PDA

View Full Version : Mode P, S, A, M

vortexring
25th July 2009, 03:49 PM
Salam...nak tanye sket penerangan pasal mode2 ni...da bace manual, tapi x berape nak paham...kesimpulannye ,terpakse pakai mode auto...saya pun baru explore dunia dslr ni....saya pakai nikon d60....terima kasih kepada yang sudi membantu...:-):-):-)

johnny stanfet
25th July 2009, 07:57 PM
Mode P-Program, S-Shutter Priority, A-Aperture Priority, M-Manual

Mode2 di atas merupakan mode yang boleh digunakan selain dari Mode Auto, Fungsi P adalah terhad yang membolehkan anda mengubah ISO, White Balanced, Size gmbar.

S mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Shutter speed dan membiarkan Aperture di kontrol oleh kamera.

A mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Aperture mengikut keadaan sekelilingnya seperti untuk menghasilkan DOF-Depth Of Field dan membiarkan Shutter Speed di kontrol oleh kamera

M mode merupakan mode yang membolehkan fotografer mengubah Shutter speed dan Aperture mengikut kehendak fotografer tersebut.

yang penting-kita kontrol kamera..Be Creative!

reezluv
25th July 2009, 11:14 PM
aku selalu pakai A mode jek..tapi skang ni masih dalam pembelajaran pakai M...\\m/

izzat3114
25th July 2009, 11:51 PM
mode M juga boleh untuk control ISO dan WB..hehe

sudukarat
26th July 2009, 02:28 AM
aku selalu pakai A mode jek..tapi skang ni masih dalam pembelajaran pakai M...\\m/

ku byk try on error on M, dari situ dapat bezakan result gambar. blaja dari pengalaman.. nasihat pakar juga penting

vortexring
26th July 2009, 07:18 AM
oooo..tqvm geng ...:ympeace:
nak banyak kene wat eksperimen lagi la ni ....

johnny stanfet
26th July 2009, 08:30 AM
yup M gak leh kontrol ISO n WB, Tapi A dan S leh kontrol ISO(asa) dan WB gak..hehe

akuss15
26th July 2009, 11:50 AM
Dalam sume mode A,S,P,M..... WB,ISO,Metering,EV,flash popup dikontrol sepenuhnya oleh fotografer.... berbanding mode auto hijau, petik je, sume akan disetel oleh kemere.

Sebagai beginner, anda disaranakan sekurangkurangnya gunelah mode P. Basic sekali, untuk indoor ISO yg sesuai ialah 400-800... kalau outdoor 100-400.... Dari sini anda belajar ISO mana sesuai utk apa keadaan.... kalau outdoor pagi biasanya dlm 200-400, petang dah panas 100-200.... bergantung pada jumlah ambient light la....

Then cuba mode S atau A.

Shutter Priority akan lock shutter ikut fotog.... dan A akan lock Aperture ikot fotog. Biasanya gunalah mode A. Tujuanya suapaya kadar DOF dpt dikawal. Gabungkan dgn Spot metering. Focus pada area yg penchayaannya sederhana. Insyallah gambar dpt yg well exposured. kalau tak dpt try lagi diffrent focus point. tgk resultnye.

Mode S selalu diguna dlm keadaan low light. Tujuan dia supaya elakkan blurring disebabkan Shutter yg rendah. Tp awas, mungkin gambar anda akan gelap sebab kemera dah push sampai setting paling tinggi. Cuba tinggikan ISO lagi. Kalau masih gelap, dah sampai masa beli sb600. hehe.

Last sekali gune mode M. Selain nampak pro sbb gune M, mode ni membernarkan kita utk menjadi lebih kreatif. Contohnya, bila amek scene air terjun, setkan ISO pada yg terendah, aperture leh push sampai f22 atau 32. Then shutter dlm 20-30saat.... letak atas tripod dan snap....... hasilnya akan jadi seperti ini :

http://th00.deviantart.net/fs37/300W/i/2008/267/8/5/Cotton_Candy_Waterfall_by_BelleStelle.jpg
p/s: setting lebih kurang mcm tuh... try diffrent setting.....

dan bnyk lagi boleh dibuat oleh mode M..... gambar diatas boleh juga diambil menggunkan mode A........

pendek kata setiap mode ada gunanya. kalau tak kenapa d3x masih ada P,S dan A.... xsemestinya pro kene gune mode M....

red
26th July 2009, 11:58 AM
mode A dan S guna kalau kita nak kontrol aperture atau speed, seperti dlm situasi yg akuss cakap tu. M bila nak kontrol semua setting. kalau tak nak kontrol, buh auto je la.

keberkesanan mode auto, P, S dan A ni bergantung kepada meter kamera tu. kalau meter dia bangang, dia akan buat caculation salah dan hasilnya ialah expsore yg hampeh. kita boleh kurangkan kebarangkalian metering tu salah dgn guna jenis meter yg sesuai (spot, CW, matrix etc), framing yg sesuai (supaya bacaan meter tu tak bias) dan compensation yg sewajarnya. kalau nak cerewet sangat, pakai la M.

akuss15
26th July 2009, 12:13 PM

orang selalu pandang, kalau pakai M baru pro. kekekekek....

red
26th July 2009, 12:55 PM
orang selalu pandang, kalau pakai M baru pro. kekekekek....

oooo.. M tu maknanya Master ke? baru gua tauuu. hehehe

ada situasi yg mana aku guna M terutamanya bila ambik makro sebab aku kontrol semua setting dan set flash pada TTL auto.

