PDA

View Full Version : Garis Panduan Berforum Di Portal Fotomedia Malaysia



aji
29th June 2006, 02:16 PM
Garis Panduan Berforum di Portal Fotomedia Malaysia

Berikut adalah syarat yang mesti dipatuhi oleh semua ahli forum yang digariskan oleh pihak Admin FMDC;

1. FMDC menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh dan juga alamat e-mel anda. Kami tidak akan menyiarkan kedua-dua perkara tersebut, melainkan sekiranya diminta oleh anda. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal FMDC. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.

2. Anda juga dimestikan menjaga etika diri, maruah, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

3. Dilarang sama sekali mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, syarikat, organisasi, parti politik dan segala unsur kelucahan, keganasan, perbalahan serta perkauman.

4. Anda dilarang mengiklankan & menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan, perniagaan atau produk kecuali pihak Admin FMDC sahaja yang boleh membuat sebarang bentuk pengiklanan tanpa sebarang sekatan dan syarat. Sebarang bentuk pengiklanan, penawaran perkhidmatan, workshop dan sebagainya perlulah mendapat kebenaran dari pihak Admin FMDC terlebih dahulu. Caj pengiklanan di portal ini adalah merujuk di laman berikut http://forum.fotomedia.com.my/showthread.php?t=10184. Pihak Admin FMDC berhak membatalkan sebarang bentuk iklan atau promosi anda jika semua perkara di atas gagal dilaksanakan. Pembatalan tersebut akan dibuat tanpa notis.

5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC dengan kebenaran/persetujuan bertulis pemilik asal.

6. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.

7. Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam FMDC. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. FMDC juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak FMDC yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

8. Pengguna dan pengunjung forum FMDC TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan forum FMDC sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungannya. Pengguna & pengunjung juga tidak dibenarkan menggunakan nama & logo Fotomedia Malaysia untuk tujuan komersil dan harus mengikuti terma & syarat yang ditetapkan serta dilarang menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal FMDC. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

9. Pengunaan nick, pilihlah nick yg bersesuaian dan jika boleh pilihlah nick yg tidak sama/atau hampir sama dengan para petugas maupun dengan forummers lain, ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham yg bakal timbul kelak. Harap tolong berikan kerja sama dalam soal ini, kami pandangan serius dengan pengunaan nick di FMDC, nick yg tidak bersesuaian akan di buang dengan serta merta tanpa di beritahu terlebih dulu, harap maklum.

10. Pihak FMDC berhak meminda peraturan dan polisi ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal FMDC dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.


Kod Etika Tambahan
(Larangan-larangan Ketika Berada Di Ruangan Forum)
Revised: 29 Jun 2006

1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.
11. Meng'upload' file pada bahagian attachment yang tidak sepatutnya atau tidak melihatkan soal photography
12. Membuat attachment file berulang-ulang atau berganda-ganda (flooding)

Sila Pastikan:

1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Setiap gambar yang di pos hendaklan tidak lebih daripada 800pixel lebar
3. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
4. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
5. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
6. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.

Note: Pihak Pengurusan tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman atau attachment file anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Forumnis adalah dilarang:

1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti staf-staf yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain
4. Melanggar etika berforum

Anda digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan di sini

Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai

Nota: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai hitamkan (banned) atau menggantung (suspended) members yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

Admin Fotomedia Malaysia
Kuala Lumpur

putera_pawaka
29th June 2006, 02:19 PM
setuju.....

heroMak
29th June 2006, 02:28 PM
sejujurnya, saya berjanji akan patuh kepada etika dan garis panduan yang dinyatakan.. saya juga akan bertanggungjawab atas apa yg saya buat dan menerima dengan senang hati terbuka jika dibuang keahlian atau disenaraihitamkan bersabit dengan apa yg saya buat.

ada beberapa penjelasan yang saya perlukan.

