PDA

View Full Version : Aktiviti: Festival Landskap & Taman Antarabangsa 2006



ray-shade
15th June 2006, 03:32 PM
Pertadingan Fotografi yang bertemakan 'The Oasis Of Beauty' (Wadi Keindahan) akan diadakan di Taman Tasik Perdana. Borang pendaftaran mesti sampai kepada jawatankuasa pertandingan sebelum/pada 29 jun 2006. Pertandingan hanya bermula pada 6 Julai 2006 hingga 4.00 petang 10 Julai 2006.

untuk keterangan lanjut sila dapatkan UTUSAN MALAYSIA hari ini 15 Jun 2006.

Sekian Terima Kacihhhh... :D

Copy daripada falyna*

Iklan/borang ada dlm akhbar-akhbar tempatan dan http://www.laman2006.com/photography.pdf
ataupun boleh lawat http://www.laman2006.com

* edited by aji

.

mkrash
15th June 2006, 08:40 PM
Menarik ni.. Hadiah pertama RM 1000.00 bukan nak hadiah pong tapi experience camna nak amik gambar untuk competition mesti cun.. Apa kata Aji jadi kan ni sebahagian FMCC/FMDC official xtvt so ramai ramai gi shoot hari yang sama

dinictis
16th June 2006, 07:06 AM
Thanks for the info. Terlepas beli Utusan Malaysia 15 Jun. Hari ini rasa-rasa ada lagi tak? Setuju dengan pendapat Mkrash, jadikan acara satu aktiviti untuk FMDC.

falyna
16th June 2006, 08:37 AM
ha betul tue..sya baru nak war-warkan...tengok dah dipostkan oleh ray-shade..time kaseeeyy!

FESTIVAL ANTARABANGSA LANDSKAP & TAMAN MALAYSIA 2006 (LAMAN2006) akan berlangsung dari 6-16 Julai 2006.

Tema : Wadi Keindahan (The Oasis of Beauty)
Tempat : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Tiket : Dewasa (RM3)
Kanak-kanak (6-12thn) - RM1
Bawah 6thn - Percuma
Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma
Lingkungan Flora : RM1
Waktu Operasi : 10 am - 10 pm

Iklan/borang ada dlm akhbar-akhbar tempatan dan http://www.laman2006.com/photography.pdf
ataupun boleh lawat http://www.laman2006.com

*Saya mewakili penganjur mengalu-alukan penyertaan org. ramai terutamanya geng2 FMDC !!

dinictis
16th June 2006, 08:41 AM
Thanks for the detail info falyna. Tercari-cari gak info and borang dia. Thanks again.

Saya dah daftar hehehehe. :twisted: :twisted:

zainzubir
16th June 2006, 09:48 AM
terima kasih rayshade dan Falyna...Taman Tasek Perdana ini Lake Garden kan??dekat tugu tukan??

Jom kita set satu hari beramai2 kesana....jom..jom...(sambil tarik bag kamera ala2 nak balik kg beraya...) :lol:

falyna
16th June 2006, 10:08 AM
ya betul tue aunty....spuloh markah..heheh... pakat ramai2 pi menembak(shooting) kat sna... :P
haaaa.. LINGKUNGAN FLORA yg masuk kena RM1 tue sebenarnya merupakan kawasan tertutup di mana suhunya dikawal khusus utk pameran bunga-bungaan segar.... :)

:? ishh..aku nie leh masuk ke petandingan nihh...

zainzubir
16th June 2006, 10:13 AM
jika tertengkut2 kaki masuk boleh jatuh kategori kurang upaya tak?? (sambil praktis tengkut steps...mana tau dapat masuk free...) cabutts....

seriously Falyna tak payah ler masuk...tolong dapatkan kami ticket free jadilah....tak pun sponsor kami air mineral ke karipap ke... :lol:

aji
16th June 2006, 10:14 AM
mkrash & dinictis
semua aktiviti yang korang join
adalah aktiviti FMDC sebenarnya
ttthehe

takpe nanti kita ubah tajuk dia
jadikkannya official ok
so sesapa yang plan nak gi tu nanti
try la regroup

thanks ray-shade & falyna for the concern

.

falyna
16th June 2006, 10:20 AM
haha..boley tu aunty..xpe..pandai2 la belakon....

