PDA

View Full Version : In-Person: Tembeling

aji
14th June 2006, 02:27 PM
Hi apa khabar?
Alhamdulillah, baik.

Macamana boleh guna nick ni dulu?
Sebab saya pernah kerja di Ulu Tembeling dulu.
Fakta di atas diambil dari thread
Nickname Anda - Bagaimana Ia Bermula (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=578&postdays=0&postorder=asc&start=0)

Masa register dulu, kenapa pilih no 4-digit ni. Ada pape special ke?
Rasanya pilih no 3111 sebab sama dgn no kereta. Sebenarnya minat 313, tapi Bubba dah ambik.

Dulu sekolah rendah kat mana?
Banyak sekolah.
1. SK Anak Askar Pengkalan Chepa
2. SK Bukit Beruang, Melaka
3. SK Batu Lapan, Kuantan
4. SK Pengkalan Pegoh, Ipoh

Ingat lagi nama kelas masa darjah 1 dulu?
Sorry. Dah tak ingat.

Ingat tak nama guru besar?
Lagi la tak ingat.... :D

Dia pakai kereta warna apa?
Tak sure dia ada kereta or tidak.

Kalau masa rehat kat kantin, suka beli apa?
Kat Kelantan dulu suka beli nasi berlauk (selalunya lauk ikan masak pedas cili api) but later bawak bekal je sebab parents bukannya ada duit sangat. Dapat jimat sikit.

Sekolah menengah pulak kat mana?
1. ACS Ipoh (sepenggal je)
2. MRSM Terendak, Melaka

Subjek paling minat masa tu?
Georgrafi

Subjek paling menyampah?
Takde

Kenapa?
N/A lah kan... :)

Apakah dorongan yang membuatkan anda minat belajar?
Parents takde duit

Ingat baris pertama lagu sekolah rendah dulu?
Mintak mahaplah...dah tua..tak ingat...

Nama awek masa sekolah menengah dulu?
Mana ada awek.... :D Belajar je

Ingat nama penuh dia?
N/A

Masa exam ada pakai toyol tak?
Actually sebelum ni saya tak tahu toyol2 ni apa....sampailah Aji buat in-person ni. Nope. Tipu2 tak main :D

Boleh bagitau macamana nak buat toyol paling best sekali?
N/A

Boleh bagi 1 tips sebelum exam?
Jangan baca last minute. Tidur awal sebelum exam bior fresh kepala otak

Cita-cita masa kecik nak jadik apa?
Selain jadik orang macam Antu kata...saya nak jadik angkasawan

Sekarang?
Bukan angkasawan :(

Specialised dalam bidang apa?
Epidemiology & Medical Statistics

Kata-kata peransang yang selalu anda pegang?
'Think!!' Orang kita malas berfikir!

Kampung kat mana?
Batu Pahat & JB

Orang kampung panggil anda apa?
Din

Apa yg best bila balik?
Borak

Makanan paling best kalau mak masak?
Asam pedas lah esp ikan sembilang! Pastu ada telur dia lak tu....Fuhh! Melelleh beb

Minuman kegemaran?
Minuman free. Yg tidak memabukkan :D

Nama kawan paling best kat kampung/sekolah/lepas spm?
Semua kawan

Ada nama special kat rumah masa kecik-kecik dulu?
Takde

Berapa orang adik beradik semua?
Empat

Anda anak ke berapa?
Ke-satu

Kuat gaduh dengan abang/adik/akak yang mana satu?
Jarang gaduh...sebab beza umur 5 tahun...so semua adik gerun :twisted:

Dah berkeluarga?
Dah

Berapa lama dah kawin?
10 tahun

Nama suami/isteri & anak-anak anda?
Zuna
Aisyah, Ahmad, Ammar & Asma' (tu nama penuh depa)

Belum kawin? Bila nak kawin?
Kawin kali ke dua belum lagi.....tengoklah kalau ada jodoh
[pandang kiri-kanan---takut kene piat telinga]

Nak kawin dulu mana korek duit?
Dulu korek semua tabung yg ada.... :D

Katakan waktu isyak masuk pukul 8:30 malam,
pukul berapa anda akan menunaikan solat?
8.30 lah

Apakah objek/barang˛ yang berada di kanan anda sekarang?
Rakib

Kiri?
Atid

Depan?
Komputer

Belakang? ttthehe
Takde apa2 (hopefully)

Sekarang keje kat mana?
UIA

Dah lama?
5 tahun

Lepas pencen nanti nak buat apa?
:( Takde pencen...ambik EPF

Bila waktu paling best korek hidung?
Bila banyak tahi hidunglah :lol:

Bila mula terjebak dalam arena fotografi ni?
Dah lama ada kamera....but lebih serius lepas bela ikan kelisa

Kenapa minat ambik gambar?
Ni susah nak cakap...sebab tak sure sebab apa...sebab suka. Kenapa suka...tak tahulah

Dulu pakai kamera apa?
Memula Canon apatah (jenis filem). Pastu Sony Cybershot DSC-S75. Pastu Canon 300D (beli dari Rawkers)

Sekarang?
Nikon D70s

Minat shoot gambar apa selalu?
Binatang & macro

Siapa yg byk mendorong dalam bidang fotografi ni?
Ikan

Kenangan manis dalam fotografi?
Bila wife puji & suruh gantung kat dinding :D

Ada kenangan pahit?
Bila shoot terlupa rendahkan ISO!!!

