PDA

View Full Version : Apa Beza RAW dengan JPEG?

vortexring
23rd July 2009, 12:20 PM
Salam...
Apa beza kedua2 jenis format ni dan sesuai untuk ape?
Sila beri tunjuk ajar..:)
Tq....

raden
23rd July 2009, 07:23 PM
Fail RAW adalah:
Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
Kurang konstras
Tidak tajam
Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
Menunggu untuk diproses oleh komputer

Sebaliknya fail JPEG adalah:

Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
Dimampatkan -- dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
Kurang julat dinamik
Lebih kontras
Lebih tajam
Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
Selalunya tidak perlu diubahsuai
Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
Diproses oleh kamera

Jika tidak banyak ruang yang tinggal dalam kamera, menggunakan JPEG membolehkan anda mengambil 3 atau 4 kali lebih banyak gambar. JPEG juga elok jika ingin terus berkongsi fail imej yang keluar dari kamera.

Jika kapasiti bukan masalah, gunakan RAW + JPEG (sekali snap, dapat dua fail) untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ada profesional yang tidak menggunakan RAW kerana (1) tidak tahu memprosesnya (2) tidak mahu membuang masa memprosesnya kemudian. Contoh perisian yang "betul-betul" mengendalikan RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Majalah DCM memberikan markah tertinggi kepada NX2. Lain2 perisian yang memahami RAW termasuk Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix, dsb.

JPEG menggunakan Digital Image Processing untuk memampatkan fail. Formula utama yang digunakan ialah Discrete Cosine Transform (DCT). Lain-lain model matematik yang digunakan ialah Huffman coding, dan Delta Pulse Coded Modulation (DPCM). [link (http://en.wikipedia.org/wiki/JPEG)]

--- Ini saya translate dari homepage mana entah. Kalau ada bau mat salleh, mintak mahap je lah.
--- Perenggan terakhir saya tambah sendiri sebab saya memang buat penyelidikan dalam image processing.
--- Boleh try download Understanding digital raw capture PDF 1000k (http://www.adobe.com/products/photoshop/pdfs/understanding_digitalrawcapture.pdf)

fotoinspirasi
24th July 2009, 10:05 AM
hmm soalan ni mmg aku nak tanya..
dah ada plak orang tanya..
thank you bro..and good information here...

*Jadi,apakah yang paling sesuai tuk kita guna RAW atau JPEG,dulu aku penah guna RAW+JPEG tapi tulah ruang dalam kamera kurang mencukupi..

vortexring
24th July 2009, 11:35 AM
Tq bro Raden...apa yang dikatakan 'gunakan RAW+JPEG untuk menghadapi sebarang kemungkinan' ?

izzat3114
24th July 2009, 12:37 PM
Tq bro Raden...apa yang dikatakan 'gunakan RAW+JPEG untuk menghadapi sebarang kemungkinan' ?

shoot guna 2-2 format. raw n jpeg. pada saya, menghadapi sebarang kemungkinan tu maksudnya, kalau gambar tu nak terus submit ke apa ke, terus submit jpeg punye sbb raw punya mmg kena edit/process dulu sebelum boleh view dalam komputer. jadi kalau shoot 2-2 format, at least kita dah ada yang ready untuk publish/submit. pendapat saya la..

raden
24th July 2009, 12:44 PM
RAW+JPEG maknanya sekali petik dapat kedua2 file. Nak JPEG yg dah siap ada, nak RAW utk otek2 lagi pun ada.