*tiket free?hehe..sya xde power utk tue..ntah2 sya sendiri kena bayar nak masuk..coz sya bukan urusetia..cuma tukang promosi je..ekekke...

kasuke
16th June 2006, 10:37 AM
ok.. so utk pertandingan ni, kene register kn?

nk kene register sendiri2 atau group, aji?

dinictis
16th June 2006, 10:44 AM
Setakat ni saya dah edar borang penyertaan kepada 5 geng office yang minat photography dan 3 daripadanya dah antar penyertaan. Kami fax jer tadi but lum dapat pengesahan penyertaan lagik dari pihak terbabit. Peta kawasan pameran boleh didapati disini http://www.laman2006.com/plan.zip dan untuk peta kawasan tertutup sila klik disini http://www.laman2006.com/fplan.zip

Cepat Auntie jangan terlambat... hehehe Bro Aji memang best hehehe....

aji
16th June 2006, 10:45 AM
kasuke
print je seniri pastu fax kat diorang
macam dinictis kucing bandar tu buat
ttthehe

.

falyna
16th June 2006, 10:52 AM
DAFTAR PENYERTAAN SEBELUM 29 JUN 2006. so, cepat le kengkawan!

ND
16th June 2006, 11:43 AM
fuhh best nih kalau join...lagi best kalau ada macro lens & wide angle lens :D

aji
16th June 2006, 11:49 AM
members fmdc yang nak join tapi takde fax
boleh bagi details seperti berikut

nama:
no.k/p:
jantina:
alamat:
poskod:
pekerjaan:
no.handphone:

nanti aji tolong faxkan
no problem
hari ni je bleh tolong
hari lain takut tak sempat

.

ND
16th June 2006, 12:21 PM
aku dah fax kat organizer tu dah :D

mkrash
16th June 2006, 12:28 PM
Ok.. Aji set kan masa dan tarikh untuk reramai masuk dan shoot..

Mungkin Sabtu 8/7 atau Ahad 9/7 kot..

aji
16th June 2006, 12:40 PM
aji takde kat sini kot time tu
korang bleh regroup sendiri takpe

.

kasuke
16th June 2006, 01:22 PM
ok! done!
dh submit 2 borang!

hehe.. gud luck geng!!!

mkrash
20th June 2006, 07:55 AM
Petang semalam Org Jabatan Lanskap Telephone for confirm... so bila FMDC Geng cadang nak pergi ? Menurut nyer gambar kena submit pada 10/7 - Ahad 4:00pm , so kalau pergi hari lain mungkin kena datang balik hari ahad tu untuk submit gambar...

dinictis
20th June 2006, 08:33 AM
Petang semalam Org Jabatan Lanskap Telephone for confirm... so bila FMDC Geng cadang nak pergi ? Menurut nyer gambar kena submit pada 10/7 - Ahad 4:00pm , so kalau pergi hari lain mungkin kena datang balik hari ahad tu untuk submit gambar...

Uiks belum dapat panggilan tel dari diorang ni.... so far siapa yang dah hantar borang untuk acara ini... sila beri nama...

1. Kasuke
2. Dinictis
3. Mkrash
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

azryshah
20th June 2006, 08:38 AM
tak dpt nak join sebab belah utara nie ader Zooming d' Tepeng... selamat berjaya semua kawan2, dpt RM1000 boley ler open table huhuhu :lol:

buntalshoot
20th June 2006, 08:48 AM
sama la ngan azry...dah janji ngan model2 kat zoo taiping... :D

ND
20th June 2006, 10:38 AM
Uiks belum dapat panggilan tel dari diorang ni.... so far siapa yang dah hantar borang untuk acara ini... sila beri nama...

