View Full Version : Nak tanya sikit pasal lens
norman
24th July 2009, 10:38 PM
salam semua..
contoh ayat:
1) A very versatile lens to own. Was terribly surprised by it's sharpness even at wide opened. It's razor sharp at 1 stop down for most focal length.
2) This lens performs better between 18mm -80mm range and at 135mm - 250mm bit soft need to stop down to f ll to get the best result.
kpd sahabat2 yang bijak lagi bistari dlm bidang fotografi ni, boleh tak tolong terangkan sikit (kalau banyak lagi bagus.. hehehe) apa maksud 'stop down' dalam ayat2 diatas?
terima kasih!
red
24th July 2009, 11:21 PM
"stop" ialah unit exposure. bila kita kata 1 stop down, maksudnya kawalan cahaya direndahkan kepada separuh.ia boleh bermaksud luas aperture tu jadi separuh, shutter speed naik 2x ganda atau ISO jadi separuh.
dalam kes review lens ni, maksudnya kecikkan aperture pada 1 stop ie kalau f4 dia jadi f5.6.
raden
24th July 2009, 11:24 PM
Mana-mana lensa akan sentiasa berada dalam keadaan aperture paling besar (wide open) dan aperture akan mengecut ke setting yg kamera/kita pilih semasa shutter dipetik.
Amnya imej mencapai ketajaman maximum pada aperture BUKAN maksimum., tetapi beberapa f/stop ke bawah dari maximum. Jika aperture max = f/2.8, maximum sharpness terhasil pada aperture f/5.6, f/8 atau f/11 -- bergantung rekabentuk lensa. Stop down bermakna memilih f/stop yang lebih kecil (turun atau down).
Memilih aperture terlalu kecil (f/16, f/22, f/32) akan menjadikan gambar kabur semula disebabkan oleh diffraction. Kesan diffraction boleh juga kelihatan jika megapixel terlalu tinggi seperti Canon 50D/500D. Bagamainapun, kabur disebabkan diffraction hanya kelihatan pada apabila zoom 100% di kawasan kontrast tinggi.
norman
6th August 2009, 10:49 PM
tima kasih atas penjelasan! tapi masih tak berapa jelas..
maksudnya kalau focal length 18mm, meter tunjuk shutter 1/60, f5.6 nak lebih sharp kita tukar 1/60, f6.3 la ye? exposure kena bagi under sikit eh? lepas tu kalau kat angle lain meter tunjuk f6.3 pulak kita kena turun f7.1? jadi sampai tahap mana baru kita boleh tau hasil gambar tu dah maksimum tajam?
raden
7th August 2009, 12:43 AM
Jarang orang tukar dari f5.6 ke f6.3 ke f7.1. Utk jimat dan senang kira, 1/60+f5.6 sama dengan 1/30+f8. Satu stop turun utk aperture f5.6->f8, satu stop naik (atau doublekan masa) utk shutter 1/60->1/30. Nak lagi sharp, turun dua stop f5.6->->f11, tambah masa 4x 1/60->->1/15.
Cuma kena ingat shutter speed paling slow mesti tak kurang focal length. Kalau lens 50mm (EFL50*1.5=75), shutter speed minimum 1/75. Kalau ada VR, boleh nego kira2 2 stop atau 1/75*4 = 1/19. Kalau ada VR2, boleh turun sampai 4 stop tengok keadaan = 1/5 second. Lebih rendah dari tu kena guna tripod.
Soalan kedua, pada aperture apa kita dapat ketajaman maxima. Jawapannya ikut lens. Majoriti lens pada 2-3 stop dari aperture terbesar.
Contohnya untuk Nikon 80-400 ada grafnya (saya ambik di http://www.naturfotograf.com/VR80_400_review.html):
http://www.naturfotograf.com/images/VR80-400_400.jpg
Read this in DPS(Digital Photogtaphy School) website:-
"Lenses have spots in their aperture ranges that are sharper than others. In many cases this ’sweet spot’ is one or two stops from the maximum aperture. So instead of shooting with your lens wide open (ie where the numbers are smallest) pull it back a stop or two and you might find you get a little more clarity in your shots"
zainzubir
7th August 2009, 08:13 AM
OT skit tapi masih relevan..