vortexring
25th July 2009, 02:27 PM
RAW+JPEG maknanya sekali petik dapat kedua2 file. Nak JPEG yg dah siap ada, nak RAW utk otek2 lagi pun ada.
oooo..........tqvm 4 e info..:-bd

vortexring
25th July 2009, 02:31 PM
shoot guna 2-2 format. raw n jpeg. pada saya, menghadapi sebarang kemungkinan tu maksudnya, kalau gambar tu nak terus submit ke apa ke, terus submit jpeg punye sbb raw punya mmg kena edit/process dulu sebelum boleh view dalam komputer. jadi kalau shoot 2-2 format, at least kita dah ada yang ready untuk publish/submit. pendapat saya la..
tqvm izzat..:-)

johnny stanfet
25th July 2009, 08:06 PM
Raw mempunyai kelebihan dari detail, sbb Raw merupakan data yang disimpan trus dari sensor kedalam memory card. bile masuk photoshop, ianya perlu diproses terlebih dahulu dan format RAW boleh diedit kerana raw menyimpan detail yang diperlukan untuk menghasilkan gambar yang lebih detail dan berkualiti berbanding JPEG. klu shoot raw leh edit shadow, highlight, saturation, tp JPEG leh edit gak, tp loss detail ckit lew. lagi pown JPEG ni da diproses oleh sensor.

cat_iera
26th July 2009, 01:17 AM

kirenye file RAW lagi bsr dr JPEG?

izzat3114
26th July 2009, 09:43 AM
kirenye file RAW lagi bsr dr JPEG?

absolutely, try n compare...memang gedabak besar...huhu, sy punya prosumer untuk 7.1mp, raw file dah dekat 10MB untuk satu gambar..so bayangkanlah..hohoho

johnny stanfet
26th July 2009, 11:35 AM
yup! size RAW lebih besar dari JPEG-leh tgk beza antara JPEG Basic, JPEG Normal, JPEG Fine. Raw mmg besar sbb simpan data yang detail dari JPEG..

akuss15
26th July 2009, 11:37 AM
walaupon dah snap gamba, masih banyak mende bleh diubah dlm software. contohnya bleh ubah brightness, kontrass, sharpness..... ini disebabkan raw merakam data per pixel per bit... kalau jpeg ada pixel yg sama telah digabungkan.... so proses mengedit jpeg ada batasannya sikit.

kalau mcm kita edit nih mmg tak perasaan sgtlah bezanya....

so fungsi utama "RAW and JEPG" tuh.. andai kata shot itu bagus, tp gambar gelap atau terlebih kontast(nih kes salah set picture prosessing la nih)0..... masih boleh open RAW dan adjust ikot kehendak kita.... kalau nakcepat, espeseli waktu wedding atau fashion show, meibi ada yg tersalah set ke.. flash tak nyala ke(beteri lemau la nih)... masih ada RAW, yang sekurang2nya boleh diadjust...

tp apepon, kalau dr shot lagi gamba dah mantop,.... ditambah lagi RAW prosessing.... lagilah mantop.... tp kalau gamba gelap gulita,.. edit RAW pon tak semantop yg dah memang well exposured.... hehehe....

p/s : kebanyakkan gamba, JPEG Fine dah memadai.... tapi boleh try RAW utk landscape..... bleh ubah2 white balance...
p/s 2 : jgn konpius dgn editing JPEG and RAW.... mmg 2-2 boleh edit brightness dan WB or ape2, tp disebabkan data RAW ialah perpixel... so opsyen editing lebih luehhhh.....

hanabero
27th July 2009, 10:20 PM
salam. soalan cepu mas. camna nak convert from raw ke jpeg? dh berkali2 tp xmenjadi. apa yang sesuai untuk ceremony? sekadar bertanya. baru nak belajar.

johnny stanfet
27th July 2009, 10:38 PM
nk convert raw ke jpeg perlu gune image processing seperti Photoshop, Photoscape pown boleh..tp gune Photoshop la bru best ckit..hehe..

reezluv
27th July 2009, 11:19 PM
kiranya RAW ni macam psd file la bagi gambor ye tak?RAW file..tapi tu ar..memori kad aku kecik jek..bape je pic leh tangkap pun lagu set JPEG+RAW:-w

dome
27th July 2009, 11:20 PM
salam. soalan cepu mas. camna nak convert from raw ke jpeg? dh berkali2 tp xmenjadi. apa yang sesuai untuk ceremony? sekadar bertanya. baru nak belajar.

