PDA

View Full Version : 22-25 April 2010 | Malay Wedding Expo @ Midvalley



aji
26th October 2009, 10:26 AM
Kepada semua members Fotomedia Malaysia
yang berminat nak menyertai Malay Wedding Expo 2010
kita boleh share booth kat sana
under Fotomedia Malaysia & Wedding.my

Saya nampak event ni merupakan satu lagi platform
utk mempromosikan photography services anda semua

Malay Wedding Expo ni akan diadakan serentak dgn Indian Wedding Expo di Hall 1 & 2 di Midvalley
so target client anda adalah 2x ganda

Berikut ni adalah kata-kata aluan dari pihak penganjur.

Jangan Ketinggalan.

Selamat Datang ke Malay Wedding Expo. Suatu pameran yang merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan perkahwinan di bawah satu bumbung.

Malay Wedding Expo merupakan sebuah pameran yang terunggul, menjadi landasan unik buat masyarakat Melayu dan segenap warga Malaysia untuk sama-sama merasai budaya dan tradisi perkahwinan Melayu serta adat persiapannya.

Malay Wedding Expo merupakan pameran serba lengkap dalam mengendalikan peluang perniagaan yang tanpa batasan. Mempromosikan perkhidmatan, memperkenalkan produk sekaligus memasarkan produk dan perkhidmatan anda kepada pelanggan sasaran.

Berbesar hati dengan ini, mengumumkan Malay Wedding Expo akan berlangsung dari 22hb hingga 25hb April 2010 di Dewan 2, Mid Valley Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur.

Peserta Pameran – Malay Wedding Expo merupakan suatu cara yang efektif dari segi kos dan mampu menjimatkan masa untuk anda memperkenalkan perniagaan kepada skop sasaran pelanggan yang lebih luas dengan prospek yang lebih serius. Menyerlahkan keupayaan, produk, aset, anda serta kumpulan kerja anda saling dipersembahkan sebaik mungkin.

Bakal Mempelai – Sedang merancang perkahwinan? Jangan ketinggalan mengunjungi Malay Wedding Expo yang bakal merealisasikan segenap impian perkahwinan anda.

http://www.malay-wedding-expo.com/

Kepada yang berminat boleh berforum di thread ini
atau hubungi/sms/pm saya, dome atau ismariza di FMDC atau pun Facebook.

Salam,

Aji

sniper.44
26th October 2009, 10:37 AM
Menarik!!!.....tapi cam mana dengan kosnya......:-)..ok..ok..dah tahu..sorry

acaifoto
26th October 2009, 10:44 AM
terbaik i like......

aji
26th October 2009, 11:30 PM
kita start dgn booth 1 rm4950
(target sampai 8 booth terus boleh jadik booth island)

kalau 1 booth 6 orang
sorang rm825 je utk exhibition 4 hari kat midvalley tu

booth 1
1. acai
2.
3.
4.
5.
6.

Z Sty Lo Studio
4th November 2009, 04:42 PM
Apa kata kita amik booth ikut Zon Utara,Selatan,Timur& Barat. That meant kita cover 1 malaysia lah. Ini cadangan saja. So tarikh tutup penyertaan bila?

kapalkertas
5th November 2009, 04:47 AM
idea yg sangat menarik. ada sarat2 lulus ka?

aji
22nd November 2009, 10:08 AM
Apa kata kita amik booth ikut Zon Utara,Selatan,Timur& Barat. That meant kita cover 1 malaysia lah. Ini cadangan saja. So tarikh tutup penyertaan bila?

ok saya dah sign up utk 1 booth dulu rm4,950.00
buat masa ni kita dapat booth no.1027

kalau dah ramai sgt yg berminat nnt baru kita pecah ikut region

advantage kita dok bawah 1 brand "fotomedia"
1. tak perlu bayar lebih*
2. client akan dapat contact no. korang direct
3. korang boleh market photography service korang sendiri
4. tak perlu jaga booth sbb pihak fmdc dah ada aweks yg akan jaga booth tu nanti
5. kalau korang nak datang pun lagi bagus

tarikh tutup confirmation: 31 december 2009

* harga 1 booth rm4,950 kalau kita share 20 orang baru rm495

aji
22nd November 2009, 10:22 AM
idea yg sangat menarik. ada sarat2 lulus ka?

syarat-syarat dia, korang kena bagi;
1. nama
2. contact no.
3. email
4. alamat
5. 5 keping gambar terbaik wedding korang dlm digital copy** (minimum size 640x480 pixels)
6. 1 custom album
7. 1 gambar besar size besar* utk frame di booth

kita akan buat 1 buku yg ada profile & gambar-gambar job wedding korang
khusus utk 4 hari pameran tu nanti

custom album tu pulak utk rujukan di booth

* size akan diberitahu kemudian
** utk multimedia slideshow

ada pape lagi yg tertinggal?

aji
16th December 2009, 12:20 PM
saya minta maaf
terdapat sedikit pembetulan tarikh iaitu 22-25 april 2010
dan kos 1 booth adalah rm4,950
bukan rm3,900

jika tidak ada yg respon sampai 31 december 2009
saya akan inform pada organiser
kita tak jadi participate

walaubagaimanapun jika anda tak mau di bawah nama fotomedia malaysia
admin mengalu-alukan penyertaan individu ke dalam event ini
yang mana anda sendiri memperkenalkan brand/company anda di expo tersebut

boleh hubungi direct organiser seperti dalam link yang telah diberikan tadi

terima kasih