PDA

View Full Version : Tazkirah Of The Day: Sampaikanlah ilmu walau sebaris ayat



Pages : [1] 2

risya
21st June 2006, 08:34 AM
Assalamualaikum & hi all..

geng FMDC sure byk terima email tazkirah.. @ dgr tazkirah kat radio/tv @ g ceramah mana².. tak semestinya kena ayat quran or hadis.. but maybe kata² hikmat .. so how bout we share kat sini?

so sya mulakan dgn sepotong hadith.. bismillahirrahmannirahhim..

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda;
"Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

moga dipanjangkan..

mr_bun
21st June 2006, 08:45 AM
bagus bukak thread nih..saya hari2 dapat sepotong hadith dari kawan melalui YM..so daripada saya baca then tutup..baik share dgn semua orang..


Batas-batas Dalam Berhias

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

Riwayat Ibnu Mas’ud

zainzubir
21st June 2006, 09:20 AM
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai
mati
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Barangsiapa dikeluarkan dari neraka
dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah)
bahawa kehidupan didunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185).

Dimaklumkan di sini, Insya'Allah Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan
menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah 2 Hari, yang bakal diadakan pada
24-25 hb Jun 2006 ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Program : Kursus Pengurusan Jenazah 2 Hari Anjuran Masjid Asy-Syakirin,
KLCC
Anjuran : Masjid Asy-Syakirin KLCC.
Tempat : Dewan Masjid Asy-Syakirin
Tarikh : 24-25 hb. Jun 2006 ( 8.00 pagi - 5.00 petang ).
Peserta : Terbuka.
Yuran : RM30.00/Seorang.
Tarikh Tutup Penyertaan : 23 Jun 2006 Jam 3.00 petang.


TENTATIF PROGRAM

Sabtu ( 24 Jun 2006 )

8.00-9.00 pg. : Pendaftaran peserta

9.00-10.30 pg : Pengisian 1: Adab Ziarah orang sakit -
Perkara yg perlu dilakukan terhadap orang yang sedang nazak
Oleh Ustaz Marngi ( Majlis Agama W/Persekutuan ).

10.30-11.00 pg : Rehat , Makan pagi

11.00pg-01.30 tgh. : Pengisian 2 :Teori Pengurusan Jenazah oleh
Ustaz Abd Hamid Ghani (Jab. Agama W/Persekutuan).

01.30tgh-2.00 ptg : Makan tengahari / Solat zohor berjemaah

2.00-4.30 ptg : Pengisian 3: Urusan pengkebumian Dan permasalahan
di tanah Perkuburan oleh Penceramah Jemputan.

4.30- 5.00 ptg : Minum petang / Solat Asar / Tamat Sesi Hari
Pertama.


Ahad ( 25 Jun 2006 )

8.30-9.00 pg : Pengisian 4: Latihan Amali : Penyediaan
Peralatan Mandi Jenazah L/P oleh Ustaz Abd Hamid Ghani
* L=Dewan Atas * P=Dewan Bawah

9.00-10.30 pg : Pengisian 5 Latihan Amali : Praktikal
Memandi & menkafan Jenazah L/P oleh Ustaz Abd Hamid Ghani
* L=Dewan Atas * P=Dewan Bawah

11.00pg-01.30 tgh. : Pengisian 6: Solat Jenazah, Amalan Baik &
Perkara Yang Berkaitan Kematian Us Ahmad Nazri Mohd Noh.

01.30tgh-2.00 ptg : Makan tengahari / Solat zohor berjemaah

2.00-4.30 ptg : Pengisian 7 : Hutang Dan Wakaf Faraid Dan Wasiat
oleh Penceramah Jemputan.

4.30- 5.00 ptg : Minum petang / Solat Asar / Penilaian Kursus
/ Penyampaian Sijil / Penutup.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran berhubung program ini sila hubungi Pejabat
Masjid Asy-Syakirin KLCC no. telepon 03-2380-1291/93 atau layari laman web
http://www.masjidklcc.com. atau reply melalui e-mail ini.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga
ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

azryshah
21st June 2006, 09:30 AM
Saya pun nak menyelit jugak.. jgn mare :oops:

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga."

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam.

p/s:Segala yang terbaik datangnya dari Allah s.w.t dan yang segala yang buruk,hina dan dina datangnya dari saya sendiri.

aji
21st June 2006, 10:08 AM
" semua mata akan menangis di akhirat,
kecuali mata yang berjaga di jalan Allah,
mata yang menangis di dunia dan mengeluarkan air mata kerana takutkan Allah
walau sebesar kepala lalat "

mafhum hadis nabi saw

:D

heroMak
21st June 2006, 11:17 AM
alhamdulillah... jazakumuLLAh

dinictis
21st June 2006, 11:26 AM
Bagus thread ni...

risya
21st June 2006, 03:48 PM
one more for today.. Balasan pada yang meninggalkan solat

Bahawasanya dosa meninggalkan solat adalah tergolong dalam dosa besar. Jika dosa ini dilakukan seseorang kemudian meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka balasan dari dosa ini adalah masuk ke dalam api neraka. Jika mereka sempat bertaubat maka insya Allah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT, dan mengganti solat² yang telah ditinggalkan. Sebab Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran akan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat (taubat nasuha).

Dalil balasan dosa meninggal solat.

Firman Allah SWT maksudnya:
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat".
(Al Mudatsir, 42-43)

p.s Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

wallaua'lam

mr_bun
22nd June 2006, 09:41 AM
Tanggungjawab Sosial

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."

Abu Daud dan at-Tirmidzi

heroMak
22nd June 2006, 11:00 AM
yang risya cakap tu menimbulkan ketakutan pada diri saya..

tapi yang mr bun cakap tu, aduhh...lagi buat saya takutt..

na'uzubillah..moga kita semua dalam lingkungan rahmah dan kasih sayang NYA.

azryshah
22nd June 2006, 11:24 AM
Tazkirah utk Hari Ini..

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.

Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati tapi dengan tanpa berkata-kata dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, hingga bertemu sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya mencuba utk berenang namun nyaris tenggelam, dan berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai pulih dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menampar dan menolong sahabatnya itu bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidakkan hilang ditiup angin."


Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik dengan suami/isteri, kekasih, adik/abang, keluarga, dll, kerana sudut pandangan yang berbeda...

Oleh sebab itu cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan peristiwa silam. Manfaat positif dari 'continuous relationship' mungkin sekali jauh lebih besar manfaatnya berbanding kekecewaan masa lalu. 'Nobody's perfect', so.. belajarlah menulis di atas pasir. :lol:

heroMak
22nd June 2006, 01:48 PM
"ku tuliskan, ku utuskan pada bayu-bayu dan angin lalu, sebaris doa dan hajat padaMu Yang Satu,
moga pada setiap hembusan angin yang menyapa wajahnya yang sayu, ada bersama rahmat dan kasih sayang dariMu, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidupnya...

dan pada setiap kali malaikat membawa doa itu dan dia terasa hembusan di wajahnya, moga pada ketika itu, dia mendoakan aku hal yang sama..."

tuliskan pada angin..moga malaikat menyebarkan kepada mereka yg jauh di mata kita, dekat di hati.. SPERTI DI FMDC!

khas untuk anda..bukak tingkap dan feel the wind n breeze... :)

zainzubir
22nd June 2006, 01:51 PM
Di topik ini rasanya amat sesuai di kongsi berita ini :wink:
..........
Kongsi raya- Mufti Harussani's comments
21 June, 2006


The ulama’s call for the Government to review practices such as "Kongsi
Raya" celebrations and open house to check the erosion of the faith of
Muslims has sparked an interesting debate. Datuk Seri Harussani Zakaria,
chairman of the working committee of the Ulama Conference 2006, tells M.
HUSAIRY OTHMAN why the practices contradict the syarak law. Prof Shamsul
Amri Baharuddin, Universiti Kebangsaan Malaysia’s director of the
Institute of the Malay World and Civilisation, offers his counterpoint to
SAIFUL AZHAR ABDULLAH. ‘Attend but do not join in’ - Datuk Seri
Harussani Zakaria

Q:What did you actually say in your speech at the close of the Ulama
Conference 2006 in Ipoh on Tuesday?

A: I relayed the collective decision reached by the National Fatwa Council
that Muslims cannot conspire or join in the celebration of the festivals of
other religions. They can only celebrate Islamic festivities.

Q: Is it all right for Muslims to visit their non-Muslim friends during such
festivals?

A: Yes, but not for the purpose of celebrating that particular day.
Since we have a multi-racial population and live next to each other in the
same neighbourhood (it is permissible for Muslims) to attend functions which
we have been invited to. We are merely fulfilling the invitation, not
celebrating the festival.

Q: What about open house held at state and national levels? Is it "haram"?

A: Yes. This should not be nationalised. Even in China, it (Chinese New
Year) has not been nationalised. In several (Christian) countries abroad, it
(Christmas) has not been nationalised.

If the Prime Minister or Menteri Besar wants to hold open house during Hari
Raya, it should not be a problem. When our (non-Muslim) neighbours hold open
house, we can go on the basis of friendship.

Q: What about Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais
Yatim’s statement that national-level open house is good for society in
line with efforts to promote Bangsa Malaysia?

A: We can promote Bangsa Malaysia in other ways such as during the National
Day celebrations. Invite all Malaysians to come on that day and make the
pledge to protect and defend the country.

But then again, on that day, the majority of the crowd on the field at
midnight are mostly Malays and the same goes for those seen at the field the
next morning.

All should attend, but what we have seen are only Malays. Others do not
celebrate apart from those holding high ranks or posts.

This is quite disappointing. Why are we so adamant in celebrating the
festivals of others when they do not do the same?

Q: What about Dr Rais’ statement that ulama should make an official
statement to the Government on the matter and substantiate their views with
concrete findings?

A: We have handed over our findings (on the "Kongsi Raya" and open house
issues) to the Islamic Development Department (Jakim) back in 2004 to be
forwarded to the Government, but this was not done.

We reached the decision collectively, it was not my decision. You can see
for yourself that during national-level Christmas or Chinese New Year
celebrations, 80 per cent of the crowd were Malays. It would seem that only
the Malays are celebrating these festivals.

Q: Can you comment on the statement by Minister in the Prime Minister's
Department Datuk Seri Nazri Aziz that "Kongsi Raya" functions will not erode
the faith of Muslims?

A: Hopefully, (those who) talk about akidah (faith) are well versed in such
areas. Even during Prophet Muhammad’s time, God had already made it clear
that there are only two celebrations for Muslims — Hari Raya Puasa and
Hari Raya Korban.

If we were to add to this, it would mean that we have added on to our
syariat (Islamic law), which is "haram".

Hence, not everyone should talk about faith or belief. One should do so only
when it is supported by the relevant nas (quotations from the Quran).

We are talking based on fatwa (Islamic ruling) issued since the time of
Saidina Umar Al-Khattab.

The question is: to accommodate all this, should we gamble away our akidah?
Islam has never forbidden us to mix with those of other religions, we can do
so provided we don’t gamble away our akidah.

Q: What about Dr Rais’ statement that the call for these celebrations to
be reviewed was not based on academic or religious research, but on
sentiment?

A: We based our findings on Islamic laws, not on sentiment. I do not have
any interest but my responsibility.

Our responsibility is to explain akidah to the public. We did not talk
according to our nafsu (desires) but based on concrete reasons and studies
which have been made and practised since the time of Prophet Muhammad’s
friends.

Q: Isn’t this ruling against racial harmony?

A: Islam has never asked us to make enemies. Have we ever forbidden anyone
from going to temples?

It is "haram" in Islam for Muslims to prevent others from practising their
religious beliefs. It is even "haram" to mock them.

Q: Dr Rais’ ministry will continue carrying out such celebrations. What do
you have to say about this?

A: It is up to him. We have already stated the truth and we have advised
Muslims against (attending) them.

Q: What if the Government rejects the findings?

A: It’s up to them. Many Muslims have rejected (the truth). For instance,
there are those who consume alcohol knowing full well that it is "haram" to
do so.

Q: What would the next step be then for the National Fatwa Council?

A: What can we do? We only give advice. If they do not want to follow, we
can't do anything. We are not the ones ruling the country.

Q: Can Muslims hold open house during Hari Raya and invite non-Muslims over?

A: Yes. We are merely inviting them over for food and drinks. The first
person to come to my house during Hari Raya after prayers would be my
neighbour who is an Indian.

Q: Can Muslims give ang pow or presents to the children of their hosts
during such visits?

A: No. That would mean that you are sharing their celebration. It is all
right if they give your children ang pow or presents as you are the guests.

It is also all right for you to give their children duit raya of say RM2 or
RM3 when they come over to your house during Hari Raya.

Q: Is not giving duit raya haram as you would be emulating the customs or
traditions of the Chinese. After all we are not supposed to "share"?

A: No. This does not concern religion. It is just to make the children
happy.

Q: If Umno, a Muslim party, decides to hold only Hari Raya open house at
state and national levels, will this be all right?

A: There’s no need for it. The Menteri Besar’s open house would suffice.

There’s no need to hold at national level. The Prime Minister’s open
house is attended by people of all races and religion.

Let the Chinese organise their own open house and the Indians organise
theirs. There’s no need to hold it at state or national level.

Q: Let’s say that Hari Raya and Deepavali fall on the same day. Is it
wrong for the Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) as a Muslim
and the Works Minister (Datuk Seri S. Samy Vellu) as a Hindu to hold a joint
open house?

A: Yes. It would still be considered as kongsi or sharing the celebration of
other religions.

heroMak
22nd June 2006, 02:13 PM
mana ma dapat ni? detail....


We have handed over our findings (on the "Kongsi Raya" and open house
issues) to the Islamic Development Department (Jakim) back in 2004 to be
forwarded to the Government, but this was not done.


dahtu, JAKIM jadi apa? tunggul ke? apsal tak forward?



A: Hopefully, (those who) talk about akidah (faith) are well versed in such
areas. Even during Prophet Muhammad’s time, God had already made it clear
that there are only two celebrations for Muslims — Hari Raya Puasa and
Hari Raya Korban.

bagi saya, terjemahannya = kalau tak reti cakap, biarla org yg reti cakap, ni pasal keimanan dan akidah, mana bleh buat main..



A: What can we do? We only give advice. If they do not want to follow, we
can't do anything. We are not the ones ruling the country.


kena teruskan lagi la..jgn patah semangat.. pedas wooo ayat last tu..

zainzubir
22nd June 2006, 02:28 PM
Forwarded by a friend of mine.

:wink:

azryshah
23rd June 2006, 09:49 AM
Tazkirah Hari Ini - Jumaat

Dosa Mengumpat


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Wassalam :lol:

zainzubir
23rd June 2006, 10:19 AM
Di FMDC saya dah test ada seorg ahli tu...puas saya provoke, mana tau akhir2nya akan termengumpat juga dia (berkata buruk tang hal org lain)..tapi hampa...hingga kini bila berjumpa dia, auntie amat respect pada dia, very humble person, w/pun belum berumah tangga, dia amat suka akan kanak2...jika auntie ada sedara mara yg belum kahwin rasa mau jer recommend dia kepadanya...(tapi takut perigi cari timba lak...sebab dia lelaki...) :lol: apa??korang nak tau siapa??..biarlah rahsia....nope bukan bermisai tebal eik?? :lol:

dome
23rd June 2006, 10:27 AM
jangan lupa ada kuliah katak setiap jumaat di http://www.digitaldome.org

:)

azryshah
23rd June 2006, 10:38 AM
Di FMDC saya dah test ada seorg ahli tu...puas saya provoke, mana tau akhir2nya akan termengumpat juga dia (berkata buruk tang hal org lain)..tapi hampa...hingga kini bila berjumpa dia, auntie amat respect pada dia, very humble person, w/pun belum berumah tangga, dia amat suka akan kanak2...jika auntie ada sedara mara yg belum kahwin rasa mau jer recommend dia kepadanya...(tapi takut perigi cari timba lak...sebab dia lelaki...) Laughing apa??korang nak tau siapa??..biarlah rahsia....nope bukan bermisai tebal eik??

untung sape yang bersuamikan beliau yeek.. :lol:

weet
23rd June 2006, 11:09 AM
weet tau siape lelaki yg auntie maksudkan...gaggagaaa... sbb tiap kali jumpe auntie pasti auntie citer pasal die.. huh.. jeles..jeles... :mrgreen:

risya
23rd June 2006, 03:32 PM
Renung2kan lah…

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg
meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat..."

mr_bun
25th June 2006, 12:19 PM
Senyuman Suatu Sedekah

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

weet
25th June 2006, 12:25 PM
senyum cam gini ek :mrgreen:

AZRA
25th June 2006, 01:03 PM
KELEBIHAN MENERIMA BUKU AMALAN DENGAN TANGAN KANAN

Kemudian sesiapa yang menerima surat amalan denagan tangan kanannya , maka ia akan dihisap dengan mudah dan ringan.Dan ia akan pergi kepada keluarga(yang beriman) dengan sukacita.(Al Insyiqaq:7-9.)

HURAIAN:
Dua malaikat sentiasa memerhati dan mencatat amalan yang dilakukan oleh setiap insandalam kehidupan seharian.ia nanti akan dijadikan bahan bukti ketika perhitungan dan pengadilan pada hari kiamat.Segala rekod dan catatan tersebut yang berupa amalan baik dan buruk akan diserahkan kepada Allah s.w.t.

Bentuk penerimaan buku laporan amalan seseorang adalah gambaran awal bagaimana nasib atau keadaan yang bakal dilalui seterusnya.

Orang yang beriman dan beramal soleh akan menerima buku amalannya melalui tangan kanan dan akan dimasukkan ke syurga bersama kaum keluarga mereka yang beriman.

KESIMPULAN:
Allah s.w.t. bersifat Maha adil menghitung segala amalan yang dilakukan di dunia tidak mengira harta,pangkat,dan kedudukan. Mereka yang pulang dengan ketaqwaan adalah membawa sebaik-baik amalan.

weet
26th June 2006, 08:57 AM
assalamualaikum!!! tazkirah tuk hari ini :-

Ibrahim bin Adham berkata : Ada 10 hal yang membuat doa tidak dikabulkan :

1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya

2. Kalian telah membaca Al-Quran tetapi tidak mengamal isinya

3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya

4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.

5. Kalian mengaku ingin masuk syurga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.

6. Kalian menginginkan selamat dr api neraka ttp kalian menjerumuskan diri kpdnya

7. Kalian meyakini kematian merupakan suatu kepastian ttp tdk pernah mempersiapkan diri menghadapinya

8. Kalian sibuk mengurusi aib org lain ttp mengaibkan sendiri

9. Setiap waktu kalian menguburkan org yang wafat ttp stp itu pula kalian tdk pernah mengambil pelajaran drpadnya

10. Kalian telah menikmati kurnian Allah ttp kalian tdk pernah mensyukurinya

kalian-kalian semue ni dah mandi ke blom?? :mrgreen:

azryshah
26th June 2006, 09:04 AM
Tazkirah dari saya...

"Mahkota Kemanusiaan ialah Rendah Diri.." renung2kan lah :lol:

weet
26th June 2006, 09:07 AM
mslhnye weet dah mmg rendah?? huh..

risya
26th June 2006, 10:24 PM
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau..".

p.s
weet.. takpe kalau rendah, yg buruk tu kalau maruah rendah ..
dah tahu haram pun nak buat jgk *ingatan pd diri sya sendiri.. nauzubillah!

AyAres151
26th June 2006, 10:39 PM
DOSA memburuk-burukkan orang lain di khalayak ramai adalah dosa yang tidak terhapus..sama jugak seperti dosa mengumpat kecuali pembuat dosa meminta maaf dari orang yang dicela...

Seburuk2 manusia sekalipun adalah tidak layak utk di cela oleh orang lain..


saper tau kisah baginda yang marah kepada sorang wanita ke pada lelaki yang telah memburuk-burukkan orang walhal memang orang yg diburukkan itu mmg bersalah sekalipun..moh kongsi sini..ese tka ingat kisah tu..

weet
27th June 2006, 08:14 AM
hi sya!! honey bunny :mrgreen:

"Barangsiapa rezekinya lambat, maka perbanyakkan istigfar, Barangsiapa yang dibuat kagum oleh sesuatu dan menginginkan demikian terus, maka perbanyakkanlah ucapan masyaAllah quwata illah billah" - Al-Imam Ja'afar Ash Shodiq

azryshah
27th June 2006, 08:35 AM
"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar" renung2kan ler bersama...

risya
27th June 2006, 04:15 PM
sya dapat satu doa ni, through email.. jom la kita sama² doa!

Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah,
kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami dimana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir yang menindas kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka. Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam.

amin!

risya
27th June 2006, 04:18 PM
DOSA memburuk-burukkan orang lain di khalayak ramai adalah dosa yang tidak terhapus..sama jugak seperti dosa mengumpat kecuali pembuat dosa meminta maaf dari orang yang dicela...

Seburuk2 manusia sekalipun adalah tidak layak utk di cela oleh orang lain..


saper tau kisah baginda yang marah kepada sorang wanita ke pada lelaki yang telah memburuk-burukkan orang walhal memang orang yg diburukkan itu mmg bersalah sekalipun..moh kongsi sini..ese tka ingat kisah tu..

im.. sya pernah dgr.. kalau seseorang itu membuat perkara yang teruk and buruk sehingga dirinya menjadi umpatan orang, maka orang yg diumpat itu juga akan mendapat dosa. tapi orang yg ngumpat tu sendiri aware la kan! mmg kita tak layak mencela manusia itu, namun perbuatannya itula yg harus kita perlu benci agar kita tidak membuat perkara itu.. celalah diri sendiri kalau kita melakukannya..

wallahua'lam!

mr_bun
28th June 2006, 09:13 AM
Kecelakaan zina

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar

dR ali
28th June 2006, 08:11 PM
Tazkirah untuk ari nih....

http://img363.imageshack.us/img363/9199/makanan5lz.jpg (http://ibresources.fotopages.com)

dR ali
29th June 2006, 10:11 AM
http://img48.imageshack.us/img48/556/ayamvspenyu5wa.jpg (http://ibresources.fotopages.com)

AyAres151
29th June 2006, 10:17 AM
owhhh...syahdu..rasa nak menitis air mata melihat gambar pertama dari Dr. Ali tu... moga dia di beri bantuan..

dR ali
29th June 2006, 10:34 AM
owhhh...syahdu..rasa nak menitis air mata melihat gambar pertama dari Dr. Ali tu... moga dia di beri bantuan..
kawan pun syahdu jugok.... ader rodong hok email ker kawan...
lepaih tu kawan teringat kata-kata tu hok kawan pernoh bacer kat satu blog...
jadi kawan combinekan utk kongsikan di sini...

azryshah
30th June 2006, 08:35 AM
Tazkirah Hari Jumaat

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berdudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Marwan

intanmaria
30th June 2006, 10:08 AM
Kata ustaz

Kata ustaz
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama?

Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama?

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga?

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH?

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

risya
30th June 2006, 11:49 AM
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk dan sujud terjatuhanlah dosa-dosa itu.

Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.

azryshah
7th July 2006, 09:01 AM
Mutiara Hadis Jumaat....

Tidak halal bagi seseorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan seorang lagi membelakanginya. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. - Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

heroMak
10th July 2006, 11:08 AM
Kata ustaz

Kata ustaz
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama?

Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama?

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga?

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH?

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

suka ni...syukran intan!

heroMak
10th July 2006, 11:09 AM
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk dan sujud terjatuhanlah dosa-dosa itu.

Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.

nak rukuk lama-lama la.. sbb tu kalau solat khusu', terasa ringan skit lepas solat...

syukran sya... i like it...the others too..

heroMak
10th July 2006, 11:10 AM
Mutiara Hadis Jumaat....