Baru2 ni hanty dimaklumkan tentang beza prof and non prof lenses...senang jer nak tahu....yg prof lenses biasanya ada "cermin bermeter" diatasnya...alahai macam meter air tulah kat lenses tersebut....=))...
adipatigusti
7th August 2009, 08:19 AM
OT
Apa ek ? ish ish pepagi jemaat ni hanty zain dah bagi konfius. meter air atau sukat air =))
hadzleyharith
7th August 2009, 08:29 AM
salam..
OT = Off Topic..
Hunty Zain.. jika gitu lens D , ED lebih sharp dari lens G ker (utk Nikon)...
but.. pengalaman saya lens Nikkor jauh lebih Tajam banding dengan 3rd party lens pada bukaan maksumum..
p/s: Hunty.. esok saya gi Kayel (Ampang)... ada keja..
...Cabut...
PeLaris
7th August 2009, 12:08 PM
salam semua..
contoh ayat:
1) A very versatile lens to own. Was terribly surprised by it's sharpness even at wide opened. It's razor sharp at 1 stop down for most focal length.
2) This lens performs better between 18mm -80mm range and at 135mm - 250mm bit soft need to stop down to f ll to get the best result.
kpd sahabat2 yang bijak lagi bistari dlm bidang fotografi ni, boleh tak tolong terangkan sikit (kalau banyak lagi bagus.. hehehe) apa maksud 'stop down' dalam ayat2 diatas?
terima kasih!
sdr norman...
penjelasan dr red & raden jua hadzleyshah tu sangat padat.. cuma perlu baca 2/3 kali baru
baru boleh betul2 faham..
selalunya, review akan menyebut "sharp", " pin sharp" dan "razor sharp"... ketiga-tiga istilah ini
serupa tapi tak sama..
sharp : tajam
pin sharp : sangat tajam
razor sharp : terlalu/paling tajam atau dalam kategori "excellent".
review itu meletakkan lensa 18-80 dalam kategori terlalu/paling tajam (razor sharp) terlalu mengelirukan..
lensa ukuran seperti itu biasanya berada ditahap tajam yakni sharp sahaja..
saya amat percaya seperti apa yg ditulis oleh sdr hadzley, nikkor fast lens (fast marked lens) jauh lebih razor sharp
dari "fast independent lens " yg lain..
IMHO.
PeLaris
7th August 2009, 12:09 PM
RALAT
bukan hadzleyshah tp yg sebenar ialah
abam hadzleyharith
adipatigusti
7th August 2009, 02:54 PM
Terima kasih sdr PeLaris.
Penerangan sdr walaupun ringkas tapi memberi penjelasan yg tepat. Kalau nak beli sesuatu kena awasi istilah2/jargon spt ni. Bikin kita terperangkap dan terbeli barang yg bukan ikut spesifikasi yg kita mahu.
zainzubir
7th August 2009, 03:15 PM
OT
Apa ek ? ish ish pepagi jemaat ni hanty zain dah bagi konfius. meter air atau sukat air =))
"meter air" yg hanty maksudkan spt di bulatkan dlm imej dibawah ini:-)...ya lenses prof shj yg ada ni dan tentunya rega dia lebih skit...=))
http://imgcash5.imageshack.us/img13/4348/canonef1635mmf28liiusm.th.jpg
PeLaris
7th August 2009, 03:32 PM
yang dimaksudkan hanti tu IF (Internal Focusing).
nikon pun ada yg berbentuk macam ni
sprt Nikkor AF 18-70mm f/3.5-4.5mm , tapi taklah mahal sgt
sbb dia bukan fast lens.
***
pandai hanti wat mark kat lensa tu ekk!
adipatigusti
7th August 2009, 08:27 PM
Terimakasih hanti sebab susah payah nak bagi explain. Siap buat lakaran tanda lagi. Buat susah-susah je. Pada PelaRis you too a great help. Thanks again pals.
PeLaris
7th August 2009, 08:28 PM
welkam abam adi..
anko1945
9th August 2009, 08:51 PM
aku bru nak belajar..nak tanya..apa beza lens ni
http://img.diytrade.com/cdimg/182887/4961799/0/1198575019/0_6x_Professional_Optical_Wide_Angle_Lens_with_Mar co.jpg
dengan jenis ni?
http://justinsomnia.org/images/ricoh-gr-digital-ii-with-gw-1-wide-angle-conversion-lens-1.jpg
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.