tapi bila ambik gambar tepi jalan, aku suka guna A sebab malas nak tukar2 setting speed bila cahaya outdoor berubah. ambik model pun pakai ni gak.

kalau panning, of course pakai S la.

kalau emergency, aku bubuh auto je. serius ni! kata la aku tengah ambik makro dalam semak tetiba ada dinosour lalu kat tepi, takkan aku nak adjust setting macam2 kan. aku pulas ke Auto dan tembak je la. kalau insurance shot dah jadi baru la buat setting betul2. ni contoh la.

reezluv
27th July 2009, 11:13 PM
ku byk try on error on M, dari situ dapat bezakan result gambar. blaja dari pengalaman.. nasihat pakar juga penting

tapi bila aku turn on jek mode M kan dari A mode..terus kat meter tu jadi maksimum..nape eh?camne nak ubah mender tu..exposure ye nama die?bar yang melintang tu..:P kalau ke kiri makin banyak cahaya kan? kalau ke kanan makin sikit cahaya..

camne nak adjust tu ye? memang buta sungguh aku..lau masa mode A leh jek aku pusing roda-roda tu..elok jek..kalu mode M camne eh?hehe..mesti korang gelak..haha..memang..aku taktau..:(

red
27th July 2009, 11:52 PM

pada mode M, meter gauge akan berfungsi untuk kasi tau sama ada exposure setting (aperture:speed:ISO) boleh kasi exposure yg sesuai. kalau setting tu over expose, dia gerak ke kanan la. cuba ko petik gak shutter masa dia kat kanan tu, sure overexpose.

pada mode2 yg lain, meter akan buat adjustment supaya exposure ok. contohnya kalau ko pakai A, dia akan adjust speed supaya exposure tu balance. kat kamera aku, bila pakai A atau S, meter gauge tu bertukar jadi compensation level. kalau ke kanan tu sebab kita nak gambar tu jadi overexpose. reading tu bukan bergerak sendiri dah tapi dikawal oleh knob tu.

reezluv
28th July 2009, 01:27 AM
masih tak paham..nampaknya kena join TT kot baru paham..:D

raden
28th July 2009, 07:45 AM
Utk guna M, kena tengok histogram. Ini yg Nikon kalah, sebab kena shoot dulu baru nampak histogram. Jeles pulak tengok 40D/50D, ada live histogram.

http://www.thedigitalstory.com/blog/img/photos/Histogram%20Example.jpg

Apa-apa pun, hanya M (atau EV compensation) boleh buat low-key:

http://www.luminous-landscape.com/images7/moon-histo.jpg

atau hi-key:

http://www.luminous-landscape.com/images7/tree-fog-histo.jpg

akuss15
28th July 2009, 09:16 AM
pada mode M, meter gauge akan berfungsi untuk kasi tau sama ada exposure setting (aperture:speed:ISO) boleh kasi exposure yg sesuai. kalau setting tu over expose, dia gerak ke kanan la. cuba ko petik gak shutter masa dia kat kanan tu, sure overexpose.

pada mode2 yg lain, meter akan buat adjustment supaya exposure ok. contohnya kalau ko pakai A, dia akan adjust speed supaya exposure tu balance. kat kamera aku, bila pakai A atau S, meter gauge tu bertukar jadi compensation level. kalau ke kanan tu sebab kita nak gambar tu jadi overexpose. reading tu bukan bergerak sendiri dah tapi dikawal oleh knob tu.

kalau nikon... lebih ke kiri baru over exposed.. lebih kekanan underexposed... heheheh

http://www.cameralabs.com/reviews/Nikon_D90/images/menus/NikonD90_info-screen1.jpg

mcm gambar kat atas ni kirenye under exposed la...... apepon betol konsep yg abg red ckp, cume terbalek arah die....

bile hang shot pakai mode A, camera yg akan tentukan value shutter.. so mmg kebanyakkanya gamba well exposed sket la.... bile hang tukaQ je ke mode M, shutter ngan aperture hang kene ubah sendiri...... Selalunya mmg takngam lah... tuh yang putih tuh.......

SO hang pusinglah shuuter dial tuh sampai meter tuh ngam2 kat zero atau 1 bar lebih atau kurang..... experiment la yg mana sesuai....

Aperture plak tukar kalau nak DOF yg mcm mana......

Papepon join TTlah..... senang nak paham....

dome
28th July 2009, 09:52 AM
kalau nikon... lebih ke kiri baru over exposed.. lebih kekanan underexposed... heheheh
..

jgn lupa , nikon boleh juga ke kiri under dan ke kanan over ..
ini termaktub dlm 'reverse indicators' , :-)

joetahir
28th July 2009, 09:58 AM
mode M juga boleh untuk control ISO dan WB..hehe

utk mode lain still boleh alter manual utk ISO & WB kn~

akuss15
28th July 2009, 10:06 AM
jgn lupa , nikon boleh juga ke kiri under dan ke kanan over ..
ini termaktub dlm 'reverse indicators' , :-)

by default kiri over kanan under.. melainkan kita tuko la kan.... hihihi.. thanks for reminder....

raden
28th July 2009, 10:50 AM
Ada juga peliknya Nikon ni. Selalunya + kanan, - kiri. Belajar matematik pun macam tu.

Utk zoom pun Nikon tak sama dgn Canon. Kat lens Nikon, nombor besar kiri nombor kecik kanan.
:-q

reezluv
28th July 2009, 06:24 PM
tq akuss15, memang aku ada sedikit paham dari tak paham langsung..owh..cenggitu rupanya..kena join TT gak nampaknya nanti belajar..

red
28th July 2009, 10:30 PM
Ada juga peliknya Nikon ni. Selalunya + kanan, - kiri. Belajar matematik pun macam tu.