1. Kasuke
2. Dinictis
3. Mkrash
4. ND
5.
6.
7.
8.
9.
10.

ND
22nd June 2006, 11:57 AM
Tadi pihak organizer baru call utk pengesahan nama saya...
dia kata kalau kita nak masuk dlm kategori professional pun boley...hhahaahah...

mkrash
22nd June 2006, 12:05 PM
Kategori pro kena pakai filem kan? .... Kalau filem kena pakai Slide filem ni baru gambar gempak...

Mana aku gi letak aku nyer FM10 nih.. ishk .. nak gak try

dinictis
22nd June 2006, 12:55 PM
Sama la ND, td En Mohd Yazid call mengesahkan penyertaan saya. Dari perbualan tadi, saya telah diinform bahawa surat rasmi akan dihantar sebelum 6hb dan insyallah satu taklimat akan diadakan pada 5 atau 6hb ia akan diconfirmkan oleh pihak Lanskap Negara. So setakat ni hanya 4 orang jer ker yang join competition ini. Kepada yang belum cepat-cepat sertainya... kita sesama cari pengalaman, menang kalah itu cerita lain... rebut lah peluang ini.... (Iklan jap) kekekeke....

Best ni kalau ada wide angle 10mm.... cuba http://www.fotobyimran.com beliau selalu menggunakan 10mm semasa mengambil gambar. Org singapore dia, photo beliau mmg best.

ND
27th June 2006, 02:07 PM
So, jom lah gi sama2 nanti...kita shoot sama2...mari mari mari!

zainzubir
27th June 2006, 02:27 PM
tak silap hari ini last day of registration kan??auntie minta bantuan Aji, tapi tak tahu aji now abroad :cry: :cry: :cry: wei..ada sesaper ada no fax tak...I went to its website....tak dapat byk membantu tak boleh access...

fathinz
27th June 2006, 02:35 PM
aunty, fathin pun last week a pm bro aji...
tapi takder reply.... hmm.....

shaifulrizal
27th June 2006, 02:45 PM
aji sibuk la tuuu..hihihihih

mkrash
27th June 2006, 03:04 PM
tak silap hari ini last day of registration kan??auntie minta bantuan Aji, tapi tak tahu aji now abroad :cry: :cry: :cry: wei..ada sesaper ada no fax tak...I went to its website....tak dapat byk membantu tak boleh access...

Auntie nak saya tolong Fax boleh..

zainzubir
27th June 2006, 03:36 PM
[

Auntie nak saya tolong Fax boleh..

Terima kasih, Kamal sentiasa menghulur bantuan waimma fax mendealah ini pong dia dah lakukan buat auntie....Really appreciate his effort dlm membantu mereka2 spt auntie ini, nak cari jalan dia bantu, auntie nak balik dr kelas Abg Jenal pun dia yg dtg ke kereta tanya.."auntie tahu nak balik camner..."..now tolong fax lak.....thank you from the bottom of my heart...ceh auntie kamu dah cakap ongputih dah....

mkrash
27th June 2006, 04:15 PM
small matter..

bluesKL
29th June 2006, 12:34 PM
Uiks belum dapat panggilan tel dari diorang ni.... so far siapa yang dah hantar borang untuk acara ini... sila beri nama...

1. Kasuke
2. Dinictis
3. Mkrash
4. ND
5. bluesKL
6.
7.
8.
9.
10.

mkrash
3rd July 2006, 11:12 AM
Dah dapat call dari AJK pertandingan. 6 HB Ada briefing sapa sapa pergi tak..? So schedule nak shoot bila sebab tempat ni besar tak ingat ..