1. adakah wujud 'allowance' iaitu bergantung kepada budi bicara moderator dan pihak atasan. Sbb kekadang, apa yg kita guide tu maybe sedikit general dan tahap 'penapisan' (yg lucah contohnya) tak sama bagi semua orang.

2. Pasal no 3 dan 4 (kepentingan peribadi), saya dah was-was nak sebut Ku**s S*N lagi kat sini. Kut2 org kata iklan. Kalu sebut lotus plak utk TT (mana tau, aji ada share kat Lotus). Camana plak?

3. Pasal sumbangan yang diban atau didelete tu, kalau boleh, letakkan nisan. Jangan delete gitu je, nanti hilang punca. Bila tulis, msg telah didelete, at least org tau, moderator menjalankan amanah dan membuktikan mende2 yg didelete tu wajar.

4. Akhirnya, syabas dan selamat berjaya dalam kmuniti ini. Khas buat anda smua...

ND
29th June 2006, 02:28 PM
Setuju ;)

risya
29th June 2006, 02:30 PM
alhamdulillah.. sampai juga msg sya ke dhaka!

heroMak
29th June 2006, 02:30 PM
din pawaka, mana bleh jawab setuju je..kurang berkualiti tu..elaborate la skit..kasi ulas skit..kang dah tulis kat atas tu, takleh jawab ringkas spt YA, TIDAK dsb.

heroMak
29th June 2006, 02:31 PM
alhamdulillah.. sampai juga msg sya ke dhaka!

oooo ini sya punya agenda la ni? HAH!?

meh sini..meh sini nak belanja eskrim..

BAGUS SYA...tahniah, anda membuktikan anda tak sia-sia di sini..

zainzubir
29th June 2006, 02:32 PM
Terima kasih, masih belum habis baca, halus sangat, nanti sesenang baca dirumah.... :wink: kalau tak ikut syarat tak kawan eik??..cabutttsss....

azryshah
29th June 2006, 02:33 PM
Sila Pastikan:

1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.

rasanya, ader yang dah tak mematuhi etika berforum nie :lol:

buntalshoot
29th June 2006, 02:35 PM
dengan ini saya memahami segala isi peraturan yang diwartakan...
mulai hari ini saya berjanji utk menjadi forumer yg beretika dan sopan dalam setiap perkara...
wassalam

yg benar,
buntalshoot

marcia.zlyana
29th June 2006, 02:37 PM
halusnye aji... nasib baik mata eden mata polis.. kalau dapat kat mata bob, menangis dia nak baca ni.. nguehnguehngueh..
sy setuju incik presiden! ;)

bimmer_man
29th June 2006, 02:39 PM
5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC.



hmmm.. gambar2 yg di post pun jadi hak milik FMDC ke? :roll:

shaifulrizal
29th June 2006, 02:39 PM
aji..halus laa..sampai aku buntang buntangkan mata nak baca..hahahahahhah

*aku tengah imagine ..mcm mana kalo hanti buntangkan mata...wakakakakakakaka

aji
29th June 2006, 02:41 PM
ada beberapa penjelasan yang saya perlukan.

1. adakah wujud 'allowance' iaitu bergantung kepada budi bicara moderator dan pihak atasan. Sbb kekadang, apa yg kita guide tu maybe sedikit general dan tahap 'penapisan' (yg lucah contohnya) tak sama bagi semua orang.

takde elaun pape heromak. kami di FMDC bekerja secara sukarela. takde agenda pape disebalik setiap
events yang dijalankan. hanya untuk self-development kita dalam fotografi ni.

2. Pasal no 3 dan 4 (kepentingan peribadi), saya dah was-was nak sebut Ku**s S*N lagi kat sini. Kut2 org kata iklan. Kalu sebut lotus plak utk TT (mana tau, aji ada share kat Lotus). Camana plak?

tak terlintas pulak heromak promote kukus san kat sini. papepun lepas ni takde nama bisnes akan dipaparkan.
mungkin TT di kukus san akan diganti dengan tajuk spt TT di kole tengganu etc.