Tidak halal bagi seseorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan seorang lagi membelakanginya. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. - Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

sorry azry, smalam ms jumpa kat begerking, lupa bagi salam.

assalamulaikum..

dR ali
10th July 2006, 03:11 PM
http://img90.imageshack.us/img90/8030/sulurtimun8oo.jpg (http://ibresources.net)

zainzubir
11th July 2006, 08:01 AM
SEMAKAN ARAH KIBLAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI ( 5.28 PETANG)


APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?

Istiwa' utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa' matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatanarah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie,Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia,bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

antujahat666
11th July 2006, 08:38 AM
jika kamu berbuat kebaikan, maka baiklah balasanmu. jika kejahatan yg kamu lakukan, walaupun sebesar zarah pasti akan di balas.

p/s: utk pringatan diri sendiri jugak neh... :cry: :oops:

heroMak
11th July 2006, 09:33 AM
jika kamu berbuat kebaikan, maka baiklah balasanmu. jika kejahatan yg kamu lakukan, walaupun sebesar zarah pasti akan di balas.



kekadang kita tak sabar menunggu balasan atas kebaikan yang kita buat/beri (takde org tunggu balasan kejahatan/keburukan yg dibuat).

di sini timbulnya soal keikhlasan. adakah kebaikan yang diberikan itu memang mengharap balasan? atau sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai saudara seagama yang sentiasa tak mahu melihat saudaranya dalam kesusahan/gundah gulana.


keikhlasan itu, seumpama seekor semut itam di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat.

betapa susahnya nak cari semut itam tu ekk..

ikhlas atau ada udang di sebalik mee, kita yang usahakan utk wujudkan dalam dada kita dan Allah yang menilainya...[/quote]

antujahat666
11th July 2006, 09:42 AM
keikhlasan itu lahir dari hati sendiri. jika berbicaranya di dalam hatinya, allah itu maha mendengar. jika dia berbicara pada mulutnya, maka dengan itu, hapuslah segala kebaikannya.

jangan ada sifat kesombongan atau riak di dalam hatimu walaupun sebesar biji sawi. kerana allah akan memalingkan mukaNya darimu.

jika tiada kesabaran dalam dirimu, ingatlah bahawa allah tidak pernah lupa.

agegege...

heroMak
11th July 2006, 10:00 AM
hati sentiasa berperang... nafsu jahat dan setan laknatuLLah selalu menggoda..

ada duit 3 ringgit. kalu aku bagi org ni makan, aku plak tak makan... kalu aku tak bagi, dia plak tak makan..
bagi je la...

"......"

terus bagi tanpa bicara apa-apa.

"mekasih.."

dan sebentar lagi..jumpa kawan...

"wey..lama tak jumpa.. teman aku jom...KFC"

*Allah balas cash tu...on the spot!

antujahat666
11th July 2006, 10:03 AM
heromak : moral of da story : kalo ikhlas, allah tak penah lupa kan? :)

heroMak
11th July 2006, 10:09 AM
wawa: kalau tak ikhlas, Allah pun tak lupa kan? hehehe... Maha Suci Allah dari sifat lupa, cuma kita je manusia ni yang kekadang je tak lupa... lupa manjaaaaaaaaaaaaaangggggggg..

heroMak ikhlas tau... kekekeke (lupa lagi..takleh sebut, ikhlas dlm hati jek!)

heroMak
11th July 2006, 10:15 AM
ok my last posting this morning..

manusia itu asal kejadiannya memang terburu-buru dan tak sabar. Apabila Nabi Allah Adam alaihissalam diciptakan dari campuran tanah yang dibentuk, dan mula ditiupkan roh ke dalamnya.. maka dengan takdir dan kuasa Allah, boleh bergeraklah jasad itu. Apabila roh sudah sampai ke pinggang, jasad Nabi Adam mula bergerak2 untuk bangun kerana tiada kesabaran dalam dirinya dan juga terburu-buru sifatnya. Maka terbersin la baginda dan diajarkan oleh Allah untuk mengucapkan Alhamdulillah.

sudah banyak disebutkan dalam al Quran yang mulia..manusia ini sifatnya pelupa, terburu-buru dan suka berbantah2. Kalau ada sifat itu dalam diri kita, jangan dirisau, itu tandanya kita ini manusia. CUMA, yang kita mahu, bukan jadi manusia sahaja.. kita mahu jadi :

MANUSIA YANG DIREDHAI ALLAH DAN DIJAUHKAN DARI NERAKA DAN DITERIMA MASUK KE JANNAH! insyaAllah..

antujahat666
11th July 2006, 10:16 AM
KOT YEA PON MANJANG TUH TAKYAH AR PANJANGKAN... (TERASA NEH TERASA...)

AGEGEGE......

buntalshoot
11th July 2006, 10:19 AM
Sama2lah kita hayati lirik lagu ini utk kesedaran bersama....

NASYID OF THE DAY: FATAMORGANA (HIJJAZ)

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

antujahat666
11th July 2006, 10:21 AM
HAIYA BUN........LAGI LA TERASA NEH (SOWI CAPS LOCK....SAMBEY2 WAT KEJE NEH...THEHEHE)...ADOI ADOI...RASA CAM KENE CUCUK DEK SEMBILU LAKS...AGEGEGE... (sEDAR PON MANYAK DOSA)...HAIYA.....ADOI ADOI....

mr_bun
11th July 2006, 10:28 AM
Nasyid hari ini..

Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it


lagu nasyid ni bertajuk dust in my bed/farshy al thurab

http://www.youtube.com/watch?v=cHNxEqiorkw&search=Farshy%20AlTurab

walaupun saya xpaham arab..tapi sedih bila dengar..especially tgk video dia..sama2 la kita hayati..

mr_bun
12th July 2006, 08:56 AM
tazkirah berbentuk video..saya dapat link ini dari kawan saya kelmarin
sapa yg lemah smgt tu..jgn ler tengok..tp xde la menakutkan pun..
video tentang gambaran kubur di indonesia
tujuan video ni bukan utk menakut2 kan...tp sebagai pedoman..sama2 amik iiktibar

http://grouper.com/globalmedia/mediadetails.aspx?id=703677&st=-1&s=7&q=kubur

mintak2 jgn ada yg tersinggung ngan video nih

antujahat666
12th July 2006, 08:58 AM
Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan
yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2
saja
kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
berada
didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama
cacing kepanasan.


Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di
atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad.
Allahussamad.
Lam yalid walam yu-lad.
wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3
kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan
dengan
membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada
orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya
wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita
menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang
bersolat
akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat,
amalan daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan
dalam
Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah
teka-teki
kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an
dalam jangka masa dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang
sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas
Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas 3 kali.


Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan
bahawa Saiyidina Ali
betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya
sama dengan membaca 10
juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah
SAW
telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya
telah
melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke
satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat
padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang
sahara itu
seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu
terdapat
80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah
mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang
membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang
jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat
Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail
a.s, Walam yakullahu
kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil
a.s.


Nota :


Jika sekiranya kawan-kawan ingin
mengumpul
saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti
mana
sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu
ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang
akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan

heroMak
12th July 2006, 09:04 AM
ikhlas......

:)

antujahat666
12th July 2006, 09:48 AM
Assalamua'laikum wr wb...........


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th Ghost"...jika ada di kalangan anda yang perasan!!! Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

heroMak
13th July 2006, 06:33 AM
"barangsiapa yang mendirikan solat, seolah-olah dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa yang meninggalkan solat, seolah-olah dia telah meruntuhkan agamanya..." -hadith

org yang dengki pada Islam terpaksa mengeluarkan belanja untuk memikirkan cara meruntuhkan agama kita yakni Islam. Dakyah2, rekaan cerita spt Sept 11, serangan2 menggelar Muslim ni terrorist dll.. Susah payah untuk meruntuhkan Islam.

Bagi org Islam, mudah sahaja. Tak perlu buat apa-apa. Hanya tinggalkan solat sahaja.

Bersama kita dalam memperingati utk bersolat sesama kita..

kudean
13th July 2006, 10:17 AM
subhanallah
alhamduillah
wa la ilahaillallah
allahu akbar ..

antujahat666
13th July 2006, 11:15 AM
*tetibe je kudean kembali ke pangkal jalan..akekekeke..

heroMak
13th July 2006, 01:22 PM
"apabila azan berkumandang, memanggil orang utk memperingati Allah, maka bertempiaran la lari setan-setan (termsuk hantu2) mencari perlindungan sehinggakan ada yang terkentut-kentut dan terberak-berak!" --- hadith ni..bunyi cam lawak je.

*azan zuhor dah bunyik... antu tak lari gak...sure dia ni antu jadi-jadian...ngade2 je nak jadi antu, harapkan kulit putih je...

wawa: dlm ni takleh lawak n bising gelak lebih2..ni tempat org nak hayati tazkirah :)

kudean
13th July 2006, 01:40 PM
*tetibe je kudean kembali ke pangkal jalan..akekekeke..

beruntunglah mereka (yg tersesat jalan(kita semualah nie)) yang sempat kembali ke pangkal jalan sebelum kembali kepada Nya ..

hari2 merenung diri yg dhaif ini .. dan malang dan bodoh nya, terus-menerus membiarkan diri dalam kedhaifan .. teramatlah rugi diri ini ..

rgds

heroMak
13th July 2006, 01:52 PM
mereka yang klik kat thread ni dan mengambil panduan dan pengajaran darinya, insyaAllah lebih baik dari mereka yang lain (yang tamau buka n amik pengajaran serta panduan)

antujahat666
13th July 2006, 03:06 PM
agegeegege...aku jugak kene...itu hantu da.....ini antu...thehehehe...

kalo ader ilmu taknak guna pon tak bley gak.
oleh itu, lakukanlah secara perlahan-lahan...

back to beginning...

*Terasa insap kejap di atas pengembalian nenek azryshah ke rumah asal huhuhu...tringat kat arwah paklong n uncle low.. :(
aku? bile la agaknye nk pulang....hmmmm.....

heroMak
13th July 2006, 03:57 PM
" ILMU TANPA AMAL, UMPAMA POKOK TANPA BUAH!"

antujahat666
13th July 2006, 04:50 PM
"umpama ibu tanpa ayah"
"umpama padang pasir tanpa tumbuh-tumbuhan"

kaklong
13th July 2006, 06:05 PM
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. Tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. Bosan.. Balik balik tempat sama.. Surau, masjid, surau...

*terasa gak baca ni....*

dome
13th July 2006, 06:23 PM
nak sedekah bukan berdasar kuantiti duit tapi keiklasan.bagi 1juta pun kalau tak iklas takde makna
faham tu kaklong.

kaklong
13th July 2006, 06:47 PM
faham...

cuma kadang-kadang tu tertanya-tanya jugak kat diri sendiri. kenapa benda-benda yg mahal, ringan je tangan nak berbelanja. tapi bila nak bersedekah, terasa berat pulak.

but of course, yg penting adalah ikhlas.

dome
13th July 2006, 06:55 PM
senyum pun dah sedekah,bukan dengan harta benda saja.kidmat isteri kepada suami pun sedekah.dan mcm2 lagi.

zainzubir
13th July 2006, 10:08 PM
kidmat isteri kepada suami pun sedekah.dan mcm2 lagi.

isteri tak masak takper, sekadar hulurkan pinggan nak makang pun dah ada sahamnya...

*Kak Long cepat2 nikah... :wink:

heroMak
19th July 2006, 06:01 AM
sedekah pada ahli keluarga yang memerlukan adalah paling afdhal..

zainzubir
19th July 2006, 03:05 PM
Dibawah di cut and paste kaedah/cara supaya kanak2 diam semasa di masjid...sebelum tu teringat my son pagi tadi keluar bilik sembahyang terus masuk bilik Deeba, tukar stesen Hits ke stesen tamil....naik pening kepala..and then I asked him," why you changed the radio station bang??".."siapa suruh dia(adeeba) pasang hitz kuat2, abang tak boleh concentrate sembahyang tadi..."he replied...and bila Deeba habis mandi ..apa lagi..gaduh ler bebudak berdua tu....
..........................................
posted by Rozmal bin Malakan @ Friday, July 07, 2006

Puas sudah memikirkan kaedah dan cara supaya kanak-kanak terutama yang duduk di saf belakang tidak membuat bising dan bermain terutamanya ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Fenomena ini berlaku dikebanyakkan masjid di seluruh Malaysia dan Masjid Bandar Baru Senawang tidak terkecuali mengalami fenomena yang sama.

Pihak jawatankuasa masjid telah beberapa kali melakukan usaha agar kanak-kanak yang hadir solat Jumaat ini tidak membuat bising dan bermain-main ketika khatib sedang berkhutbah. Ada beberapa kali khatib sebelum memulakan khutbah menasihatkan kanak-kanak di belakang agar tidak membuat bising. Namun hanya sekejap sahaja, malah nasihat tersebut tidak didengari kanak-kanak kerana mereka sedang bercakap-cakap dan bermain ketika itu.

Ada juga pihak jawatankuasa masjid mencadangkan supaya diletakkan poster-poster supaya kanak-kanak tidak membuat bising ketika khutbah Jumaat, namun masih belum terlaksana.

Maka pada Jumaat 7 Julai 2006 dicubalah usaha mengedarkan risalah kecil bersaiz 4 inci x 6 inci dan diedarkan kepada kanak-kanak yang duduk di saf belakang sebelum khatib berkhutbah.

Dengan izin Allah, usaha ini berjaya. Sebaik khatib menaiki mimbar, suara kanak-kanak yang pada mulanya bising beransur-ansur senyap dan akhirnya sunyi sepi. Apa yang kedengaran ialah bunyi kipas-kipas yang sedang berpusing.

Ini membuktikan kanak-kanak orang Islam sebenarnya boleh diberi nasihat, tetapi perlu kena caranya. Dengan itu tidaklah sepatutnya diletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kanak-kanak yang membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah. Orang dewasa serta ibu bapa harus memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman.

Mungkin kaedah ini sesuai digunakan di kawasan Senawang, kalau keadah ini tidak sesuai digunakan tidak tempat lain maka perlu difikirkan pula keadah lain.

Apa yang tertulis pada risalah yang diedarkan pada kanak-kanak di Masjid Bandar Baru Senawang sebelum khutbah Jumaat ialah :
ANAK-ANAK HENDAKLAH DIAM KETIKA KHATIB SEDANG BERKHUTBAH PADA HARI JUMAAT DAN TIDAK BERMAIN-MAIN

IBU BAPA DISARANKAN MENASIHATI ANAK-ANAK MENJAGA ADAB KETIKA BERADA DI MASJID

DIAM SEWAKTU MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT. Hadis Abu Hurairah r.a. : “Rasulullah saw telah bersabda : Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai.” Sahih Muslim

:roll:

risya
20th July 2006, 05:07 PM
Manusia,malaikat,syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie....zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah......
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh...awal lagi...mmm..aaahh...suruh si X, punchkanlah...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii....

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.lantaklahh....

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2lah...

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...ayoohhh....
Manusia - uuhhh...letihnya arini..tak solat lagi nieee....
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

azryshah
24th July 2006, 09:26 AM
Sesuatu yang boley kita renung2kan... :lol:

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku..
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan daku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian.

heroMak
24th July 2006, 10:25 AM
azry..ambilla seberapa banyak paku dan ketukla di hati ku ini sekiranya itu satu-satunya cara untuk menjadi sahabatmu..

:)

zainzubir
25th July 2006, 02:03 PM
Death is the one thing in life which we can be sure about. Everything else may or may not happen to us: we might get married, be rich or be happy, but all these are 'mights'. The only real certainty is that at the end of our life, whenever that is, we will all die.

antujahat666
25th July 2006, 02:28 PM
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk
memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu
hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.
Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.



Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji
tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau
sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)



Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
mereka.



Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari
mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada
bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun
sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana
dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad
yang baik.)



Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap
solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.



Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah
bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang
tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang,
nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang
menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).



Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari
sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang
itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas
hasil perlakuan syaitan tersebut.



Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu
tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak
mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al
Bukhari dan Muslim).



Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah
buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas
dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk
oleh syaitan.



Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya
Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
gangguan
syaitan".



Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.



Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).



Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.



Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).



Sekian wassalam.

shamabd
25th July 2006, 05:14 PM
Dalam hidup kita ni rezeki yg kita dapat tu kena lah gunakan ke jalan yg diberkati Allah. Hidup ni walau duit sebanyak mana pun tapi takde keberkatan tiada guananya dan duit sentiasa tidak akan cukup. Contohnya duit ni kan..jangan la kedekut sgt menderma atau sedekah pada orang yg memerlukan.

AyAres151
25th July 2006, 06:21 PM
ini aku type sendiri jer lah.. refer to ustaz aku citer dulu2...ringkas.


- bila dpt rezki... ustaz aku pesan.. bahagikan sedikit rezki kepada yang memerlukan.. insya Allah..esoknya rezki kita makin bertambah..
Cth : kalau berniaga satay/burger/whatever la.. katakan dpt jualan byk malam tu.. tidak salah sedekah sedikit burger/satay/whatever yang patut tu pada yang memerlukan sperti fakir miskin, jiran tetangga.. insya Allah rezki akan melimpah lagi..


- bila kita dpt ilmu.. ustaz aku pesan.. ajarilah orang lain pula yang ingin tahu sama ilmu tersebut..jgn simpan sendirian.. insya Allah...nnt Allah akan bagi ilmu lain pula pada kita...


- bila kita dpt bonus... ustaz aku pesan... berbelanja lah ke jalan yang di redhai... contoh kalu ada anak bini ke... beli la apa2 yang menggembirakan anak bini... sedikit di sumbangkan pada masjid ke.. buat kenduri tahlil ke...



pesanan ustaz tu...tak semua orang bleh buat pun kalu tak dpt hidayahNYA.. ese pun tak mampu2 buat jugak...
hanya orang yang ' Jendelanya di sapa hidayah ' ( signature ND ) saja mampu melakukan..
moga jendela kita kelak di sapa hidayah dariNYA...aminnn

azryshah
26th July 2006, 08:54 AM
Alhamdulillah, kita sudah masuk bulan Rejab yang berikutnya

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipat-gandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.

Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan

Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhluk Ku, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA'ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA'ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wallahualam :wink:

zainzubir
31st July 2006, 09:53 AM
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin

dR ali
31st July 2006, 10:11 AM
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin
Amin ya Robbal A'lamin...

norazly
31st July 2006, 11:35 AM
Assalamualaikum & hi all..

geng FMDC sure byk terima email tazkirah.. @ dgr tazkirah kat radio/tv @ g ceramah mana².. tak semestinya kena ayat quran or hadis.. but maybe kata² hikmat .. so how bout we share kat sini?

so sya mulakan dgn sepotong hadith.. bismillahirrahmannirahhim..

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda;
"Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

moga dipanjangkan..


Semoga setiap apa yang kita lakukan setiap hari mendapat keberkatan daripada ALLAH dan menjadi satu ibadat.... Insya Allah

zainzubir
2nd August 2006, 01:57 PM
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam
di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis......... amin...." (kemudian
dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah)

azryshah
2nd August 2006, 03:39 PM
Au zubillah himinashsyaitan Nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

2. Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas Sebanyak 3 kali.

3. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

4. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi :
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

azryshah
3rd August 2006, 03:05 PM
Wahai sahabat2ku…



"Berdoalah kepada ALLAH dan hendaklah kamu percaya bahawa ALLAH tidak akan memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah."

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".. Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.Paham?" Tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet." Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

antujahat666
3rd August 2006, 05:24 PM
walaupun ada sebesar biji sawi kesombongan di dalam hatimu maka ALLAH akan memalingkan mukanya darimu.

shamabd
4th August 2006, 10:14 PM
1. Jangan makan atau guna duit yang datang dari benda-benda yang haram.... Kalau tidak... tak berkat la hidup. Kalau makan pulak .. bagi untuk anak-anak... Ish ish mmg tak patutkan.. Ingatlah... dan selidik dari mana sumber duit dan pencarian kita. Jangan nanti tua tua dok pikir pasal apa anak aku tak berjaya... belajar tak kemana. Ingat tu... Makanan dari benda haram ni akan jadi darah daging......

dR ali
10th August 2006, 12:09 PM
http://img156.imageshack.us/img156/2272/tunas002iz4.jpg (http://ibresources.net)

antujahat666
10th August 2006, 02:00 PM
dr ali siap gmbr tuh....dh lamer takmunasabah diri...huhuhuh... uikkk??? antu tau ke insap?? thehehe... :D

kudean
10th August 2006, 07:56 PM
a'kum

aku ada dpt email ceramah saudara zulkifli Nordin berkisar ttg kes murtad .. mungkin ada di kalangan kita yg dah pernah terima dan mungkin ada yg belum .. di kesempatan ni aku paste kan utk kite sama2 renung dan amik iktibar ..


Subject: Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin

Bismilah hirrahmannirrahim,

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita siti nor haliza nak kawin dengan dato k. cerita berapa hantaran, cerita sapa nak reka kasut kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb.

Dalam pada tu terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta sepencarian rm7 juta. Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato' k, dan yang best sekali gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok peluk awek. Orang kata - bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no komen, sebab aku don't give a damn. Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti. tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato k vs ct ni, kita semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut pikiaq masak2, dan patut buat apa yang patut.

Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India kristian. Kesian sungguh tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata menjaga kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu. La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana keislaman itu sudah terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan terus mengenepikan ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang lelaki dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari azlina binti
jelani kepada 'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu diganti dengan perkataan 'kristian'. Astaghfirullahulazim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau al-islah di taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr zulkifli nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim). Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua dok pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu umno - punya la sensitif dengan masa depan natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah, "mahkamah di singapura dibanjiri darah". Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah zulkifli nordin ni (2 jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita kes suzy teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni. Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy adalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab aku kecik lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli nordin akan terus menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2 tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986) yang mana beliau masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian
Cabar kes ni di mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan) mengenai kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak kristian dan kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin untuk beragama. Akibatnya, kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam. Lawyer ni kata polis tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau. Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes aisyah tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya, tapi menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah, sorang saja melayu".

Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq, kalau mufti perak ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata
Ustaz zulkifli nordin lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La ni dia dah pakai nama hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki hindu yang memurtadkan
Anak kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi oleh ibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. "orang melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam bermaharajalela, " kata zulkifli lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia". Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang melayu masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara:

1. tukar nama
2. buang tulisan islam dan ganti dengan kristian
3. benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan pendaftaran

tapi alhmadulillah, pegawai islam jabatan pendaftaran reject permohonan dia. Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah aliran, suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah anwar siapa yang tak kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri hadhari kita. Marina anak mahathir, nori anak pak lah, dan anak tun Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi, tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'.
Polis cakap kat putera sultan ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..."
Tengku mahkota tanya kenapa?
Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu.
Malahan nazri orang kuat ameno ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada
Orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis johor dato' hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus ameno. Ni la terus terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara terang-terangan. Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri, biadap. Ramai orang umno tak tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu".

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan
angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, pak lah dalam poket saya".

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan Allah"
"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu umno 1950 berani lawan kes natrah, tapi la ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).
"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."
"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH.
BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama. Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.... Duit, duit, duit.... Cinta dunia dan takutkan mati. Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat pedang brader...