ND
3rd July 2006, 11:16 AM
Tu la...dah dpt call 6 jun..khamis ni ada briefing kul 10am...
waktu kerja lak tuh..camne nak gi..
ada sesapa nak gi tak?..bleh wakilkan...bleh ambik kan tag dan dgr syarat2nya...

kudean
3rd July 2006, 11:21 AM
aku mungkin pergi 6hb tuh .. sebelah pagi .. budget org tak ramai pergi .. korang nak ape ? .. kot2 aku boleh tolong ..

rgds

buntalshoot
3rd July 2006, 11:32 AM
aku nak gi ari sabtu...
ada saper2 nak ikut??? :roll:

ND
3rd July 2006, 11:38 AM
yg 6 jun tu semua peserta kena hadir...sbb briefing...
tapi aku rasa kalau ada wakil yg dtg, boleh la kot ...

kasuke
3rd July 2006, 01:43 PM
hah.. 6 aribulan.. waktu keje lak tu

aku pun konfius camne nk ckp ngan bos aku ni h.. kalo boleh tlg wakilkn.. mintak tlg la sgt2.. amik dan sampaikn ape2 yg patut

zainzubir
4th July 2006, 02:56 PM
Saya baru di maklumkan oleh Cik Sina ( 019-3266349) mengenai briefing pada pagi 6 haribulan tersebut. Menurutnya kita tidak perlu pergi, tapi lebih baik menghadirinya untuk taklimat oleh juri pertandingan. Jam taklimat adalah 9 pagi di tasik Perdana . Anak saya Adeeba belum diketahui samaada diterima atau tidak menyertai pertandingan tersebut memandangkan anak masih berumur 13 tahun dan akan hanya berumur 14 tahun pada 10/7 ini iaitu tarikh tutup penyertaan...mereka akan maklumkan samaada diterima atau tidak penyertaan ini sebentar lagi. Sebenarnya, tujuan menyertai pertandinagn ini adalah lebih kepada "menemani anak si Deeba ini" sama seperti mana2 pertandingan lain atau bengkel2 fotografi yang lain, she is still young and if she needs to be exposed in the world of photography she has to be accompanied by her parents...gitulah gamaknya...


*baru terima panggilan, Adeeba has to be 15 not 14 on 10/7 (or this year)...nampaknya dia tak boelh sertai..so..saya terpaksa fikit 2 kali utk sertai pertandingan ini... :cry:

zainzubir
4th July 2006, 03:48 PM
Maklumat terbaru yang di terima:

1. Submission 10R size prints maximum 5 - jika guna digital camare kena submit softcopies as well

2. Gambar boleh ci capture bila2 dari 6 - 10/7 , tarikh tutup penyertaan juga submission adalah 12.00 tengahri 10/7

3. Tiada apa2 bayaran untuk penyertaan pertandingan, tetapi kena guna borang yang disediakan. (boleh didapati di organiser's village)

4. Bayaran hanya dikenakan di pintu masuk iaitu RM3/

Apa2 pertanyaan sila hubungi cik Sina - 019-3266349

mkrash
5th July 2006, 05:00 PM
aku mungkin pergi 6hb tuh .. sebelah pagi .. budget org tak ramai pergi .. korang nak ape ? .. kot2 aku boleh tolong ..

rgds

Kudean.. Kalau hang pegi wakil kan kita org leh.. tak pastu inform ler apa apa info ..

terima kasih

zainzubir
5th July 2006, 08:24 PM
God willing I'll be there too Kudean. Tapi sebelah mana nak parking eik??jika jejauh..auntie akan u-turn dan balik shj... :wink:

dinictis
6th July 2006, 12:51 AM
Insyallah saya akan hadir ke Taklimat Landskap pada esk pagi. Minggu ni penat giler since hari Isnin tiap-tiap malam saya pergi ke Istana Budaya untuk cover event culture sempena Festival Kuala Lumpur. Siap dapat pas media lagi. Pergi sebagai Photographer rasmi company. Dapat guna lense Canon 20D and Lense 24-70 f2.8 and Lense 70-200 f2.8. Kesemua gambar insyallah akan digunakan untuk Majalah-Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga buku teks yang dikeluarkan oleh Dawama.