3. Pasal sumbangan yang diban atau didelete tu, kalau boleh, letakkan nisan. Jangan delete gitu je, nanti hilang punca. Bila tulis, msg telah didelete, at least org tau, moderator menjalankan amanah dan membuktikan mende2 yg didelete tu wajar.

cadangan yang baik. admin/moderator akan notify/explain thdp apa juga komen yg telah didelete.

4. Akhirnya, syabas dan selamat berjaya dalam kmuniti ini. Khas buat anda smua...

terima kasih heromak. semoga Allah memberkati apa jugak yg kita semua buat.
berkat rezeki melalui solat. satukan hati manusia dgn sunnah nabi saw.

:D

aji
29th June 2006, 02:44 PM
Sila Pastikan:

1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.

rasanya, ader yang dah tak mematuhi etika berforum nie :lol:

so far kita takde masalah azry dgn benda ni
terima kasih

:D

mr_bun
29th June 2006, 02:44 PM
wakarimashita!
ryoukaidesu..

Semoga tidak timbul salah faham lagi lepas nih.

yang benar,
mr_bun (bukan adik buntalshoot) :lol:

aji
29th June 2006, 02:48 PM
5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC.



hmmm.. gambar2 yg di post pun jadi hak milik FMDC ke? :roll:

bimmerman
kalau perasan
gambar-gambar kita yg diupload kat fotopages.com pun
automatik akan jadik hak pidgin technologies
walaupun kita letak watermark
tapi bila dah upload secara percuma di fotopages.com
dah automatik jadik mereka
(sbb tu pidgin akan tukar nama file gambar kita kpd angka digit..perasan tak?)

cuma kat fmdc
kita akan bagitau jugak pada owner asal
terhadap sebarang penggunaan pada gambar tersebut

:D

aji
29th June 2006, 02:50 PM
alhamdulillah.. sampai juga msg sya ke dhaka!

risya
terima kasih
dapat sempat hantar hi je dalam chatroom tadi
lepas tu ternet putus

ada kawan aji kat mercy malaysia ni tanya
risya ni single lagi ke?
ttthehe

:D

heroMak
29th June 2006, 02:51 PM
aduiiiih....'allowance' tu bukan maksudnya elaun...saya maksudkan plus minus... contohnya "babab montot". bagi stengah org, dah tak senonoh...so, moderator yang bagi allowance bleh ke idak nak guna tu... lawak2 pasal 'telur' dsbnya tu, mesti atas allowance pihak pengurusan kan?

pasal kukus san tu, tak tipu ni, dulu masa awal2 dulu masa 1st org FMDC cam CG n Doremong singgah kat kukus san tu, memang ada niat, FMDC dan ahlinya dapat jadi platform utk market kafe saya tu. So, skrang, saya takkan sebut lagi. kalu org lain nak sbut, saya ikut macam cik siti- NO KOMEN..kita dengar kata org atas..

sama-sama bang aji...heroMak kan adik abg aji yg paling baik dan hensem kekekekekke

heroMak
29th June 2006, 02:55 PM
mr_bun guna bahsa jepun yang saya tak paham... kalu watashi, arigato, sushi tu saya paham la... hehehe

mr_bun dah langgar etika...HANTAR DIA BALIK MALAYSIA...dia panas duk kat jepun nun..


gurauan semata-mata.

pasni sesapa guna loghat daerah, kena sertakan translationnya ..kekekekke...sari kata mesti ada.. at least, bleh belaja bahasa di FMDC skali. :)

aji
29th June 2006, 02:57 PM
aduiiiih....'allowance' tu bukan maksudnya elaun...saya maksudkan plus minus... contohnya "babab montot". bagi stengah org, dah tak senonoh...so, moderator yang bagi allowance bleh ke idak nak guna tu... lawak2 pasal 'telur' dsbnya tu, mesti atas allowance pihak pengurusan kan?