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia dimaki oleh rais yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal). "kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka (pada ustaz harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa jolok sarang tebuan". DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2... menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. zulkifli nordin kata mufti marah2 kat harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la kot. Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata "every person has the right to profess & practice the religion". Semua orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah. Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina joy dengan bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang islam di Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki undang2 negara (perlembagaan persekutuan) ". Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa sebab:
merujuk kes dulu2 cara hakim tanya soalan pun dah tau jangan percaya hakim melayu
kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman, hakimnya adalah hakim melayu. Dalam kes serban, hakim melayu. Dalam kes purdah, hakim melayu. Kes islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap hak individu dan lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:
Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu islam dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa) terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh
Tangan wei...), ooo begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke) atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT (hat @ ni aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betulke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab faham tapi minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja, depa sorak yeeee (aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa, tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, minah yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap, "saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin, sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la. Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes lina joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam puri, sambung kat universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro
Dakwah. Dia kawin dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure). Bila balik Malaysia pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat islam Malaysia sekirannya mahkamah memihak kepada si murtad ni.
Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya, bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak
Ada kena mengena dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.
Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya, senang sungguh depa nak mempermainkan islam. Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes lina joy, orang kafir senang2 kata undang2 murtad tu salah, yang betul ialah perlembagaan persekutuan dan hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerja orang kafir nak kata orang islam tak boleh pakai serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara kes ni bukan dalam mahkamah syariah. Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim buat tafsiran "ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat keputusan merujuk kepada "pemerhatian" dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis. Ada ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban, dia kata, "saya rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak pakai serban pun." "saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata hakim kes serban ni. Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai
Serban ialah kerajaan sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup pakai songkok saja atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv. Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung, malah pakai kot, maka si hakim yang handle kes serban baru2 ni kata: "tengok... so and so mana ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM) sehingga sanggup menjadikan diri mereka sasaran fitnah. "hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua yang nabi buat tu kita kena ikut. Contohnya kalau rasulallah duduk dalam rumah tanah liat, naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut..." Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia mereka yang ikut muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding dengan rumah batu? Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas lawyer pak sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa ke nama yang handle kes serban baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika hadis, orang yang hina rasulallah macam tu dah kira murtad. Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah glamer rumput carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia tak tau saya pun ada dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila dia (ustazah mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut balik. Saya kata jangan balik dulu. "saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu bangsa sendiri," kata zulkifli nordin.
Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama boleh bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang menghina islam dan rasulallah macam tu. Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri, hilanglah hak penjagaan anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu. Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan anak kita tak mau sembahyang dgn alasan tertentu, kalau kita paksa jugak dia boleh pi bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan tak boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata macam tu.

"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy ni," katanya. Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni, yang terdiri dari 11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada. Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada. Katanya kalau nak tau who's who yang defend / sekongkol dengan lina joy laknatullah ni, rujuklah laman web http://www.bracketfund.com.

"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA MELAYU. KALAU MENANG KES NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN, "

cerita zulkifli nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni. Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak murtadkan anak2 melayu sebab mereka masih lagi dalam jagaan mak bapak.Beliau turut mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah berjaya dapatkan lebih USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll. Katanya lagi, pada peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni . kalau tak percaya jugak, katanya tengok website http://www.sydneyamerican.net, ada dalam tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak murtadkan melayu yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam website tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil kehadapan, tubuhkan Badan Peguam Pembela Islam (PPI). "lawyer kita cuba nak lawan". Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang berada diperingkat akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab mahkamah akan buat keputusan tak sampai 6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar, dan kalau kita tak berbuat sesuatu, tandatangani petisyen ka, solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok salahkan orang lain lah. "kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa ka, sebab tu lah lawyer-lawyer melayu mula bersatu." Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah menyatakan sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3 iaitu islam sebagai agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat. Bukan takat baca doa masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja Artikel 11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,supaya kebebasan beragama itu (keluar masuk agama) tidak terpakai kepada orang Melayu / Islam. Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia ditambah. Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah dengan orang islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:
"kalau kita nak tengok nasib bangsa akan datang, tengoklah diri kita hari ini." Katanya 50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam kes natrah pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun
tak tau la macam mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork website dan print maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2 kejiranan, bagi kat kawan2 ke. Lagi satu, dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab dulu geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat 50,000 tandatangan meminta supaya Artikel 11 perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak kepada orang melayu islam. Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh nama 'Hamba Allah' tapi tulih nama sendiri dan bagi henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada credibility. "biar Allah tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil mengedar borang petition kat surau al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB baca ka, pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal sangat dah, dan kita kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang sultan - johor, selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi positif kepada perjuangan lawyer2 islam hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah alquran baru baru ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So, sembahyang jumaat nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka pasti tetap relevant pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit dari zon selesa. "saya minta orang2 umno bangkit, sebab dah lama dah mereka (orang bawahan) ditipu. Sekarang bangkitlah pertahankan melayu." Zulkifli nordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi sukarelawan dalam tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini, bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni katanya, budak UPM yang dok ramai jadi sukarelawan ni, walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa sanggup. Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so bagitaulah macam mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang tanya: "apa pendirian pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab pen aku dah berjalan bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin lebih kurang kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong geng artikel 11). So macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih nota ceramah tu, taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah supaya orang kita mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia dah banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya usaha kita ini akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita, anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara ini. Amin


wallahu alam bis sawar ..

rgds

AyAres151
10th August 2006, 10:00 PM
Aku penah terbaca atau mendengar ceramah..lupa dah..


Begini..

Jika kita menulis atau menaip.. adalah DILARANG kita menulis ayat QURAN di dalam bahasa rumi...

kalau kita tulis ayat/bahasa arab dalam bahasa rumi itu tidak mengapa...tp di LARANG menulis ayat-ayat Al-Quran di dalam bahasa rumi..

oleh itu... rujuklah kepada mana2 laman web atau install la E-Quran untuk copy ayat tersebut dan di paste di forum/website..


sekian sedikit pesanan buat semua dan diri sendiri juga..

Aminn..

azryshah
11th August 2006, 08:38 AM
Kisah Khaitsamah Dengan Anaknya


Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan kanak-kanak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau lebih berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

heroMak
11th August 2006, 11:01 AM
azry..cerita camni patut diajar pada anak2 kecik..supaya membesar dalam roh islam..yang sensitif pada islam, yang sanggup bkorban utk islam..

TAPI, kalau waktu kecik, kita tak didedahkan dgn mende gini, time kita dah besar ni, still bleh lagi nak tiup roh dalam diri ttg perjuangan menegakkan islam. Never too late! Baru la hati kita tak keras dan gelap ketika membaca artikel yang kudean paste tu.

Tanda2 hati kita makin jauh dgn islam ialah, bila baca artikel cam gitu, tak terasa skit pun nak menyumbang walaupun HANYA MENGANGKAT TANGAN BERDOA

" YA ALLAH, berikan kekuatan pada hamba2MU yang giat berjuang melawan musuhMU dan musuh agamaMU yang sentiasa yang tak penat2 mencari jalan menghancurkan kami. Ya Allah, kurniakan hidayah, petunjuk dan kemenangan bagi kami, tetapkan agama dan iman di dada kami serta HANCURKAN mereka yang berniat jahat pada agamaMU. Amin..ya robbal 'alamin."

*sekian.

risya
11th August 2006, 11:06 AM
" Orang yang menjaga solat hatinya lembut, mudah terima hidayah, tidak sombong, tidak ego kerana kelebihan orang yang menjaga solat ini, dia juga menjaga sunnah Nabi. Nabi seorang yang sangat menjaga dan memperhalusi ibadah solat"

risya
11th August 2006, 11:08 AM
sya dapat ni through email... sama2 la kita berdoa..

Ketua Hizbullah meminta umat islam seluruh dunia membaca Surah AL-FATH ayat 26 (tgk maksud) kerana sejumlah 10,000 tentera Yahudi sedang memasuki LEBANON...

moga Allah memberi bantuan..

antujahat666
11th August 2006, 11:56 AM
sape nk pergi berjuang? nk itot... :mrgreen:

heroMak
11th August 2006, 12:05 PM
meh kita gi berjuang.. start dlm diri kita dulu..

antujahat666
11th August 2006, 12:07 PM
lebih rela berjihad daripada teros dari dalam kelemasan mencari erti dunia...


dlm diri ader 1 kaki.....tapi makin goyang sbb dh lame tak ngaji :D kantoiiiiii...

risya
15th August 2006, 09:54 AM
moga jadi ikhtibar bagaimana Allah berkuasa menentukan siapa hambaNYA yang akan mendapat hidayah dariNYA


Akhirnya 'Ali Setan' temui hidayah

Thu | Aug 10, 06 | 01:33:00 PM
"Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa)" AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali Setan').

BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

Bila mula berubah dan berhenti berlakon?
AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

Apa pendorong kepada perubahan?
Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.

Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.

Masih membaca?
Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.
Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.
Berubah secara drastik, atau 'slowly'?
Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.

Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?
Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.

Dah berani keluar berjumpa orang?
Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.
Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?
Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.

Selain berceramah?
Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.

Pernah bisnes sebelum ni?
Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.

Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.
Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).
Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.

Banyak menerima jemputan, selain PAS?
Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya

Cenderung pada politik?
Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.

Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.

Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.

Dia tak nak duduk sekali?
Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Perancangan masa depan?
Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.

Mungkin mahu menamatkan zaman duda?
Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)

antujahat666
15th August 2006, 10:00 AM
makk aiii...juling mato den baco..

heroMak
15th August 2006, 10:09 AM
best sya!

risya
16th August 2006, 04:09 PM
Air Tangan Org Yg Tak Solat !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. MAMAK!!SIAM!! teh tarik satu, roti canai satu..tomyam ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat,perhatikan dulu tukang masak tu macamana kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."

antujahat666
16th August 2006, 04:26 PM
ini cukup insaf...insaf insaf insaf.....ini cukup insaf...insaf insaf insaf.....ini cukup insaf...insaf insaf insaf.....ini cukup insaf...insaf insaf insaf.....ini cukup insaf...insaf insaf insaf.....

norazly
18th August 2006, 10:46 PM
semoga apa yang kita kerjakan setiap hari mandapat keberkatan dari yang maha Esa........

AyAres151
19th August 2006, 08:18 AM
Insaf sekejap bila pagi2 baca tazkirah.... moga hari2 mendatang di berkati dengan selalu beramal...

heroMak
25th August 2006, 02:50 AM
dah lama tak jenguk sini..dah ada sarang labah2 (mcm masuk surau yg lama org tak masuk)

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"

saya pernah tanya tok guru dalam kelas santau yang pernah saya ikuti. Kenapa org yang solat tak tinggal pun buat keje santaukan orang (dosa ni, mungkar!). Tok guru, ustaz mokhtar pun jawab, islam dan beriman itu perkara yang berbeza. Ramai orang islam tapi tak beriman, tapi orang yang beriman mestilah islam.

Lagi, setiap orang yang bersembahyang perlu menghayati solatnya, bukan setakat tunduk, sujud dan salam gitu je.. tambah pulak kalu smbahyang sambil terkejar waktu (terutama org yg selalu bz kejar masa mcm saya ni). Apa yang buat saya menggagahkan diri juga untuk duduk lama di tikar sembahyang ialahh bila compare waktu utk Tuhan (directly) dengan waktu yang saya luang utk TV, isteri dan termsuk juga FMDC.

Bagaimana jika kita solat, tapi takleh berhenti dari perbuatan keji dan mungkar. CTH : tengok mnde lucah, cakap kotor n mulut jahat, selalu kata orang bodoh, setang bengong dll. Ambik barang orang, suka sekodeng orang, ringan2 ngan pasangan dan beribu juta kejahatan yang kekadang kita tau mende tu salah, tapi buat gak. KENAPA SOLAT KITA GAGAL MENCEGAHNYA? jawapannya yang nabi bagi ialah " cuba check dan perbaiki solat kamu.."

maybe ada perkara yang kita rasa dah cukup tapi sebenarnya masih jauh lagi dari solat yang dimaksudkan oleh Allah. Bersamala kita perbaiki solat kita.. Biar ada penghayatan setiap kali angkat takbir, sujud dan segala gerak geri dan bacaan kita.

Apa perasaan bila tinggalkan solat secara sengaja atau tak sengaja. yang pasti, bila tinggal solat sekali, lain kali dah rasa senang nak tinggal. Puasa boleh ditinggal (jika mengandung, menyusu, kerja berat, sakit dll) dan mesti diganti, TAPI solat tak bleh ditinggal dan diganti begitu sahaja. Kalu sakit, tetap ada cara untuk solat dalam keadaan sakit. Kalu musafir, ada caranya utk solat. Bahkan bila mati pun perlu disolatkan. Lagi teruk kalu org berpendapat, muda2 ni takpe tinggal solat, dah tua nanti kita taubat n ganti la balik..

Apabila solat yang diwajibkan oleh Allah pun diambil mudah, inikan pula tanggungjawab dengan manusia... Tak heran kalu orang merompak, menyamun, membunuh, rogol, sumbang mahram, buat maksiat dll sbb dah terbukti mereka tak solat. Kalau solat pun, adakah sampai maksud solat yanng diwajibkan atau cuma melepaskan batuk ditangga.

Sekian, ingatan dari hamba, untuk diri sendiri dan teman2.. Kalau takde orang yang sebut pasal mende gini, makin jauh la kita dari rahmat Allah. Nak harapkan sapa? kerajaan? ADUN? YB? Sapa nak ingatkan kita, melainkan sesama kita yang ingat mengingati..

Wallahua'lam :)

river
29th August 2006, 07:18 PM
Alhamdulillah, semuga satu hari nanti kita dapat menemui jalan yg benar-benar diredhai Allah swt.

wawacomel
29th August 2006, 09:11 PM
carilah jln yang mengeluarkan cahaya dan lurus jalannya.

tidak pula yg memesongkan dan menyesatkan.

beringat2lah sesama kamu agar kamu tidak lalai dari apa yg kamu kerjakan.

warghhhh!! nak pose dah!! nak insaf!! :cry::cry::cry::cry::cry::cry::cry::cry:

AyAres151
30th August 2006, 12:30 AM
jgn ikut cahaya dari prisma yang bengkok2... ikutlah cahaya dari lubang sempit yang lurus.. walaupun sempit tapi ia bakal membawa anda ke penghujung yang cerah..

azryshah
30th August 2006, 08:57 AM
Sabda Rasululah s.a.w "Akan tetap ada didalam umatku sebanyak tiga puluh orang lelaki, hati-hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah Ibrahim a.s. Setiap mati seorang di antara mereka, akan diganti Allah seorang lain ditempatnya".

azryshah
30th August 2006, 08:59 AM
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

risya
1st September 2006, 11:40 AM
Renungan di pagi Jumaat

"Berkata Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda .. "bahawa ketika IBLIS turun ke bumi .. ia meminta kepada ALLAH ..
(dipetik dari karangan IMAM GHAZALI dalam kitab KEAJAIBAN HATI)

Kata IBLIS - Engkau telah turunkan aku ke bumi dan engkau telah jadikan aku makhluk yang terkutuk. Oleh itu .. berikanlah aku sebuah rumah ..
Firman ALLAH - Rumah mu ialah tempat pemandian ..

Kata IBLIS - Buatlah aku satu majlis ..
Firman ALLAH - Majlis mu ialah pasar-2 dan tempat orang berkumpul di jalan-2 ..

Kata IBLIS - Buatlah aku makanan-2 ..
Firman ALLAH - Makanan mu ialah setiap yang tidak disebut padanya (bismillah) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku minuman ..
Firman ALLAH - Minuman mu ialah setiap minuman yang memabukkan ..

Kata IBLIS - Buatlah aku tukang memanggil ..
Firman ALLAH - Tukang memanggil mu ialah seruling (bunyian yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku Al-quran ..
Firman ALLAH - Al-quran mu ialah sya’ir (yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku kitab ..
Firman ALLAH - Kitab mu ialah gambar-2 (lukisan) pada badan ..

Kata IBLIS - Buatlahaku Hdith ..
Firman ALLAH - Hadith mu ialah orang-2 yang bercakap bohong ..

Kata IBLIS - Buatlah aku binatang buruan ..
Firman ALLAH - Binatang buruan mu ialah perempuan (wanita)

nauzubillah...

hadiena
1st September 2006, 01:40 PM
Air Tangan Org Yg Tak Solat
.
.
tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. MAMAK!!SIAM!! teh tarik satu, roti canai satu..tomyam ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat,perhatikan dulu tukang masak tu macamana kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

betul la... tambah2 lak dia tu bukan Islam
kebersihan dia dah leh diragui dah..

risya
5th September 2006, 08:56 AM
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

p/s pasni rajin2 arrr amik air semayang n semayang ekk.... insyallah,mudah2an hidup ini diberkati....

zainzubir
6th September 2006, 01:15 PM
Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada
hari Khamis malam Jumaat ( sebaik saja masuk maghrib), 08hb September 2006 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1427H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini
untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan
sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk
catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

zainzubir
7th September 2006, 11:37 AM
tulisan yg panjang...jika malas baca sila baca kesimpulan, dlm font merah.

zain
..............................

SAMBUTAN NISHFU SYA'BAN BUKAN DARI SUNNAH?
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(4hb September 2006)
================================================== =====

Apabila memperkatakan tentang bulan Sya'ban, maka tentu sekali
tarikh 15 Sya'ban atau juga lebih di kenali sebagai Nishfu Sya'ban
akan bermain-main di fikiran masing-masing. Pada tarikh ini atau
lebih spesifik pada waktu malamnya di anggapmemiliki kemuliaan
khusus sehinggakan rata-rata umat Islam di Malaysia mengkhususkan
amalan-amalan tertentu seperti melakukan solat malam yang khusus,
berpuasa pada siang harinya, membaca surah Yassin sebanyak 3 kali
dan diselang-selikan dengan doa-doa yang khusus di antaranya. Ada
juga yang beranggapan pada malam inilah diangkat segala amalan
kita dan ditentukan segala perkara berhubungan dengan kehidupan
makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung baik, untung jahat dan
lain-lain atau dikenali sebagai al-Qadr. Di dalam risalah yang
ringkas ini penulis akan cuba mengutarakan beberapa perkara yang
sering diperdebatkan tentang Nishfu Sya'ban seperti:

1) Status Hadis Tentang Nishfu Sya'ban
2) Amalan-Amalan Khusus Sempena Nishfu Sya'ban
3) Benarkah al-Qadr Itu Jatuhnya Pada Malam Nishfu Sya'ban

Status Hadis Tentang Nishfu Sya'ban
===================================

Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya'ban kesemuanya
berstatus dha'if (lemah) dan mawdhu' (palsu) kecuali terdapat sebuah
hadis menurut Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah
adalah sah daripada Nabi shallahu 'alaihi wasallam iaitu riwayat
yang diterima daripada Mu'adz bin Jabal radhiallahu 'anh. Lafaz
hadis tersebut adalah: Daripada Mu'adz bin Jabal daripada Nabi
shallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

Allah memerhatikan kepada makhluknya pada malam Nishfu Sya'ban lalu
Dia memberi keampunan kepada semua makhluknya kecuali orang musyrik
dan pendengki. - Hadis riwayat Ibnu Abu `Ashim dalam kitab al-Sunnah,
Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, dan al-Hafidz al-Haithami di dalam
Majmu' al-Zawaid

Oleh itu sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi
keampunan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala pada malam Nishfu Sya'ban,
maka hendaklah kita termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan
perbuatan syirik serta menghindari sifat pendengki. Namun begitu
seharusnya kita sedari bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala juga turun
ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam dan Dia akan
mengampunkan dosa-dosa bagi mereka yang memohon keampunan dari-Nya.
Sabda Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam:

Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia
ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: "Siapa
yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang
meminta kepadaKu, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampunnya." - Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam kitab Shahih al-Bukhari, hadis no: 1145.

Oleh itu sewajarnya kita mempertingkatkan amal ibadah yang sah
daripada Nabi shallahu 'alaihi wasallam sepanjang masa dan tidak
hanya menunggu hari-hari yang tertentu atau malam-malam tertentu
seperti malam Israk Mikraj dan Nishfu Sya'ban melainkan terdapat
dalil yang sahih menunjukkan pada malam tersebut sememangnya
memiliki fadhilat-fadhilat tertentu seperti pada bulan Ramadan dan
malam Lailatul Qadar.

Amalan-Amalan Khusus Sempena Nishfu Sya'ban
=============================================

Sekiranya kita perhatikan hadis yang sahih tentang Nishfu Sya'ban
yang telah penulis ketengahkan di atas maka kita dapati ianya tidak
menganjurkan upacara-upacara tertentu mahupun ibadah-ibadah yang
khusus sempena Nishfu Sya'ban. Oleh itu amalan-amalan khas pada hari
Nishfu Sya'ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah
yasin sebanyak 3 kali, doa-doa yang khas dan lain-lain bukanlah
amalan yang dianjurkan oleh Nabi shallahu 'alaihi wasallam mahupun
para sahabat radhiallahu 'anhum. Sekiranya amalan-amalan khusus pada
malam tersebut memiliki keutamaan yang tinggi serta memberi manfaat
yang besar kepada umat Islam pasti baginda serta para sahabat
akan mendahului kita dalam mengamalnya. Menurut Dr. Yusuf al-
Qaradawi:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallahu 'alaihi wasallam
dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk
menghidupkan malam Nishfu Sya'ban, membaca doa tertentu dan
mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sebahagian
negeri umat Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam itu
selepas Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan
mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur, 2 rakaat yang
lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian
mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf
(iaitu para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in).

Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas (al-Qur'an dan al-Sunnah)
juga bercanggahan dan bertentangan makna. Perhimpunan (malam Nishfu
Sya'ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid'ah dan direka-reka. Sepatutnya kita
melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan
ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah
bid'ah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-
adakan itu bid'ah dan setiap bid'ah itu membawa kepada kesesatan
serta setiap yang sesat itu menuju ke neraka. - Dr. Yusuf al-
Qaradawi, Fatwa Mu'asarah, jilid 1, ms. 382-383. Di nukil dari buku
Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul
Abidin, Karya Bestari, Shah Alam, 2006, ms. 95.

Syaikh Muhammad Abdussalam rahimahullah pula berkata:

Solat 6 rakaat, pada malam Nishfu Sya'ban dengan niat untuk menolak
bala, panjang umur dan untuk kekayaan, dan juga membaca surah Yasin
beserta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bid'ah) dan
bertentangan dengan sunnah Rasul. - Muhammad Abdussalam Khadr al-
Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada'at (edisi terjemahan bertajuk Bid'ah-
Bid'ah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta 2004) ms. 155.

Imam al-Nawawi rahimahullah di dalam Majmu' Syarah Muhazzab pula
berpendapat:

Solat yang dikenal dengan solat al-Raghaib iaitu 12 rakaat yang
dilakukan di antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari
bulan Rejab dan solat Nishfu Sya'ban sebanyak 100 rakaat; kedua-dua
solat tersebut adalah bid'ah yang mungkar. Janganlah hendaknya orang
terperdaya kerana kedua-duanya disebutkan dalam kitab Qutub al-Qulub
dan Ihya' Ulumiddin, dan jangan terperdaya dengan hadis yang
disebutkan dalam kedua kitab itu kerana semuanya adalah batil
belaka. - Dinukil dari buku Amalan Bid'ah Pada Bulan Muharram,
Rejab, Sya'ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris,
Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1995, ms. 106.

Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulamak
tentang malam Nishfu Sya'ban, Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz
rahimahullah berkata:

Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di
atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati
malam Nishfu Sya'ban dengan solat dan sebagainya serta mengkhususukan
siangnya untuk berpuasa adalah bid'ah mungkar menurut kebanyakkan
ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari'at yang murni, tetapi
peringatan malam Nishfu Sya'ban ini terjadi dalam Islam setelah masa
sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran mengenai masalah ini
dan masalah lain melihat firman Allah:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi agama untuk kamu. - al-Maaidah (5) : 3

Kemudian dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang semakna dengan ayat
di atas:

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami
(iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. -
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1718.