Utk zoom pun Nikon tak sama dgn Canon. Kat lens Nikon, nombor besar kiri nombor kecik kanan.
:-q

nikon eja pakai jawi. islamiah sikit.

CgSir
1st February 2010, 11:00 PM
orang selalu pandang, kalau pakai M baru pro. kekekekek....

Kalau pakai mode M tetapi masih bergantung kepada meter cahaya dalam kamera, baik tak yah pakai mode M.

Meter cahaya yang ditunjuk dalam kamera itulah yang di set oleh kamera kalau kita guna separuh auto, seperti mode A dan mode S.

Kalau kita bergantung kepada meter cahaya dalam kamera ertinya samalah juga kita menggunakan mode A dan mode S.

Kalau nak guna mode M, jangan pedulikan meter cahaya yang ditunjuk kamera kita.

CgSir
1st February 2010, 11:40 PM
Utk guna M, kena tengok histogram. Ini yg Nikon kalah, sebab kena shoot dulu baru nampak histogram. Jeles pulak tengok 40D/50D, ada live histogram.

http://www.thedigitalstory.com/blog/img/photos/Histogram%20Example.jpg

Apa-apa pun, hanya M (atau EV compensation) boleh buat low-key:

http://www.luminous-landscape.com/images7/moon-histo.jpg

atau hi-key:

http://www.luminous-landscape.com/images7/tree-fog-histo.jpg

Histogram dan meter cahaya sama sahaja. Kalau tidak ada histogram boleh berpandu kepada meter cahaya. Kalau nak guna histogram pun boleh juga.

Tetapi kalau menggunakan mode M, meter cahaya dan histogram dalam kamera tidak diperlukan. Semuanya sudah ada dalam kepala si penekan shutter itu sendiri.

Menggunakan meter cahaya dan histogram dalam mode M hanya berlaku dalam proses pembelajaran sahaja.

Kalau menggunakan mode M tetapi masih mahu bergantung kepada meter cahaya dan histogram sebaiknya gunakanlah saja mode A dan mode S. Hasilnya sama sahaja, tidak ada perbezaannya.

CgSir
2nd February 2010, 12:04 AM
kalau nikon... lebih ke kiri baru over exposed.. lebih kekanan underexposed... heheheh

http://www.cameralabs.com/reviews/Nikon_D90/images/menus/NikonD90_info-screen1.jpg

mcm gambar kat atas ni kirenye under exposed la...... apepon betol konsep yg abg red ckp, cume terbalek arah die....

bile hang shot pakai mode A, camera yg akan tentukan value shutter.. so mmg kebanyakkanya gamba well exposed sket la.... bile hang tukaQ je ke mode M, shutter ngan aperture hang kene ubah sendiri...... Selalunya mmg takngam lah... tuh yang putih tuh.......

SO hang pusinglah shuuter dial tuh sampai meter tuh ngam2 kat zero atau 1 bar lebih atau kurang..... experiment la yg mana sesuai....

Aperture plak tukar kalau nak DOF yg mcm mana......

Papepon join TTlah..... senang nak paham....

Kalaulah masih mahu menggunakan mode M dan bergantung kepada meter cahaya, janganlah hanya melihat pada meter cahaya, adjust dan snap sahaja. Sebaiknya lihatlah juga ke atas, keadaan langit dan matahari. Inshaallah pada suatu hari nanti akan lebih cepat menguasai mode M tanpa memerlukan meter cahaya lagi.

Saya sendiri, walaupun sudah lama menggunakan kamera Nikon SLR dan baru sekarang beralih kepada Nikon DSLR hanya sekarang baru perasan selama ini meter cahaya Nikon tanda (+) di kiri dan tanda (-) di kanan pada meter cahayanya. Itu pun hanya selepas membaca post rakan-rakan. Terima kasih.

akuss15
4th February 2010, 03:10 PM

bagi saya, gune meter tuh walaupon dlm mode M ialah sebagai penunjuk saja. Kalau fotog nak buat hikey, bleh overkan sket... so takdelah shot 5-6 keping baru dpt exposure yg betul..... pendek kata.. meter tu sebagai panduan saja... x semestinya kene ikot....

kalau meter tuh tak bergune konfem nikon dah disable itu meter bile kita dial mode M.

salah silap tolong tunjukkan...

pejals
4th February 2010, 06:04 PM

setuju setuju.. meter tu berguna kalau pakai full manual... sbg panduan
lepas tu, gunakan kecerdikan sendiri utk compensate dgn apa yg meter dan tunjuk.

igt zaman filem SLR dulu, dorang siap pakai gadget portable meter reading, letak kat muke model utk ambik reading.
tapi kalau dah benar benar otai.. maybe tak perlu tgk meter la kuuut..
.

CgSir
4th February 2010, 09:52 PM

Saya tak kata meter tu tak berguna langsung. Saya dulu pun pengguna manual Canon AL1 QF dan SLR Nikon FM2. Walaupun kamera itu 100% manual tetapi masih mempunyai meter cahaya build in. Meter itu digunakan pada peringkat permulaan sahaja untuk memahirkan diri. Selepas itu tidak perlu berpandu meter cahaya lagi.