pasal kukus san tu, tak tipu ni, dulu masa awal2 dulu masa 1st org FMDC cam CG n Doremong singgah kat kukus san tu, memang ada niat, FMDC dan ahlinya dapat jadi platform utk market kafe saya tu. So, skrang, saya takkan sebut lagi. kalu org lain nak sbut, saya ikut macam cik siti- NO KOMEN..kita dengar kata org atas..

sama-sama bang aji...heroMak kan adik abg aji yg paling baik dan hensem kekekekekke

alamak heromak aji tak pasan
sekali pandang je tadi
kat sini pun tengah kelam kabut
ttthehe

benda ni still macam biasa
takde masalah sangat

:D

heroMak
29th June 2006, 03:01 PM
aji asyik jawab mende ni takde masalah sgt..

hehehe...abih apa yg jadi masalah sangat tu?

kekekekek...

jie171
29th June 2006, 03:03 PM
Aji...

1st of all...Jie tukar fond kepada besar sikit (mata den buta..x dpt nak baca ler)
2nd pulak..Jie tukar kalor dia..jd merah...so senang nak baca....ade ke "UNIK'an sikit....

aji
29th June 2006, 03:06 PM
aji asyik jawab mende ni takde masalah sgt..

hehehe...abih apa yg jadi masalah sangat tu?

kekekekek...

sebab ni hanyalah garis panduan
bukan peraturan

takde apa masalah pun kat FMDC ni
biasalah kena bagi guidelines papepun

yang tak elok kita perbetulkan balik
tu je

:D

heroMak
29th June 2006, 03:08 PM
garis panduan...supaya kita sntisa tenang dan selamatttttt...

aji
29th June 2006, 03:08 PM
Aji...

1st of all...Jie tukar fond kepada besar sikit (mata den buta..x dpt nak baca ler)
2nd pulak..Jie tukar kalor dia..jd merah...so senang nak baca....ade ke "UNIK'an sikit....

thanks jie
memang saje bagi kecik
supaya semua benda tu orang alert

papepun appreciate apa jie buat ni

:D

shaifulrizal
29th June 2006, 03:09 PM
Aji...

1st of all...Jie tukar fond kepada besar sikit (mata den buta..x dpt nak baca ler)
2nd pulak..Jie tukar kalor dia..jd merah...so senang nak baca....ade ke "UNIK'an sikit....

*terus aku mengimagine bagai mana kak jie membuntangkan mata plak..wahahahahahaha

zainzubir
29th June 2006, 03:10 PM
setuju Mr.Bun kena hantar balik Malaysia...woi balik balik balik woi...(kat sana ada kapal dagang angkut sayur tak???)

saripol
29th June 2006, 03:11 PM
5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC.



hmmm.. gambar2 yg di post pun jadi hak milik FMDC ke? :roll:

bimmerman
kalau perasan
gambar-gambar kita yg diupload kat fotopages.com pun
automatik akan jadik hak pidgin technologies
walaupun kita letak watermark
tapi bila dah upload secara percuma di fotopages.com
dah automatik jadik mereka
(sbb tu pidgin akan tukar nama file gambar kita kpd angka digit..perasan tak?)

cuma kat fmdc
kita akan bagitau jugak pada owner asal
terhadap sebarang penggunaan pada gambar tersebut

:D

kalau semua pos jadi hak milik FMDC.. saya rasa berat hati nak pos kat FMDC..

fotopages tak claim copyright gambar yang kita upload kat sana..

http://www.fotopages.com/cgi-bin/help.pl?page=4


Your Copyrights

Fotopages respects the intellectual property rights of others. Fotopages claims no ownership rights in any image contained in any of your photologs.

jie171
29th June 2006, 03:13 PM
Aji.. x apa.....balik nanti...kita nak loceng tau...jgn lupa...jepun punya satu...dhaka punya satu...(hehehe...dpt 2 loceng dah)

Mistaken...kamu nie..akak piat baru tau.....mentang2 ler......akak nie rabun....