Juga dari hadis-hadis lain yang semakna dengannya yang
diriwayatkan dalam Shahih Muslim:

Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Solat Malam (Qiyam al-Lail)
di antara lain-lain malam, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat
dengan puasa di antara lain-lain hari, kecuali puasa wajib. - Hadis
riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1144.

Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu
boleh tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan dari malam-
malam selainnya, kerana malam Jumaat adalah hari terbaik yang
dijelaskan dalam hadis sahih daripada Rasulullah.

Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sebaik-baik hari yang terbit di dalamnya matahari adalah hari
Jumaat - Hadis riwayat Imam Ahmad.

Ketika Nabi shallahu 'alaihi wasallam melarang untuk
mengkhususkannya di antara malam-malam lainnya, hal ini menunjukkan
bahawa malam-malam lainnya walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh
dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan
pengkhususannya. -Dinukil dari kitab Syaikh Abdullah bin Abdul Azizi
al-Tuwaijiry bertajuk al-Bida' al-Hauliyyah, (edisi terjemahan
bertajuk: Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta 2003) ms.
319-320.

Oleh itu tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nishfu
Sya'ban kerana tidak ada hadis yang sahih daripada Nabi
shallahu 'alaihi wasallam menganjurkannya. Hadis-hadis yang
dijadikan dalil oleh mereka yang menyatakan terdapat amalan-amalan
tertentu berkaitan Nishfu Sya'ban kesemuanya lemah dan palsu
sehingga tidak boleh dijadikan hujah. Tentang penggunaan hadis-hadis
yang tidak sabit daripada Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam Imam
al-Thahawi rahimahullah di dalam kitabnya Musykilul Athar (jilid
1, ms. 176) telah berpesan:

Barangsiapa yang menceritakan (hadis) daripada rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam atas dasar zhan / persangkaan, bererti
dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda shallallahu 'alaihi
wasallam dengan tanpa haq (dengan tidak benar). Dan orang yang
menceritakan (hadis) daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam
dengan tanpa haq, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada
baginda shallallahu 'alaihi wasallam dengan cara yang batil. Dan
orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda
shallallahu 'alaihi wasallam dengan cara yang batil, nescaya dia
menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam:

Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah dia
mengambil tempat tinggalnya di neraka. (Hadis riwayat Imam al-
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 107) - Dinukil
daripada kitab al-Masaa-il tulisan Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat,
jilid 1, ms. 41)

Benarkah al-Qadr Itu Jatuhnya Pada Malam Nishfu Sya'ban
================================================== =====

Al-Qadr bermaksud penetapan. Oleh itu bagi mereka yang beranggapan
al-Qadr itu berlaku pada malam Nishfu Sya'ban mereka mengandaikan
segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya akan
ditentukan pada malam tersebut. Mereka menduga pada malam inilah
diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara
berhubungan dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki,
untung baik, untung jahat dan lain-lain. Mereka berhujah dengan
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang
berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa
memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa
azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana)
pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap
perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah
atau bertukar). - al-Dukhaan (44) : 3-4

Menurut tafsiran Ikrimah malam yang diberkati itu dan ditetapkan
segala urusan manusia adalah malam Nishfu Sya'ban. Namun begitu
pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan
bahawa al-Qur'an diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang
diberkati itu adalah malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih
baik dari 1000 bulan. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril
dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam
(yang berkat) itu hingga terbit
fajar! - al-Qadr (97) : 1-5

Al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah ketika menafsirkan surah al-
Dukhaan ayat ke 3 dan 4 telah menyatakan:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman menjelaskan tentang al-Qur'an al-
Adzim, bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam yang penuh berkat,
iaitu malam Lailatul Qadar, seperti yang telah difirmankan oleh
Allah dalam surah al-Qadr:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar - al-Qadr (97) : 1

Hal itu terjadi pada bulan Ramadan, seperti yang difirmankan oleh
Allah:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh
itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan
sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. - al-Baqarah (2) - 185

. Intinya barangsiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan
(dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nishfu Sya'ban sepeti yang
diriwayatkan daripada Ikrimah, berti dia telah menjauhkan diri dari
pengertian aslinya, kerana nas al-Qur'an menegaskan bahawa yang
dimaksud dengan malam yang penuh berkah itu (iaitu Lailatul Qadar)
ada pada bulan Ramadhan. - Al-Hafidz Ibnu Kathir, Tafseer al-Qur'an
al-`Adzim, jilid 4, ms. 137.

Syaikh Muhammad Abdussalam rahimahullah pula berkata:

Keyakinan bahawa malam Nishfu Sya'ban adalah malam Lalitul Qadar
adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ahlil hadis
sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Ketika
menjelaskan Sunan al-Tirmidzi, Ibnul Arabi ,mengatakan bahawa firman
Allah "Sesungguhnya kami menurunkan al-Qur'an." (al-Dukhaan (44) :
3) menunjukkan ianya malam Nishfu Sya'ban adalah tidak benar kerana
Allah tidak pernah menurunkan al-Qur'an pada bulan Sya'ban. Tetapi
ayat itu harus difahami secara lengkapnya "Sesungguhnya kami
menurunkan al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar" di mana Lalilatul
Qadar itu ada pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan lagi oleh
Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran. (al-Baqarah (2) : 185). Keyakinan
tersebut (iaitu al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya'ban) sangat
bertentangan dengan Kitabullah dan sangat mengabaikan isinya. Perlu
kami ingatkan bahawa Allah menegaskan tentang malam itu "(Kami
menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam
yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau
bertukar)." (al-Dukhaan (44) : 3), pada malam Lailatul Qadarlah
dijelaskan segala hal kepada malaikat, bukan pada malam Nishfu
Sya'ban. - Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry, As-Sunan wa al-
Mubtada'at, ms. 156.

Kesimpulan
============

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah shallahu 'alaihi
wasallam tidak pernah menetap amalan-amalan tertentu khusus untuk
Nishfu Sya'ban dan penetapan segala urusan manusia (al-Qadr) juda
tidak berlaku pada malam Nishfu Sya'ban. Hanya sahaja pada
malam Nishfu Sy'aban Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengampun dosa-
dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-Nya dan tidak memiliki
sifat pendengki. Oleh itu handaklah kita menanamkan dalam diri
masing-masing ke dua sifat tersebut demi untuk mendapatkan fadhilat
malam Nishfu Sya'ban iaitu diampunkan dosa-dosanya oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Program-program sempena Nishfu Sya'ban juga
seharusnya menekankan isu-isu berkaitan perkara-perkata yang
mencemari tauhid yang sedang berleluasa diamalkan di dalam
masyarakat seperti berjumpa bomoh, memakai tangkal, berdoa dengan
perantaraan kubur-kubur yang dianggap keramat, menganggap tokoh-
tokoh agama seakan-akan maksum sehingga pendapatnya wajib dikuti
walaupun bercanggah dengan nas, mempercayai ahli nujum, meyakini
ramalan horoscope dan banyak lagi. Hendaklah kita memperbanyakan
ceramah-ceramah agama yang dapat membersihkan jiwa kita dari sifat-
sifat yang jelek seperti dengki, iri hati, khianat, busuk hati,
sombong, gemar bergaduh dan lain-lain agar dapat kita membentuk
sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmonis. Walaupun saban
tahun kita kita menyambut kedatangan Nishfu Sya'ban namun pencemaran
tauhid tetap berleluasa dalam masyarakat kita dan perasaan saling
dengki-berdengki tetap menjadi sifat yang sinonim dengan bangsa
Melayu.

__._,_.___

risya
14th September 2006, 08:54 AM
Mulianya Bulan Syaaban

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

azryshah
20th September 2006, 12:02 PM
Tazkirah Hari Ini - SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.

Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,

tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,

setakat ni tak ada seora ng pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya

kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"

zainzubir
20th September 2006, 12:47 PM
emm..kadang2 w/pun dah overhaul pepagi hidung..tteiba dlm keta macam gatal2 jer lubang hidung..naper eik??masatu (kenalak jam giler dijln raya)..best betul jika dapat cungkil hidung...perrgh..... :lol:

apa2pun terima kasih....kita sering igt mengingati disini...waimma hal2 lubang hidung... :lol: (sambil berguling ketawa, bukan sebab apa...meeting baru habis....dapat korek lubang hidung best nih....dediam sesorg tak ada buat pa nih...) :oops:

azryshah
20th September 2006, 12:59 PM
betul tu auntie.. benda yang paling asyik tu selain korek telinga :lol:

heroMak
21st September 2006, 06:22 AM
korek idung batal POSER!.. korek telinga pun batal poser... :)

korek tabung tak batal poser, walaupun tabung orang lain.. (kalu mencuri, dosa la..)

sebarang perkara yang membatalkan poser, jika dibuat sewaktu solat, turut membatalkan solat.

sekian..

zainzubir
21st September 2006, 09:34 AM
saya copy paste dr email yg saya terima, renung2kanlah..

zain
.................

Sudah bersedia menjadi "Pengantin?"

Kiita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan
maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak
tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka!

kingmarul
21st September 2006, 10:16 AM
aduhhh....btul2 kena renung nie.....

azryshah
21st September 2006, 10:31 AM
auntie.. mcm mana bersedia ke atau tidak, kita tetap bakal menjadi 'PENGANTIN' :lol:

risya
25th September 2006, 09:07 AM
*ingatan utk diri sendiri jugak....

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

AyAres151
25th September 2006, 03:08 PM
Sya..nk pinjam tazkirah sya nih bleh? nak bubuh dalam blog Im...

risya
27th September 2006, 03:24 PM
Sya..nk pinjam tazkirah sya nih bleh? nak bubuh dalam blog Im...

sila im.. bkn hak milik sya pun.. tolong panjang2kan la..

another post for today... i got it frm someone..

Assalamualaikum, risya
Alhamdulillah segala puji dan puja hanya kepada Allah yang memberi peluang kepada kita untuk merasai detik-detik keberkatan Ramadhan sekali lagi. Ramadhan satu bulan yang menjanjikan seribu kelebihan kepada kita.

Setiap orang yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti merasa gembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan.

Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bermaksud "Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".

Semoga Allah menjernihkan fitrah kita untuk merasa kemanisan beribadah sepanjang kita berada dalam bulan Ramadhan.

Sesungguhnya Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain"

Imam Ghazali menyebut bahawa puasa terbahagi kepada 3 peringkat, Puasa umum, puasa khusus, dan puasa khususil khusus. Imam Ibnu Rajab Al-Hambali berkata peringkat kedua orang berpuasa adalah yang berpuasa di dunia ini kerana Allah, maka dia menjaga kepala dan apa yang di bawahnya, menjaga perut dan apa yang di sekelilingnya dan mengingati mati serta selepas kematian, orientasi hidupnya ialah akhirat maka hari rayanya adalah hari bertemu dengan Tuhannya dan hari kebahagiannya adalah hari ketika dia melihat Tuhannya".

Dari perkataan dua ulamak ini menunjukan bahawa ada di antara orang yang berpuasa hanya mendapat keletihan tanpa ganjaran. Ada juga orang yang berpuasa dan mendapatkan keistimewaan iaitu orang yang dapat mempersiapkan diri dari sudut akhlak, kerana tanpa persiapan dari sudut ini puasa hanya akan menjadi sekadar menahan lapar dan haus sahaja.

Perkara ini pernah diisyaratkan oleh Rasulullah saw "Berapa banyak orang yang berpuasa namun mereka tidak mendapatkan dari puasa mereka kecuali lapar dan dahaga" (HR.Thabrani, Ahmad dan Baihaqi).

Semoga Allah memberi hidayah dan kekuatan kepada kita agar nilai spiritual kita semakin bertambah dan meningkat sepanjang kita berada di bulan yang penuh berkat ini.

Sesungguhnya ketibaan Ramadhan merupakan saat yang sungguh baik untuk kita membuat perubahan dalam hidup kita, memperbaiki kualiti diri samada ketika berinteraksi dengan Allah s.w.t atau ketika berhubung sesama manusia.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, sama-sama kita memaksimakan penghayatan Ramadhan pada tahun ini.

zainzubir
28th September 2006, 11:03 AM
Diterima pagi tadi utk dikongsi bersama.

zz
...................
Assalamu'alaikum

Menjelang kedatangan Ramadhan baru-baru ini, terdapat sekurangannya 3 e-mail yang memforwardkan hadith mengenai Doa Jibril menjelang Ramadhan. Di ruangan Soal-Jawab al-ahkam.net juga terdapat persoalan yang sama dikemukakan.

Pengajaran yang kita perlu ambil :-

1. Lihat dulu pada content samada hadith tersebut sahih atau tidak. Rujuk dahulu kepada mereka yang mahir didalam bidang hadith.
2. Perlu ingat, menyebarkan sesuatu hadith yang palsu, merupakan penipuan yang terbesar terhadap Nabi saw.
3. Berwaspada sebelum memforward e-mail2 yang mengandungi hadith sebegini, yang tidak dinyatakan perawi hadithnya.

Sekian, wassalam

=====
Soalan

Assalamualaikum. Boleh tolong saya carikan petikan di bawah samada dari hadis atau mana2 riwayat.

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."

Sekain. Terima kasih.
===========

Jawapan oleh thtl :-

alJawab:

Kami yakini ianya palsu. kami akan berusaha menjejakinya dan jika ditemui, InsyaAllah akan dikhabarkan kemudian (KIV). kenapa kami berani berkata ia palsu? Kerana sekiranya meminta ma'af kepada ibubapa, suami-isteri dan penduduk sekitar itu benar dan syarat memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu kita akan temui dalam kitab-kitab feqah, walhal tidak pernah dibincangkan. sekian

=========
Jawapan oleh kamin :-

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.

Sekadar tambahan, Kemungkinan hadith yang hampir kepada hadith diatas adalah seperti berikut :
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين
"Sesungguhnya Nabi telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi ) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup. Orang yang sombong kepada ibu-bapa mereka tidak akan masuk syurga.

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong. Orang yang tidak memohon ampun kepada Allah swt merupakan mereka yang sombong dan rugi. Ramadhan berlalu tanpa Allah mengampunkan dosa-dosanya.

c. seseorang yang apabila disebut nama Nabi kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!! Ringan-ringankan lidah untuk berselawat lebih-lebih lagi apabila mendengar nama Nabi Muhammad saw diucapkan.

Sekian, wassalam

risya
28th September 2006, 12:23 PM
SEKADAR UNTUK RENUNGAN SEMPENA BULAN RAMADHAN...BULAN UNTUK BERIBADAT..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

wallahua'lam

azryshah
2nd October 2006, 11:17 AM
Tazkirah - Kacak

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga."

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam.

p/s:Segala yang terbaik datangnya dari Allah s.w.t dan yang segala yang buruk,hina dan dina datangnya dari saya sendiri.

AyAres151
2nd October 2006, 09:41 PM
Tuhan kata jangan dendam... nanti dpt doser..susah nak masuk syurga...

"Bersihkan la hatimu... bersihkan la jiwamu..."

Dengan apa? Dengan apa harus ku bersihkan..

"Dengan air wuduk dan sembahyang... insya Allah kelak hati itu bersih dari tompokan hitam pekat mukat dendam dan iri dalam jiwa..."

Kenapa aku sudah lakukan namun diri masih lagi benci pada seseorang..

"Kerana NIAT.. yaa.niat kemudian kusyuk serta tawadduk "

Bagaimana harus aku mencapai itu...??

" Mudah saja... bermaafan la sesama insan... sesungguhnya kelak kamu tidak akan kerugian. "

antujahat666
4th October 2006, 11:29 AM
PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

risya
4th October 2006, 12:41 PM
Subject: APA ITU HURAISY?

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
Huraisy pun menjawab, " Tugas Aku ialah mencari lima jenis manusia.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
.....sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat..Wallahualam.

risya
9th October 2006, 10:39 AM
Petikan dari Utusan Malaysia Online 9/10/2006

Jangan abai toma’ninah dalam solat
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
JIKA anda rukuk dan sujud, jangan sekali-kali terlupa toma’ninah. Jangan jadikan solat anda seperti ayam mematuk padi. Solat seperti itu tidak sah kerana tidak ada toma’ninah, sedangkan ia adalah rukun sembahyang sama ada dalam solat fardu ataupun solat sunat.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan solat tanpa toma’ninah adalah batal. Orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk dalam solatnya ialah orang yang mencuri solat sebagaimana disebut dalam satu riwayat Ahmad dan Hakim bermaksud: Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan dalam solat.

Katanya lagi, hadis ini menjelaskan mengenai orang-orang yang menunaikan solat mereka tetapi dalam keadaan kelam-kabut dan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pencuri.
Hal ini sekali lagi ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaii, Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: Allah s.a.w. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (Riwayat Thabrani)

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud: Apabila seseorang daripadamu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi. (Riwayat Al-Dailami daripada Ummi Salamah)

Mushaddad berkata, ramai di kalangan umat Islam sebenarnya berhadapan dengan masalah tidak khusyuk dalam solat, antara puncanya adalah kerana kesibukan dunia dan sentiasa memikirkan tentangnya walaupun dalam solat.
“Khusyuk amat penting dalam solat. Salah satu daripada rahmat Allah kepada kita ialah Allah meraikan kelemahan yang ada pada hambanya. Justeru, Allah tidak menjadikan khusyuk sebagai rukun atau syarat sah solat yang jika ditinggalkan maka batallah solat itu.

“Oleh itu khusyuk dalam solat menurut jumhur ulama adalah sunat hukumnya. Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

“Bagaimanapun, bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk,” kata Mushaddad ketika dihubungi baru-baru ini.

Menjawab kelebihan yang diperoleh seseorang yang khusyuk dalam solat, Mushaddad menjelaskan, sesungguhnya ganjarannya amat besar seperti dapat menghapuskan dosa, memperoleh pahala, memakbulkan doa dan menjauhkan kemungkaran.

Oleh itu, beliau menyarankan kita sentiasa berusaha memperoleh solat yang khusyuk kepada Allah s.w.t..
Firman Allah yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45)

Dalam satu hadis daripada Uthman bin Affan yang berkata, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah bagi seseorang muslim itu yang menunaikan solat fardu dan memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya melainkan baginya penghapusan dosa selagi mana dia tidak melakukan dosa besar, dan itu adalah untuk setiap masa. (Riwayat Muslim)
Menjelaskan tentang toma’ninah pula, kata Mushaddad, ia merupakan salah satu rukun dalam solat. Jika ia tidak disempurnakan maka batallah solat seseorang itu.

Toma’ninah perlu dilakukan dalam empat rukun solat iaitu dalam rukuk, iktidal daripada rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.

“Toma’ninah bermaksud tetap atau diam dalam setiap rukun yang disebutkan. Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan seperti mana yang disebutkan dalam hadis sebentar tadi,” terangnya.

Berbicara tentang contoh terbaik mengenai khusyuk dalam solat, ujar Mushaddad, model yang terbaik ialah solat Rasulullah s.a.w.. Dalam satu hadis yang disebut oleh al-Kandahlawi dalam bukunya, Hayat al-Sohabah, bahawa seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aisyah: “Terangkan kepadaku sesuatu yang luar biasa mengenai solat Rasulullah.”
Aisyah menjawab: “Tiada sesuatu yang biasa mengenai diri Baginda. Tiap-tiap yang dilakukannya luar biasa. Pada suatu malam, Baginda baring bersama-samaku, kemudian Baginda berkata: “Sekarang, biarlah aku menyembah Allah, Pemberi rezekiku.” Kemudian Baginda pun bangun lalu mendirikan solat dengan segala perasaan ikhlas dan tawaduk. Semasa menunaikan solat itu Baginda menangis. Demikian juga keadaannya apabila baginda rukuk dan sujud. Setelah bangun, keadaan baginda masih tidak berubah. Demikianlah halnya sehingga Bilal melaungkan azan menandakan waktu Subuh sudah menjelang tiba. Aku pun berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah, Tuan tidak berdosa kerana Allah telah mengampuni semua dosa Tuan, sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. Tetapi Tuan masih juga memandang rendah terhadap diri Tuan sendiri.” Baginda s.a.w menjawab: “Apakah aku tidak bersyukur kepada Allah?” Aku solat begini mengingatkan ayat-ayat yang telah diwahyukan-Nya kepada Aku pada hari ini yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.” (Ali Imran: 190-191)

wallahua'lam..

zainzubir
9th October 2006, 11:43 AM
terima kasih Risya...

Sebut tentang kekusyukan dalam bersolat, aunty sebenarnya juga masih belum benar2 dapat kusyuk, ada sahaja yg membuat aunty terganggu dalam cuba untuk kusyuk especially bila solat dirumah, kadang2 bilik dikunci akan diketuk oleh anak beberapa kali, w/pun ketukan terhenti kerana mungkin anak2 telah sedar bahawa aunty sedang bersolat tetapi sebagai manusia yg masih jahil, ada sahaja yg datang dalam fikiran, tertanya2, say for example.."apa yg perlu sgt anak ni ketuk2 pintu nih?"..dan terus terfikir2 yg negatif spt "nenek" mereka terjatuhke, sakitke?...(nauzubillah tapi tidak dapat elak fikiran sedemikian, kerana menjaga ibu itu amanah yg aunty pegang)..kadang2 jika pintu lupa dikunci pula, anak2 akan terus redah dan terhenti dipintu bila mereka dapati aunty sedang bersolat..inilah antara byk sebab gangguan untuk mendapatkan kekusyukan tersebut, yalah mungkin aunty belum sampai tahap dimana dapat menutup telinga, hati dan fikiran dari berfikir2 hal duniawi dlm/semasa bersolat tapi aunty tetap akan mencuba mencapai kekusyukan tersebut dgn cara yg telah byk disarankan oleh penceramah2/ulamak2 juga buku2 agama dlm mencapai kekusyukan tersebut:wink: (antaranya cuba memahami makna ayat/surah yg dibaca tersebut)..wallahualam.

saya_maju
10th October 2006, 04:15 AM
JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan
dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata
padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,
kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....


(sory kalau dah ada orang lain dah pos kat sini ye..
sebab tak sempat dan semak dulu ye... :lol: :lol: :lol: )

zainzubir
10th October 2006, 08:14 AM
saya_maju, terima kasih atas ingatan ini....iklan jawatan ini amat berbeza dari iklan jawatan2 yang saya pernah siarkan di Herald tribune dan job street atau mana2 akhbar. Ntah mengapa saya rasa takut membacanya, mungkin belum cukup persediaan untulk ditemudaga...terima kasih kasih sekali lagi atas ingatan ini.

saya_maju
10th October 2006, 08:27 AM
saya_maju, terima kasih atas ingatan ini....iklan jawatan ini amat berbeza dari iklan jawatan2 yang saya pernah siarkan di Herald tribune dan job street atau mana2 akhbar. Ntah mengapa saya rasa takut membacanya, mungkin belum cukup persediaan untulk ditemudaga...terima kasih kasih sekali lagi atas ingatan ini.


sama2 anti...

sama2 lah kita persiapkan diri untuk di temuduga tu nanti..


(i sebenarnya risau juga, takut-takut dah ada orang hantar temuduga yang sama sebelum ini.. so legah i..)

azryshah
17th October 2006, 11:40 AM
LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG
SEMBAHYANG

Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda .......
"Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu
yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada
orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia
MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika
orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia
kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........." dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di
hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG ,
maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya
BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......."
hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?..

DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak
sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya
dengan menghadap pada tembok atau kayu yang
panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh
juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah
malah boleh juga dengan membuat batas atau garis
pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya
ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu
dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang
sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus
DITOLAK .

dan ?..

Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang
sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan
gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN
sembahyangnya?.

dan ?..

Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah
pembatas bagi yang ada di belakang ??


Sampaikan pesananku walaupun satu ayat??????.

zainzubir
17th October 2006, 11:56 AM
thanks azry..seigt aunty dulu ada yg menyebut, kita letakkan sesuatu di hadapan kita ..tak kira apa, dah memadai..wallahualam...

azryshah
17th October 2006, 12:03 PM
betul tu auntie.. harap2 disampaikan pada kawan2 :lol:

azryshah
19th October 2006, 12:50 AM
Sebuah Cerita Yang Mengusik Jiwa...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei. Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan
mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?, Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan
harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan... ,"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak Uwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?"

Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

"Kenapa Az... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat...


Moral cerita ...... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan....

AyAres151
19th October 2006, 02:29 AM
uwaaaa...kusyuk aku membaca sambil menahan sebak nak menitis air mata.... aku masih belom mampu menjadi seperti intan... oh tidakkk...

zainzubir
19th October 2006, 08:11 AM
memang hampir menitiskan air mata, ayares dll w/pun kita tidak mampu berbuat atau berkorban seperti Intan, yg penting kita tidak ketepikan ibu bapa kita..10-20 ringgit bagi mereka bergelar mak dan ayah adalah amat besar apabila yg diterimanya dari anak sendiri bukan dari kebajikan masyarakat atau mana2 pertubuhan politik..faham, kan??..tetiba teringat rumah org tua di Trengganu... :cry:

azryshah
19th October 2006, 08:25 AM
So dikesempatan yang ada nie, balik ler kampung jumpa ayah ibu.. susun jari mohon kemaafan segala apa yang kita lakukan sebelum ini. Sesungguhnya kehidupan didunia nie tak kekal lama :lol:

p/s : sori tazkirah kali nie panjang sikit, terdetik hati nak kongsi bersama

AyAres151
19th October 2006, 08:47 AM
TQ for sharing azry...satu perkongsian yang amat menyentuh jiwa.... Insya Allah.. raya ni dpt ku temui kaum keluarga di kampong.. memohon ampun dan restu utk anaknyer berjuang di rantauan ini...

zainzubir
3rd November 2006, 04:22 PM
Yang mana satu nak buat; puasa sunat atau qadha' puasa?

Dikalangan kita, sudah tentu ramai yang telah menunaikan puasa sunat enam hari dibulan Syawal dan ada yang belum lagi menghabiskannya. Yang paling penting, tidak ada orang yang melakukan hari raya puasa enam atau Eid al-Abrar, dimana amalan tersebut ditegah oleh beberapa ulama', termasuklah Jawatan kuasa tetap fatwa Arab Saudi dan juga Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi. Perbuatan ini dilarang kerana seolah-olah mewujudkan Hari Raya atau Eid yang baru bagi orang-orang Islam.

Puasa enam hari didalam bulan Syawal ini mempunyai fadhilat yang sangat besar bagi sesiapa yang melakukan. Didalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi :saw telah bersabda {
من صام رمضان وأتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر} :"Barangsiapa yang berpuasa didalam bulan ramadhan dan dikuti dengan enam hari dibulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang hidup". Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmudzi dan Ibn Maajah. Didalam riwayat lain pula Nabi :saw menjelaskan bahawa :{من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة} "Barangsispa berpuasa enam hari selepas Eid al-Fitr, dia telah mencukup setahun".

Didalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1/421) ada menjelaskan bahawa Allah swt telah memberikan 10 kebaikkan didalam sehari puasa, maka 30 hari berpuasa Ramadhan menyerupai berpuasa 10 bulan (300 hari), dan puasa 6 hari dibulan Syawal menyamai ganjaran 2 bulan berpuasa (6x10 = 60 hari). Maka jumlah keseluruhannya menunjukkan bahawa apabila seseorang itu berpuasa Ramadhan penuh dan di ikuti dengan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal, dia akan mendapat ganjaran berpuasa 360 hari; menghampiri satu tahun. Wah, hebat sungguh ganjaran itu... pastikan anda tidak melepaskan peluang. Walaubagaimana pun, puasa ini hanyalah sunat hukumnya.

Persoalan yang selalu diutarakan terutamanya kaum wanita adalah, yang mana satu hendak didahulukan? Puasa sunat atau qadho'? Ada juga yang cuba memberikan penyelesaian mudah, iaitu niat 2 in 1 (Puasa Qadha' dan sunat satu niat). Cuma apa yang sebenarnya disarankan oleh ulama' adalah seseorang itu hendaklah berniat Qadho' puasa, dan berharapan Allah memberinya juga ganjaran-ganjaran orang yang berpuasa didalam bulan Syawal. Pandangan terbaik adalah melakukan puasa Qadho' dan dikuti dengan puasa enam. Mereka berpegang kepada pendapat, tidak boleh melakukan amalan sunat jika yang wajib belum disempurnakan.

Dari sudut hukum, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan tidak salah melakukan puasa sunat Syawal dahulu dan di ikuti dengan qadho' puasa Ramadhan, dengan merujuk kepada hadith A'isyah ra. yang mengqadho' puasa apabila masuknya bulan Sya'baan yang akan datang (hadith Mutafaq a'alaih, al-Lu'lu' wal Marjan #703). syeikh Ibn Utsaimin rh (Mumthi', 6/448) juga berpendapat demikian kerana surah al-Baqarah ayat 185 hanya menyatakan bagi mereka yang sakit, atau bermusafir dan sebagainya, hendaklah mengqadho' dihari-hari lain, dan tidak mengatakan'perlu dibuat dengan serta merta'.

Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan bahawa beliau memilih pandangan yang mengatakan eloklah diqadho' puasa Ramadhan dahulu dengan alasan tidak ada orang yang hidup ini dijamin umurnya. Mereka boleh sakit dan mati bila-bila sahaja. Orang yang kuat tiba-tiba sahaja boleh menjadi lemah atau tidak berupaya!

Cuma, bagi wanita yang mempunyai masalah haid yang panjang, yang tidak mungkin dapat melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal jika dia perlu mengqadho' dahulu, Syeikh Ibn Utsaimin rh (majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 20/19) mengatakan dia dibenar mendahulukan puasa enam dan dikuti dengan qadho' puasa Ramadhan di hari-hari yang lain.

Kita masih ada masa lagi untuk menunaikan puasa sunat di bulan Syawal. Ayoh kita berpuasa! Sedikit sebanyak dapat juga menampal-nampal puasa Ramadhan yang tidak dapat lari dari pelbagai kekurangan.

-kamin, 11 Syawal, 1427-
http://kaminms.blogspot.com

__._,_.___

zainzubir
15th November 2006, 12:09 PM
Umrah di bulan Ramadhan : diantara keperluan dan keutamaan

Mengerjakan umrah didalam bulan Ramadhan merupakan satu trend umat Islam di negara kita. Mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah orang-orang kenamaan, artis-artis, ustaz-ustaz, golongan koperat dan sebagainya akan cuba mengerjakan umrah dibulan yang mulia ini. Malah kerajaan Arab Saudi melaporkan bahawa jumlah jemaah di Makkah dan Madinah melebihi jumlah jemaah dimusim Haji. Cuma bezanya adalah jemaah tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan juga kawasan tawaf tidak begitu sesak selepas solat Isya', kerana tumpuan diberikan kepada ibadat Solat Tarawih dan Iktikaf. Satu lagi fenomena umrah pada musim Ramadhan adalah, pada waktu pagi, Masjidil Haram tidaklah sesak, kerana sebahagian jemaah mula tidor selepas selesai solat subuh.

Ada kebenarannya fatwa yang dikeluarkan oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani bahawa tidak ada iktikaf (untuk 10 malam terakhir Ramadhan) melainkan hanya di 3 masjid; iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa (berdasarkan hadith sahih yang dikeluarkan oleh al-Tahaawi, al-Ismaili dan Baihaqi - Lihat Risaalah Qiyaam Ramadhaan , Bab Syarat Iktikaf, ms 15, edisi internet). Mereka yang benar-benar ingin melakukan amalan iktikaf hendaklah masuk kedalam salah satu dari 3 masjid diatas bermula dari 20 Ramadhan sehinggalah ke malam Eid al-Fitr. Sudah tentu cuti yang akan diambil melebihi 14 hari, termasuklah perjalanan pergi dan balik. Amalan Iktikaf di tanah haram ini sesuai sangatlah dengan cuti panjang yang diambil dan menepati maksud hadith tersebut.

Pakej umrah di bulan Ramadhan biasanya terbahagi kepada 4 bahagian; Awal Ramadhan, Pertengahan Ramadhan, 10 hari terakhir beserta iktikaf dan akhir Ramadhan berserta Hari Raya. Yang membezakan diantara pakej-pakej ini adalah harganya. Makin hampir kepada hari raya, makin mahal harga pakejnya. Saya pernah berbincang dengan seorang mudir hotel disana mengenai harga sewa hotel. Kata beliau, selepas musim Haji, harga hotel boleh turun semurah 50 Riyal satu malam, dan boleh meningkat sehingga 400 Riyal bagi bilik yang sama dimusim Ramadhan. Bagi pengusaha hotel pada musim Haji, kebanyakkan hotel di Makkah akan disewa selama 3 bulan pada Muasasah Haji untuk kegunaan pakej jemaah Haji dan digelar Maktab. Puncak perniagaan bagi hotel-hotel di Makkah sebenarnya adalah pada bulan Ramadhan. Akibat dari kenaikkan sewa hotel dan kos-kos lain, pakej Umrah di bulan Ramadhan terlalu istimewa bagi mereka yang berkemampuan sahaja.

Kalau dilihat dari aspek kos pakej Umrah dimusim Ramadhan, ia hampir menyamai atau melebihi pakej asas haji. Kos Umrah yang tinggi ini tidak menghalang orang-orang yang berharta melakukan Umrah di bulan Ramadhan berkali-kali. Melihat dari sudut fiqh; apakah ianya sunnah melakukan Umrah sunat berkali-kali seperti ini? Sekali lihat, persoalan ini seolah-olah wujud perasaan tidak puas hati dari kalangan orang-orang miskin. Rupa-rupanya menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ghazali rh. juga pernah mengkritik sikap orang-orang kaya yang mengerjakan amakan Haji sunat berkali-kali sedangkan jiran tetangga didalam keadaan miskin, kebuluran dan kelaparan (Fiqh al-Aulawiyat, cet ke 4, 2000, ms. 212)..

Fiqh (Fekah) ini yang dinamakan Fiqh al-Aulawiyat menurut al-Qaradhawi. Ia merupakan fiqh yang melihat prioriti sesuatu amalan, yang mana lebih diutamakan. Beliau juga telah memetik dialog diantara Syeikh Bishir Ibn al-Harith dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut memohon izin Syeikh al-Harith untuk pergi membuat Haji sunnat, katanya : "Aku telah berazam untuk menunaikan Haji (sunat), maka nasihatlah aku sesuatu?". Syeikh berkata :"Berapa jumlah nafkah kamu?". Jawabnya :"2,000 dirham". Berkata Bishir :"Apakah yang anda mahu apabila menunaikan Haji/Umrah? Ingin menjadi zuhud, atau rindukan Baitullah, atau mahu mendapat keredhaan Allah?". Jawab lelaki tersebut : "Aku inginkan keredhaan Allah". Berkata Syeikh lagi :"Jika kamu boleh mendapatkan keredhaan Allah ditempat kamu dengan membelanjakan 2,000 dirham, dan kamu yakin mendapat keredhaan Allah, Apakah kamu mahu begitu?". Berkata lelaki tersebut :"Ya".

Syeikh berkata : "Pergilah berikan (duit tersebut) kepada 10 golongan : Orang berhutang dilepaskan hutangnya, orang fakir agar ia dapat menjaga dirinya, orang yang banyak tanggungannya dicukupkan belanjanya, penjaga anak yatim digembirakannya, jika kuat hatimu, agihkanlah. Sesungguhnya mengembirakan hati seseorang Islam, menolong orang didalam kesusahan, kesempitan dan kesulitan hidup : lebih afdal dari melakukan 100 kali Haji sunat! Pergilah (bangunlah),maka keluarkan harta kepada golongan yang aku suruhkan tadi!......" (Fiqh al-Aulawiyat , ms 212. al-Qaradhawi memetik dari Ihya' 3/409).

Didalam buku yang sama juga, al-Qaradhawi menyelar orang-orang kaya yang hanya menyibukkan diri dengan ibadat badaniyah sahaja seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya, yang tidak melibatkan wang ringgit yang banyak. Menurut beliau, mereka ini adalah merupakan orang-orang yang terpedaya, kerana sifat bakhil dan kendekut menguasai diri mereka. Beliau mengumpamakan keadaan ini seperti orang yang dipatuk ular berbisa yang boleh membawa maut, apa yang dicarinya adalah ubat penyakit kulit, dan bukan ubat menawar racun ular tersebut. (Fiqh al-Aulawiyat , ms 211).

Benar sekali, secara realitinya manusia lebih suka membayar pakej Umrah yang mahal daripada mendermakan jumlah wang yang sama kepada mereka yang memerlukan. Biasanya, kalau nak bersedekah, jangan kata 10% dari jumlah wang pakej Umrah disedekahkan, RM20 pun susah. Bayangkan berapa ramai orang miskin yang dapat kita bantu dengan jumlah wang sebanyak RM5000?

Bagi mereka yang saban tahun menunaikan Umrah sunnat, marilah bermuhasabah dengan meletakkan prioriti amalan kita kepada sesuatu yang lebih di perlukan. Waduh, cuba bayangkan, dengan wang lebih dari RM5,000, banyak hati-hati yang dapat dihibur dan digembirakan. Ramai juga mereka yang akan mendo'akan kita agar dimurahkan reski dan dipanjangkan umur. Janganlah kita asyik mementingkan menambah pahala kita bersendirian sahaja. Marilah kita melakukan satu amalan yang boleh menjadi sedekah jariah (flowing donation) yang sudah pasti sampai ke alam barzah, dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Jom sedekah!!

- kamin, 12 Nov 2006 / 20 Syawal 1427, 12:10am.
http://kaminms.blogspot.com

heroMak
25th November 2006, 10:05 AM
lama gak 'ruangan' ini tidak disinggahi..saya cuba share sedikit pembacaan bagi kita semua.. moga ada kebaikannya.

Allah berfirman

"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan (nikmatKu), dan jika kamu kufur(menolak), sesungguhnya azabKu amatlah berat." (maaf saya tak ingat ayat berapa, surah apa, tapi saya ingat bacaannya).

Dalam kehidupan kita sehari-hari, banyak nikmat Allah yang kita pakai. Setiap hela nafas yang kita tarik, kedip mata, kunyahan nasi yang kita makan, mahu pun mata kita yang berjasa termasukla dalam mengambil foto.

Ada antaranya kita mengucapkan "ALHAMDULILLAH" seperti selepas makan, ataupun selepas pengantin lelaki berjaya menjawab lafaz akad nikah, tapi banyak juga nikmat2 yang kita take for granted. Kita terima seadanya bila kita bangkit dari tido. Bila kita dapat mandi bersabun, dapat pakai baju lawa2, buh bedak n perfume di badan kita yang sehat dan breakfast sebelum keluar rumah walaupun dengan sekeping roti. Tentu kita tahu ada insan2 yang tidak berpeluang seperti kita itu. Kita tahu, cuma tak berapa sedar betapa beruntungnya kita.

Bila melihat kelebihan dari segi paras rupa, harta, pangkat dll, pandangla mereka yang dibawah kita. Ada yang menyuruh anak mencuri (di kampung sebelah kampung saya). Ada yang menangis bila melihatkan anak ke sekolah dengan memakai kasut yang koyak rabak sehinggakan dia segan untuk bergaul dengan rakan2. Mungkin sekolah di bandar2 besar tidak berlaku begini, tapi sekolah di ceruk rantau perkara ini masih common.

Bersyukurla dengan apa yang ada, walaupun ada perkara yang masih tidak dapat dicapai/diperolehi. 2 hari lepas, saya ke pasaraya untuk membeli susu anak dan isteri ingin membeli makanan utk dikunyah (kerepek, choc bar dll). Sesampainya di pasaraya, saya bertanya kepada isteri, "ada pitih ke idak?". dia menjawab, cuma 2 ringgit sahaja. Saya pun membelek wallet saya, ada 3 ringgit. :) heheheh.. Tersilap juga kerana tak pereksa dulu sblum pergi. Tapi nasib baik, saya ada duit yang baru diklaim tadi, ada la dalam RM30++ dalam poket. Campur2 tolak2, kami boleh beli susu bayi, choc bar, kuaci dan terpaksa letak balik kordial Ribena yang berharga tak sampai RM7.

Saya bersyukur, kerana masih lagi dapat membeli susu utk anak. Sebenarnya bukan takde duit, cuma kebetulan hari itu jatuh pada hari saya tak bawak duit. Memang saya tak suka bawak duit. Saya bersyukur dapat beli apa yang dihajati dan isteri saya juga dapat apa yang dia mahu (walaupun tak semua). Dan yang lebih saya bersyukur, isteri saya dapat menerima keadaan itu. Itu yang paling saya bersyukur.

Susu bayi pun bermacam jenis, khasiat dan HARGA. Saya terfikir, bagaimana pula dengan orang yang jenis kais pagi makan pagi, mampukah mereka membeli susu yang begini? Sekali lagi saya bersyukur kerana walaupun bukan susu yang mahal saya beli, at least mampu juga membeli susu jika nak dibandingkan dengan makcik2 yang menyusukan anak dengan susu badan sambil berkemban di serambi2 rumah kampung sesambil tu memukul2 manja anak yan disusu kerana tak mahu berhenti minum susu yang sudah hampir kering.

Jika bersyukur, Allah tambahkan lagi. Mungkin kerana itu, rezeki bilangan anak makcik2 di kampung di terengganu ni kebanyakannya lebih dari 7 orang. Berjaya mereka meramaikan umat nabi. Cuma perlula dididik dengan sebtulnya kan?

Apa jua yang Allah bagi pada kita, sewajibnya kita bersyukur. Allah menjanjikan balasan dan kurniaan yang lebih lagi. Tanpa disangka-sangka. Dari sumber yang kita tak terpikir. Contohnya, dalam keadaan kesempitan kewangan, datang orang yang pernah berhutang membayar hutangnya. Ataupun kita mendapat job yang worth for income.

Ataupun pernah tak kita kekurangan/kehabisan wang, tetiba diseluk2 poket, ada wang berkeping2 yang terbasuh bersama di dalam baju/seluar. Wang itu cukup membantu. Pernah satu hari, dalam poket baju ada RM30, dah berkedut. Apa lagi, saya belanja orang makan la. Kemudian, bila nak balik, dalam poket seluar ada pulak RM25. Isi minyak kereta terus. Maybe itu satu contoh jika kita bersyukur (memberi org makan), nimat itu akan ditambah. :)

Sesama la kita terus bersyukur.. Dan kena ingat juga, jika kita kufur( menolak) tak mahu terima nikmat yang Allah bagi, walaupun sikit atau banyak, beringatlah, Azab Allah itu amat berat samada di dunia atau akhirat. Bersamala kita menjauhinya.

Sesungguhnya kawan/rakan/kenalan yang sentiasa bersama-sama kita dalam perkara kebaikan dan mendekatkan diri pada Allah juga adalah satu kurniaan yang sangat-sangat kita perlu syukuri. :)

Semoga kita tetap dalam RahmatNYA dan kasih sayangNYA sokmo. :)

-iemans.

azryshah
2nd December 2006, 10:12 AM
FIKIR SEJENAK

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati.... Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu
,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu
selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis
kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB
Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN

heroMak
2nd December 2006, 10:22 AM
tersentuh jugak dengan kisah tu. Alhamdulillah, masih ada ibu yang solehah begitu di dunia ini.

Sekarang ni bukan bleh kira sgt, ada ibu yg sanggup buang n campak n hentak anak sendiri. Walaupun ada sbb tertentu ibu2 jadi 'kurang siuman' gitu, tapi hakikatnya dengan keadaan2 tertentu, kasih sayang ibu kandung pun boleh jadi hilang.

Semoga kita tetap hidup dalam kasih sayang dan rahmat Allah.

:)

risya
5th December 2006, 05:20 PM
Dialogue between a traveler and the prophet (Sallallahu 'alaihi wa sallam)

A traveler once came to the mosque to see the prophet. After greeting the prophet he was asked where he was from. The traveler replied that he came from very far just to get a few questions answered. Following is the dialogue between the traveler and the prophet.
Traveler: I do not want azaab to be written in my account.
Prophet : behave well with your parents
Traveler: I want to be known amongst people as an intelligent person.
Prophet: fear Allah always.
Traveler: I want to be counted amongst Allah's favorites.
Prophet : recite quran every morning and evening.
Traveler: I want my heart to always be enlightened. ( roshan and munawer)
Prophet: never forget death
Traveler: I never want to be away from Allah's blessing.
Prophet: always treat fellow creatures well.
Traveler: I never want to be harmed by my enemies.
Prophet: always have faith in only Allah.
Traveler: I never want to be humiliated.
Prophet: be careful of your actions.
Traveler: I wish to live long.
Prophet: always do sile rahm. ( goodness towards blood relations)
Traveler: I want my sustenance to increase.
Prophet : always be in wudhoo.
Traveler: I wish to stay free of adhaab in the grave.
Prophet : always wear pure (paak) clothes.
Traveler: I never want to burn in hell.
Prophet : control your eyes and tongue.
Traveler: how do I get my sins forgiven.
Prophet: always ask forgiveness from Allah with a lot of humility.
Traveler: I want people to respect me always.
Prophet : never extend your hands of need at people.
Traveler: I want to always be honored.
Prophet : never humiliate or put down anyone.
Traveler: I don't want to be squeezed by fishare qabr.
( squeezing in the grave)
Prophet: recite sura e mulk often.
Traveler: I want my wealth to increase.
Prophet: recite sura e waqia every night.
Traveler: I want to be safe and at peace on day of judgement.
Prophet: do zikr of Allah from dusk to night.
Traveler: I want to be in full attention and concentration during namaaz.
Prophet : always do wudhoo with concentration and attention

azryshah
11th December 2006, 10:26 AM
Tazkirah Hari Ini

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

heroMak
13th December 2006, 02:00 PM
forwarded Love Letter:-

assalamualaikum w.b.t

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh
maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang
membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika
kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "




"sahabat yg soleh malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi di hatinya tersirat keimanan dan ketaqwaan"

risya
19th December 2006, 04:00 PM
sekadar berkongsi satu forwarded email ke inbox mail sya..

Satu penjelasan terbaik kenapa allah memberi kesakitan dan
Penderitaanseperti yg telah kita lihat:

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan
janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai
Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya tak dpt bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,
''Kamu tahu tak yg sbnrnye barber jgk tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi'' kata barber.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnya!'' kata barber.

''Tepat sekali!'' kata si lelaki tadi.

''That's the point! Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''

sedikit pandangan sya mengenai cerita ini...
Kisah di atas ini.. mungkin Allah ingin memberi balasan atas kesalahan hambaNYA yang tidak mengingatiNYA..
Namun, terdapat juga golongan yg Allah bg segala kesenangan kpdnya, agar hambaNYA itu terus melupakanNYA. golongan ini adalah plg bahaya.. kerana seolah2 Allah tidak mahu berhutang apa2 dgn hambaNYA ini di akhirat kelak.