Apabila berpindah kepada Nikon DSLR sudah tidak ada masalah lagi. Walaupun masih menggunakan mode M namun sudah tidak ada masalah tanpa berpandu kepada meter cahaya. Apatah lagi gambar foto sekarang dengan begitu mudah boleh di edit untuk over atau under exposure dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya menggunakan mode M kamera DSLR ini lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan kamera analog SLR kerana bukan saja Aperture dan Shutter kita boleh laras, malahan kita boleh laras ISO atau ASA mengikut suka kita dan ini tidak pernah dapat dilakukan oleh penggunakan kamera SLR filem.

Bagi saya kalau sentiasa sahaja mahu berpandu kepada meter cahaya sahaja tanpa mahu mencuba tidak bergantung kepada meter cahaya lebih baik tak payah guna mode M. Kalau hanya setakat mahu menambah over atau under exposure sahaja saya rasalah lebih baik, mudah dan cepat menggunakan mode S atau mode A. Kita lebih mudah menambah atau mengurangkan EV untuk over atau under exposure pada mode S dan mode A.

Meter cahaya dibina dalam kamera bukan bertujuan sentiasa sahaja mahu bergantung kepadanya dalam setiap shot foto. Sebab itu Nikon melengkapkan dengan mode M untuk sesiapa yang mahu mencuba tanpa berpandukan meter cahaya. Meter cahaya boleh dijadikan sebagai rujukan setiap kali sesudah membuat snap sesuatu foto dengan kreatif sendiri untuk proses belajar.

Kalau guna mode M, pilih shutter speed, aperture, iso, angkat kamera, framing, fokus, snap dan rujuk meter untuk dibanding dengan setting sendiri. Perbaiki lagi untuk shoot seterusnya. Cuba dan cuba lagi, inshaallah kita akan mahir menggunakan mode M nanti tanpa memerlukan meter cahaya.

Cubalah dengan mode M, guna meter cahaya selepas buat shoot bukan guna meter cahaya sebelum buat shoot atau semasa hendak buat shoot.

CgSir
4th February 2010, 10:17 PM
setuju setuju.. meter tu berguna kalau pakai full manual... sbg panduan
lepas tu, gunakan kecerdikan sendiri utk compensate dgn apa yg meter dan tunjuk.

igt zaman filem SLR dulu, dorang siap pakai gadget portable meter reading, letak kat muke model utk ambik reading.
tapi kalau dah benar benar otai.. maybe tak perlu tgk meter la kuuut..
.

Tidaklah sehingga seteruk itu hanya untuk mencari exposure yang betul sahaja. Bukan hanya untuk mencari exposure sahaja tetapi juga untuk mendapatkan contrast dan ton terbaik untuk foto mereka.

taufiq
4th February 2010, 11:33 PM
fuh mantap btul info ni.......

johnny stanfet
5th February 2010, 12:36 AM
meter kat kamera ni guna reflective meter je, so kne btol2 tau cara penggunaan klu nk exposure yang tepat, xpown gune incident meter untuk more accurate exposure.

akuss15
5th February 2010, 10:32 AM
Saya tak kata meter tu tak berguna langsung. Saya dulu pun pengguna manual Canon AL1 QF dan SLR Nikon FM2. Walaupun kamera itu 100% manual tetapi masih mempunyai meter cahaya build in. Meter itu digunakan pada peringkat permulaan sahaja untuk memahirkan diri. Selepas itu tidak perlu berpandu meter cahaya lagi.

Apabila berpindah kepada Nikon DSLR sudah tidak ada masalah lagi. Walaupun masih menggunakan mode M namun sudah tidak ada masalah tanpa berpandu kepada meter cahaya. Apatah lagi gambar foto sekarang dengan begitu mudah boleh di edit untuk over atau under exposure dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya menggunakan mode M kamera DSLR ini lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan kamera analog SLR kerana bukan saja Aperture dan Shutter kita boleh laras, malahan kita boleh laras ISO atau ASA mengikut suka kita dan ini tidak pernah dapat dilakukan oleh penggunakan kamera SLR filem.

Bagi saya kalau sentiasa sahaja mahu berpandu kepada meter cahaya sahaja tanpa mahu mencuba tidak bergantung kepada meter cahaya lebih baik tak payah guna mode M. Kalau hanya setakat mahu menambah over atau under exposure sahaja saya rasalah lebih baik, mudah dan cepat menggunakan mode S atau mode A. Kita lebih mudah menambah atau mengurangkan EV untuk over atau under exposure pada mode S dan mode A.

Meter cahaya dibina dalam kamera bukan bertujuan sentiasa sahaja mahu bergantung kepadanya dalam setiap shot foto. Sebab itu Nikon melengkapkan dengan mode M untuk sesiapa yang mahu mencuba tanpa berpandukan meter cahaya. Meter cahaya boleh dijadikan sebagai rujukan setiap kali sesudah membuat snap sesuatu foto dengan kreatif sendiri untuk proses belajar.

Kalau guna mode M, pilih shutter speed, aperture, iso, angkat kamera, framing, fokus, snap dan rujuk meter untuk dibanding dengan setting sendiri. Perbaiki lagi untuk shoot seterusnya. Cuba dan cuba lagi, inshaallah kita akan mahir menggunakan mode M nanti tanpa memerlukan meter cahaya.

Cubalah dengan mode M, guna meter cahaya selepas buat shoot bukan guna meter cahaya sebelum buat shoot atau semasa hendak buat shoot.

saya rasa lagi berbaloi kalau....

1. pilih mode M,
2. pilih ISO,
3. Setkan aperture (nak DOF mcm mana)
4. pilih metering yg sesuai.... (camera sy sentiasa set spot metering)
5. angkat kemere,
6. adjust shutter berpandukan metering..
7. snap!!
8. tgk hasil dan histogram.
9. kalau rase over bleh adjust shutter sket... vice versa...