Kanda.....x abis lagi dgn recyle dia hehehehe.....

qmaxgamer
29th June 2006, 03:24 PM
setuju en aji

jie171
29th June 2006, 03:25 PM
aji suruh kecikkan balik hehehehehe.....

ardif
29th June 2006, 03:33 PM
dif sebagai perantau baru dalam forum nih bersetuju dengan guideline diberi.

sekurang2nya ada garis panduan untuk diikut
tak lah semberono hentam je berforum
maklumlah...
rambut sekarang pun dah lelain warna
ini kan pula hati dan pemikiran..


(tumpang lalu.. hik hik)

mr_bun
29th June 2006, 03:38 PM
setuju Mr.Bun kena hantar balik Malaysia...woi balik balik balik woi...(kat sana ada kapal dagang angkut sayur tak???)

catch me if you can...lariiiiii
udoh2..idok mau panjang ceghito..kang bro aji fire bzzt bzzt..
sambung di thread lain :lol:

mkrash
29th June 2006, 03:39 PM
[size=9]

kalau semua pos jadi hak milik FMDC.. saya rasa berat hati nak pos kat FMDC..

fotopages tak claim copyright gambar yang kita upload kat sana..

http://www.fotopages.com/cgi-bin/help.pl?page=4


Your Copyrights

Fotopages respects the intellectual property rights of others. Fotopages claims no ownership rights in any image contained in any of your photologs.

Betul tu Aji.. sebab secara fizikal gambar tu tak terletak dalam FMDC... kene jelas kan kang otai-otai semua tak nak post sebab hilang right kat ggambar...

dbins
29th June 2006, 04:05 PM
kena dipertimbangkan balik ni bab gambar ni... photographer ni kalau gambar tu buruk pun bukan main marah kalau org ambik ikut suka hati...

putera_pawaka
29th June 2006, 04:08 PM
Sila Pastikan:

1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.

rasanya, ader yang dah tak mematuhi etika berforum nie :lol:
sajer jer nak test...ekeke
lepas ni aku jawab panjang lebar...siap dgn fakta sekali

putera_pawaka
29th June 2006, 04:09 PM
quote deleted.

sajer jer nak test...ekeke
lepas ni aku jawab panjang lebar...siap dgn fakta sekali
tapi pasal garis panduan tu aku terima..tapi mungkin tak 100% detail kot..
coz yg no 4 tu susah sikit nak ikut..tak bleh iklan produk atau perkhidmatan..coz link sebelah kiri u biasanya kiter letak macam2..err camane tu?

abahwafi
29th June 2006, 04:13 PM
Sila Pastikan:
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.
rasanya, ader yang dah tak mematuhi etika berforum nie :lol:
so far kita takde masalah azry dgn benda ni
terima kasih
:D

Aji, saper nak pastikan yg no. 5 tu dipatuhi oleh setiap forummer ?

saripol
29th June 2006, 04:15 PM
kena dipertimbangkan balik ni bab gambar ni... photographer ni kalau gambar tu buruk pun bukan main marah kalau org ambik ikut suka hati...

Rasanya bukan gambar jer.. penulisan intelek, dan sebagainye smer termasuk la.. kira harta intelek la.. sebab rasa nya hakcipta/hakmilik tu patut kekal pada yng mengepos..

jie171
29th June 2006, 04:25 PM
Jie rasa.....ttg soal hak cipta nie..let Aji settlekan ye..as Aji kat Over the sea tur .....

azryshah
29th June 2006, 04:35 PM
abahwafi ngan brader pawaka.. saya saja jerk tu, nak test gak hehehe

heroMak
29th June 2006, 05:12 PM
sekali lagi incik pawaka langgor garis panduan...

dia quote panjang2..kang ada tulis takleh kat atas tu..hahha haha tak tahu...

kena demirit dah ni... dua kali salah turut2..kekekek..