Sesungguhnya Allah memberi ujian itu dlm byk jenis/kategori.. sama ada diberi kesusahan agar kita sentiasa mengingatiNYA .. ataupun dlm bentuk kesenangan kerana Allah nak tgk adakah hambaNYA itu ingat padaNYA pada masa senang.

jadi pkla sejenak apakah jenis ujian/balasan yg kita dah tempoh..
apa jua pun, sentiasa la mengingati diriNYA.. berpegang teguh la pd Quran & Sunnah Nabi.. insyaAllah kita tidak akan sesat di dunia yg penuh mencabar ini...

wallaua'lam..

zainzubir
3rd January 2007, 08:38 AM
Renungan Pagi di Awal Tahun Baru 2007

Don't reserve your best behavior for special occasions. You can't have two sets of manners, two social codes - one for those you admire and want to impress, another for those whom you consider unimportant. You must be the same to all people.

malek
3rd January 2007, 10:12 AM
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

zainzubir
3rd January 2007, 10:29 AM
Thanks Malek...I'm eager to do the same thing/actions if asked the same questions.. :lol: :lol:

*siapa agaknya yang nak menanyakan soalan yg sama kpd hanty eik?? :roll:

azryshah
17th January 2007, 12:39 AM
Dah lama tak jenguk topik nie.. :lol:


Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam - Pesanan Budiman .

zainzubir
17th January 2007, 09:19 AM
Minggu lepas aunty menonton ceramah perdana di tv 1 tak silap, ia membincangkan tentang adab, budi bahasa dll berkaitan..antara lain elok kita cuba renung2kan bersama adalah tentang "biar mati anak jangan mati adat"...salah seorang uztaz tidak berapa setuju dgn bidalan zaman dulu tersebut, dan beliau berharap pada zaman ini kita cuba "hidup"kan kedua2 sekali..anak hidup,adat pun hidup... :lol:

salam maal hijrah

azryshah
18th January 2007, 09:00 AM
Tazkirah utk hari ini...

Assalamu'alaikum Ustaz,

Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini
saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?

Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.

terimakasih.


Wa'alaikumussalaam Warohmatullah

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.
Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang
boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar
bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari
pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang
sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan
suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri
sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia
membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga
ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri
tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang
tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya,
syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang
berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring
ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau
boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati
lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka
rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit
isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,
suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri
untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan
beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar
bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami
pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat
fitrah kepada suami.

Wallaahu a'lam.

Syukran.

UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala

AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam

AbdulManaf Bin Abdul Gani

azryshah
31st January 2007, 08:51 AM
Lelaki berkeluarga dilanda sindrom malas bekerja

Oleh: AZMAN MD NOOR dan ZINAIDAH ZAINON

Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini sehingga menimbulkan kebimbangan akan wujud jurang ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kerjaya, kepercayaan dan tanggungjawab.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka, sedang menular di kampung-kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah.

Menurut beliau, perkara seumpama itu telah pun berlaku di beberapa negeri termasuk di Kelantan.

Mashitah berkata, telah ada wanita dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ia bukannya kerana tidak ada calon lelaki tetapi mereka menolak tanggungjawab itu sehingga akhirnya diberikan kepada wanita.

“Ini merupakan satu fenomena serius apabila wujud kecenderungan lelaki lebih suka duduk di rumah berbanding wanita yang kuat bekerja.

“Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dibimbangi akan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada golongan wanita, sehingga mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita,” katanya selepas menyampaikan kerusi roda kepada Mohd. Rosli Ali, 33, yang lumpuh, di rumahnya di Kampung Telok Petata, Kupang, dekat sini hari ini.

Menurut Mashitah, jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, dibimbangi kaum wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh kaum lelaki.

“Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa dosa pertama yang dihitung bagi seorang lelaki ialah dosa mengabaikan nafkah rumah tangga.

Ini menjelaskan, bahawa seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya adalah berdosa di sisi Islam,” ujar beliau.

Menurut Mashitah, fenomena itu hanya berlaku di kalangan lelaki golongan bawahan yang tinggal di kampung.

Katanya, wanita yang berkahwin dengan lelaki berkenaan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah bagi menanggung keluarga.

“Malah lebih menyedihkan, ada keluarga yang sanggup memberi duit bulanan kepada anak lelaki mereka yang tidak mahu bekerja, seolah-olah menyokong perbuatan anak mereka itu, yang disara oleh isteri masing-masing.

“Gejala itu kini sangat serius menyebabkan ada wanita bujang takut untuk berkahwin kerana bimbang mendapat suami yang malas bekerja.

“Sindrom itu jika dibiarkan boleh menggugat institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan satu program bagi menyuntik semangat kaum lelaki dilaksanakan bagi memperkasakan semangat golongan itu.

azryshah
2nd February 2007, 09:32 AM
Assalammu'alaikum warrahmatuhllahi Wabarakatuh

Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan
buatlah persiapan untuknya ..
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Sabda Rasulullah SAW:

1) "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.

Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

3) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

4)Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)

5) Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15perkara, maka BALA pasti akan turun kepada
mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

azryshah
7th February 2007, 08:53 AM
Muhasabah Kali Ini

"Hati perlu digilap selalu untuk terus bersinar. Andaikata tugas
ini kita abaikan, hati akan mati. Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara boleh mematikan hati.

1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAK MENEGAKKAN HAK ITU

Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang Islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.

2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA

Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran dimusim Ramadhan, Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.

3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA

Kita berselawat nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul. Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.

4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI

Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa-apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.

5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA

Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.

6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT

Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka.
Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu. Itu mematikan hati.

7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH

Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.

8 ) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN DIKETENGAHKAN

Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.

Semoga insyaallah peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan
lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati.

Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaAllah.

azryshah
14th February 2007, 08:45 AM
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini",katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka. Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara. Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala."

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik", kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia", kata beliau.

aji
14th February 2007, 10:17 AM
nabi musa a.s
pernah berkata dengan Allah
ya Allah! ummat nabi muhammad saw ni yang last sekali
tapi mereka dulu yg masuk syurga
jadikanlah aku ummat nabi saw
Allah tak benarkan.

nabi musa a.s berkata lagi
ya Allah! ummat nabi saw ni baru niat je utk amal kebaikan
Allah dah anugerahkan dia 1 pahala
kalau buat lagi Allah ganjarkan
jadikkanlah aku ummat nabi saw
Allah tak benarkan.

bayangkanlah
nabi musa a.s pun teringin nak jadik ummat nabi saw
semoga kita dapat meng'improve' iman kita dari hari ke hari
kita adalah ummat yang terbaik
kalau kita dapat membawa semua orang kepada agama Allah swt
hati-hati mereka sentiasa bertasbih & memuji Allah & nabi junjungan kita
muhammad saw

.

azryshah
8th March 2007, 10:56 AM
Tazkirah Hari Ini

Sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita. Imam Ghazali r.a telah menggariskan kpd kita sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita....

1. Marah dan Syahwat
2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia
3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak
4. Terlalu Menghias Diri
5. Keinginan Mengampu
6. Harta dan Wang Ringgit
7. Lokek dan Takut Miskin
8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam
9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia
10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

msharq
8th March 2007, 12:04 PM
1) Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

selainnya untuk esok plak.......

mudme
8th March 2007, 12:26 PM
"Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan
wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadarsuka- suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa
yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan
akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahny a, sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas . a:
"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga
yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam
golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,
pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu
apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik.

Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang. Amin...

msharq
9th March 2007, 11:34 AM
sambungan....

2. Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh d! ari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

arulz
10th March 2007, 07:52 AM
waa.....de laman tazkirah ler...x tau la plak...baguih2...bior le kita jadi fotografer yg beriman..biar ape pun keje yg kita lakukan..x semestinya imam,uztaz atau bilal yg sewktu dengannya yang hanya layak bersuara memberikan tazkirah dan mengingatkan manusia...Firman Allah: dan berilah peringatan,peringatan tu memberi manfaat kepada manusia....jadi,melalui firman tu dpt kita lihat yg Allah x mengkhususkan pada sesiapa utk beri peringatan,bahkan di galakkan sesama manusia....sabda nabi s.a.w : sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat...sahabat2 di sini dh lakukan lebi dr satu ayat...mg Allah akan memerikankita petunjuk dan hidayah........sekian,tazkirah kali ini...

zilzals
11th March 2007, 06:35 PM
ikhlaskan niat di setiap perbuatan mu...
apa yang penting amalan kita dikira dari niat dan matlamat kita..
ramai yang cuba nak berbuat baik...
matlamatnya pujian org...
ramai yang cuba nak mengajak berbuat baik..
matlamatnya di pandang org..
ape yang penting ialah allah maha mengetahui...

mudme
15th March 2007, 02:09 PM
Info yang boleh dikongsi bersama kawan2.


· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal

5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'.

Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.

Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik.

bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus.

diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.

Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

arulz
26th March 2007, 06:48 AM
renungilah beberapa hadith nabi s.a.w :

:-: Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim

:-: Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari

mudme
27th March 2007, 11:29 AM
Assalamualaikum...

Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni... kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...


http://img84.imageshack.us/img84/5987/untitled1dc1.jpg

http://img175.imageshack.us/img175/6379/untitled2vi6.jpg

iftirash

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.

mudme
3rd April 2007, 12:51 PM
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar
ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya
setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar
anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim
& Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu
mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya
walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.

Amin....

heroMak
15th April 2007, 12:51 AM
Lama tak jengah masuk dan bersendirian kat Thread ni..rindu plak..

Tengah sakit kepala ni, macam ada mende nak keluar je.. Hopefully, menda yang nak keluar tu ialah Nasihat untuk dikongsi dan diamal bersama.



KESAKITAN.

Ada hadith yang mengatakan, Setiap kesakitan itu menghapus dosa (kecil) walaupun sakit itu datang dari tercucuk duri. Bagi diri yang terlalu banyak dosa ni, bila sakit, terasa sayu n terharu. Ye la, Allah masih beri peluang pada diri untuk membersihkan noda2. Kalau dibiarkan diri terus menerus berbuat dosa dan hati makin hari makin hitam/tertutup rapat? Sudah pasti ke tempat yang buruk jatuhnya nanti. Na'uzubillah. Sakit itu bukan dicari, tapi jika datang tetap disyukuri.



KEJAHILAN.

Jahil itu makna tidak berilmu. Ada orang yang tak solat sbb mmg tak tahu camana nak solat. (kat skolah tak DIAJAR ke?). Ada orang pulak tak solat sbb tak tahu solat itu wajib!. Tapi bagaimana pulak dengan orang yang tahu cara2 utk bersolat dan tahu solat itu wajib tapi SENGAJA tak bersolat? Jahil atau degil?



KEPERLUAN.

Ramai yang bekerja tungkus lumus, ada yang keje siang malam semata-mata memenuhi keperluan hidup. Keperluan hidup memerlukan duit. Makan minum, sewa umah, minyak keter, pampers anak, (yang anak dara, pampers period), bil tepon dan beribu2 lagi yang nak dsebut di sini. Berhenti sejenak dan berfikir secara waras dan jujur, SUDAH banyak keperluan kita dipenuhi. Mungkin keperluan kita sentiasa tersangkut-sangkut, tapi kita masih berpeluang mendapat 'kehendak'. Contohnya, telefon itu keperluan tapi handpon yang canggih manggih itu mungkin kehendak. Keperluan anak2 mungkin tak lengkap, tapi ada lagi anak2 orang lain yang mendapat kurang dari apa yang kita berikan pada anak kita. Bottom line is, dah banyak keperluan kita dipenuhi. Soalannya, adakah KEPERLUAN kita itu datang dari USAHA kita semata-mata atau adalah satu KURNIA dari YANG MAHA ESA? Ramai orang memandang, duit yang keluar masuk di wallet/ATM itu adalah duit dari usaha kita semata-mata tanpa memandang faktor kurnia. Maka bersangkutan dari situ la, manusia berfikir, keperluan aku dipenuhi oleh aku sendiri. Dan di situ la garis permulaan kepada GEJALA TIDAK ADA KEPERLUAN PADA TUHAN. Dengan kata lain, tak ada Tuhan pun takpe. Tak menunaikan apa yang Tuhan suruh pun takpe. Lawan apa yang Tuhan kata pun tak apa. Buat dek je ngan perkara2 keTUHANan pun tak ape. Or maybe hal2 Tuhan ni cuma bila nak kawin, nak beranak, nak solat hajat anak nak peksa dan last skali bila Mati. Selain dari itu, hal2 Tuhan tak masuk dalam diari hidup harian.

Dalam KESAKITAN, menjauhi KEJAHILAN, sepanjang tempoh memenuhi KEPERLUAN, tangan ini menggenggam agama Allah seumpama memegang bara di tapak tangan dan ditindih dengan puluhan gunung.

Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu psuruh Allah.

wallahua'lam.

kingmarul
4th May 2007, 10:45 AM
SEKADAR MENYAMPAIKAN....

RENUNG-RENUNGKAN TERUTAMANYA YG SDH PUN BERUMAH TANGGA




Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?



Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa
Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.



Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita
menjadi solehah....



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.



Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana.



Justeru kamu akan tersentak dari alpa.



Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!



Untuk isteri.... renungkanlah....



Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?



Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.



Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
suami yang tak segagah mana.



Justeru kamu akan tersentak dari alpa.



Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!



Justeru itu wahai para suami dan isteri,



Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak
berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
Rasulullah?

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus
Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman;



DAN



Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar
dan Sarah.

azryshah
15th May 2007, 11:10 AM
Tazkrah Hari Selasa

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia
menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.

Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu
membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah
(ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. " (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar
Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia diyaumil akhirat."

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wassalam

arulz
19th May 2007, 04:07 AM
bersedekahlah...mudah-mudahan naik gaji....hehehe :lol: :D

ikelah
19th May 2007, 11:48 AM
Translation of Sahih Bukhari, Book 78:
Oaths and Vows

--------------------------------------------------------------------------------

Volume 8, Book 78, Number 618:

Narrated 'Aisha:

Abu Bakr As-Siddiq had never broken his oaths till Allah revealed the expiation for the oaths. Then he said, "If I take an oath to do something and later on I find something else better than the first one, then I do what is better and make expiation for my oath."



--------------------------------------------------------------------------------
Volume 8, Book 78, Number 619:
Narrated 'Abdur-Rahman bin Samura:

The Prophet said, "O 'Abdur-Rahman bin Samura! Do not seek to be a ruler, because if you are given authority for it, then you will be held responsible for it, but if you are given it without asking for it, then you will be helped in it (by Allah): and whenever you take an oath to do something and later you find that something else is better than the first, then do the better one and make expiation for your oath."

zainzubir
19th May 2007, 01:56 PM
bersedekahlah...mudah-mudahan naik gaji....hehehe :lol: :D

bab sedekah ni, my late father byk mengajar...tapi saya tidak terikut caranya, tak tahu kenapa. Tetapi bila saya teringat akan pesanan late father, pasti saya akan membelanjakan sejumlah wang gaji saya kepada anak2 *(yg utama) dan kemudian saudara mara dan sahabat handai..saya anggap itu juga sedekah ..wallahualam :wink:

*ada segelintir bila mendapat rezeki lebih akan berkata.."rezeki anak2..."...tapi adakah duit /rezeki yg lebih itu benar2 dibelanjakan utk anak???... :roll:

ikelah
19th May 2007, 02:16 PM
Saya baru mendapat berita bahawa salah seorang rakan karib saya meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu sebelum jam sebelas pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke ISU 2 minngu yang lalu kerana susah bernafas dan lemah jantung dan kemudian beransur pulih. Saya sempat berbual dalam telefon dengan beliau 2 minggu yang lalu dan beliau dalam keadaan ceria, biasa dan tidak ada tanda tanda tenat.
Beliau adalah seorang pegawai kerajaan yang dedekasi dan banyak berkorban masa menyumbang untuk masyarakat.

Sewaktu di Pahang beliau adalah AJK Majlis Belia Negeri Pahang, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan dan Timbalan Yang Di Pertua ABIM Pahang. Beliau aktif dalam belia dan banyak berkorban masa dan tenaga sejak di Johor lagi. Jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Pengarah Jab. Perancang Bandar Terengganu.

Beliau akan dikebumikan di Kuala Pilah pada hari ini.

Kematian tidak mengira umur, pangkat, kedudukan. Ia akan datang apabila sampai masanya, tidak cepat atau lewat walaupun sesaat. Semoga ianya menjadi iktibar untuk kita semua.

Al Fatihah untuk rakan saya Zailan bin Shaary.

azryshah
24th May 2007, 12:29 PM
Takziah kepada kawan ikelah tu...

Ini ader satu muhasabah utk kita tatapi bersama... :lol:

PER: JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan,harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.
Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.
Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik." Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik...... " Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia.

Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit,untuk berbakti pada anak-anaknya. Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening- morning sickness". Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.


TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.


Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak,"Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu. Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi"ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.



Selamat mencuba!

ikelah
24th May 2007, 01:06 PM
thanks for sharing. memang kita ni banyak miss bab macam ni. itu lah bisikan syaitan yang membuat kita lalai dari tanggungjawab walaupun pada hakikatnya kita tahu.

zainzubir
24th May 2007, 03:59 PM
kepada suami semua..balik rumah terus check temperature isteri tau...seriously, terima kasih atas keprihatinan azry dgn tulisan ini..tapi bila azry nak menikah??jgn lewat2kan perkara yang baik..jika dah ada calonlah.... :lol: la la la la..balik rumah nak bebuat tak sihat...

ikelah
26th May 2007, 08:30 AM
Sedikit tentang nazar untuk dikongsi bersama. 2 minggu lalu rakan saya bercakap tentang nazar yang tidak memberi apa-apa faedah khusus kecuali mengambil sesuati dari mereka yang bakhil. ini yang saya perolehi dalam bahasa Inggeris.

Ibn Abbas reported that Sa'd b. Ubida asked Allah's Messenger (may peace be upon him) for a decision about a vow taken by his mother who had died before fulfilling it. Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Fulfil it on her behalf.

Ibn Umar reported that Allah's Apostle (may peace be upon him) forbade (people) taking vows, and said: It does not (necessarily) bring good (in the form of substantial,and tangible results), but it is the meant whereby something is extracted from the miserly persons.

Abu Huraira reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: The vow does not bring anything near to the son of Adam which Allah has not ordained for him, but (at times) the vow coincides with Destiny, and this is how something is extracted from the miserly person, which that miser was not willing to give.

azryshah
1st June 2007, 08:26 AM
zainzubir wrote


kepada suami semua..balik rumah terus check temperature isteri tau...seriously, terima kasih atas keprihatinan azry dgn tulisan ini..tapi bila azry nak menikah??jgn lewat2kan perkara yang baik..jika dah ada calonlah.... Laughing la la la la..balik rumah nak bebuat tak sihat...

sabau ler auntie.. amik ilmu dulu, dah cukup ilmu didada baru ler berani nak menikah hehehe

azryshah
1st June 2007, 08:28 AM
Tazkirah Hari Jumaat

Subject: Banyak untung kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki
==============
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

************************************************** ***********

zainzubir
1st June 2007, 09:03 AM
thank you, I have yet to read any of his books, but I understand that DR. HM TUAH, the only motivator, whose achievements are recorded in the Malaysia Book of Records. :wink:

azryshah
13th June 2007, 09:21 AM
STARFISH


Once upon a time there was a wise man who used to go to the ocean to do his writing. He had a habit of walking on the beach before he began his work. One day he was walking along the shore.

As he looked down the beach, he saw a human figure moving like a dancer. He smiled to himself to think of someone who would dance to the day. So he began to walk faster to catch up.

As he got closer, he saw that it was a young man and the young man wasn't dancing, but instead he was reaching down to the shore, picking up something and very gently throwing it into the ocean.

As he got closer he called out, "Good morning! What are you doing?"

The young man paused, looked up and replied, " Throwing starfish in the ocean." "I guess I should have asked, why are you throwing starfish in the ocean?" "The sun is up, and the tide is going out, and if I don't throw them in they'll die."

"But, young man, don't you realize that there are miles and miles of beach, and starfish all along it. You can't possibly make a difference!"

The young man listened politely. Then bent down, picked up another starfish and threw it into the sea, past the breaking waves and said, "It made a difference for that one. "

There is something very special in each and every one of us. We have all been gifted with the ability to make a difference, and if we can become aware of that gift, we gain through the strength of our visions the power to shape the future.

We must each find our starfish. And if we throw our stars wisely and well, the world will be blessed.


*******

heroMak
16th June 2007, 12:21 PM
betul mcm dikata tu..kekadang orang tak amik pandang sgt mende kecik..negligeble katanya..
padahal mende kecik tu can make a different.

ILMU DAN AMALAN AGAMA.
Ada orang kata, baik tak pakai tudung daripada pakai tudung tapi perangai tak tentu arah.
Saya berbelah bagi dalam memberikan komen balas.

Pakai tudung itu wajib. Berperangai elok juga wajib. Makanya, tak boleh kata orang pakai tudung tapi berperangai tak elok itu lebih baik dari yang buka aurat tapi berperangai baik (takde buruk sangka, setiakawan dll). Begitu juga sbaliknya.

Ibaratnya, memandu kereta. Keter yang dipandu ikut spec, lulus puspakom, ekzos tak bising, asap tak itam dll.. tapi dipandu dengan cara tak senonoh. Bagaimana pula dengan kereta yang dipandu secara sopan santun tapi belakang itu asap itam juga keluar, itu eksos kasi pecah telinga juga bunyi. ?

Bukan nak samakan pompuan ngan keter..ibarat sahaja tu. Lelaki pun sama..ada yang kata, walaupun boifren I tak solat n kuat hisap rokok, tapi dia cakap baik ngan I. Lemah lembut, tak angkat suara, tak pernah pukul atau herdik, always be gentleman, tolong bukak pintu dan lain. Ye la, cakap lemah lembut...last2 dengan lemah lembut gak suh bukak baju n rakam ngan camera hendpon. Amik sebijik!

Sebagai peringatan hari ini, bersamala kita mendalami dan memahami Islam yang kita anuti ini. Bukan utk orang lain, bukan utk PM, bukan utk mufti, bukan utk Ulama dll.. Untuk kita gak. Untuk anak isteri dan keluarga kita gak. Suluh dalam diri, di ingat2 balik, dulu mak bapak/ datuk nenek kejar kita dan suruh dengan lembut utk amal ajaran agama (gi ngaji, solat, jaga batas pergaulan dll). Apa ertinya kalau sekarang ni kita ambil mudah perkara agama? Apa ertinya?

Mendalami ilmu fotografi dan komited serta berkorban wang ringgit membeli gajet2 mahal akan mencerahkan peluang kita menghasilkan satu/beberapa gambar yang berkuali dan dipuji ramai...akan tetapi..

Mendalami ilmu agama dan komited mengamalkannya serta berkorban apa sahaja utk mempertahankan agama itu akan mencerahkan kubur kita dan masa depan di akhirat yang kita tak pernah kunjungi lagi.

wallahua'lam.

http://2.srv.fotopages.com/2/6448104/AND-suddenly-STOP-for-a-new-start.jpg
http://2.srv.fotopages.com/2/6448169/a-certainty-and-a-promised-transit.jpg
http://2.srv.fotopages.com/2/6448170/Left-alone-HOPEFULLY-IN-LIGHT.jpg

zainzubir
16th June 2007, 12:39 PM
Kali ini tiada keratan2 teks menarik untuk disampaikan/dikongsi cuma beberapa images yg dicapture semalam sewaktu kaum lelaki Islam samaada kanak2, dewasa ataupun pendatang dalam perjalanan menuju ke Masjid menunaikan solat Jumaat.