Kemungkinan hanya 2-3 shot saja yg diperlukan... lama lama mahir juga....

ini cara saya, menggunakan kemudahan yg adha.... mungkin CgSir lebih senang praktikal sebegitu.... takde salahnya....

Mode A saya suka waktu nak candid. DOF sentiasa terjaga dan tak payah nak risau sgt pasal shutter.... gune je spot metering. selesai.... kalau saya ubah ev, mungkin next shot sy akan over/under.... dgn padanan metering yg betul... insyallah gamba kita akan 90% well-exposed... but sometime camera can be fooled by lighting such as backlight.....

walaupon dunia digital membolehkan post-prosessing dilakukan, sebolehnye kite nak dptkan gambar yg terpaling accurate, so post-processing dpt dikurangkan.... bayangkan kalo ade ribuan gambo nak post-prosessing yg heavy....

Rizal Mohd
5th February 2010, 12:03 PM

mcm mane nak bace histogram... sblm mgkin da ade pasal benda ni... tp tak brape nak fhm lg.... leh tak otai2 terang kan....

akuss15
5th February 2010, 12:36 PM
mcm mane nak bace histogram... sblm mgkin da ade pasal benda ni... tp tak brape nak fhm lg.... leh tak otai2 terang kan....

avam raden ade terangkan camne nak bace histogram..... (panduan je... last skali mata ko yg tentukan taste ko....)

Rizal Mohd
5th February 2010, 12:44 PM
avam raden ade terangkan camne nak bace histogram..... (panduan je... last skali mata ko yg tentukan taste ko....)

ade link tak..??? hehehehe... nak fhm mcm mane nak bace histogram ni... senang skit nak improve kn diri ni....

cikaris
5th February 2010, 03:27 PM
aku sampai la ni still slow bila guna Manual.
selalunya aku setkan shutter speed dulu. cari F yg sesuai. baru set ISO. pastu bila masuk umah, cahaya dah kurang, terkial2 nak tukar F bagi kecik. karang bagi F number kecik sangat takut kena adjust shutter speed balik...
nak naikkan ISO takut noise kacau plak...
histogram tu kalau dok tgh kira balance dah tu kot...eheheheh...kengkadang je bila shoot gambo tepi tingkap kasi under sket. konon mcm silhoutte laa...ekekekek

betul ker cara aku tu ekk..??

akuss15
5th February 2010, 04:07 PM

1. setkkan ISO rendah dulu.
2. then setkan aperture. (lagi kecik aperture, fnumber besar, lagi sharp gambo tp memerlukan shutter yg lebih perlahan. Lagi beso aperture, fnumber kecik mcm 1.8, 2.8, gambo akan berbokeh dikawasan yg outfoc. Lagi beso aperture, lagi kecil ruang focus.)
3. then baru set kan shutter. Set la metering sampai kat +---0--- - tuh jd balance. atau over sket atau under sket.
4. tgk hasil dan play around dan juga bacaan metering..
5. try and error lg...

lama lama nanti dah bleh agak la setting ape seswai utk keadaan ni... keadaan itu.... masa tuh maybe metering tuh dah bleh abaikan.... (tp still boleh jd rujukan....)

cikaris
5th February 2010, 04:25 PM

heheh...nanti aku train bagi cekap. asik kena sound dgn bini aku jer. dia dah siap posing aku still terkial2 setting F....kekekekek...

tapi kalau katakan gambo dia under sket, mana yg lebih sesuai antara upkan metering atau upkan ISO? ker sama je..??

akuss15
5th February 2010, 04:40 PM
heheh...nanti aku train bagi cekap. asik kena sound dgn bini aku jer. dia dah siap posing aku still terkial2 setting F....kekekekek...

tapi kalau katakan gambo dia under sket, mana yg lebih sesuai antara upkan metering atau upkan ISO? ker sama je..??

upkan metering??

kalu amek gamba potrait.. cubelah aperture yg besar mcm 1.8, 2.8....

adjustkan shutter saja... kalau shutter dah bawah 125, baru naikkan ISO ke stop berikutnye.... so sampai la shutter tuh lebih 125...

cikaris
5th February 2010, 04:51 PM
upkan metering??

kalu amek gamba potrait.. cubelah aperture yg besar mcm 1.8, 2.8....

adjustkan shutter saja... kalau shutter dah bawah 125, baru naikkan ISO ke stop berikutnye.... so sampai la shutter tuh lebih 125...

overkan sket metering kasi terang...hehehe...tapi rasanya warna dah x best.

ok akuss. noted. thanks

perubahan aperture tu yg selalu aku fail nak sesuaikan dgn shutter speed. 'Sifir' dia aku tak cekap sangat....:-\"

akuss15
5th February 2010, 05:04 PM
overkan sket metering kasi terang...hehehe...tapi rasanya warna dah x best.

ok akuss. noted. thanks

perubahan aperture tu yg selalu aku fail nak sesuaikan dgn shutter speed. 'Sifir' dia aku tak cekap sangat....:-\"

sebab tuh metering dlm viewfinder kene diperhatikan. kasik tgk itu metering. kalau centre, means exposure die dah betul. tp kadang2, kalau salah gune metering, bacaan salah,.. same ade over atau under lah jawapnye...

CgSir
5th February 2010, 10:54 PM
saya rasa lagi berbaloi kalau....

