View Full Version : ISO | Nak tanya kepada yang pakar
anuarkb
23rd November 2009, 01:15 PM
Salam semua,
Saya baru berjinak-jinak dgn Kamera nie...
Saya nak tanya pasal ISO... sebenarnya apa fungsi ISO nie... kepada otai2 disini sila kasi komen sikit... :-)
dome
23rd November 2009, 02:02 PM
Apa itu ISO menunjukkan seberapa sensitif sensor imej kepada jumlah cahaya yang hadir. Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor gambar dan kerana itu membolehkan untuk mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah ....thehehehe
anuarkb
23rd November 2009, 07:39 PM
ada otai2 yang lain boleh komen sikit.:-)
dome
23rd November 2009, 08:08 PM
parah mcm ni bos, thehehehehe
nak senang cuba cerita apa yg dah anda faham pasal ISO
ada baca tak buku manual kamera yg di beli?
biasa ada di cerita serba sedikit bersama gambarajah,
tengok dalam profile pakai olympus 450 kan?
cuba belek buku manual dia mukasurat 50
tengok part ISO SENSITIVITY SETTING
baca betul2 ayat mula2 dia tulis ..mesti faham punya apa fungsi dia
kalau agak2 tak faham gtau balik.
johnny stanfet
23rd November 2009, 09:18 PM
yup, cam abam dome ckap, ISO atau nama lain nya ialah ASA merupakan kepekaan sensor atau filem terhadap cahaya yang ada..lagi tinggi nilai ISO lagi cerah gmbarnya, klu saudara pernah dgr orang lame dalam photo ni slalu ckp istilah Fast Film, haa, fast film tu merujuk kepada ISO atau ASA..
Kenapa jadi Fast Film? filem bergerak laju atau..
sebenarnya bile makin tinggi nilai ISO digunakan, maka lagi tinggi nilai Shutter Speed yang kita akan dapat..tapi jaga2 guna ISO besau, sbb nnti ade Noise.. apa yang saudara perlu praktik kan, saudara wat 'Tugasan'.
Tugasan saudara adalah :
Cari 1 subjek dan dedahkan nya kepada tahap ISO kamera saudara..contoh gmbar pertama guna ISO 100, gmbar kedua guna ISO 200 dan seterusnya..kemudian saudara lihat hasil gmbar dan zoom ke 100%.. jika saudara melihat bintik2 cam debu (Bukan petak2-Pixel) itu ialah Noise..dan secara tak langsung saudara akan melihat perubahan dari segi kecerahan gmbar..
ISO juga merupakan 1 dari 3 elemen yang mengawal Exposure..3 Elemen tersebut ialah ISO, Shutter, Aperture..
red
24th November 2009, 01:58 AM
ISO digunakan sebagai salah satu parameter untuk mengawal jumlah cahaya ketika dedahan- yang lagi dua ialah shutter speed dan aperture.
Selain drp mengawal cahaya, setiap satu parameter ni ada kesan pada imej. ISO mempengaruhi dari segi noise (serbuk hodoh kat gambar pada ISO tinggi) dan contrast. bila ISO dinaikkan, noise akan meningkat dan contrast akan turun.
that's enough to work on photography. kalau nak lagi dalam, kita kena belajar microelectronics dan boleh kuar formula cam ne nak kira amplification gain bila angkat ISO, sebab basically menaikkan ISO ialah menaikkan "gain" pada transistor kat sensor.
engku
24th November 2009, 08:39 AM
kalo setakat iso nih tak payah pakar pon boleh jawab. Budak remaja pon boleh jawab kalau dia baca manual atau google kat internet. lagi cepat dpt jawapan.
Gunakanlah kemudahan yang ada sebaiknya dan rajin rajin lah membaca..

SHoch08
24th November 2009, 09:22 AM
saya rasa abang acu try cuba test google tgk... dijamin mesti ada artikel pasal iso....taip jer perkataan ni.. " apa itu ISO,Aperture,shutter speed" baca dulu,pastuh mana yang tak paham tuh nanti otai cuba jawap. nak best cuba buat praktikal... cuba ambik gambar dan ekjas iso kat kamera tuh dan tgk hasilnya.... kendian donload masuk pc dan bandingkan gambar2 tuh....
anuarkb
24th November 2009, 08:33 PM
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dgn saya.