Kanak2 ini mungkin telah dididik, bila tiba waktu bersolat..samaada berkawan atau bersendirian..kewajipan tetap kewajipan...
http://img214.imageshack.us/img214/1193/img4276bhj7.jpg

Di kota, atau didesa, bekerja atau berniaga...bila azan berkumandang..tinggalkan lah dulu segala urusan2 dunia...
http://img100.imageshack.us/img100/4169/img4281bdh3.jpg

warganegara atau pendatang..yang dituntut tetap dilaksanakan...
http://img207.imageshack.us/img207/3421/img4277jpgbci5.jpg

zainzubir
16th June 2007, 12:41 PM
aisay mama dan man..macam satu hati lak...sama2 letak gambo... :lol:

heroMak
16th June 2007, 12:55 PM
like ma like son..heheheh.....

baca paper arini, TPM@Najib menggalakkan orang bukak kedai kat masjid. Masjid ada koperasi tmpt orang jual prepaid majalah, ada kedai gunting, ada kedai kopi dll.. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Satu lapis nampak bagus, tapi dari segi kemampuan nak menguruskan camana? Kang orang tgh solat, ada yang bergelak ketawa dalam kedai kopi. Pelaksanaan itu yang penting...

Bukan nak negative thinking tapi dari persoalan awal tu dah 'kalut'. Bila disebut tentang ibadat di masjid, masjid = ibadat, apakah yang berlaku di luar masjid itu bukan ibadah? Adakah mahu jadi macam kristian- Membuat sesuka hati di luar church, bila datang church bleh minta ampun balik.

Fahami keadaan sekarang - orang yang bertulis agamanya ISLAM dalam IC sanggup masuk masjid minum arak, guling2 n 'guling' lelaki pompuan. Penekanan pada ekonomi harus diberikan atau penekanan pada penerapan gaya Hidup Islam sbenar?

Or maybe dengan wujudnya kedai gunting n kedai runcit n kedai kopi itu akan bertambah orang ke Masjid. Hrrmmm..macam masjid KLCC kut.

buttet
18th June 2007, 08:25 AM
maybe kenyataan heromak ada benarnya..perlaksanaannya kena bagus..masjid kampung saya contohnya telah membuka car wash dan kedai kopi di kawasan perkarangan masjid dan alhamdulillah hasilnya amat baik..pada suatu ketika dahulu payah lihat golongan muda ke masjid tapi sejak ada kedai kopi nie buleh lihat byk golongan muda ke masjid..sekeras-keras batu..kalau hari-hari dititiskan air..buleh pecah

mudme
4th July 2007, 12:53 PM
Utk diri sendiri yang lupa....dan untuk dikongsi bersama....
Kita nk masuk bulan rejab nie.....pejam celik pejam celik.....jangan dok berangan lagi....
Mana yang tak abis lagi khatam quran tue...abis2kan la....
Mana yang rasa nk training puasa..silakan la...
Masa yang rasa hatinya dh berabuk, bersihkanla...

Banyakkan la berdoa, supaya kita dipanjangkan umur, dapat sampai n menikmati bulan ramadhan tahun nie.....insyaallah.....

Ke mana kita nak lari....akhirnya akan mencari dan berlari jugak kepada Allah.....


REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

heroMak
4th July 2007, 06:28 PM
patut la..dah bulan rejab..

dah tak tertanggung 'kotoran' ni.. setahun sekali 'cuci'. tu pun ada gak yang tak tanggal. Kotoran degil dan sental pun ala kadar je.

Ada perkara yang kaum melayu buat bila bulan rejab dan syaaban tetapi tak ade dalam sunnah. Selagi perkara itu tak menyesatkan, tak apa la.

Tiga bula yang mudme sebut tu, memang Nabi sendiri muliakan.

:)

zainzubir
6th July 2007, 11:19 AM
Hari ini cuti, sempat check email dengan harapan ada reply dari Riko of Bank of Japan mengenai satu perkara yg penting juga..nampak tiada lagi reply cuma email2 ntah apa..but then bila menerima email dr Dr.Bambang, pengarah research saya cepat2 click kerana beliau memang sering mengongsi ilmu untuk renungan hari Jumaat..mungkin anda telah pernah menerima nya ..takaperlah ini untuk mereka yg belum pernah menerima, cuma gaya bahasa Indonesia...tapi masih boleh difahami, renung2ankanlah..

zain
...........
INFORMASI PENERBANGAN GRATIS
AL-JENAZAH AIRLINES LAYANAN PENUH 24 JAM

Bila kita akan 'berangkat" dari alam ini ia
ibarat penerbangan ke sebuah negara.

Dimana informasi tentangnya tidak terdapat dalam
brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Qur'an dan
Al-Hadist.

Dimana penerbangan bukannya dengan Garuda
Airlines, Singapore Airlines, atau American
Airlines, tetapi Al-Jenazah Airlines.

Dimana bekal kita bukan lagi tas seberat 23Kg,
tetapi amalan yang tak lebih dan tak kurang.

Dimana bajunya bukan lagi Pierre Cardin, atau
setaraf dengannya, akan tetapi kain kafan putih.

Dimana pewanginya bukan Channel atau Polo,
tetapi air biasa yang suci.

Dimana passport kita bukan Indonesia , British
atau American, tetapi Al-Islam.

Dimana visa kita bukan lagi sekedar 6 bulan,
tetapi 'Laailaahaillallah'

Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Izrail dan lain-lain.

Dimana servisnya bukan lagi kelas business atau
ekonomi, tetapi sekedar kain yang diwangikan.

Dimana tujuan mendarat bukannya Bandara
Cengkareng, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah pekuburan.

Dimana ruang menunggunya bukan lagi ruangan ber
AC dan permadani, tetapi ruang 2x1 meter, gelap
gulita.

Dimana pegawai imigrasi adalah Munkar dan Nakir,
mereka hanya memeriksa apakah kita layak ke tujuan
yang diidamkan.

Dimana tidak perlu satpam dan alat detector.

Dimana lapangan terbang transitnya adalah Al
Barzah

Dimana tujuan terakhir apakah Syurga yang
mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak akan dibajak atau dibom,
karena itu tak perlu bimbang.

Sajian tidak akan disediakan, oleh karena itu
tidak perlu merisaukan masalah alergi atau halal
haram makanan.

Jangan risaukan cancel pembatalan, penerbangan
ini senantiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba
tepat pada masanya.

Jangan pikirkan tentang hiburan dalam
penerbangan, anda telah hilang selera bersuka ria.

Jangan bimbang tentang pembelian tiket, ianya
telah siap di booking sejak anda ditiupkan ruh di
dalam rahim ibu.

YA! BERITA BAIK!! Jangan bimbangkan siapa yang
duduk di sebelah anda.

Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan
ini.

Oleh karena itu bergembiralah selagi bisa! Dan
sekiranya anda bisa!

Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa
'Pemberitahuan' .

Cuma perlu ingat!! Nama anda telah tertulis
dalam tiket untuk Penerbangan. ...

Saat penerbangan anda berangkat... tanpa doa
Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah, atau ungkapan
selamat jalan.

Tetapi Innalillaahi Wa Inna ilaihi Raaji'uun... .

Anda berangkat pulang ke Rahmatullah. Mati.

ADAKAH KITA TELAH SIAP UNTUK BERANGKAT?

'Orang yang cerdas adalah orang yang mengingat
kematian. Karena dengan kecerdasannya dia akan
mempersiapkan segala perbekalan untuk
menghadapinya. '

ASTAGHFIRULLAH 3X, semoga ALLAH SWT mengampuni
kita beserta keluarga... Amiin WALLAHU A'LAM

Catatan:

Penerbangan ini berlaku untuk segala
umur...tanpa kecuali, maka perbekalan lebih baik
dipersiapkan sejak dini.....sangat tidak bijak dan
tidak cerdas bagi yang menunda-nunda mempersiapkan
perbekalannya.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal
Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan
Jasad...Terdengarla h Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau
Dunia Yang Meninggalkanmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia
Yang Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia
Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan.. ..
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan
Anak Si Fulan...

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini
Terkulai Lemah

Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini
Bungkam Tak Bersuara

Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa
Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia,
Mengapa Kini Raib Tak Bersuara."

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit
Terdengar Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan

Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan
Ridha

Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka
Allah ."

"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan
Nun Jauh Tanpa Bekal

Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan
Kembali Selamanya

Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang
Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit
Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan
Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan. ...Terdengar Dari
Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau
Lihat Hasilnya Di Akhirat

Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang
Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit, "Wahai
Fulan Anak Si Fulan...

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang
Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap
Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau
Menangis

Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau
Berduka

Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau
Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya
Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai
Hamba-Ku.... .

Kini Kau Tinggal Seorang Diri

Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar
Perintahku

Hari Ini,....

Akan Kutunjukan Kepadamu

Kasih Sayang-Ku

Yang Akan Takjub Seisi Alam

Aku Akan Menyayangimu

Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada
Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
"Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu

Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"


Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk
senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah
hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi
almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan
menjadi pelajaran bagimu!

Eagle_Eye
10th July 2007, 05:31 PM
Kawal marah sifat terpuji
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Kebaculan

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total? Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah.

Golongan Pertama: Tafrith iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.

Golongan kedua, ifrath iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.

Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.

Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

* Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.

* Diam atau tidak berbicara.

* Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

* Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Golongan ketiga, i’tidal iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.

Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.

* MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad. Boleh boleh dihubungi melalui e-mel akob73@yahoo.com

zainzubir
11th July 2007, 09:26 AM
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠ
Terjemahan Bacaan Talkin.....

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang ygmeninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."



Untuk renungan dan amalan bersama .

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

************************************************** ********************

heroMak
27th July 2007, 12:13 PM
Tazkirah Hari Jumaat.

“Kegembiraan itu sebenarnya berada di depan pintu rumahmu. Bahkan mungkin sudah berada di depan hidungmu” – Soulmate Addict.

Banyak kepincangan dan kesusahan dalam hidup berpunca dari kesedihan, kemurungan, kerisauan, rasa tak puas hati dan perkara-perkara negatif yang lain. Sebutkan apa sahaja perkara atau keadaan yang tak kita sukai, jika diselusuri secara elok-elok, kita akan dapati perkara itu berpunca dari kita sndiri. Allah pernah menyebut bahawa kerosakan di muka bumi berpunca dari tangan-tangan manusia sendiri.

Pada saat ini, saya tak dapat memberi satu contoh yang paling sesuai untuk difahami oleh semua orang di sini. Tetapi jangan risau, teruskan membaca.

Seceliknya kita pada setiap hari, kita solat subuh (awal atau lambat), then mandi, gosok gigi, sabun badan buh deo n bedak, pakai sesegaknya dan melangkah ke tempat kerja. Kepada yang perlu ‘punch card’, akan terkejar2 sedikit. Pada yang lewat, maka akan terkejar-kejar banyak. Dan pada waktu itu, jika ada yang potong lane, atau bawak keter macam siput sedut demam, keceriaan kita di pagi hari akan berkurang. Betul kan? Sewaktu kita berkejar2, ada pulak yang bawak kereta slow2 di depan. Rupa-rupanya pasangan baru kawin sedang bergelak ketawa dalam kereta di depan. Dalam dunia tersendiri dan kita pada waktu itu rasa nak letup je kereta mereka agar mereka jejak kembali di bumi yang nyata iaitu jalan ni bukan milik mereka sahaja sekarang n orang lain nak cepat ni!

Saya cuba membentangkan tentang pilihan tindakan yang kita ada pada setiap masa. Kecekapan kita membuat pilihan untuk ‘react n respond’ itulah yang selalunya meletakkan kita pada tahap cemerlang, biasa atau tak guna. Orang biasa akan marah2 bila anak 11/2 tahun titiskan susu dari botol pada baju yang baru kita iron yang dicadang nak dipakai. Dalam kelam kabut itu, kita akan marah kerana kita rasa dalam keadaan kita nak cepat, perkara begini tak patut berlaku. Orang cemerlang akan cool, tak marah n akan tanya dengan lembut dan hikmah kenapa si anak buat begitu. (mana tahu IQ anak bagi idea apa kata kita cuba dengan susu plak, tadi mama guna spray air biasa sahaja :)). Orang yang tak guna akan terus pukul anak2 n berleter kat suami sebab tak tolong jaga anak. Dari bilik, leteran di bawa ke meja makan pagi, ke depan pintu, dalam kereta dan ke meja pejabat. Siapa yang rugi?

Tazkirah hari ini, marilah sesama kita membuat pilihan yang terbaik apda setiap masa. Ramai orang kata, kita membuat keputusan bergantung pada persekitaran dan corak pembawaan diri serta cara dibesarkan oleh keluarga. Sama sekali saya tidak nafikan itu, cuma saya bertegas mengatakan orang paling cemerlang tidak akan dipengaruhi oleh apa jua faktor dalam membuat keputusan yang terbaik. Kita tetap diberi pilihan utnuk cuba dan terus mencuba ke arah cemerlang itu.

Allah memberikan kita segala pancaindera yang lengkap (alhamdulillah) dan kemahiran berfikir untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya. Pilihan jalan yang baik dan buruk juga dibentangkan pada kita setiap hari. Allah berfirman “ Dan telah kami bentangkan mereka dua jalan “.

Bersamalah kita tenangkan diri, sentiasa memohon hidayah dan petunjuk Allah agar kita sentiasa dapat membuat pilihan yang paling tepat pada setiap perkara dan detik yang kita lalui. Sepanjang hidup kita, jika kita sentiasa membuat pilihan yang baik dan tepat, insyaAllah ketika sakaratul maut nanti, perkara yang baik juga akan muncul dari mulut kita kerana logiknya apa yang kita dah sebut n amal sepanjang 40 tahun hidup contohnya akan terkeluar juga pada 14minit (contohnya) detik kita nazak itu.

Akan tetapi, ajal maul itu ketentuan Allah yang amat nyata. Hanya Allah yang menentukan kematian kita dalam keadaan baik atau buruk. Jadi bersamalah kita jadi manusia yang disayangi lagi diredhai kerana yang disayang dan diredhai sahaja akan dapat yang baik bukan?

Wallahua’lam.

* bila tiada kesedihan, akan datang kegembiraan secara automatik.

zainzubir
3rd August 2007, 08:36 AM
Tiada ilmu yang ingin disampaikan di pagi Jumaat ini, sekadar mendoakan agar Allah swt terus memberi kita kesihatan, rezeki, mempermudahkan urusan dan di limpahi rahmat setiap hari. Dan kita juga terus memohon agar menjadi hamba-hamba Allah yang ikhlas dan rendah hati sentiasa. Aaamiin.

heroMak
3rd August 2007, 04:34 PM
Ada satu Hadith Qudsi menyebut secara ringkasnya ;-

" Allah akan memberi kepada hambanNya apa yang disangka oleh hambaNya itu terhadap Allah "

Huraian ;
Allah akan memberi apa yang disangka oleh manusia itu terhadap Allah. Contohnya, Allah dah buat aku gini, memang aku takleh berubah dah. Allah memang tak bagi aku pekerjaan yang elok, sbb tu aku gini.

Betapa banyak lagi sangkaan yang kita letak pada Allah. Sebagai Yang Maha Pencipta, Allah berhak buat apa sahaja, tapi demi membuktikan wujudnya hubungan yang baik antara Tuhan dan hambaNya, Allah membuka peluang pada kita untuk bersangka dan mengharap padaNYA.

Maka, marilah kita bersangka baik atas apa yang Allah dah beri, sedang beri dan akan beri pada kita. Bersangka baik la sentiasa walau atas kesulitan dan kerisauan yang melanda. Kekadang kita sangka anak kita takkan berjaya dalam pereksa, anak kita mmang mulut celupar, kekasih kita curang, suami dah tak sayang kita lagi, boss kita mmg pilih bulu dan macam2 lagi sangkaan yang kita buat hari-hari yang boleh dikatakan banyak yang negatif. Jadi, tidak pelik kalau perkara negatif sahaja yang Allah bagi pada kita.

Sekian, moga kita sentiasa mendapat yang paling baik dan berupaya serta bertuah untuk melihat+menikmati perkara baik tersebut. :)

arePAI
7th August 2007, 12:31 AM
RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139

Hanya pada Allah kita kembali..

zainzubir
8th August 2007, 10:42 AM
rasa frust?? bacalah al-quran pengubat hati...

http://www.quranexplorer.com/quran/

zainzubir
10th August 2007, 09:24 AM
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

-petikan dari email yg diterima

littlesilence
17th August 2007, 10:46 AM
Pesanan Rasulullah s.a.w : Kelebihan Binatang…Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah beroleh kurnia kepada Allah kerana sesungguhnya ayam itu telah melihat malaikat…Apabila kamu mendengar bunyi keldai, maka mohonlahperlindungan kepada Allah dari bahaya syaitankerana sesungguhnya keldai itu telah melihat syaitan…Apabila lalat masuk ke dalam minuman atau makanan seseorang dari kamu, maka hendaklah ditenggelamkannya kemudian di buangkan lalat itu, kerana sesungguhnya salah satu daripada sayap lalat itu mengandungi penyakit dan yang satu lagi itu mengandungi penawarnya…

mudme
23rd August 2007, 09:39 AM
Peristiwa penting

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


Fadhilat Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Mengadakan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.

heroMak
10th September 2007, 09:22 AM
Bulan Poser dah dekat..hanya 3 hari lagi..

Puasa mendekatkan kita pada Allah...bukan mendekatkan diri pada Baju Raya..

Bersedialah...bersyukurlah kerana kita diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan..
Rahmat yang luas..pengampunan dosa yang tidak bertepi...
Siapa yang tak mahu merebut peluang ini?
Siapa yang tak terdetik hatinya menerima Ramadhan ini?

Hanya mereka yang keras hatinya..hanya yang sudah buta mata hatinya..
Hanya mereka yang hitam gelap hatinya dek bintik2 dosa dan noda yang dibuat sepanjang tahun..

Rebutlah peluang ini..rebutlah..

Lembutkan kembali hati...Sucikan kembali hati..Sinarkan kembali hati...
Blowkan dust noda dan dosa dari hati..

Pada bulan lain, syaitan dan nafsu dalam hati bekerjasama mendorong kita pada kejahatan..
Bulan ramadhan, hanya nafsu dalam diri je yang menyuruh kita ke aras dosa..

Dan di situ la kita menilai diri kita sendiri tanpa boleh menyalahkan syaitan yang selama ini dikatakan menjadi punca sebagai penggoda pada setiap kesilapan dan keterlanjuran kita...

Wallahua'lam.

mudme
10th September 2007, 11:41 AM
Assalamualaikum.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan .

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

i) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); -alhamdulillah ada lagi…..

ii) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; hehehe….

iii) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Ni nk minta maaf la ni……

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


kepada semua warga2 FMDC- kawan2, abang2, adik2, kakak2, anti (sbb sorg ja).. hehehe..
Ingin memohon maaf kalau ada silap & salah..
kot terkasar bahasa, tersasul kata, berlebih gurau, perkataan/kelakuan yang menyakitkan hati..
termarah yang bukan pada tempatnya ka....
apa2 saja yang tak disebut disini...
sama ada sedar atau tak.....
sengaja atau tak sengaja...
minta maap byk2 la yaaa..............

Halalkan makan minum (masa share2 tu)..kalau ade terhutang tak bayar / lupa ka...bgtau la...

Anyway, selamat menyambut ramadhan almubarak..ramadhan kareeeemm....................

antujahat666
10th September 2007, 12:19 PM
ORANG YANG BANYAK DOSA, DOANYA SUKAR DI MAKBULKAN.

JANGAN HAMPIRI MAKSIAT, SESUNGGUHNYA IA MENGUNDANG KEMARAHAN ALLAH.


FIKIR2KANLAH.

shaifulrizal
10th September 2007, 12:21 PM
Assalamualaikum.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan .

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

i) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); -alhamdulillah ada lagi…..

ii) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; hehehe….

iii) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Ni nk minta maaf la ni……

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


kepada semua warga2 FMDC- kawan2, abang2, adik2, kakak2, anti (sbb sorg ja).. hehehe..
Ingin memohon maaf kalau ada silap & salah..
kot terkasar bahasa, tersasul kata, berlebih gurau, perkataan/kelakuan yang menyakitkan hati..
termarah yang bukan pada tempatnya ka....
apa2 saja yang tak disebut disini...
sama ada sedar atau tak.....
sengaja atau tak sengaja...
minta maap byk2 la yaaa..............

Halalkan makan minum (masa share2 tu)..kalau ade terhutang tak bayar / lupa ka...bgtau la...

Anyway, selamat menyambut ramadhan almubarak..ramadhan kareeeemm....................

SAYA MINTAK MAAF KEPADA SEMUA....
SBLOM TIDO SAYA DAH MEMAAFKAN SEMUA(mana tau masa tido tu terus mati)
SETIAP TIDO SAYA NIAT BEGITU..
JADI DONT WORRY

SELAMAT BERPUASA

buttet
10th September 2007, 12:22 PM
amin ...aku harap jgn la di kunci lagi :P

Cikgu Tolahah
14th September 2007, 07:44 AM
Pagi tadi masa Kuliah Subuh Jumaat (14/9/07), ustaz mengatakan kepada yang menjadi tukang jahit hendaklah berhati-hati apabila menerima tempahan. Sebabnya ialah kalau pakaian (wanita) yang ditempah tersebut kainnya nipis, fesyennya mendedahkan aurat, ketat hingga menampakkan susuk tubuh maka hukumnya adalah haram dan hasil dari pendapatan tersebut adalah haram dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti makan, minum, jual beli dari urusniaga tersebut adalah haram. Bahkan kalau yang menjual jarum tahu bahawa baju yang akan dijahitnya adalah haram maka haram juga dia jual jarum tersebut.

Sebagai jurugambar.. mari kita renungi bersama.
Anda mengambil gambar model. Model tersebut mendedahkan aurat. Perbuatan model tersebut adalah haram. Anda yang mengambil gambar tersebut juga haram. Maka hasil dari jualan gambar tersebut adalah haram. Printer yang print gambar tersebut adalah haram. Apa-apa yang berkaitan gambar tersebut adalah haram.

Kesimpulannya... berhati-hati dalam setiap urusan seharian kita. Ketahuilah punca rezeki kita dan yang kita akan beri kepada keluarga kita. Kalau kita sayang diri kita dan anak isteri kita dari jadi bahan bakar api neraka, hindarilah dari dosa tersebut. Haram tetap haram dan halal tetap halal. Pilihlah yang halal kerana halal menjamin keberkatan hidup dan jalan menuju ke syurga. Haram adalah jalan menuju ke neraka...

zainzubir
14th September 2007, 08:46 AM
Pagi tadi masa Kuliah Subuh Jumaat (14/9/07), ustaz mengatakan kepada yang menjadi tukang jahit hendaklah berhati-hati apabila menerima tempahan. Sebabnya ialah kalau pakaian (wanita) yang ditempah tersebut kainnya nipis, fesyennya mendedahkan aurat, ketat hingga menampakkan susuk tubuh maka hukumnya adalah haram dan hasil dari pendapatan tersebut adalah haram dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti makan, minum, jual beli dari urusniaga tersebut adalah haram. Bahkan kalau yang menjual jarum tahu bahawa baju yang akan dijahitnya adalah haram maka haram juga dia jual jarum tersebut.

statement diatas adalah lebih kurang sama spt statement yg pernah di luahkan oleh ibu kpd Shamabd di Besut ...ibu sham adalah juga pakar jahit menjahit.