1. pilih mode M,
2. pilih ISO,
3. Setkan aperture (nak DOF mcm mana)
4. pilih metering yg sesuai.... (camera sy sentiasa set spot metering)
5. angkat kemere,
6. adjust shutter berpandukan metering..
7. snap!!
8. tgk hasil dan histogram.
9. kalau rase over bleh adjust shutter sket... vice versa...

Kemungkinan hanya 2-3 shot saja yg diperlukan... lama lama mahir juga....

ini cara saya, menggunakan kemudahan yg adha.... mungkin CgSir lebih senang praktikal sebegitu.... takde salahnya....

Mode A saya suka waktu nak candid. DOF sentiasa terjaga dan tak payah nak risau sgt pasal shutter.... gune je spot metering. selesai.... kalau saya ubah ev, mungkin next shot sy akan over/under.... dgn padanan metering yg betul... insyallah gamba kita akan 90% well-exposed... but sometime camera can be fooled by lighting such as backlight.....

walaupon dunia digital membolehkan post-prosessing dilakukan, sebolehnye kite nak dptkan gambar yg terpaling accurate, so post-processing dpt dikurangkan.... bayangkan kalo ade ribuan gambo nak post-prosessing yg heavy....

Sebenarnya saya sudah terbiasa dalam menggunakan mode M, pertama sekali pilih ISO dahulu. Selepas itu barulah Shutter atau Aperture.

Kamera filem dulu pun masukan filem ISO dahulu. Selepas itu barulah lihat dan analisa cahaya pada objek yang hendak di shoot barulah memilih shutter atau aperture.

Walau bagaimana terpulanglah kepada pemetik shutter itu sendiri, asal gambar memuaskan.

akuss15
8th February 2010, 09:34 AM

saya pon pilih ISO dulu kan?

jauhariJohan
8th February 2010, 10:27 AM
Untuk belajar secara mudah dan interaktif tentang segi tiga exposure - Aperture, Shutter dan ISO is ke laman http://dryreading.com/camera/index.html.

samsudds
8th February 2010, 03:05 PM
tumpang tanya, kalau pakai external speedlight, meter cahaya tu masih berguna?

akuss15
8th February 2010, 03:07 PM
tumpang tanya, kalau pakai external speedlight, meter cahaya tu masih berguna?

masih bang....

samsudds
8th February 2010, 03:17 PM
masih bang....

ugpm!:-)

thanks..

ariyako
26th February 2010, 12:08 AM
terima kasih untuk info dari first page sampai last page tu..dapat ilmu juga saya malam ni ~:) salam dari saya ahli baru

ap3x10
26th February 2010, 12:16 AM
aku dah mula fhm2 skit..skunk duk praktik mode A n S, P n M kadang2 je xbrani ag..hehe
tp bile keberanian n keyakinan dah de kan ku gune semua mode..tq tuk semua yg sudi kongsi ilmu ni..
peace 2 all..aman dunia..

awe_donde
6th March 2010, 04:22 AM
aku slalu gune P je...
tp nape bile aku gune mode M, set shutter tggi,
gmbar akan jd putih.. mcm caahaya lebih je...
bile set shutter rendah, gelap plak jd nye..

mier
6th March 2010, 08:40 AM
aku slalu gune P je...
tp nape bile aku gune mode M, set shutter tggi,
gmbar akan jd putih.. mcm caahaya lebih je...
bile set shutter rendah, gelap plak jd nye..

sbb reading over & under to yg jadi mcm tu..reading tk jadi normal..
bila guna mode M, perlu set aperture, iso & speed ikut keadaan gmbr yg di amik mengikut ramuan secukup rs..
oleh sbb itu, boleh cuba phm kn 3 elemen asas fotografi yg mempengaruhi nilai exposure..

akuss15
8th March 2010, 09:37 AM
aku slalu gune P je...
tp nape bile aku gune mode M, set shutter tggi,
gmbar akan jd putih.. mcm caahaya lebih je...
bile set shutter rendah, gelap plak jd nye..

pada mode M, patutnye shutter tinggi gamba makin gelap, shutter rendah gambo makin overexposure.

awe_donde
24th March 2010, 05:03 PM
sbb reading over & under to yg jadi mcm tu..reading tk jadi normal..
bila guna mode M, perlu set aperture, iso & speed ikut keadaan gmbr yg di amik mengikut ramuan secukup rs..
oleh sbb itu, boleh cuba phm kn 3 elemen asas fotografi yg mempengaruhi nilai exposure..

oooo.. ye ke?
aku main tekan2 je... hihihi...
byk lagik kene study nih...

Skid493
24th March 2010, 05:32 PM
Kan namanya pun DSLR...biasakan pakai Manual.. Tak jadi boleh delete...bukan pakai filem.
apa2 pun...kena banyak praktis...

fazzrea
25th March 2010, 11:12 AM
Best best best banyak ilmu dikongsi oleh sifu2 didalam tread ni... terima kasih

moque
13th April 2010, 01:33 PM
Yehha..byk yg aku dapat tau dgn info2 neh bg org yg baru cm aku neh..terima kasih pd mereka yg sentiasa membantu kami yg baru neh..\\m/

s.izani
13th April 2010, 04:57 PM
Yes...great info...boleh la praktis...praktis...dan praktis...

PeLaris
13th April 2010, 06:36 PM
mana abam CgSir nimS?
lama tul tak ajak berbincanG!!
:-w

CgSir
14th April 2010, 07:16 AM
mana abam CgSir nimS?
lama tul tak ajak berbincanG!!
:-w
Saya abam Pelaris. Abam Pelaris apa khabo?

Skang dok sibuk godek-godek kamera dslr, dan godek-godek photoshop. Baru belajo ABC balik.

