PDA

View Full Version : Penjagaan Kamera..



yokozuna
1st September 2005, 07:11 PM
mari kite berkongsi topik camaner nk maintain kamera ni..
ni eden copy dr satu website;http://pkukmweb.ukm.my/~raai/Jaga%20kamera.html


Menjaga kamera merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Seperti harta lain kamera adalah harta yang perlu diberi perhatian jika anda mahukan gambar-gambar bermutu.

Kamera:

Kamera yang baik semestinya sebuah kamera boleh berfungsi ketika diperlukan. Kamera tidak harus dibiarkan tanpa penjagaan yang sempurna. Pastikan kamera anda tidak berada di tempat yang terlalu sejuk dan terlalu panas. Kerana ada diantara kamera yang amat sensitif pada suhu tersebut.
Pastikan kamera tidak diletakkan di tempat berdebu. Kerana debu boleh menjejaskan komponen kamera. Jika dibiarkan berterusan kamera anda mungkin tidak boleh berfungsi.

Paling baik jika anda sediakan alat yang boleh diletakkan bersama Selecagel agar wap air akan disedut dari kamera, kesannya fungus boleh dielakkan.

Jangan biarkan filem berada di dalam kamera terlalu lama (lebih dari dua bulan) kerana filem itu akan melekat di bahagian luar katrijnya. Jika hal ini terjadi mungkin kamera anda akan menghadapi masalah.

Batteri pada kamera jangan dibiarkan berada terlalu lama kerana dikuatiri akan terjadi proses ruapan dimana masalah ini akan merosakkan kamera.

Sekiranya anda tidak menggunakan kamera dalam jarak tiga bulan, pastikan anda memainkan Shutter Speed kamera bermula dari SS 1/B hingga 1/2000 (atau SS paling maksimum yang ada). Gerakkan SS itu satu persatu dan mainkan SS itu agar ia boleh berfungsi walaupun kamera jarang digunakan.

Lens:

Lens umpama mata pada manusia. Jika lens rosak, gambar yang dihasilkan akan menghampakan kita. Oleh itu lens perlu dijaga dengan baik. Lens lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan badan kamera.

Ketika membeli lens belilah filter UV atau Skylight. Filter ini berperanan menghalang lens terkena debu, kesan jari dan sebagainya. Jangan biarkan permukaan lens terdedah setiap masa kerana ini akan memungkinkan lens tercalar. Adalah malang jika lens tercalar.

Letakkan lens anda dalam alat Decicater bersama Selecagel agar wap air akan diserap. Jika ada berkemampuan, belilah Avon yang boleh membantu mencegah lens dan kamera anda dijangkiti fungus. Harganya sekitar RM 500 ~ RM 1000.

Namun jika mahukan cara yang murah, gunakan plastik dan masukkan selicagel dan simpanlah lens atau kamera di tempat yang selamat.

Membersih lens:

Lens yang telah lama digunakan tidak terlepas dari terkena debu, kesan jari, wap air. Jika masalah ini terjadi, langkah berikut boleh dilakukan sendiri.

Sediakan Lens Cleaner (dalam bentuk cecair), Lens Tissue, Blower Bruss, Kain lembut, Hair Dryer. Alat dan bahan-bahan tersebut boleh dibeli dari kedai yang menjual peralatan fotografi.
Lakukan kerja ditempat kering dan tidak berdebu.

Hembuskan lens dengan Blower Brush dan gunakan berus yang tersedia untuk menghilangkan hablor keras pada debu.

Lap permukaan lens dengan Lens Cleaner agar kesan debu atau wap air ditanggalkan. Keringkan dengan Lens Tissue.

Ketika melekapkan filter ke lens, hembuskan dengan Hair Dryer agar debu disekitaran tidak melakat semula. Filter juga perlu dibersihkan seperti anda membersih lens sebelum dilekatkan pada lens. Walaupun filter harganya murah tapi jangan biarkan berdebu kerana mutu gambar akan turut terjejaskan jika filter anda kotor.


