View Full Version : Cara Nak Hilangkan Rasa Gugup Semasa Event
nuar.sh
10th February 2010, 05:36 PM
Salam buat semua..
BaruČ ni, saya ade dpt job yg agk besar..so, masa majlis berlangsung,
saya xdapat nk tumpukan perhatian utk shoot sbb org ramai sgt..jadi gmbr yg terhasil
mcm jadi xbetul..setting xjd, gmbar blur, gelap la..nasib baik ada ramai member boleh tolong cover..so, dapat jugak la gamba yg boleh pki..
ada sapeČ tau cara nk hilangkan rasa gugup ni..
sblm ni ok je..xde la plak jd mcm nie..smpi setting sume lupe..
contoh gambar xjadi..
http://farm5.static.flickr.com/4024/4345897522_755a56ab19.jpg
arepek
10th February 2010, 05:46 PM
anda dah amik job... itu menunjukan anda mmg berkeyakinan... cuma perlu tambahkan lagi keyakinan itu... myb anda terlalu memikirkan org sekeliling... hehe... rielax, regang2kan bdn, sempoi... wat cm anda tetamu yg dtg amik gambar... jgn pressure sgt... just my opinion... otai2 sila tlg... hehe \\m/ myb juga event ni ag besar dari sebelum2 ni... apapun... gudluck! \\m/
shearazi
10th February 2010, 05:52 PM
sorry double entry..hehe
shearazi
10th February 2010, 05:53 PM
darah gemuruh la ni... xleh wat apa la bro..maybe 1st time kot..dh byk kali ilang lah kot rasa gugup ni.. yg penting jgn malu pandang muka dan mata org...fotografer la yg org x berani nk sound..:-)
izzamk
10th February 2010, 08:46 PM
xtaw la nk ckp kan.. xpenah plak amek event besa2.. hihi... xsampai tahap lagi...
naseribrahim
10th February 2010, 09:07 PM
aku mula2 dulu pun camtu gak....gugup,senyap,diam membisu jer.....ni tips dari aku camner nak hilangkan gugup
1. Datang awal di majlis tersebut. Tujuan untuk kita tengok keadaan sekeliling dan buat research sikit tentang apa yang kita nak ambik
2. Dah datnag awal tu...ramah2 kan diri untuk borak2 dengan mak andam, keluarga pengantin, adik beradik pengantin dan sesiapa yang anda nampak boleh diajak borak....so kita boleh rasa selesa di majlis tersebut
3. Buat persediaan setting pada kamera....semak setting bila dah datang awal...lighting,compose dan lain2 lagi
Ni perkara biasa aku buat...untuk elak dari gugup...bila kita dah selesa dgn tetamu,keadaan majlis dan keluarga penagntin...barulah kita tak rasa gugup dan barulah boleh kita mencambahkan idea untuk berkarya....
*ni taknak ikut pun boleh - minum air tongkat ali....supaya tambah tenaga.....hahahha
johnny stanfet
10th February 2010, 10:30 PM
anda ggup? bacalah Al-Fatihah..doakan agar anda memberi khidmat terbaik untuk client anda..baca Bismillah bila mula kan kerja anda..
mnhqmy
10th February 2010, 11:16 PM
anda ggup? bacalah Al-Fatihah..doakan agar anda memberi khidmat terbaik untuk client anda..baca Bismillah bila mula kan kerja anda..
terbaek...!!!! ^:)^
am_moksha
11th February 2010, 12:06 PM
create yor own event, yor own surroundings...buat rilex...
and don forget yor mission...da subject....
azuan85
11th February 2010, 12:10 PM
kalo pkai mode RAW, bleh edit lagi kan WB gambar2 yg xjadi ... pastu buat black & white ...
Photoshop sudah :D
shearazi
11th February 2010, 12:18 PM
kalo pkai mode RAW, bleh edit lagi kan WB gambar2 yg xjadi ... pastu buat black & white ...
Photoshop sudah :D
ko shoot wedd pakai RAW eh?
azuan85
11th February 2010, 12:26 PM
ko shoot wedd pakai RAW eh?
haih, aku newbie jer ... blum try utk shoot wedd lg ... stakat training2 tu ada la.
RAW mode kekadang, tgk tempat, kalo tempat yg cantik / penting, pkai la RAW mode, kalo aktiviti bosan2 tu ... snap biasa je la ...