Terima kasih ingat kat saya.

duudu
15th May 2010, 12:53 PM
thanks...byk info siot..

allamallam
17th May 2010, 12:49 PM
aku siap print lagi kat tread nie..susah sngt nak ingat info dia huhu..!

mambang_miang
24th June 2010, 02:26 AM
erm nak kene TT gak ni aku blur jeee ape korang bincang kann ni paham sesikit jee

SunnySakura
24th June 2010, 10:07 AM
aku juz nk tmbh pndapat aku sket psl metering kalu gune mode M 2....level yg dtunjuk 2 mmg bleh wt sbgai guide...tp hati2 bile ambik gmbr yg da reflek chaya pd air or cermin tingkap...kalu lock fokus pd tmpt reflek cm2 otomatik level akan tunjuk +ve ckp pic kite overexposed & bile kite ejas pd command dial camera nk bg level 2 balance kompom pic akan jd underexposed (gelap)....so guide 2 bleh di abaikan jika kn pd keadaan tertentu kerna mata kite adalah pengukur cahaya yg pling tepat....kalu dh mata tgk cantik konfiden je la ng mata kite 2...just my sekupang :)

(kalu slh harap maaf & dibetulkan)

raymondean
9th July 2010, 04:20 PM
terima kasih dgn bro Akuss15...suka dgn cara bro bagi keterangan...hehe

Dewangga
22nd July 2010, 06:38 AM
Nampak macam kalau kita pakai mode M nih saolah-olah mengambarkan kita mahir lah kan. Kalau pakai P tak mahir atau kurang mahir lah agaknya. Pendapat saya PSAM atau P Tv Av M, ada kelebihan dan keperluannya. Bahkan mode fully-program pun ada keperluannya. Cuma era digital nih, kemahiran atau pengetahuan memahami 'histogram' sangat penting. Pandai membaca meter adalah penting terutamanya bila guna mode M. Jangan lupa mode S dan A atau Tv dan Av (Shutter Priority dan Aperture Priority). Masing-masing akan menghasilkan gambar yang berbeza. Satu bila kita nak control DOF dan satu lagi kalau kita nak control 'movement blur'.

Intrepetasi berbeza disebabkan hanya pemahaman mode-mode yg berlainan.

TERIMAKASIH

ae92NaiM
26th September 2010, 04:13 PM
sori..mgkn dh di bincangkn sblum ni...sy nak tanya, sy slalu guna A..nape pic mlm dlm rmh nmpk blur seperti bergoyang ( ada bayang )..tqq

PeLaris
27th September 2010, 12:52 AM
cuba Naim upload gmbr kat sini untuk dikenal pasti.. :)
guna flash ke tak?

ae92NaiM
27th September 2010, 09:05 PM
cuba Naim upload gmbr kat sini untuk dikenal pasti.. :)
guna flash ke tak?

x reti plak nk masukkn pic..nnti sy explore dlu..hehe

abdulhakim
29th September 2010, 11:50 AM
biasa la kalau bru pakai kamera sure test setting tu, setting nie k'.
kalau test byk2 setting kamera nie, xpening/rosak/jem ke kamera tu?
ada kes x kamera rosak disebabkan tll kuat test setting?

mangkor
29th September 2010, 03:40 PM
setting bebanyak sangat kamera takkan jem, tapi si pengguna kamera pulak yg akan jem kalu tatau apa menda yg dah diejas..

Baqeer Creative
29th September 2010, 04:29 PM
Salam...sambil -sambil kita bincang tentang topik ni...boleh x mencelah sikit ...jika amik wedding kat dewan la katakan ...semasa pengantin berarak masuk ke dewan kita pakai mode M ..dan amik 5 ,6 snap ..kita pun terus masuk dewan ..boleh x kita tukar ke mode A...sebab takut mengelabah la nak tukar katakan kita guna sunny 16 masa kat luar lepas tu nak tukar kepada setting yang low light masalah juga tu ..boleh x ??? aper pendapat otai-otai sekalian ..

Baqeer Creative
29th September 2010, 04:54 PM
x der ker yang boleh menyelesaikan persoalan ini ...harap dapat membantu

PengukirCahaya
29th September 2010, 05:28 PM
Salam...sambil -sambil kita bincang tentang topik ni...boleh x mencelah sikit ...jika amik wedding kat dewan la katakan ...semasa pengantin berarak masuk ke dewan kita pakai mode M ..dan amik 5 ,6 snap ..kita pun terus masuk dewan ..boleh x kita tukar ke mode A...sebab takut mengelabah la nak tukar katakan kita guna sunny 16 masa kat luar lepas tu nak tukar kepada setting yang low light masalah juga tu ..boleh x ??? aper pendapat otai-otai sekalian ..

Saya selalu guna setting macam tu dalam situasi sebegitu. Tiada masalah. Hanya perlu sentiasa tengok metering kalau-kalau ada backlit dan standby untuk compensate plus atau minus.

mangkor
29th September 2010, 05:42 PM

takyah gelabah... bleh menten mode M (saya suggest mode ni sebab M = Mangkor ngehngehngeh)

simply dial aperture kepada f/4, set iso 400, shutter 1/125s kemudian standbai speedlight pada manual output 1/4. ejas power flash secukup rasa ikut jarak ke subjek berdasarkan GN number flash yg digunakan.

kalu guna sb600, GN dia 36. kalu subjek dlm lingkungan 3-4m, output flash 1/4 dah cukup. kurangkan sikit power flash tu kalu subjek memakai pakaian putih, nanti highlight burnt... kalu guna speedlight yg lagi power (rujuk GN number flash tu), pun sama gak kena kurangkan kadar outputnya.