Kalau gi shooting, barang apa selalu bawak selain kamera?
Flash

Andaikata la dalam dunia ni takde kamera,
agak-agak sekarang ni buat apa selain buat bodo?
Macam-macam ade :D

Shell ke Petronas?
Selalunya Petronas

Maxis ke Celcom?
Celcom & DiGi

Nokia ke Motorola?
PalmOne Treo650

Buletin Utama ke MyNewsNetwork?
Jarang tengok TV

Berita Harian ke Harakah?
Dua2 tak baca

Metro ke Kosmo?
Dua2 tak baca

The Star ke Malay Mail?
Star

MAS ke AirAsia?
Selalunya MAS sebab kat Kuantan takde Air Asia lagi

Malaysian Idol ke AF?
Err.....Survivor?

Tangan kidal ke suka guna tangan kanan?
Kanan

Minuman panas ke sejuk?
Kan dah kata...minuman free :D

Majalah favourite anda?
DCM - setakat inilah

Stesen radio pilihan anda?
Sinar + IKIM

Rancangan TV paling suka tengok?
Survivor & EPL

Kalau dapat pilih sorang celebrity utk amek gambar kat sebelah,
sapa yg anda pilih?
Err...Aji

Kenapa plak dia?
Takkan tak tau...dialah faling fofular kat FMDC!! :D

Minat sukan apa?
Tennis

Minat team apa?
Err...tak faham? Bola ke? Then MU lah....tapi sayang dia kalah dgn Chelsea hari tu!!! :(

Player paling best sekali agak-agak sapa?
Selain dari Sony & Pioneer macam orang lain kata...saya suka Ronaldinho, footbal player

2 pasukan yang akan ke final Piala Dunia 2006 kat Germany nanti?
Brazil vs England

3 permintaan agar ianya dimakbulkan cepat-cepat?
1. Mati dalam iman
2. Dijauhkan dari azab kubur
3. Masuk syurga tanpa hisab

Siapa orang yang paling penting dalam hidup anda sekarang?
Isteri, anak2 & ibu-bapa saya

Akhir sekali, best ke Fotopages Malaysia ni? Macam poyo je?!
Best. Ada kelas tersendiri.

Apa harapan anda bila join Digital Community ni?
dapat ramai kawan

Terima kasih Dr Jamal
Sama-sama.

Temui Tembeling di http://tembeling.fotopages.com (http://tembeling.fotopages.com)

In-Person sebelum-sebelum ni sila klik di sini (http://www.fotopages.com.my/forum/viewforum.php?f=21)

.

ND
14th June 2006, 02:34 PM
Wahh tembeling...sama la kita...saya mmg suka gile asam pedas dgn ikan sembilang..sodap gilosssss...:D

anyway..nak tanye soalan..

1. Kenapa suka ikan kelisa?...ikan rusa, ikan kancil, ikan myvi, ikan kenari takde ke? :D

risya
14th June 2006, 02:36 PM
Dr.. biarla saya bertanya Dr..

mengenai jawapan Dr bagi menjawab soalan dr mr President kita..

Kampung kat mana?
Batu Pahat & JB

bolehkah Dr jelaskan lokasi sebenar kedua˛ tmpat tersebut.
Terima kasih

*apsal terus jadi skema plak ni ek?!

azryshah
14th June 2006, 02:37 PM
dah lama tak der In-Person nie.. kira yang nie masuk season baru ler yeek :lol:

tembeling wrote :

2 pasukan yang akan ke final Piala Dunia 2006 kat Germany nanti?
Brazil vs England

antara dua pasukan nie pasukan mana yang diminati..

azryshah
14th June 2006, 02:38 PM
Risya wrote :

Dr.. biarla saya menjadi orang pertama bertanya Dr..

Risya no. dua yang bagi soklan nie ler :lol:

buntalshoot
14th June 2006, 02:44 PM
VR sihat tak??? :lol:

zainzubir
14th June 2006, 02:50 PM
... tak der apa nak tanya semua dah terjawab..cuma satu soalan cicir...tahun 2020 berapa agaknya umur Din??..dan soalan bonus, duit EPF selain simpanan hari tua, apa perancangan Din??agak2 kalau masa tu ramai sedara mara nak pinjam duit, maklumlah duit EPF ni bukan sikit2..banyak woi...Din beri tak pinjam?? :roll:

tembeling
14th June 2006, 07:52 PM
Wahh tembeling...sama la kita...saya mmg suka gile asam pedas dgn ikan sembilang..sodap gilosssss...:D

anyway..nak tanye soalan..

