimana nak bounce dengan betul ... dan penggunaan back light....

anyway .... dasat sungguh gambar tu ,....... boleh bedarah idung .....

p/s: bilalah nak angkat sb 800 ni ............waaaaaaaaaaaaaa

PeLaris
19th May 2006, 09:43 AM
esok dah bley angkat SB-800 tu zul78... :)

buttet
19th May 2006, 11:30 AM
ku dh berdarah..kan kita dah test teori tue zull :P

ted
19th May 2006, 11:30 AM
B 600 boleh tak bro. ted???

Oh buleh juga!



kena pakai kabel ye utk letakkan sb800 tu disebelah kiri??

Buleh pakai kabel, satu lagi SB-800/600 atau satu IR trigger



MrTed... bila nak buat lighting seminar/class lagi lepas ni?

Mungkin June/July, saya belum ada ilham lagik...



Abg ted mmg serba boleh...

Itu semua Anugerah Illahi, saya tiada punya apa-apa...

dbins
19th May 2006, 12:03 PM
ted... utk product pulak la...

PeLaris
19th May 2006, 12:43 PM
/me tgk, empunya EX-580 intai jerk thread niH!
ehekS!

ted
19th May 2006, 08:09 PM
ted... utk product pulak la...

Boleh dapatkan 5-8 orang untuk satu bengkel dimana satu kepala dicas sebanyak RM300 untuk 2 hari (teori dan amali) ?

dinictis
19th May 2006, 08:14 PM
betul tu... yang penting ilmu... then macam-macam leh buat... cahaya ada dimana-mana... Photography = painting using light...

PeLaris
20th May 2006, 01:26 AM
no light no photography..
tul tak dinictis... :)

Technique = painting with light

ted
30th May 2006, 01:43 PM
ted... utk product pulak la...

Boleh dapatkan 5-8 orang untuk satu bengkel dimana satu kepala dicas sebanyak RM300 untuk 2 hari (teori dan amali) ?

Lupakan sahaja, siapa mau bayar mahal mahal ye tak? :lol:

Detail FREE workshop ada di http://ted.fotopages.com