*test market je ni..kekekeke

missjay
29th June 2006, 11:59 PM
dengan ini saya selesai membace kesemua peraturan fmdc dan faham kesemuanya..jika saya tidak sengaje atau tak perasan terlanggar etika2 ini sile2lah tegor dan remind saye..:D

putera_pawaka
30th June 2006, 01:07 PM
bro aji..nak tanya ckit...tentang penggunaan banner kat signature dibenarkan ke?
dulu rasanya tak bleh kan....!!

saripol
3rd July 2006, 05:03 PM
5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC.



hmmm.. gambar2 yg di post pun jadi hak milik FMDC ke? :roll:

bimmerman
kalau perasan
gambar-gambar kita yg diupload kat fotopages.com pun
automatik akan jadik hak pidgin technologies
walaupun kita letak watermark
tapi bila dah upload secara percuma di fotopages.com
dah automatik jadik mereka
(sbb tu pidgin akan tukar nama file gambar kita kpd angka digit..perasan tak?)

cuma kat fmdc
kita akan bagitau jugak pada owner asal
terhadap sebarang penggunaan pada gambar tersebut

:D

kalau semua pos jadi hak milik FMDC.. saya rasa berat hati nak pos kat FMDC..

fotopages tak claim copyright gambar yang kita upload kat sana..

http://www.fotopages.com/cgi-bin/help.pl?page=4


Your Copyrights

Fotopages respects the intellectual property rights of others. Fotopages claims no ownership rights in any image contained in any of your photologs.

Tak de respon dari mod pasal ni?

abahwafi
3rd July 2006, 05:05 PM
Mod tgh takde-mood sbb argentina kalah!.

Errr.....gurau tak kena de-merit kan?

buntalshoot
3rd July 2006, 05:08 PM
takde masalah kot, en.saripol...
rasanya terpulang kepada individu..

lagipun klu dah wat watermark dah tak kesah....
at least nama atau logo kita dah ada kat situ....
orang takleh wat apa2.....

rasanya better, aji kena sahkan nie... takut sesetengah
orang takut nak post kat sini laakkk... :D

jie171
3rd July 2006, 05:19 PM
actually..Aji sekarang nie kat over the sea...and nak access tenet pun susah gak nie..jgn ler gusar sgt about soalan yg x berjawap tur..nanti Aji jwp kan......

Lily
3rd July 2006, 08:50 PM
okeh saya dah bace
menurut perintah ....

p/s: bang aji .. bawak balik ole ole untuk lily tau! :D

salamaut
3rd July 2006, 09:02 PM
saya jue telah membaca segala gari panduan itu..
akan tetapi jikalau saya terkasar bahase sile lar tunjuk ajar.. pasal saya neh kekadang kurang ajar...
almaklum lar darh mudeeee... gheeee :D

weet
3rd July 2006, 09:38 PM
okeh saya dah bace
menurut perintah ....

p/s: bang aji .. bawak balik ole ole untuk lily tau! :D

carikan pakwe dhaka tu lily!! gegegegge :twisted:

cgmulia
3rd July 2006, 11:44 PM
me setuju aje...

diam sebab baik sorg je yg buat keputusan..

so as mr president,.... aji yg tentukan

aji
4th July 2006, 12:43 PM
ok saripol
aji dah revise sket
boleh check tengok

memang kita nak feedback jugak macam ni
kalau tak tegur kita tak boleh improve

thanks for ur concern
mintak mahap eek lambat sket

cg
apa sgt la jawatan presiden tu
ni pun orang yg pilih
buat je la yg terbaik utk group ni
amanah tu
tahun depan orang lain plak

takmo la jadik macam kementerian kerja r*ya
(bukan nama kementerian sebenar)
ttthehe