1. Kenapa suka ikan kelisa?...ikan rusa, ikan kancil, ikan myvi, ikan kenari takde ke? :D

Bes bes, ada geng...mana nak carik ye asam pedas ikan sembilang ni kat KL? Slurpp

Ikan kelisa? :) Dah lama suka sebenarnya. Dari kecik lagi sebab suka shape dia...seksi siot....& cara dia berenang. So elegant & majestic! Pastu ikan ni salah satu the living fossil. Sama geng dgn arapaima, birchirs etc. Haa...kau...Tu la tanya pasal kelisa lagi....Ni pantang borak pasal kelisa ni. 7 hari 7 malam tak habis :lol:

tembeling
14th June 2006, 07:54 PM
Dr.. biarla saya bertanya Dr..

mengenai jawapan Dr bagi menjawab soalan dr mr President kita..

Kampung kat mana?
Batu Pahat & JB

bolehkah Dr jelaskan lokasi sebenar kedua˛ tmpat tersebut.
Terima kasih

*apsal terus jadi skema plak ni ek?!

Batu Pahat --> Kampung Sungai Dulang, Rengit (Kampung sebelah bapak)
JB --> Tampoi (tapi bukan dalam hospital tu). Ala...dekat je dgn Angsana tu haa...

tembeling
14th June 2006, 07:56 PM
dah lama tak der In-Person nie.. kira yang nie masuk season baru ler yeek :lol:

tembeling wrote :

2 pasukan yang akan ke final Piala Dunia 2006 kat Germany nanti?
Brazil vs England

antara dua pasukan nie pasukan mana yang diminati..

Brazil lah...tapi tak la sanggup nak tunggu pukul 3 pagi nak tengok bebaru ni.. :( Orang tua lah katakan. So far suka Czech main. England....rasa2nya takde harapan.

tembeling
14th June 2006, 07:57 PM
VR sihat tak??? :lol:

VR sihat....tuan dia yg sakit nak tunggu bil hujung bulan tu ha :(

:lol:

tembeling
14th June 2006, 07:59 PM
... tak der apa nak tanya semua dah terjawab..cuma satu soalan cicir...tahun 2020 berapa agaknya umur Din??..dan soalan bonus, duit EPF selain simpanan hari tua, apa perancangan Din??agak2 kalau masa tu ramai sedara mara nak pinjam duit, maklumlah duit EPF ni bukan sikit2..banyak woi...Din beri tak pinjam?? :roll:

2020 --> 50 tahun! :wink:
EPF --> Pendidikan anak....selain dari nak beli Nikon D5Xss :D
Nak bagi pinjam? Sure.....bak cerita Tiga Abdul....20%...20% :lol:

heroMak
14th June 2006, 08:49 PM
DR ni best.. jumpa dia aritu mmg best..low profile n kapla bleh hantuk gak ni... muka org selalu gi surau...

lain kali, mai la lagi...

tembeling
14th June 2006, 10:08 PM
DR ni best.. jumpa dia aritu mmg best..low profile n kapla bleh hantuk gak ni... muka org selalu gi surau...

lain kali, mai la lagi...

Kukusan punya pasal! Wokkay saje.... :lol:

heroMak
14th June 2006, 10:16 PM
kita pakat amik gambo skali..bukan amik gambo tea tarik jek..

tembeling
14th June 2006, 11:03 PM
Bereh! :D

aji
15th June 2006, 06:50 AM
1. Dr apa yang best di ulu tembeling?
2. berapa minit perjalanan kalau naik kereta dpd KL?
3. maxis dapat tak kat sana?
4. kalau ada drift kat UIA habag mai la na

.

tembeling
15th June 2006, 08:38 AM
1. Dr apa yang best di ulu tembeling?
2. berapa minit perjalanan kalau naik kereta dpd KL?
3. maxis dapat tak kat sana?
4. kalau ada drift kat UIA habag mai la na

.

:D

1. Best woo......nyaman....takde jerebu....kehidupan kampung sebenar. Boleh mandi sungai. Naik bot melalui 9 jeram! Ada kerbau!!! :lol:

2. Kalau naik keta.....rasanya harus tak sampai. 4WD maybe :D KL-Taman Negara OK. But dari Taman Negara ke Kampung Bantal...naik bot. 3-4 jam dari Taman Negara. RM35 sehala. Maybe dah naik kut tambang. Naik ikut. Bulan Julai ni saya gi :D

3. Maxis? :D Mobile phone tak dapat langsung. Dulu zaman saya letrik pun takde. Sekarang dah OK dah. Telefon publik ada lah.

4. Drift? Tak faham la Aji....yg lumba keta tu ke? Main NFS cukup lah :D

ND
15th June 2006, 08:45 AM
ohh..Dr Jamal ni baru berumur 36 rupanya...hehe..muda lagi...lagipun life begins at 40...:D

Soalan lagi...