kalau pakai nikon better guna nikon VIEW NX
ianya percuma dr nikon

dome
27th July 2009, 11:21 PM
kiranya RAW ni macam psd file la bagi gambor ye tak?RAW file..tapi tu ar..memori kad aku kecik jek..bape je pic leh tangkap pun lagu set JPEG+RAW:-w

halo kawan, memory kad sudah murah sekarang

reezluv
28th July 2009, 01:29 AM
halo kawan, memory kad sudah murah sekarang

haha..jangan la marah abe dome...:-\"....

akuss15
28th July 2009, 09:19 AM
kiranya RAW ni macam psd file la bagi gambor ye tak?RAW file..tapi tu ar..memori kad aku kecik jek..bape je pic leh tangkap pun lagu set JPEG+RAW:-w

PSD lain. PSD ade layer. RAW mana ada layer....

Then dlm PSD boleh ada jpeg boleh ada tiff boleh ada PNG bleh ada mcm2 format. PSD nih mcm file yg save semuanya termasuk layer dan file2 lain.... die tak flat la....

Kalau RAW, datanya ialah perpixel...

hehe...

Memery kad 4gb Sandisk SD extreme III baru rm 115. Chap sandisk biase RM 33 ke 45 cam tuh.... invest invest

joetahir
28th July 2009, 10:05 AM
kalau pakai nikon better guna nikon VIEW NX
ianya percuma dr nikon

tambahan, better sbb process engine utk color management lg baik dr PS

adipatigusti
28th July 2009, 12:54 PM
Kebanyakan dSLR masa kini boleh rakam raw dan jpeg. Format camera raw (actual data) bermakna imejan dirakam oleh sensor kamera bulat2 tanpa sebarang in-camera prosessing.

Sedangkan format jpeg telah di proses dan dikompres oleh in-camera processing.

Walaupun format raw tu besar dari segi saiznya tapi digemari oleh kebanyakan "jurukamera-jurukamera" sebab dapat mengembalikan keadaan sebenar photo itu dirakam (real time) sekiranya berlaku sedikit perubahan exposure dan toning kaler.

Mengkala format jpeg digemari oleh photographers sebab dengan perisian spt Photoshop boleh diguna untuk kerja2 memanupulasi, superimpose dan sebagainya. Sebabnya kita boleh create layer spt kata akuss15 dalam format PSD.

Kita kena tukar format raw ke jpeg atau lain2 format yg dikompres dahulu sebelum dibuat apa2 manupulasi dalam perisian..

Nak manupulasi photo tahap ghaban boleh lah guna format jpeg sahaja dalam perisaian spt Photoshop. Kalau nak ubah sikit-sikit photo dari segi exposure boleh lah guna format raw.

dome
28th July 2009, 01:56 PM
Raw nikon (NEF) ada juga yg di compress , lossless compress dan uncompress , bergantung kpd setting dlm body oleh photog itu sendiri utk stgh2 model.

adipatigusti
28th July 2009, 02:01 PM
TQ dome for your kind explanation.

dome
28th July 2009, 02:10 PM
sama2,

utk stgh2 model nikon juga terdapat option utk raw 12bit atau 14bit,
normalnya 12bit ,
untuk 14bit saiz raw akan lebih besar dgn rekod data warna yang lebih bagus

johnny stanfet
28th July 2009, 02:35 PM
kalau gune Photoshop, korang perlu download Plug in Viveza, dia ade point control same cam Capture NX

http://www.niksoftware.com/viveza/usa/entry.php

check kat website tu

dome
28th July 2009, 02:41 PM
sama tapi tak serupa ,
kerana ada stgh funtion dlm nx menggunakan teknologi u-point yg di bangunkan oleh nik software
better proses raw dgn NX

johnny stanfet
28th July 2009, 02:44 PM
yup btol tu, tp lupe nk ckp, tu kalau nk edit JPEG lew..klu RAW better kat NX..lagi satu plug in color flex pro 3.0 tu pown best gak..

dome
28th July 2009, 03:00 PM
kalau tgk dlm web nikon pun mmg diorang ada recommend nik colour efect dan benda ini boleh dipalam terus dlm capture nx bukan saja di photoshop

akuss15
28th July 2009, 03:36 PM
memang nikon ade partner dgn nik kan?? kat kotak d90 x silap ade logo nik.

raden
28th July 2009, 04:31 PM
NEF file ada maklumat yang diencrypt dan hanya difahami oleh software dari Nik dan Nikon.