Sebagai jurugambar.. mari kita renungi bersama.
Anda mengambil gambar model. Model tersebut mendedahkan aurat. Perbuatan model tersebut adalah haram. Anda yang mengambil gambar tersebut juga haram. Maka hasil dari jualan gambar tersebut adalah haram. Printer yang print gambar tersebut adalah haram. Apa-apa yang berkaitan gambar tersebut adalah haram.

Pernah minta pendapat sahabat di http://al-ahkam.net/home/ berhubung perkara yg sama dan sedemikianlah juga penjelasan beliau.


Kesimpulannya... berhati-hati dalam setiap urusan seharian kita. Ketahuilah punca rezeki kita dan yang kita akan beri kepada keluarga kita. Kalau kita sayang diri kita dan anak isteri kita dari jadi bahan bakar api neraka, hindarilah dari dosa tersebut. Haram tetap haram dan halal tetap halal. Pilihlah yang halal kerana halal menjamin keberkatan hidup dan jalan menuju ke syurga. Haram adalah jalan menuju ke neraka...

Terima kasih atas peringatan ini.

azryshah
14th September 2007, 09:24 AM
Ibadat puasa pembimbing akhlak mulia

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

MANUSIA pada asal kejadian adalah makhluk suci bersih, tidak ternoda, apatah lagi berdosa. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, faktor persekitaran kemudian mempengaruhi dan mengubah keperibadian serta perjalanan hidup manusia sehingga ada di kalangan Muslim dan bukan Muslim. Inilah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas.

Fitri atau fitrah bermaksud suci, bersih dan tidak ternoda. Fitrah manusia pada asal usul kejadiannya adalah suci kerana berasal daripada zat Maha Suci iaitu Allah.

Oleh kerana kesucian manusia inilah, maka Allah memuliakan manusia berbanding makhluk lain yang menghuni alam semesta ini. Firman Allah bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam; dan Kami beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Kelahiran manusia yang pada asal kejadiannya adalah suci akhirnya berubah menjadi personaliti yang memiliki pelbagai ragam perangai dan perwatakan.

Ada di kalangan mereka yang begitu teguh mempertahankan kesuciannya dengan menjunjung Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Tidak kurang yang berubah menjadi manusia berdosa dan berbuat jahat buat seketika, tetapi sempat bertaubat lalu menyucikan dirinya bernaung di bawah kalimat Allah.

Lebih malang lagi ada manusia berbuat jahat dan berdosa, namun tidak mahu membersihkan diri, malah terus bergelumang dengan dosa sehingga kematian datang menjemputnya kemudian hari.

Perlu diinsafi bahawa dunia ini seumpama tempat bercucuk tanam yang bakal menentukan arah dan hala tuju manusia ke tempat asalnya semula iaitu kembali kepada Allah.

Dalam hal ini, orang yang selalu berusaha membersihkan dirinya daripada nodaan dosa, maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan yang bersih dan suci seperti asal kejadian yang bersifat fitrah. Sebaliknya, orang yang memiliki jiwa kotor, maka dia pula akan menghadap Allah dalam keadaan kekotoran jiwanya. Sedangkan Allah tidak akan menerima manusia yang kotor jiwanya.

Tegas Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“(Selepas diterangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: ‘Wahai orang yang mempunyai jiwa sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 27-30)

Oleh itu, ibadat puasa yang dijalani selama sebulan Ramadan oleh setiap Muslim adalah medium terbaik untuk membimbing orang yang beriman ke arah jalan kesucian diredai Allah.

Dari Meja Redaksi DOC

Firdaus™
17th September 2007, 08:51 PM
Si Sopak, Si Botak, dan Si Buta

• Cerita ini saya mula dengar ketika di Tadika Al-Arqam, Alhamdulillah dapat jumpa semula buku cerita ini, mudah-mudahan apa yang saya usahakan ini memberi manfaat kepada semua pembaca :)

• Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat, seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya kepada si sopak:

"Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?"

Si sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak."

Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si botak menjawab,
"Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak."

Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si buta menjawab,

"Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak."

Dengan takdir Allah, mata si buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta . Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat.

Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu."
Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si botak yang telah menjadi kaya dan lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si botak juga enggan, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.

Si buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si sopak dan si botak kekal dengan keadaannya yang asal.

Moral dan Iktibar

Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur. Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah. Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan. Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur. Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

heroMak
19th September 2007, 05:59 AM
beruntungla jika kita sentiasa tergolong dalam golongan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah...

Allah berfirman:

"Jika kamu bersyukur, nescaya akan Kami tambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, (ingatlah) sesungguhnya azabKu amatlah berat"..

azryshah
21st September 2007, 08:47 AM
Antara Kurma, Kismis dan Madu


Sabda Rasulullah s.a.w,
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma
semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi
dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat
tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia
merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut
diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan
jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang
baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,
sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah
sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah,
maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung,
menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis
dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena
kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih".



3) MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah
dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan
menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang
kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena
dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di
dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,
tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan
hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di
dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi".

risya
21st September 2007, 09:36 AM
Sya dpt email ni dr seorang rakan...

SEKADAR MENYAMPAIKAN.......

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah ." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya . " (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu ?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat ."

Sekadar berpesan-pesan. Semoga bermanfaat.
Laksanakan syariat dan Tinggalkan apa yang dilarang....

Firdaus™
26th September 2007, 09:28 AM
Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali ' Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh- tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah Meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

//Renungan bersama :)

weet
26th September 2007, 09:50 AM
Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.



Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?"
"Umatku, umatku, umatku"
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

arrembawi
26th September 2007, 10:11 AM
bagus!!sama-sama kita mengingati antara satu sama lain..sebab manusia ni di jadikan sering lupa.
"nama manusia berada dari perkataan "nasiya" makna nya lupa .

Cikgu Tolahah
26th September 2007, 10:18 AM
Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.



Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?"
"Umatku, umatku, umatku"
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Cerita pasal kematian kalau dapat dipostkan kat sini lagi bagus rasanya ... http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=5574

ikelah
26th September 2007, 11:35 PM
thanks for reminding n sharing weet

msharq
27th September 2007, 11:29 AM
Seloka Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )

sekadar berkongsi.....

heroMak
2nd October 2007, 06:10 PM
Ini lah ceritanya..

" Mereka tak pedulikan aku. Ketibaanku tiada disambut. Tidak seperti disambut mereka-mereka yang lain. Padahal mereka pernah terdengar nama aku. Pernah mengenali aku sewaktu kecil dahulu. Tetapi kenapa kedatangan aku kali ini cuma disambut hambar dengan ucapan yang seolah2 memenuhi adat sahaja.

Banyak yang aku bawa untuk mereka. Siang malam aku tunggu mereka. Tak cukup dengan siang, malam pun aku tunggu. Tapi ke mana mereka? Langsung tak diendahkan aku. Seolah2 aku tiada hadir. Mereka terus dengan kerja mereka, bergelak ketawa tentang dunia, aku ni entah siapa pada pandangan mata mereka. Mereka hanya memandang kelompok mereka dan dunia kehebatan mereka dan aku terpinggir cuma.

Adakah mereka tak tahu aku ni berbeza dengan yang lain? Betapa istimewa dan bertuahnya aku. Tapi mungkin itu pandangan bagi sesetengah mata. Bagi mereka yang tenggelam dengan dunia, aku ini tiada maknanya.

Aku faham betapa sibuknya dunia. Ke sana ke mari mencari harta, untuk menyuap mulut terbuka, mengukir senyum pada wajah yg duka, untuk memenuhi keinginan di dada dan untuk merajai segala yg ada di semesta. Tapi mahu sahaja aku bertanya, di mana sudahnya? Di mana akhirnya? Mencari dunia dan keperluannya dari celik mata hingga pejam mata. apa noktahnya? Bukankah perkara itu akan berterusan hingga tanah menimbus dada. Bukankah begitu? Apa seterusnya?

Dunia dikejar hingga aku datang pun dilupa. Dan kini aku sudah mahu berangkat pergi. Tahun depan mungkin ada kesempatan lagi. Mungkin juga mereka dah pergi menemui ilahi ataupun peluang aku datang ke dunia tamat setakat ini.

Di hujung2 sebelum pemergianku ini, makin lagi aku dilupa. Mereka sibuk ke shopping mall, menjahit baju, memasak baulu, menghampar baldu dan menghias rumah serba baru. Sekali lagi aku pedih kerana tidak dipedulikan.

Mahu ku hambur apa yang aku rasa bagaimana aku dipersenda. Dengan kehadiranku mereka rasa tiada istimewa bahkan tetap berpesta dosa. Apa yang termampu ku kata, hanya Allah yang mengampunkan mereka.

Kini aku pergi..bersama kenangan mereka yang menghargai diri ini.. entah bila ketemu lagi.. Kenangan manis alunan mengaji, kenangan manis sahur sblum dinihari, kenangan manis terawikh mengadap Ilahi, kenangan manis tangan yang memberi dan pelbagai lagi.. Semuanya aku bawa pergi mngubat luka dan sedih di hati.

Akan tiba nanti sahabatku untuk dirai. berbahagialah mereka yang menghargai aku dan menikmati ganjaran dan kepuasan yang dibawa oleh sahabatku itu. Hanya mereka yang berjuang akan merasa manisnya sebuah kejayaan.

Semoga Allah merahmati kita semua dengan peluang yang masih berbaki ini. Sekian..


Ikhlas,

Ramadhan.

mudme
3rd October 2007, 11:10 AM
Menangislah untuk Ramadhan yang Kan Hilang...

(Indonesia version) p.s : walaupun bahasa Indonesia tapi kehalusan kata-katanya cukup untuk menjentik hati…..

Oleh Abdul Rozak


Nak, menangislah,
Jika itu bisa melapangkan gundah yang mengganjal sanubarimu. Bahwa Ramadhan sudah bergegas di akhir hitungan. Dan tadarus quranmu tak juga beranjak pada juz empat.jika itu adalah ungkapan penyesalanmu. jika itu merupakan awal tekadmu untuk menyempurnakan tarawih dan qiyamul lailmu yang centang perenang (ah, pasti kamu masih ingat obrolan tadi siang ketika dengan senyum manisnya teman ruanganmu berucap, "alhamdulillah tarawihku belum bolong. " dan kamu merasa ada malaikat yang menjauh darimu dan pindah padanya. Kamu merasa sendiri, terasing.)


Menangislah,
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir. Bahwa ada satu hamba Allah yang bodoh, lalai, sombong lagi terlena. Yang katanya berdoa sejak dua bulan sebelum ramadhan, yang katanya berlatih puasa semenjak rajab, yang katanya rajin mengikuti taklim tarhib ramadhan, tapi..., tapi sampai puasa hari ke tiga belas masih juga menggunjingkan kekhilafan teman ruanganmu, masih juga tak bisa menahan ucapan dari kesia-siaan, tak juga menambah ibadah sunnah... Bahkan hampir terlewat menunaikan yang wajib.


Menangislah, lebih keras...
Allah tak menjanjikan apa-apa untuk Ramadhan tahun depan, apakah kamu masih disertakan, sedangkan Ramadhan sekarang cuma tersisa beberapa belas. (beberapa hari!!!!) Tak ada yang dapat menjamin usiamu sampai untuk Ramadhan besok, sedang Ramadhan ini tersia-siakan. Menangislah untuk Ramadhan yang kan hilang, bersama nostalgia yang terus tumbuh bersama usiamu. Setengah sadar menatap hidangan saat sahur, kolak-es buah yang tersaji saat berbuka, menyusuri gang sempit saat tadarus keliling, petasan dan kembang api yang disulut usai subuh. Ramadhan yang selalu membuka ingatan masa kecilmu dan terus terulang mengisi tahun-tahun kedewasaan...


Menangislah,
Untuk dosa-dosa yang belum juga diampuni, tapi kamu masih juga menambahi dengan dosa baru. Berapa kali kamu sholat taubat, tetapi tak lama kemudian ada saja kelalaian yang kamu buat? Kamu bilang tak sengaja? Tapi mengapa berulang dan tak juga kamu mengambil pelajaran? Syarat taubatan nasuha adalah bertekad tidak mengulanginya lagi dan bukannya bertobat sambil berucap 'kalau kejadian lagi, yaa taubat lagi'...


Menangislah.
Dan tuntaskan semuanya di sini, malam ini. Karena besok waktu akan bergerak makin cepat, Ramadhan semakin berlari. Tahu-tahu sudah sepuluh hari terakhir dan kamu belum bersiap untuk itikaf. Dan lembar-lembar quran menunggu untuk dikhatamkan. Dan keping-lembar mata uang menunggu disalurkan. Dan malam menunggu dihiasi sholat tambahan.


Sekarang, atau (mungkin) tidak (ada lagi) sama sekali...

putat81
4th October 2007, 11:30 AM
".
..
...
ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?
...
..
."

petikan penuh ni boleh dibaca di ---> http://keretamayat.blogspot.com/2007/10 ... khlas.html (http://keretamayat.blogspot.com/2007/10/apa-itu-ikhlas.html)

syahidd
18th October 2007, 09:16 AM
tahukah kita mengapa duni ini dinamakan 'dunia'? Dunia berasal dari perkataan bahasa arab yang berbunyi 'dani-a' yakni bermaksud rendah, bawah, ditahap paras bawah. Secara kesimpulannya, ingatlah, Allah hanya memndang rendah dunia ini, bagiNya tiada nilai walau sedikitpun kepaNya berbanding hidup akhirat. jadi, jelas, hidup kita hanya unutk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku". :wink:

heroMak
29th October 2007, 12:21 PM
lama tak bergerak updating tazkirah ni..hrmmm...nak share apa ekk...
bersama renungkan ini..

" orang yag kuat dan gagah itu bukanlah org yg hebat bergusti, akan tetapi orang yang dapat mengawal diri dalam keadaan marah" hadith Nabi SAW.

ulasan : dalam filem komedi P ramlee ada cakap pasal kuat gak- " dia ni pun kuat gak.. kuat makan, sekali makan 3 pinggan". Tapi yang Nabi mahu kita usahakan utk amal ialah menjadi org yng dapat mengawal perasaan marah kita walaupun pada waktu itu kita rasa kita ada hak utk marah. Tambah pulak jika kita takde hak utk marah, tentulah Nabi tak izinkan kita marah kan?

Marah ni ibarat api kerana api ni bersabit ngan syaitan yg sentiasa tak abih2 nak merosakkan kita manusia ni. Apabila kita merelakan marah dalam diri kita bermaharaja lela, maka banyak la keputusan dan tindak tanduk yg silap. Kekadang, bila amarah menguasai diri, ibu tak kenal anak, anak tak kenal ibubapa dll.

Moga kita sentiasa kuat dan kuat.... Sentiasa boleh mengawal perasaan marah dan perasaan2 lain juga. Diri kita, kita mengawalnya.

Itulah fitrah... Bila kita dalam suasana raya, kita kembali kepada fitrah. fitrah sbb syaitan takde, yang ada hanya kita dan nafsu dalam diri kita yang perlu dikawal. kalau lemah kawalannya, lemah la.. kalau kuat, kuat la.. Yang kita mahu, kita mengawal nafsu, bukan nafsu mengawal diri. :)

wallahua'lam.

zul78
29th October 2007, 12:26 PM
dengar, download, baca dan memahami ......

heroMak
29th October 2007, 12:48 PM
dengar, download, baca dan memahami ......

dan mengamalkan akhirnya... kena faham dulu baru beramal..

berilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah
beramal tanpa ilmu, ibarat perahu di sungai tanpa dayung.

enjin sangkut pun takde.. :)

*mekasih zul78 sbb respon

zul78
29th October 2007, 01:56 PM
dengar, download, baca dan memahami ......

dan mengamalkan akhirnya... kena faham dulu baru beramal..

berilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah
beramal tanpa ilmu, ibarat perahu di sungai tanpa dayung.

enjin sangkut pun takde.. :)

*mekasih zul78 sbb respon

diamalkan jika membawa kebaikan.....

* sama sama .... aku tengah blurr ....... banyak keje .... wah kah kah ....nak cari "makanan" jiwa ........

heroMak
29th October 2007, 02:01 PM
dengar, download, baca dan memahami ......

dan mengamalkan akhirnya... kena faham dulu baru beramal..

berilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah
beramal tanpa ilmu, ibarat perahu di sungai tanpa dayung.

enjin sangkut pun takde.. :)

*mekasih zul78 sbb respon

diamalkan jika membawa kebaikan.....

* sama sama .... aku tengah blurr ....... banyak keje .... wah kah kah ....nak cari "makanan" jiwa ........

zul, ko tau tak sebab apa aku suka ko? bukan sebab ko ensem n pandai photoshop tapi sbb ko suka mende2 camni.. kat situ bonding kita.. ingat tu.. :wink:

heroMak
6th November 2007, 09:46 AM
kita baca sedikit tazkirah lagi..

moga dijadikan panduan dalam rumahtangga.. kerana kehancuran rumah tangga dan gejala sosial sekarang banyak berpunca dari hubungan suami isteri.. :(


Salman Al-Farisi menceritakan, pada suatu hari puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra pergi ke rumah bapanya dengan wajah pucat dan menangis. Dia kemudian bercerita kepada bapanya. "Ayah, semalam saya dan Ali bergurau dan bercakap-cakap. Tiba-tiba terkeluar kata-ata yang membuatkan dia marah. Saya sedih, menyesal dan merayu meminta maaf dengannya. Saya mengelilinginya sebanyak 70 kali sehingga dia reda dan tersenyum semula. Saya takut kemurkaan Tuhan."

Rasulullah menjawab, "demi Allah, sekiranya engkau meninggal dunia sebelum Ali memaafkanmu, aku tidak akan menyembahyangkan jenazah kamu."

BAGINDA BERSABDA LAGI,
"tidaklah engkau mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan Allah? Marahnya juga marah Allah, perempuan yang beribadat, jika tidak diredai suami, ibadatnya tidak akan diterima Allah."

SAMBUNG BAGINDA LAGI,
"anakku, sebaik-baik amalan wanita ialah mentaati suami dan tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi mereka selain duduk menjahit pakaian suaminya. Orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anaknya, akan masuk syurga dan diberikan Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dipakai suami hasil usahanya itu."

pada yang tak kawin lagi, jangan diamal kat boyfren plak yea.. ni untuk isteri2 sahaja tauuu.. :P

kudean
13th November 2007, 01:50 AM
alkisah engineer dan pak guard ..




Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh
duk lepak-lepak
benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+
tapi
still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak. Body guard
aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat
floor nih.



Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia
tanya gaji
aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit
lepas
utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit
ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada...
bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku -
aku only kasik
kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la
duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia
tanya lagik. Aku
pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon
explain la why.



Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya
rasa
lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa,
saya
rasa satu macam punya lain." aku pon dengar jer la... then mata dia
berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im
flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya
cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam aaa.." Aku
pon
teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit
pencen,
aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia. Dan tiba-tiba
aku
pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa
dia
kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah
keje
dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku
dah
bagi kat family cukup - tapi tidak!



Gad tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita.
tapi
kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula
dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis.
Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik
la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang,
50
suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kankesilapan aku
dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih.

Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah"
kita. Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan
yang
kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat
lelah
kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya.
Peluk erat
dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang
tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga
arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.

heroMak
16th November 2007, 03:31 PM
buh yang bahasa omputeh skit.. tapi ayat mudah je..


Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, "Beware of suspicion, for suspicion is the worst of false tales; and do not look for the others' faults and do not spy, and do not be jealous of one another, and do not desert (cut your relation with) one another, and do not hate one another; and O Allah's worshipers! Be brothers (as Allah has ordered you!")



Narrated Anas bin Malik:

The Prophet said, "Do not hate one another, and do not be jealous of one another, and do not desert each other, and O, Allah's worshipers! Be brothers. Lo! It is not permissible for any Muslim to desert (not talk to) his brother (Muslim) for more than three days."


Hadith sahih bukhori...

zilzals
18th November 2007, 06:04 PM
name topic pun tazkirah (memberi peringatan) bukan ta'lim(mengajar)
so same2 lah kite saling memperingati antara satu sama lain...dan mengingatkan pada kita yg selalu alpa...
kat sini aku nak ingatkan diri aku dan anda semua untuk berjaya dalam kehidupan kita,ade 3 perkara:

1.tidak melakukan dosa
2.tidak tamak
3.tidak hasad antara kita...

3 perkara untuk berjaya

1.sabar
2.senyum
3.sangka baik

heroMak
19th November 2007, 08:17 AM
Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud,

Carilah apa-apa yang telah dikurniakan Allah untuk kebahagiaan di akhirat dan janganlah pula lupa untuk habuan kamu di dunia. (al-Qasas: 77).

Islam tidak pernah melarang umatnya berusaha utk mencari duit dan kesenangan dunia. Bahkah jika berpeluang utk bermewah (hasil dari jalan yang halal), tidak salah selagi umatnya sedar bahawa apa yg diberi itu hanya pinjaman dari Allah yang bila-bila masa boleh ditarik dengan kekuasaanNya.

Ramai orang mencari kesenangan dari apa yang tersedia dia dunia sehingga terlupa untuk mencari bekalan akhirat. Ramai orang sembahyang, puasa, sedekah dll hanya disebabkan adat dan budaya sekeliling. Pernahkan berlaku di mana budaya setempat (contohnya di shopping complex) bila ramai orang tak sembahyang, maka kita pun turut sama meninggalkan Rukun Islam itu? Pernahkan juga jika budaya dan suasana setempat seperti di pantai umpamanya, ramai yang terleka dan seolah2 'takpa' dalam tidak menunaikan tiang agama itu?

Jadi, cuma kita fahami betul2 ayat Quran di atas.

Kebahagian di akhirat ialah top priority. Maka perlu kita faham, fokus dan digest betul2. Kemudian baru lah diseru agar jangan dilupa kesenangan dan kebahagiaan di dunia.

Tambahan lagi, jika soal2 akhirat dijaga dengan betul sesuai dengan tuntutan Allah, maka dunia dan seluruh isinya akan datang kepada orang yang mengamalkan Islam dalam hidupnya itu.

Tak percaya? Percaya lah.... :)

Wallahu a'lam.

heroMak
27th November 2007, 08:01 PM
Lama org tak update tazkirah ni... walaupun dengan sebaris ayat...

Ok, apa tazkirah yang kita nak sama-sama mengingati hari ini?

Hrmmm.....

Sabda Nabi - " Sesungguhnya orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati MATI dan bersedia menghadapinya"

Jadi, adakah kita tergolong dalam golongan yang bijak? Andai kata ada pula yang menjawab " tak masuk golongan orang yang bijak pun takpe, asalkan jangan masuk golongan yang bangang."

Dengar ni - " Orang yang bangang ialah orang yang tahu dia tidak mempunyai ilmu dan amal baik tapi tak berusaha memperbanyakkannya " - Mutiara Kata.

Mengingati mati bukannye meratap menangis sepanjang masa..Tapi sentiasa mengingati bahawa setiap amal yang kita buat ini akan dicatit dan dibuat perhitungan kelak.. Masa tu, sudah tak penting D300 ka..D3 ka.. Mark1 ka Mark11 ka.. segala projek beribu berjuta.sudah takde nilai lagi...

Jika kita sntiasa mengingati mati dan berhati2 dalam perbuatan kita.. InsyaAllah diri kita makin diberkati..keluarga makin bahagia dan lain2 lagi..

Tak percaya? Percaya lah..

Wallahu a'lam

rasdi75
27th November 2007, 09:40 PM
cuba kita kenangkan ibu,ayah,nenek,atuk yg sudah pergi meninggalkan kita...mereka sudah menjadi
sejarah bagi kita....tapi ingatlah suatu hari nanti kita juga akan menjadi sejarah yg akan dikenang (mungkin tak dikenang..sapa tau) oleh anak cucu kita....