U all semua memang prihatin. :-)
scorponoc
4th December 2009, 04:30 PM
Ramai orang tau ISO nak setting berapa dalam keadaan yang berbeza je, luar ISO rendah, dalam ISO tinggi, tapi tak tau apa makna ISO dan fungsi ISO tu..
Satu soalan daripada saya, adakah ISO tu satu device? Atau ia sekadar pengiraan jumlah kepekaan sensor yang diukur oleh sensor? (Sensor mempunyai multi tugas untuk mengukur ISO) Maka ia tak perlu device tambahan untuk mewakili ISO tu? Saya pun tak pasti betul ke soalan ni saya tanya..Hehe..
johnny stanfet
4th December 2009, 07:27 PM

ISO itu bukan lah device, tetapi kepekaan sensor terhadap cahaya yang masuk. ISO atau nama penuhnya International Standard Organization juga dikenali sebagai ASA (American Standard Association).lagi tinggi atau besar iso anda gunakan, lagi byk noise yang dihasilkan..tetapi hari ni sudah ada kamera yang top notch dalam ISO performance, sbagai contoh Nikon D3s.
Jika saudara ingin mengenali device yang mengukur cahaya, itu adalah Incident Meter. Incident Meter ini lebih tepat dari Reflected Meter yang ada pada kamera.
mypokcik
4th December 2009, 08:32 PM
"ISO atau nama penuhnya International Standard Organization":-o
buttet
4th December 2009, 08:47 PM
huhuhuhuhuhuhuh adoiiii
mypokcik
4th December 2009, 08:56 PM
ofis saya pakai ISO 9000... tapi tak ada noise....
hehehe..sajer jer OT.... teruskan la menyuap
CgSir
7th February 2010, 10:45 AM
Ramai orang tau ISO nak setting berapa dalam keadaan yang berbeza je, luar ISO rendah, dalam ISO tinggi, tapi tak tau apa makna ISO dan fungsi ISO tu..
Satu soalan daripada saya, adakah ISO tu satu device? Atau ia sekadar pengiraan jumlah kepekaan sensor yang diukur oleh sensor? (Sensor mempunyai multi tugas untuk mengukur ISO) Maka ia tak perlu device tambahan untuk mewakili ISO tu? Saya pun tak pasti betul ke soalan ni saya tanya..Hehe..
Setting ISO bukan hanya bergantung kepada kecerahan cahaya sahaja. Untuk merakam gambar event dengan gambar sport pun berbeza setting ISO nya.
ISO - internasional,
ASA - Amerika.
2 tapi sama.
cat_iera
7th February 2010, 01:16 PM
jp2..nak tanye..kalo kite pkai iso 800 then gmbr 2 underexpose..lps tu bile edit gmbr leh jd byk noise kn.. :-)
mataku
7th February 2010, 02:06 PM
saya pun pada peringkat awal dulu tak tahu apa benda tu, tapi bila saya cari Mr google saya tanya apa itu iso, apa itu shutter speed, banyak juga Mr google membantu, skg ni pun saya masih belajar gan forumer dan Mr google.....heheheh.....
johnny stanfet
7th February 2010, 03:32 PM
Setting ISO bukan hanya bergantung kepada kecerahan cahaya sahaja. Untuk merakam gambar event dengan gambar sport pun berbeza setting ISO nya.
ISO - internasional,
ASA - Amerika.
2 tapi sama.
tambah one more, DIN-Dutch Index Number..
mier
7th February 2010, 11:55 PM
jp2..nak tanye..kalo kite pkai iso 800 then gmbr 2 underexpose..lps tu bile edit gmbr leh jd byk noise kn.. :-)
sepatutnya camtu la..tp rsnyer mesti ada cara utk elak kan hal ini terjadi :-)
shearazi
8th February 2010, 08:42 AM
ISO 12232:2006 ...ni standard utk kamera digital ...
mier
8th February 2010, 07:45 PM
ISO 12232:2006 ...ni standard utk kamera digital ...
yg ni ISO apa lak?
my979220
8th February 2010, 11:33 PM
dari pokcik google... http://en.wikipedia.org/wiki/Film_speed
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.