1. Mcm mana anda boleh terjebak menjadi doktor?
2. Apa kenangan paling best dan kenangan paling buruk sepanjang menjadi doktor?
3. Kenapa amik Epidemiology?...kenapa tak amik specialization in neurology ke...cardiology ke...
4. What is your highest target and what do you want to achieve dlm bidang kedoktoran nih...

sekian... :D

risya
15th June 2006, 09:21 AM
Batu Pahat --> Kampung Sungai Dulang, Rengit (Kampung sebelah bapak)
JB --> Tampoi (tapi bukan dalam hospital tu). Ala...dekat je dgn Angsana tu haa...

kalau balik beraya di batu pahat, jemputla dtg ke rumah..

tembeling
15th June 2006, 09:25 AM
ohh..Dr Jamal ni baru berumur 36 rupanya...hehe..muda lagi...lagipun life begins at 40...:D

Soalan lagi...

1. Mcm mana anda boleh terjebak menjadi doktor?
2. Apa kenangan paling best dan kenangan paling buruk sepanjang menjadi doktor?
3. Kenapa amik Epidemiology?...kenapa tak amik specialization in neurology ke...cardiology ke...
4. What is your highest target and what do you want to achieve dlm bidang kedoktoran nih...

sekian... :D

Banyak pulak soalan kau ND :D

1. Mcm mana anda boleh terjebak menjadi doktor?

--> Tak sengaja actually. Kawan tick medic...saya pun tick medic dalam borang masa kat matrik :D But I love medicine

2. Apa kenangan paling best dan kenangan paling buruk sepanjang menjadi doktor?

Kenangan best --> To know & able to care for my patients
Kenangan tak best --> Bila pesakit yang saya jaga mati

3. Kenapa amik Epidemiology?...kenapa tak amik specialization in neurology ke...cardiology ke...

Epid --> sebab dia best lah! sebab lebih banyak dengan masyarakat daripada pesakit secara individu....but mana2 bidang pun bagus. Just personal preference

4. What is your highest target and what do you want to achieve dlm bidang kedoktoran nih...

Highest target --> nobel laureate :wink:

tembeling
15th June 2006, 09:26 AM
Batu Pahat --> Kampung Sungai Dulang, Rengit (Kampung sebelah bapak)
JB --> Tampoi (tapi bukan dalam hospital tu). Ala...dekat je dgn Angsana tu haa...

kalau balik beraya di batu pahat, jemputla dtg ke rumah..

Risya, dok BP kat mana? :wink:

ND
15th June 2006, 09:28 AM
muahahhaahah...saje je tanye soalan byk2...tgh bosan dok opis ni..huhu

azmanshah
15th June 2006, 09:57 AM
... tak der apa nak tanya semua dah terjawab..cuma satu soalan cicir...tahun 2020 berapa agaknya umur Din??..dan soalan bonus, duit EPF selain simpanan hari tua, apa perancangan Din??agak2 kalau masa tu ramai sedara mara nak pinjam duit, maklumlah duit EPF ni bukan sikit2..banyak woi...Din beri tak pinjam?? :roll:

2020 --> 50 tahun! :wink:
EPF --> Pendidikan anak....selain dari nak beli Nikon D5Xss :D
Nak bagi pinjam? Sure.....bak cerita Tiga Abdul....20%...20% :lol:

kalu tahun 2020 umur 50 tahun, u still younggg... :D

heroMak
15th June 2006, 10:59 AM
DR ni awet moodaaa.... senyum je..dpn kelisa jgn ckp laaaa

Raushan Naim
15th June 2006, 11:07 AM
Uncle Tembeling....Kat tengah building UiA Gombak tu ada sungai lalu kan?
Pernah tak mandi manda atau mancing kat situ ke? Kot kot ada kelisa mana tau...hihi

dR ali
15th June 2006, 11:13 AM
hmm... kawan dulu pun pernoh sekoloh kat SK Batu Lapan tu...
tapi ler nih doh tukor namer SK Fakeh Samad... sempene name atok sedare kawan tu... :D

azryshah
15th June 2006, 11:17 AM
Specialised dalam bidang apa?
Epidemiology & Medical Statistics

1. saya tau neurology, kardialogy tapi tak tau epidermiology.. boley doktor terangkan skit :lol:
2. doktor kerja dengan gomen ke atau ader klinik sendiri mcm sesetengah doktor itu..