:D

mr_ein
8th August 2006, 01:41 PM
hamba juga bersetuju jua hendaknya dengan guideline yang dah di ubah suai nih..so mari kita ikut...

kita minummmm duluuu.. (kira iklan ke nih.. :D theheh)

Magge
8th August 2006, 11:36 PM
HELOOO.... HAMBA DAH PULANG.... HAMBA SETUJU..... 8)

NI NANTI KITO JUMPO... NAK KASI DUIT PENGERAS OKEY.. :)

ctwirda
21st December 2006, 04:05 PM
setuju..
erkk baru nk join balik.. hoho dah setahun dah rupanya...huhu

buttet
21st December 2006, 04:14 PM
ctwirda tahniah..xsempat poeii majlis pertunangan kena balik KL

zainzubir
21st December 2006, 07:20 PM
jangan ada yg kata setuju, lepas tu lari dari garis panduan...sama2 kita ingat mengingati, jika aunty tersasar jauh, tegur, jika anda pula tersasar jauh aunty karate!!! :evil:

Arin aka Butet sepatutnya lebih peka dari yg baru2 berforum, jadi beri contoh yg baik kpd semua ahli baru....nasihatkan mereka yg sekadar...ketawa spt."wa ka ka..." atau posting yg tidak perlu dlm topik2 serious :wink: no heart feeling, kan kita satu family yg besar??kita expect yg dah lama beri panduan pada yg baru...aunty terlajak anda tegur, aaa...disinilah pentingnya "open mindedness..."terbuka dgn teguran w/pun aunty disini yg paling tua...tegur jika setakat posting dua tiga baris yg tidak bermakna apa-apa...

Selamat berforum secara sihat... :wink:

qmaxgamer
26th December 2006, 09:47 AM
insyaALLAH.. saya akan buat selagi termampu..

ND
26th December 2006, 09:55 AM
Diharap mereka2 yg selalu membuat posting semata-mata utk ckp mcm ni :-

"wakakaak.."
"oii..buat apa tu"
"apsal nih"
"tgk tu ..kekekekek.."
"gi mana?...huhu"

dan lain2 yg sewaktu dengannya yg hanya nak post dlm 2-3 perkataan atau saje2 nak post..

Sila elak-elakkan...harap maklum...
sbb anda membuatkan org lain berfikir yg anda sengaja menambah bilangan posting..
sila buat posting yg lebih bernas...terima kasih :D

Rosdin Sabni
21st February 2007, 02:14 PM
Assalamualaikum...saya berusia 26 tahun...hobi saya edit photo baru jumpa hobi tu 6 bulan lalu...so saya nk belajor jugak mcmana nak jadi seorang photograper yg baik...harap abang2 n kakak2 dlm ni leh tunjuk ajar...saya nk belajor dari mula lg... emailkan pada saya bagaimana nk amik photo yg bagus...tolonglah saya wahai abang2 n kakak2 yer!!!! :roll:
concorde_skew_left@yahoo.com

azryshah
21st February 2007, 02:42 PM
Abg Rosdin.. selamat datang, rasanya elok Abg Rosdin perkenalkan diri dlm entry yang diberikan ni. http://www.fotopages.com.my/forum/viewforum.php?f=15
Kami nie memang pemurah utk berkongsi ilmu2 bukan setakat ilmu fotography, mcm2 ilmu boley kami kongsi.

abahwafi
27th February 2007, 12:14 PM
Diharap mereka2 yg selalu membuat posting semata-mata utk ckp mcm ni :-

"wakakaak.."
"oii..buat apa tu"
"apsal nih"
"tgk tu ..kekekekek.."
"gi mana?...huhu"

dan lain2 yg sewaktu dengannya yg hanya nak post dlm 2-3 perkataan atau saje2 nak post..