Proses mencuci lens tidak perlu dilakukan dengan kerap. Memadailah anda mencuci filter sahaja. Bahagian belakang lens juga perlu dilakukan pencucian serupa dan ketika hendak melekatkan pada badan kamera proses menyembur angin dengan Hair Dryer hendaklah dilakukan.

sesaper yg ader tips2 nk kasi kamera ni tahan lama, marilah berkongsi.....

brahym
1st September 2005, 07:55 PM
kalau beli high end body dan lens tentu ada wheather seal..takyah fikir pasal debu byk masuk dlm.

yokozuna
14th September 2005, 07:32 PM
ramai gak users kt sini yg kehilangan @ dicurik cameranya....
Bahaya ni...saper bleh kasi tips spy camera kiter sentiasa selamat drpd pencuri ni...........

brahym
14th September 2005, 08:11 PM
jangan tiggalkan kamera anda dlm keta dan kalau nak tinggal, tutup kamera tu dgn kain, plastik, ds. Kalau boleh sentiasa berkepit dgn kamera anda.

alongarts
19th October 2005, 02:55 PM
mak aiiiii tak kan sampai cam tu sekali kot....

bimmer_man
19th October 2005, 02:57 PM
jangan tiggalkan kamera anda dlm keta dan kalau nak tinggal, tutup kamera tu dgn kain, plastik, ds. Kalau boleh sentiasa berkepit dgn kamera anda.

jangan le sesekali tinggal dalam kereta, dengar cerita ada electronic device untuk detect any electronic equipment nih..

jie171
19th October 2005, 03:25 PM
mmg x pernah tinggal dlm kereta pun..risau....

zainzubir
19th October 2005, 04:22 PM
saya nak plant RFID chip dlm kamera...siapa curi waimma sorok dlm kapal selam boleh detect punya.... :lol: :lol: ish..macammana boleh bagi tau kat sini eik... :shock: tak acilah korang kat sini dah tau..mesti tak jadi nak curi kamera saya tuhkan...??? :roll: :roll:

seriously, memnag kena bawa kemana2....jgn sesekali tinggal dlm kereta.samada dlm boot atau bawah seat/pemijak kaki. .. duit syiling juga jgn pamerkan...sebab mat2 pit dia bukan kighe....singgit dua pun dia sanggup tarah keta kita.... :evil: :evil:

dbins
19th October 2005, 04:27 PM
Jangan sesekali menghempaskan kamera & lens anda ke atas lantai walaupun tak sengaja.... itu je tips utk hari ini... terimasarkis... :roll:

alongarts
19th October 2005, 04:31 PM
cam pernah dengaq jer cerita tu...

zainzubir
19th October 2005, 04:40 PM
ghassa2 sahur tak makan cili api...tapi statement dbins buat telinga berasap... :evil: :evil: camner boleh jadi ginik yer?? :roll: :roll:

dbins
19th October 2005, 04:56 PM
Err... ni dari pengalaman peribadi ni... cuba2 la elakkan ek... nanti menyesal tak sudah... :wink:


ghassa2 sahur tak makan cili api...tapi statement dbins buat telinga berasap... :evil: :evil: camner boleh jadi ginik yer?? :roll: :roll:

sayangmama
19th October 2005, 04:57 PM
rilek mama, jangan marah2. nanti kena jual.

zainzubir
20th October 2005, 08:32 AM
sayangmama...Farihah tu saper..adik eik?? :roll:

...nak jual mama ikut rega getah global di pasaran Tokyo ker???..baguih gak...now rega getah keping dan getah tayar SMR20 naik disebabkan stok kat Jepun berkurangan... :wink:

sayangmama
20th October 2005, 10:12 AM
sayangmama...Farihah tu saper..adik eik?? :roll:

...nak jual mama ikut rega getah global di pasaran Tokyo ker???..baguih gak...now rega getah keping dan getah tayar SMR20 naik disebabkan stok kat Jepun berkurangan... :wink:

farihah tu sape? ahaks bukan adik la mama :wink: kawan. kami kawan sahaja.

AyAres151
20th October 2005, 10:15 AM
ehem.. ehemm... uhuk..huukk.. :evil: :evil:

zainzubir
20th October 2005, 11:00 AM
Ayares mama macam2 dah bebau nasi minyak tetiba lak..kenapa eik?? :roll: :roll: :roll:

sayangmama
20th October 2005, 01:50 PM
ahak... apa hal nasik minyak dlm topic penjagaan kamera nih.

satu lagi tip penjagaan kamera.