Kenapa minat ambik gambar?
Ni susah nak cakap...sebab tak sure sebab apa...sebab suka. Kenapa suka...tak tahulah

1. sepanjang doktor mengambil gambar, gambar yang mana yang doktor paling suka dan menjadi kenangan sampai sekarang

lolalolalolalolalola :lol:

ND
15th June 2006, 12:22 PM
epidemiology tu mcm outbreak..kuman...mcm selsema burung..virus ebola dan sama waktu dgnnya...
btol tak doktor Jamal? :D

tembeling
15th June 2006, 01:34 PM
Uncle Tembeling....Kat tengah building UiA Gombak tu ada sungai lalu kan?
Pernah tak mandi manda atau mancing kat situ ke? Kot kot ada kelisa mana tau...hihi

:D Saya duduk UIA Kuantan....ada gak sungai kecik tapi tak pernah mandi kat situ sebab kat rumah dah air paip :wink:

tembeling
15th June 2006, 01:37 PM
epidemiology tu mcm outbreak..kuman...mcm selsema burung..virus ebola dan sama waktu dgnnya...
btol tak doktor Jamal? :D

Pandai ND! Epid ni besar sebenarnya...berbagai-bagai sup-kepakaran....macam2 ada :D

tembeling
15th June 2006, 01:38 PM
kalu tahun 2020 umur 50 tahun, u still younggg... :D

Muda lagi? Agak2 boleh pasang dua tak Papa? :twisted:

p/s Dua body kamera lah.... :D

tembeling
15th June 2006, 01:38 PM
DR ni awet moodaaa.... senyum je..dpn kelisa jgn ckp laaaa

Kat Terengganu banyak kelisa hijau.... :D

tembeling
15th June 2006, 01:39 PM
hmm... kawan dulu pun pernoh sekoloh kat SK Batu Lapan tu...
tapi ler nih doh tukor namer SK Fakeh Samad... sempene name atok sedare kawan tu... :D

Laa....yeke. Tak tau la pulak. Selalu lalu, tak tahu dah tukar nama. :)

tembeling
15th June 2006, 01:44 PM
1. saya tau neurology, kardialogy tapi tak tau epidermiology.. boley doktor terangkan skit :lol:

Epidemiology ni bukan kaitan dgn epidermis tau. Epidermis tu kulit :D Ni kajian tentang populasi, tentang masyarakat. Tengok kesihatan masyarakat secara keseluruhannya.

2. doktor kerja dengan gomen ke atau ader klinik sendiri mcm sesetengah doktor itu..

Gomen je....

1. sepanjang doktor mengambil gambar, gambar yang mana yang doktor paling suka dan menjadi kenangan sampai sekarang

Ada beberapa keping yg saya suka.....macam gambar ni....

http://static.flickr.com/67/164776428_786f1c9b7e_o.jpg

dan beberapa lagi....tapi tu level saya je la. Nak banding dgn otai kat sini, tak leh lawan dgn depa punya.

aji
15th June 2006, 02:24 PM
dr jamal tengok kesihatan masyarakat tu
nampak memang caring betul eeh

so kat UIA buat research ke ni?

.

tembeling
15th June 2006, 02:27 PM
dr jamal tengok kesihatan masyarakat tu
nampak memang caring betul eeh

so kat UIA buat research ke ni?

Semua orang boleh jadik caring...walau apapun bidang & pekerjaan yg diceburi. Malah tulah yg paling penting. :D

Saya research ada, mengajar ada....mentadbir ada. Tapi mengajarlah yg paling saya minat. Mark kertas exam lah yg tak suka sikit....ni tak abis mark lagi paper bebudak tu.

:(

azryshah
15th June 2006, 02:43 PM
wah, banyak keje doktor nie yeek.. mcm2 ada :lol:

risya
15th June 2006, 03:35 PM
Batu Pahat --> Kampung Sungai Dulang, Rengit (Kampung sebelah bapak)
JB --> Tampoi (tapi bukan dalam hospital tu). Ala...dekat je dgn Angsana tu haa...

kalau balik beraya di batu pahat, jemputla dtg ke rumah..

Risya, dok BP kat mana? :wink:

bukit pasir.. kira˛ 7-8 min dr bandar.. tapi kalau kira trafic light dll.. mau berpuluh2 minit jgkla nak sampai bandar.. :lol:

p.s dr ni memberi nasihat yg baik lps sya kluar spital dulu.. *puji skett.. so keep it up dr! selamat memeriksa kertas soklan dr

tembeling
15th June 2006, 05:34 PM
wah, banyak keje doktor nie yeek.. mcm2 ada :lol:

Cari makan...apa nak buat :D

antujahat666
15th June 2006, 05:37 PM
doktor.....saya nak obat utk tangan saya neh...bley tak? dia saket. sian tangan saya. bley tak doktor?

p/s: kem slm kat hayati ek? thehehe..

tembeling
15th June 2006, 05:38 PM
bukit pasir.. kira˛ 7-8 min dr bandar.. tapi kalau kira trafic light dll.. mau berpuluh2 minit jgkla nak sampai bandar.. :lol:

p.s dr ni memberi nasihat yg baik lps sya kluar spital dulu.. *puji skett.. so keep it up dr! selamat memeriksa kertas soklan dr

Kalau bandar Batu Pahat kan....saya suka gi Xian Leng :D Website dia kat http://www.xianleng.com/index.html

tembeling
15th June 2006, 05:41 PM
doktor.....saya nak obat utk tangan saya neh...bley tak? dia saket. sian tangan saya. bley tak doktor?

p/s: kem slm kat hayati ek? thehehe..