Maklumat lain:

http://www.ronbigelow.com/articles/raw/raw.htm

apisdotcom
16th March 2010, 03:22 PM
Photoscape Ler Tak Pening....

CgSir
25th March 2010, 09:09 AM
Fail RAW ni aku bukak tengok boleh, tapi nak edit & convert ke JPEG masih tercari-cari lagi. Cam na ek ?

ratZ_trg
25th March 2010, 11:28 AM
Fail RAW ni aku bukak tengok boleh, tapi nak edit & convert ke JPEG masih tercari-cari lagi. Cam na ek ?

ape yg saya buat saya gna ViewNX yg dah dibekalkan bersama camera masa beli..right click pd picture>output>convert file.
gna Picasa pn boleh.
maybe ada cara yg lebih baik dari nie...skadar berkongsi.

johnny stanfet
25th March 2010, 11:37 AM
guna capture NX..kalernya lagi tepat..xpown sila update camera raw pada adobe..

ratZ_trg
25th March 2010, 12:05 PM
guna capture NX..kalernya lagi tepat..xpown sila update camera raw pada adobe..

nape aku x bley open NEF file gna capture NX? kna tambah plug in gak ke?...kat mana bley dapat camera raw?

CgSir
25th March 2010, 08:20 PM
ape yg saya buat saya gna ViewNX yg dah dibekalkan bersama camera masa beli..right click pd picture>output>convert file.
gna Picasa pn boleh.
maybe ada cara yg lebih baik dari nie...skadar berkongsi.

Terima kasih. Dah boleh convert RAW kepada JPEG. Terima kasih sekali lagi.

guna capture NX..kalernya lagi tepat..xpown sila update camera raw pada adobe..

Terima kasih johnny. Tapi nak edit fail RAW lebih dahulu sebelum convert kepada JPEG cam na ek ? Klu convert RAW kepada JPEG dahulu, kemudian baru edit apakah sama hasilnya ngan hasil edit RAW shj. Terima kasih sekali lagi. Sy baru kenal mengenal dslr ini. Banyak yang kena belajar lagi.

johnny stanfet
25th March 2010, 08:32 PM
Terima kasih. Dah boleh convert RAW kepada JPEG. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih johnny. Tapi nak edit fail RAW lebih dahulu sebelum convert kepada JPEG cam na ek ? Klu convert RAW kepada JPEG dahulu, kemudian baru edit apakah sama hasilnya ngan hasil edit RAW shj. Terima kasih sekali lagi. Sy baru kenal mengenal dslr ini. Banyak yang kena belajar lagi.

bila sdr suda bukk file raw pada capture nx or photoshop..akan kluar lah conversion nya itu..sdr boleh edit raw tersebut..process kan nya, kerna raw ini digital negatif..boley edit contrast, sharpeness, WB dan lain2..kalau edit raw, ianya tidak merosakkan gmbar seperti Jpeg kerna raw mempunyai byak detail..

CgSir
25th March 2010, 08:53 PM

Terima kasih johnny. Akan saya cuba.

CgSir
6th April 2010, 12:42 AM
guna capture NX..kalernya lagi tepat..xpown sila update camera raw pada adobe..

Dah boleh edit RAW. Nak save dalam JPEG aja kekadang jadi kekadang tidak. Takpe, aku akan cuba lagi sampai menjadi. Terima kasih Johnny. Wa caya lulah. Tapi aku guna capture NX trial. Agak-agak tak lamalah tu. Kena beli US dollarlah. Software dia ada jual kat mana ek?

manik
6th April 2010, 01:07 AM
guna capture NX..kalernya lagi tepat..xpown sila update camera raw pada adobe..

mcmana kita nak tau, apa yg perlu di ejas raw dlm adobe camera raw......(ni kes tak reti nak proses la ni)...lagi pun mcm wedding photg. tak leh amik masa lama2 utk ejas satu2 gambar...byk tu

cute_boyie
6th April 2010, 03:20 AM
tq smua atas info berguna....