Ni pun gi landskap atas urusan rasmi syarikat. Kena cover semua jenis landskap dan tumbuh-tumbuhan. Setakat ni semua pic yang diambil belum sempat lagik diproses. Auntie gi kan...

falyna
6th July 2006, 08:17 AM
..sesapa yg gi Laman tue silalah pakai sport shoes/sandals yg selesa... takut nanti melecet plak kaki nak round semua...

mkrash
6th July 2006, 07:23 PM
ada sesapa pergi briefing...? :)

zainzubir
6th July 2006, 07:28 PM
Baru beberapa jam balik dari Tasek Perdana..amat letih...pengalaman yang tidak dapat dilupakan..dan tidak mungkin saya kesana lagi..terlalu jauh dan memenatkan bagi wanita berumur 46 tahun seperti saya...Mungkin images yang saya capture tidak akan disubmit untuk pertandingan melainkan ada yang dapat membantu untuk menghantarkannya nanti kesana...it's too far in and quite a distance from the parking lot.... :cry: Sebenarnya walaupun 7jam (minus briefing, berbual dgn Pak Wan, makan tengahari dan rehat2) disana, masih tidak dapat habiskan semua kawasan pameran...Berhenti sehingga kawasan pameran rumah sarawak dan Johor.... :wink:

kasuke
6th July 2006, 09:12 PM
erks auntie.. tu je ke laporan dier?

lain2 perkara penting auntie?
memang kene amik kat kawasan "wadi keindahan" tu saje ke?

zainzubir
6th July 2006, 09:32 PM
Lapuran ringkas:

Taklimat oleh En.Yaazid - yg penting, tarikh tutup 10 July 2006, jam 12 teghahari, images 5 keping 10R maksimum dan softcopies sekali.

Taklimat juri, En. Hamzah- stress on compositioning

Taklimat auntie pula: auntie nasihatkan bawa perkakasan yg perlu shj, jgn berat2 sgt :wink: pastikan cat2 basah :lol: (pants auntie kena cat kunin...baguslah tu...byk kawasan pameran masih under construction..aparaaahh.. :evil: )

Nasihat tambahan:
1. pergi petang/mlm, sebab pagi hanya dibuka pada jam 10 pagi, by then matahari dah terik..tapi tadi auntie main hantam jer ..sebab dah hilang minat dan mood utk mengcapture :lol: dan tidak bercadang kesana lagi..waimma korang paksa sekali pong...(auntie pun heran kenapa lah auntie beriya2 kesana, tapi bila disana macam tak best jer..)
2.Jgn salah anggap, disana sebenarnya banyak kawasan pameran yg menarik dan indah, pergilah 2-3 kali ke hari2 jika larat...auntie paling suka rumah Johor..very serene, ada reban ayam yg amat cantik siap ada ayam sekor lagi didlmnya..yg seni taman Indonesia wokeylah gitu2 jer...Singapore is too simple.. :wink:
3.Sebaik2nya bermula dari Taman kanak2(playground dekat parlimen dan dari situ buat pusingan, dgn cara ini lebih sistematik...auntie tadi bermula dr tenagh ..satu kesilapan besar... :cry:

**Pergi cecepat, ada bunga tentu akan layu by the third day or fourth..sebab bunga tu bunga mmg tak tahan lama... :wink:

ND
6th July 2006, 09:42 PM
aunty, dpt tag tak?

kasuke
6th July 2006, 10:01 PM
nd nie.. sibuk ngan tag..
macam pengumpul tag plak!

kui kui kui


..errr... agak pelik tgk muke sendiri kt sebelah kiri nih.. nk tuka aaa

ND
6th July 2006, 10:20 PM
bukan nak kumpul tag...sbb org tu kata peserta dpt tag masa briefing hari ni...
so, masa briefing je dpt tag..tu yg tanye tu...
lagipun tag tu digunakan sbg pass utk masuk memana tempat kat lake garden..

kalau tak dpt, tak kisah aa...

kasuke
6th July 2006, 10:39 PM
elelele.. majuk la plak..

hehe.. ha auntie.. nk gak tau.. kalo dpt, saye nak.. sae suke .. saye mmg pengumpul tag pun! ;)
kui kui kui

buttet
6th July 2006, 11:35 PM
aku dgn kuden dah jogging tadi..xsemua cun..ada sesetengah aku suka..mcm jogging ajo aku skrang ni

eidozs
6th July 2006, 11:37 PM
u can view my pics of LAMAN 2006..
i'm still a beginner in digital photography..
feel free to comment..

mkrash
7th July 2006, 12:17 AM
u can view my pics of LAMAN 2006..
i'm still a beginner in digital photography..
feel free to comment..