Antu ada tangan ke? :twisted: Tu sakit kan.....samada....selalu sangat picit butang kamera or picit keyboard komputer....Betul tak?

InsyaAllah...kalau jumpa Hayati. Same building, different office :D

antujahat666
15th June 2006, 05:48 PM
tangan ader la doktor...yg takder kaki jerks...akekekeke...

ND
16th June 2006, 07:43 AM
Doktor Jamal...bila seseorang itu berak, adakah warna tahi itu melambangkan sesuatu sama ada kita sakit ke...atau ada organ tak berfungsi dgn betul ke ape ke...

saya punya pinggang sakit gile nih..ntah apsal tah...pastu bila berak, kaler hitam je semua...pelik...adehhh..
nak kena gi jumpa doktor esok nih

tembeling
16th June 2006, 08:50 AM

Ye, better gi jumpa doktor. Najis memang boleh menunjukkan samada kita mempunyai penyakit tertentu. Get well soon. :wink:

ND
16th June 2006, 09:30 AM
Thanks Doktor Jamal :D...

AyAres151
16th June 2006, 09:43 AM
ND sebut tahi...aku rasa mual... eiiiyerkk...

tp doktor jamal sebut Najis...baru aku rasa legaa.. heheheheee..

ND..najis ko itam sbb ko kena penyakit Dark Side tuuu..

ND
16th June 2006, 10:12 AM
hahaha...ya yaa...Najis...aku pagi2 tadi tgh blur...nak je sebut taik...wahahhahaha

mamantaro
14th March 2007, 01:07 PM
hai doc...
memula jumpa kat arowanaclub.com ... then jumpa kat FMDC lak... :)

buttet
14th March 2007, 01:57 PM
hi doktor jamal saya nak gulai kancil lag

syamputra
14th March 2007, 06:51 PM
best nyer dapat kena interview ngan host ngatoppp..

bile la aku nak kena interview plak..
hehehhehe

azani
14th March 2007, 07:18 PM
2020 --> 50 tahun! :wink:

Kiranya Tuan Doktor kita ni muda lagi la ... berdasarkan usia Datuk K masa dpt Siti ... :lol:

arulz
16th March 2007, 05:13 AM
cmner dr bahagikan masa keje2 kat ofis..kat U ngan hobi2 ngambik gmbar nie....leh hamba tau....sajer nk betanye pd yg pakar...sbgai pnduan d masa depan.. :lol:

zainzubir
18th March 2007, 11:49 PM
Doktor Jamal...bila seseorang itu berak, adakah warna tahi itu melambangkan sesuatu sama ada kita sakit ke...atau ada organ tak berfungsi dgn betul ke ape ke...

saya punya pinggang sakit gile nih..ntah apsal tah...pastu bila berak, kaler hitam je semua...pelik...adehhh..
nak kena gi jumpa doktor esok nih

Ye, better gi jumpa doktor. Najis memang boleh menunjukkan samada kita mempunyai penyakit tertentu. Get well soon. :wink:

maaf ya dokter, masih hal yg dianggap sesetengah org it's a no no question :wink: tapi cuba kompemkan dgn hanty, betul tak pemakanan kita akan membuat bau najis berbeza2, bukan makan petai atau durian tapi makanan di luar negara dan dalam negara..hanty tanya ni sebab baru teringat semasa di oversea (excuse me) najis berbau lain macam :oops: ..mula2 memang tak perasan tapi bila dah lama2 baru perasan semacam jer odour nya....:lol: :oops: (alamak apasaller tertanya soklan cenggini...mana nak letak muka nims...)

tembeling
19th March 2007, 09:42 AM
hai doc...
memula jumpa kat arowanaclub.com ... then jumpa kat FMDC lak... :)

Oh... :D Kecik nyer dunia ini.....Lupa la, kelisa apa yek Tuan ada? :D

tembeling
19th March 2007, 09:44 AM
hi doktor jamal saya nak gulai kancil lag

Kene gi Tembeling la Buttet weh... :D But frankly speaking saya tak pernah request kancil tu. Orang kampung yg nak jamu kita. Sebab saya lebih suka kancil tu bebas di hutan :D Yg saya bawak balik sekor haritu pun depa yg bagi. Kalau org bagi, saya tak tolak lah :D

tembeling
19th March 2007, 09:48 AM
cmner dr bahagikan masa keje2 kat ofis..kat U ngan hobi2 ngambik gmbar nie....leh hamba tau....sajer nk betanye pd yg pakar...sbgai pnduan d masa depan.. :lol:

Yang paling penting bagi saya ialah perancangan dan penetapan keutamaan. Itu sebab makluman awal sangat penting bagi saya. Yang paling saya tak suka ialah buat kerja last minute....bila kene panggil mesyuarat last minute & sewaktu dengannya. Abis kerja lain terganggu.