1. Kamera anda adalah sangat sensitif. Tetapi dia juga bukan manusia. Jadi tidak perlulah anda mandikan kamera anda ataupun membasuh kamera anda.

zainzubir
20th October 2005, 02:00 PM
kalau keta kita polish kasi kilat..kamera boleh buat demekianker??sebenarnya saya masih tidak memperolehi jumbo blower spt disebut brhym dulu....so now memnag lens ada byk abuk...nak tiup2 ngan mulut takut tempiaslak...nak lap ngan kain fibre rasa tak kompiden...ada sesapa tau mana boleh dpt jumbo blower??adakah blower yg normal size tidak berapa berfungsi??

jie171
20th October 2005, 02:25 PM
la kenapa akak x gi aje kedai gambar...cuba tanya....mesti ade jual.....

yokozuna
20th October 2005, 02:35 PM
sayangmama...Farihah tu saper..adik eik?? :roll:

...nak jual mama ikut rega getah global di pasaran Tokyo ker???..baguih gak...now rega getah keping dan getah tayar SMR20 naik disebabkan stok kat Jepun berkurangan... :wink:

oo ye ke aunty...bleh aa gini sy jadi pengedar....silap aribulan @ kena gaya bleh angkat 1Ds markⅡni....hehehe :lol: :lol:

satu lagi penjagaan kamera:
-jgn letak kamera berdekatan dgn medan magnet (besi magnet dsd)
-kalau tak guna dlm jangkamasa yg lama, kuarkan bateri, CF card & pisahkan lens drpd body.
-bile tak guna camera, simpan dlm bekas kedap udara, jgn simpan dlm beg kamera.
-digital kamera adelah bende yg terlalu sensitif, so elakkan drpd terhentak dan jauhkan drpd air.

zainzubir
9th November 2005, 05:14 PM
tak tau kenapa saya dah mula malas nak jaga kamera, semalam anak tegur"mama macam dah tak sayang kamera..."...actually sayang tu sayang...tapi dah rasa kamera tuh mcm tak berguna sgt, mungkinkah ini tanda2 dah mula bosan dgn hobby baru nih???actually tak lah campak kamera tuh..cuma dibiarkan terletak dlm bakul kain baru diangkat dr ampaian jer....memnag dah tertungging lah gamaknya....rasanya kamera masih selamat, sebab lens ditutup cuma tak proper jer tptnya...apa pendapat anda..perlukah kamera disimpan dlm bag bebaik atau it's okay sekali sekala dibiar tertungging dimana2.... :roll:

bubba
9th November 2005, 05:19 PM
kamera perlu di jaga ... simpan di tempat kering. Elakkna tempat lembab sebak boleh mengundang fungus pasa lensa. Kalu ada bajet beli dry box utk simpan camera dan lens. kalu tak boleh simpan dalam bekas kedap udara.

sesekali bukak test click shutter tu supaya ada cahaya masuk. Lebih cerah lebih baik sebab boleh membantutkan petumbuhan fungus dalam lens dan camera.

serba sedikit yg boleh saya sumbangkan.

zainzubir
9th November 2005, 05:26 PM
satu lagi bubba nak tanya...kan kamera bila guna lens yg panjang akan berat dan tak sits properly bila kita simpan sementara atas meja (tertungging kedepan) rosak tak lens tuh??ada ker alat utk support supaya it stands nicely tanpa tertungging?? :roll:

bubba
9th November 2005, 05:30 PM
sekejap taruk atas meja tu no hal la .... takut tergolek jatuh jer sebanarnya. Ada orang guna lens besau tu taruk lens kat bawah body di atas pun ada. Yg penting jaga jangan jatuh, kena air, masuk habuk.

zainzubir
9th November 2005, 05:33 PM
wokey....nandre...nandre...maruku sappede yellek lah tamby... :lol: (dah terpangaruh ngan aji...)

AyAres151
9th November 2005, 07:34 PM
yg penting... gunalah ia selalu..

ambig
9th November 2005, 08:56 PM
Thanks sis...org lain yg bertanya saya tumpang belajar aje...:D

dinictis
15th November 2005, 09:05 AM
Tips yang bagus. Betul kamera kena jaga dgn rapi. Bukan senang nak beli,kena kumpul duit berbulan-bulan. Mengenai device yang boleh check barang electronic dalam kereta tu ia memang wujud. Maka berhati-hati la.

---------------------------------------------------------------
{}{}{} If it's worth doing, it's worth doing right {}{}{}

Fotopages - http://dinictis.fotopages.com
Blog - http://kucingbandar.blogspot.com