Kat mana ?

eidozs
7th July 2006, 01:13 AM
kantoi tol..
sila gi my FP..

http://eidozs.fotopages.com

zainzubir
7th July 2006, 08:51 AM
dah tengok fp..cantik dan menarik... :wink:

utk makluman semua, tag mmg tidak diberi dgn tujuan utk tidak membezakan yg prof photog dan amaturrrrr...(katanyalah....) dan jgn lupa anda kena beli ticket setiap kali masuk kesana, jgn harap nak masuk free...w/bpun auntie masuk free sebab ticket counter belum buka...dan dari pintu masuk...naik buggy bersama event manager.... :wink:

ND
7th July 2006, 08:56 AM
Roger that Aunty...nasib baik dia buat camtu...:D

dinictis
8th July 2006, 09:05 AM
ada sesiapa yang pergi hari ini. Saya nak kesana ni bye

zainzubir
10th July 2006, 12:04 AM
Ini anatara images yang saya capture hari itu, saya tidak bercadang dipertandingkan memadai sebagi koleksi peribadi :wink: WHY??Malas nak ngantau cuci dan perlu jalan jauh utk dihantar semula kesana...(I detest apa2 juga waimma pertandingan atau pameran yg menyiksakan dan menyusahkan....saya rasa 2 tahun akan datang saya akan cuba, jika sihat...apa2pun maaf kepada Kamal, kerna telah bersusah payah tolog hantar fax, tapi auntie tidak jadi menyertai pertandingan tersebut...mungkin mood down, sebab Adeeba tidak berpeluang menyertainya..so..biar adil, dedua tak payah masuk/sertai pertandingan...) :lol:

http://img175.imageshack.us/img175/3442/lmn19sc.jpg

*Kepada yang akan menyertai pertandinagn..jgn lupa submit by 12 noon tomorrow...and good luck, jika menang kita tumpang gembira...

kasuke
10th July 2006, 07:39 AM
hm.. autie.. saye tatau la sempat antar ke tak..

haahla.. pertandingan ni mmg agak leceh skit..
tp.. hmm.. insya allah kalo sempat, anto ler...
bley email gambar ke ek>?

zainzubir
10th July 2006, 08:50 AM
JIka boleh email...18 keping auntie email... :lol: but sad to say, they make my life so difficult..macam org ajak2 ayam jer suruh masuk pertandinagn...menyusahkan...2 tahun lagi insyallah..by then Adeeba dah 16 tahun...dah boleh masuk bertanding... :wink: She's 14 today...kurang satu tahun utk sertai contest... :cry:

shaifulrizal
10th July 2006, 08:52 AM
mana gambar nya oit!

kasuke
10th July 2006, 09:03 AM
alamak1 boleh email ke auntie??

camne saye tatau nie??

ape email die ek?
saye pun malas nk g sane balik
kaki sakit aa

ND
10th July 2006, 09:24 AM
Saya tak sempat nak amik gambar kat sana..ish ishhh..

mkrash
10th July 2006, 10:34 AM
Tak per auntie saya pon tak sempat.. gi mungkin tak g kot.. :? walau dah berkobar kobar...

Tak tau lak submissionkena print 10R... ingat Jabatan landscape ni nak kumpul gambar je kot.. tak yah print sendiri dah siap portfolio...

zainzubir
10th July 2006, 10:58 AM
kasuke...TAK BOLEH EMAIL ma....
sepol nak lagi gambo??tunggu eik...auntie baru habis masak nih...sat eik..sat... :wink:

zainzubir
23rd July 2006, 08:45 PM
Saya baru insert beberpa images lagi di fp saya...siallah lawat eik??tak perlu bayar RM3/ spt yg dikenakan di Lake Garden tu.... :lol:

http://img95.imageshack.us/img95/6231/laman10ib9.jpg