Antara fotografi & kerjaya, tiada masalah. Sebab fotografi selalunya di luar waktu pejabat. Malah fotografi dapat menenangkan fikiran dari keserabutan & kesibukan kerja. Saya tak on-call sekarang, so senang lah sikit. Tapi kawan2 saya yg on-call pun tiada masalah join aktiviti seperti ini sekiranya mereka dimaklumkan awal2 lagi.

Next FMDC activity yg saya tunggu ialah:
1. Trip ke Langkawi - hujung April (Bila lah Aji nak announce ni)
2. Trip ke New Zealan - ni kene makan setahun nak simpan duit ni :D

tembeling
19th March 2007, 09:49 AM
best nyer dapat kena interview ngan host ngatoppp..

bile la aku nak kena interview plak..
hehehhehe

Tak lama lagi lah tu...... :D

tembeling
19th March 2007, 09:52 AM
maaf ya dokter, masih hal yg dianggap sesetengah org it's a no no question :wink: tapi cuba kompemkan dgn hanty, betul tak pemakanan kita akan membuat bau najis berbeza2, bukan makan petai atau durian tapi makanan di luar negara dan dalam negara..hanty tanya ni sebab baru teringat semasa di oversea (excuse me) najis berbau lain macam :oops: ..mula2 memang tak perasan tapi bila dah lama2 baru perasan semacam jer odour nya....:lol: :oops: (alamak apasaller tertanya soklan cenggini...mana nak letak muka nims...)

Kalau makan pisang di Malaysia, dan pisang yg sama di Amerika....saya rasa bau sepatutnya sama jela :D

Rasa-rasa jela....sebab saya tak belajar sangat bab-bab bau najis ni dulu. Simple macam.....kalau org yg tinggi kolesterol, najis nyer warna kekuningan & terapung.....kalau ada pendarahan kat perut, najis warna hitam.....Kalau kena kolera....berbuih............Tu ada lah. :D

tembeling
19th March 2007, 09:53 AM
2020 --> 50 tahun! :wink:

Kiranya Tuan Doktor kita ni muda lagi la ... berdasarkan usia Datuk K masa dpt Siti ... :lol:

A-ha...muda lah lagi dari Dato' K tu.....tu yg heran kenapa Siti pilih Dato' K....Dr J kan ada :twisted:

aji
19th March 2007, 12:31 PM
cmner dr bahagikan masa keje2 kat ofis..kat U ngan hobi2 ngambik gmbar nie....leh hamba tau....sajer nk betanye pd yg pakar...sbgai pnduan d masa depan.. :lol:

Yang paling penting bagi saya ialah perancangan dan penetapan keutamaan. Itu sebab makluman awal sangat penting bagi saya. Yang paling saya tak suka ialah buat kerja last minute....bila kene panggil mesyuarat last minute & sewaktu dengannya. Abis kerja lain terganggu.

Antara fotografi & kerjaya, tiada masalah. Sebab fotografi selalunya di luar waktu pejabat. Malah fotografi dapat menenangkan fikiran dari keserabutan & kesibukan kerja. Saya tak on-call sekarang, so senang lah sikit. Tapi kawan2 saya yg on-call pun tiada masalah join aktiviti seperti ini sekiranya mereka dimaklumkan awal2 lagi.

Next FMDC activity yg saya tunggu ialah:
1. Trip ke Langkawi - hujung April (Bila lah Aji nak announce ni)
2. Trip ke New Zealand - ni kene makan setahun nak simpan duit ni :D

dr jamal
kalau kita gi NZ tak bawak bini boleh ke?
apakah alasan dr jamal nak bagi?
nanti saya guna alasan yg sama jugak
wakaka

.

azani
19th March 2007, 01:19 PM
A-ha...muda lah lagi dari Dato' K tu.....tu yg heran kenapa Siti pilih Dato' K....Dr J kan ada :twisted:

K dgn J tu dekat je .... tak lama lagi adalah peluang tu ... macam2 Siti dok ada :wink:
Btw, yers truly ex MRSM Kb

Mazrul
21st March 2007, 11:53 AM
Dr Jamal...

Soklan dari saya pula.
Memandang kan Dr. Jamal dah kira senior dlm bidang photography nih, banyak pengalaman,
bagaiman Dr. menilai kemampuan junior-junior photographer termasuklah saya di FMDC nih.
Apekah perkara-perkara yang boleh ditekankan / di perhalusi dlm membentuk photographer yg berkualiti.
Aspek kelemahan, equipment selection atau knowledge
Ade tips yg baik utk di share...

Boleh share sikit Dr. !

tembeling
23rd May 2007, 10:04 PM
dr jamal
kalau kita gi NZ tak bawak bini boleh ke?
apakah alasan dr jamal nak bagi?
nanti saya guna alasan yg sama jugak
wakaka

.

Alamak!! Sorry lah, tak perasan ada soklan yg belum dijawab....