Baqeer Creative
30th September 2010, 09:16 AM
makna nya bro mangkor ...kalau kita guna setting kat luar macam i contoh nya ...shutter 200 f16 iso 200, lepas bila masuk dewan just tukar pada setting yang bro mangkor cadangkan ker ??? katakan saya guna lense sigma 18-200 ok ker ngan setting macam tu bukan kena kurang kan lagi ker shutter ..lepas tu saya gunakan nissin flash... macam na nak baca meter coz saya guna nissin i622 ...

Baqeer Creative
30th September 2010, 09:17 AM
bagi bro pengukir cahaya... maknanya x der masalah la kan kalau tukar mode macam tu jer ..lagi mudah caranya supaya x hilang moment yang kita nak amik kan...

CgSir
30th September 2010, 10:18 AM
Saya selalu guna setting macam tu dalam situasi sebegitu. Tiada masalah. Hanya perlu sentiasa tengok metering kalau-kalau ada backlit dan standby untuk compensate plus atau minus.

Adoi, aku ni memang tak pandai tengok metering. Semuanya mode M pakai rule of classic, macam zaman filem dedulu. Terai guna law tu gak dalam dslr. Nampak memuaskan ler. Cuma kalau dalam filem dulu kasi tambah sikit +EV tapi kalau dalam dslr ni pulok tak boleh tambah EV. Kasi kurang lagi EV boleh ler.

Baqeer Creative
30th September 2010, 10:27 AM
x paham la ...cuba terangkan lebih details ...

jebat1982
1st October 2010, 01:47 AM
salam..nk tanye sket..klu low light pakai mode ape..aku pun br je ngan dslr ni

PengukirCahaya
1st October 2010, 05:33 AM
bagi bro pengukir cahaya... maknanya x der masalah la kan kalau tukar mode macam tu jer ..lagi mudah caranya supaya x hilang moment yang kita nak amik kan...

OK, kalau kat luar tu kita guna M, maknanya kita dah ada satu setting exposure yang betul. Kendian bila masuk dewan, terus tukar ke Aperture Priority. Sebab apa? Sebab kita takut gelabah dan tak sempat nak fikir tentang setting yang betul. Adakah salah setting A ini? Jawapnya tak salah. Tapi yang paling penting ialah pastikan aperture apa yang kita pilih. Janganlah pilih aperture kecik seperti f11. Nanti kamera pilih shutter rendah pulak. Alamat gegarlah gambar kita tu. Saya assume guna flash. Pastikan setting flash tu pada ETTL dulu.

Kalau maximum aperture pada lens yang diguna ialah f2.8 atau f1.4, saya akan pilih setting Tv atau S dan set kepada 1/60 atau 1/40. Dalam setting ini kamera kan pilih aperture yang sesuai dan slow shutter pula akan capture ambient light. Saya suka shutter sekitar gitu tapi ada juga kalanya saya guna 1/125 atau 1/250. ISO pulak saya guna 100 hingga 400. Kalau keadaan lebih gelap dan dewan besar, ISO 800 hingga ISO 1600 selalu juga saya pilih.

Kalau saya nakkan effect motion blur, saya guna shutter lebih slow lagi dan tembak flash pada 2nd curtain. Dalam keadaan tertentu, ada jugak guna M. Jangan lupa set pada RAW.

PengukirCahaya
1st October 2010, 05:36 AM
Adoi, aku ni memang tak pandai tengok metering. Semuanya mode M pakai rule of classic, macam zaman filem dedulu. Terai guna law tu gak dalam dslr. Nampak memuaskan ler. Cuma kalau dalam filem dulu kasi tambah sikit +EV tapi kalau dalam dslr ni pulok tak boleh tambah EV. Kasi kurang lagi EV boleh ler.

Itulah masalah digital ni. Dalam banyak keadaan karektor tak sama dgn filem. Zaman filem dulu, selamba jer tambah EV. Dynamic range filem lebih luas dari digital.

PengukirCahaya
1st October 2010, 05:41 AM
salam..nk tanye sket..klu low light pakai mode ape..aku pun br je ngan dslr ni

Mode apa-apa pun boleh diguna. Cuma kena pastikan cara guna setiap mode tu dan bagaimana imej yang terhasil. Satu hal lagi ialah metering mode samada evaluative, spot, center weighted atau partial. Pastikan yang mana satu nak kita guna kerana cara membaca cahaya tak sama.

baclsniper
7th October 2010, 12:52 PM
evaluative, spot, center weighted atau partial. Pastikan yang mana satu nak kita guna kerana cara membaca cahaya tak sama.

yang nie saya masih tak faham sampai sekarang...saya ni lembab sikit bab kamera nie..

aroxcity
7th October 2010, 05:04 PM
oooo macam tue ker Mode P, S, A, M....
saya pakai d3k tapi ader satu lagi mode iatu guide...
masa saya balaja shot saya guna guided je...
biasa amatur dah baca semua komen-komen dan penerangan baru betul-betul clear..
bile nak TT nanti saya nak join gak...

maman jomo
9th October 2010, 05:43 PM
aku skng ni guna M jE......hehe..yg aku thu,guna A bila mau ambil landscape..

jobberscroppers
10th October 2010, 06:53 AM
tak semestinyer kite gne smua M, klw x wat pe manufcturer camera ltk mode P,A,S kat situ... hehe

zulhash
28th December 2011, 02:00 AM
terima kasih, banyak info yg sangat berguna..