Sila elak-elakkan...harap maklum...
sbb anda membuatkan org lain berfikir yg anda sengaja menambah bilangan posting..
sila buat posting yg lebih bernas...terima kasih :D

Baru terbaca nasihat ND ni. Setuju sangat dan setiap kali kita reply pastikan posting kita tu dapat memanafaatkan si pembuka thread dan forummer lain...lepas tu kalau nak tambah komen-komen lain kat ujung posting tak pe la kot.

jejaka
20th June 2007, 08:53 AM
semoga semua yg bertanggangjawab dapat berlaku adil dan tidak pilih bulu.. terima kasih.. daun keladi..

zainzubir
19th July 2007, 10:49 AM
Kod etika tambahan item 6,


6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain

cadangan: tambahan kepada ahli dan bukan ahli :wink:

arrembawi
19th September 2007, 11:08 AM
insyaallah..saya akan berusaha mematuhi peraturan dalam ni..insyaallah..

fizafeeza
4th November 2007, 12:15 PM
Saya...mohon maaf krn tidak membaca terlebih dahulu garis panduan ini.
Bagaimanapun terima kasih krn memberi kelonggaran kpd saya walaupun saya telah membuat kesilapan.
Yang pasti, saya berjanji takkan mengulanginya. Saya dah pun membaca secara keseluruhan garis panduan yg berguna ni.
TQ :oops:

Ayie
29th April 2008, 03:23 PM
Terima kasih tuan Admin kerana memaparkan serta emngingatkan kembali kpd semua ahli.. sbb mgkn kdg2 tu ada yg terlupa bila dah syiok sgt berforum.
moga FMDC terus di depan

aji
27th January 2009, 03:17 PM
Nota: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai hitamkan (banned) atau menggantung (suspended) members yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

kami tak kata pihak pengurusan akan banned nickname anda
kami banned member tu terus
biarpun orang yang sama menggunakan nickname lain
harap maklum

john02
28th May 2009, 12:05 PM
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami..
__________________________________________________ ___________
www.floatingtank.at (http://www.floatingtank.at)
muscletech (http://www.discountstacks.com/home.cfm)

ahmadKM
30th November 2009, 07:36 PM
i-allah saya sebagai junior yg zero pasel dunia DSLr ni akan mematuhi peraturan yg d tetapkan...nk amik kesempatan salam perkenalan kepada semua yg senior & junior...:)

zainzubir
7th June 2010, 11:31 AM
Bump..berapa ramai ahli baru yg peka akan kewujudan thread ini??dah baca ke belum??..hanty dah 18 kali baca..bagaimana dengan anda yang lain??:-)

sunan9
7th June 2010, 01:06 PM
sudah bace hanty, memula masuk dulu.... cume x tulis pape kat thread ni... tgk je.. wat garis panduan... tq.. kire ni baca yg ke2 kali je.... bagus gak thread yg lama2 di cungkil balik....

zainzubir
11th June 2011, 12:26 AM
4. Anda dilarang mengiklankan & menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan, perniagaan atau produk kecuali pihak Admin FMDC sahaja yang boleh membuat sebarang bentuk pengiklanan tanpa sebarang sekatan dan syarat. Sebarang bentuk pengiklanan, penawaran perkhidmatan, workshop dan sebagainya perlulah mendapat kebenaran dari pihak Admin FMDC terlebih dahulu. Caj pengiklanan di portal ini adalah merujuk di laman berikut http://forum.fotomedia.com.my/showthread.php?t=10184. Pihak Admin FMDC berhak membatalkan sebarang bentuk iklan atau promosi anda jika semua perkara di atas gagal dilaksanakan. Pembatalan tersebut akan dibuat tanpa notis.

BUMP..kita kadang2 lupa..:-)

adisk
25th October 2011, 02:07 PM
aji kenapa aku punya posting jadi O balik..gambar profile sume hilang...date join jer tinggal...ade sapa2 sabotaj ker akaun ni