Dewangga
6th April 2010, 05:20 AM
Mengikut pengalaman saya yang cetek ini, file RAW dari kamera Canon dan diproses dengan menggunakan software percuma dari Canon (DPP), akan menghasilkan pengalaman editing RAW yang paling pantas. Dan DPP yang terkini adalah DPP 3.8 yang boleh membetulkan senget macam picasa........

CgSir
30th June 2010, 10:46 AM
bila sdr suda bukk file raw pada capture nx or photoshop..akan kluar lah conversion nya itu..sdr boleh edit raw tersebut..process kan nya, kerna raw ini digital negatif..boley edit contrast, sharpeness, WB dan lain2..kalau edit raw, ianya tidak merosakkan gmbar seperti Jpeg kerna raw mempunyai byak detail..

Minta maaf, nak tanya lagi. Aku pakai capture NX trial Untuk 60 hari jer. Lepas 60 hari dier dah sekat. Aku cuba donlod lagi dah tak boleh walaupun dah buang yang lama. Kat maner boleh dapat Capture NX. Tak kiralah yang free atau berbayar. Boleh bagi tau?

Terima kasih kepada yang sudi membantu.

Dewangga
23rd July 2010, 10:36 PM
Capture NX boleh didapati dari pihak nikon sendiri samada dalam versi kotak atau versi on-line. Untuk online sile ke link dibawah. Sekarang dah ada Capture NX 2

https://e-shop.nikon.com.sg/pages/default.asp

Harap tidak mengelirukan. TERIMAKASIH

CgSir
23rd July 2010, 10:45 PM
Capture NX boleh didapati dari pihak nikon sendiri samada dalam versi kotak atau versi on-line. Untuk online sile ke link dibawah. Sekarang dah ada Capture NX 2

https://e-shop.nikon.com.sg/pages/default.asp

Harap tidak mengelirukan. TERIMAKASIH

Terima kasih abam Dewangga. Untuk Singapore. Guna SGD. Untuk dalam Malaysia tak ader ker? Tapi tak perlah. Aku dah boleh buka dan adjust file RAW guna Photoshop Elemen. Ada kawan yang tolong.

Dewangga
23rd July 2010, 10:55 PM
Link tu pun Nikon Malaysia yang bagi.......... nanti saya highlightkan kepada mereka kenapa tak ada RM.... Heh-heh-heh...

pichot84
9th October 2010, 11:57 PM
aku suggest korang guna photoscape..more simple n fun to editing...

jobberscroppers
10th October 2010, 06:48 AM
mudah n simple untuk kite yg bginner ni jer.. hehe..

azliebaderin
1st March 2011, 07:24 PM
Asalam semua...
nak tanya seperkara.... untuk shot macro, adakah perlu guna format RAW atau JPEG...?

ann_cyms
16th March 2011, 04:48 PM
guna JPEG + RAW... boleh 'makeup' lagi...

rizalation
1st June 2011, 04:07 PM
terima kasih ,, sangat mantap penjelasan

akeyfoto
16th July 2011, 05:01 PM
tq..barulah paham ape beze RAW & JPEG. lg 1 soklan, klo da siap proses RAW dlm NX, die punye saiz gamba msih besar ke die akan kecil mcm gamba JPEG?

izzat3114
17th July 2011, 01:03 AM
tq..barulah paham ape beze RAW & JPEG. lg 1 soklan, klo da siap proses RAW dlm NX, die punye saiz gamba msih besar ke die akan kecil mcm gamba JPEG?

bila dah siap proses RAW tu semua (maksudnya dah adjust WB etc), gambar tu boleh tukar ke format JPEG (Compressed) jadi saiz dia akan jadi kecil berbanding fail RAW yang asal.