Jawapan saya...BOLEH!! Kalau kita nak backpacking, rasanya....kene gi bujang lah :twisted: Bagitau la...susah lah...jalan jauh lah....tidur kat kaki lima lah....nanti boring lah sebab kita semua shoot....especially bila buat IR...ntah brapa kali la nak tunggu Aji set kamera dia....kita yg posing ramai2 dah rebeh bibir tahan senyum...

tembeling
23rd May 2007, 10:05 PM
K dgn J tu dekat je .... tak lama lagi adalah peluang tu ... macam2 Siti dok ada :wink:
Btw, yers truly ex MRSM Kb

Jauh beza tuh.....antara K & J tu ada berjuta2 perbezaan.... :twisted:

Sapa lagi ANSARA members sini?

tembeling
23rd May 2007, 10:15 PM
Dr Jamal...

Soklan dari saya pula.
Memandang kan Dr. Jamal dah kira senior dlm bidang photography nih, banyak pengalaman,
bagaiman Dr. menilai kemampuan junior-junior photographer termasuklah saya di FMDC nih.
Apekah perkara-perkara yang boleh ditekankan / di perhalusi dlm membentuk photographer yg berkualiti.
Aspek kelemahan, equipment selection atau knowledge
Ade tips yg baik utk di share...

Boleh share sikit Dr. !

Alahai abams Mazrul.....saya ni umur je senior....pengalaman setahun jagung aje...jadi tak reti lah saya nak komen orang lain.

Bagi saya, sebagai penggemar fotografi ni.....nak cemerlang dalam bidang ni kena banyak memerhati (observe) mereka2 yg bagus hasil seninya dan kita kena tidak segan bertanya. Juga kena banyak tengok gambar orang lain tanpa mengira umur atau peralatan yg digunakan. Sekarang saya suka outing.....dan saya rasa saya boleh belajar banyak masa outing. Kelas fotografi pun bagus, tapi saya suka outing lagi.

Satu lagi saya rasa kita kena lebih merendah diri & sekiranya memberi komen, biar lah komen yg membina & bukan menjatuhkan orang lain. Saya yakin semua orang ada kelebihan & kekurangan.

Saya sentiasa ingat pesan orang alim, "Jadilah seperti lebah. Pergi dari satu bunga kepada bunga yg lain tanpa mengira warna & bau. Apa yg dicari ialah madu nya"

mamantaro
24th May 2007, 07:06 AM
hai doc...
memula jumpa kat arowanaclub.com ... then jumpa kat FMDC lak... :)

Oh... :D Kecik nyer dunia ini.....Lupa la, kelisa apa yek Tuan ada? :D

saya sblm ni ada 2.. YT dgn rtg.. tp skrg cuma tinggal rtg jek... x mampu lagi simpan BR atau BB :P

aji
24th May 2007, 07:14 AM
berapakah duit simpanan dr jamal sekarang
untuk trip ke new zealand tahun depan?

.

shamabd
24th May 2007, 08:33 AM
Dr Jamal.. boleh tak pinjam Nikkon 12-24 dan 17-55 seminggu... nak ambik gamabr sendiri Nikah wkakaka... tu pun kalau jadi

cgmulia
24th May 2007, 09:30 AM
Dr.J,

bila nak jual 80-200???

kekke

tembeling
24th May 2007, 09:53 AM
berapakah duit simpanan dr jamal sekarang
untuk trip ke new zealand tahun depan?

.

Biarlah rahsia......tapi dah kurang sikit sbb baru beli wide angle bebaru ni.....ntah sapa punya racun daa....Aji bagaimana? :twisted:

tembeling
24th May 2007, 09:53 AM
Dr Jamal.. boleh tak pinjam Nikkon 12-24 dan 17-55 seminggu... nak ambik gamabr sendiri Nikah wkakaka... tu pun kalau jadi

Kalau Sham nikah, better pakai macro lens :D

tembeling
24th May 2007, 09:54 AM
Dr.J,

bila nak jual 80-200???

kekke

Bulan Ogos! :twisted:

kingmarul
24th May 2007, 09:59 AM
kalau dh jual nk layan tele mana plak???...
kira 80-200 tu sedekah kt teman lah yeee...
sedekah satu amalan mulia
:twisted:

zainzubir
24th May 2007, 10:01 AM
Dr Jamal.. boleh tak pinjam Nikkon 12-24 dan 17-55 seminggu... nak ambik gamabr sendiri Nikah wkakaka... tu pun kalau jadi

Kalau Sham nikah, better pakai macro lens :D

camner nak aim ni??kat lubang idun penantin ke??atau luban idun jurunikah??cabuuuuts...

buttet
24th May 2007, 10:10 AM
dr J bagaimana nak kurus (syhh jgn kasie tau lain Orang aaa )

tembeling
24th May 2007, 10:27 AM
dr J bagaimana nak kurus (syhh jgn kasie tau lain Orang aaa )

Untuk kau tet....kene selalu gi kg bantal.....dan lompat kat atas jeti tu sampai *tuuuuuut* tiap2 hari

cgmulia
24th May 2007, 11:35 AM
ok.. bulan ogos saya halo..

kekek