8sharp
11th February 2010, 01:22 PM
betul kata johnny, baca doa dulu. lepas tu hisap rokok kalau merokok sambil tengok keadaan sekeliling. kalau tak hisap tarik nafas panjang2. lepas tu mulakan langkah dengan amik safe shots...lepas tu secara automatik dia akan ok lah. ni sebenarnya tekanan yang timbul kerana nak bagi yang terbaik untuk client. biasa la tu. kalau susah nak mulakan dengan creative shots, mulakan dengan yang mudah. nescaya boleh.
johnny stanfet
11th February 2010, 01:53 PM
betul kata johnny, baca doa dulu. lepas tu hisap rokok kalau merokok sambil tengok keadaan sekeliling. kalau tak hisap tarik nafas panjang2. lepas tu mulakan langkah dengan amik safe shots...lepas tu secara automatik dia akan ok lah. ni sebenarnya tekanan yang timbul kerana nak bagi yang terbaik untuk client. biasa la tu. kalau susah nak mulakan dengan creative shots, mulakan dengan yang mudah. nescaya boleh.
sambil merokok, tgk2 la awek2 cun..hahah.baru ade semangat nk buat kije! =))
cikaris
11th February 2010, 02:03 PM
gemuruh ni kadang bleh buat kita hati2. tapi kalau dah sampai nak set benda simple pun jadik x reti, teruk gak dibuatnyer.
bisanya gambar2 yg aku ambik aku view dulu. kalau x best then shoot lagi + adjust. jgn kelam kabut. prepare awal2 b4 majlis start.
kalau tgh panik time ramai2 tu, tarik napas panjang2. adjust elok2. terlepas 2-3 moment lebih baik dari ko spoil gambar sepanjang majlis.
aku pun bukan reti sangat amik gambo...
8sharp
11th February 2010, 02:12 PM
hahahaha...betul johnny..pembuka minda lah katakan.
azuan85
11th February 2010, 02:16 PM
jangan tarik nafas terlalu panjang sgt ... nanti kluar angin lain plak ..
biasanya kalo ada member slr yg join skali masa shoot, ilang la gemuruh tu,
kalo sorg diri mmg agak terasa la .. lebih2 lagi kalo baru dlm dunia photographer ni ...
nuar.sh
11th February 2010, 02:17 PM
huhu..tq semua..pas ni try praktis buat kt majlis lain plak...hehe
ade ke job pas ni..hmm:-\\
engku
11th February 2010, 03:21 PM
apa maksud job besar tu eh? besar duit ke camna?
Masalah gabra ni lansung tak berkait dengan gambar tak jadi. Gambar tak jadi sbb kita tak pandai bukan sbb gabra dll. Lepas gambar tak jadi mungkin timbul gabra kot sbb tak reti nak setting kamera.
Kalau kita berani amik job 'besar', kemahiran kita pon mesti seiring lah.
pitouch
11th February 2010, 03:26 PM
apa maksud job besar tu eh? besar duit ke camna?
Masalah gabra ni lansung tak berkait dengan gambar tak jadi. Gambar tak jadi sbb kita tak pandai bukan sbb gabra dll. Lepas gambar tak jadi mungkin timbul gabra kot sbb tak reti nak setting kamera.
Kalau kita berani amik job 'besar', kemahiran kita pon mesti seiring lah.
jempolllll utk abg engku kitew ...
pichot84
26th August 2010, 01:08 AM
yeah,better take deep breath...standby mana yg patut..aku biasa amik pakai RAW gak..depends ngan situation pic tu ler..klu tak penting use jpeg fine ok gak..
PengukirCahaya
26th August 2010, 01:55 AM
Pandangan saya ialah begini;
Jika berani ambik job besar, tak sepatutnya gugup. Kalau gugup, jangan ambik job tu. Sebab ianya akan reflect kredibliti dan reputasi diri sendiri. Perbanyakkan job kecil-kecil dahulu supaya setting -setting kamera dan pengawalan situasi pencahayaan yang rumit (difficult lighting situation) adalah second nature kepada kita. Tiada cara lain melainkan inilah. Practise make perfect. Praktis banyak-banyak job kecik-kecik. Dan paling worse kalau kamera sendiri masih lagi fumble (terkial-kial) mencari setting. Ini kalau gugup sebab job besar. Dan macam yang dah dicadangkan, bacalah bismillah. Mulakan bismillah pada pekerjaan yang baik-baik.
(isap rokok pun boleh juga. Tackel makwe pun OK juga untuk divert gugup tu)
Jika gugup sebab lain - ini pun tak sepatutnya berlaku kepada saorang jurufoto yang mengambil upah. Tetapi biasalah kita manusia, banyak hal lain kita fokus. Jadi yang paling baik ialah tidor awal-awal. Datang awal dan buat test shots. Buat test shots banyak tempat dan planning movement. Berborak dgn tuan rumah (tapi jangan meleret pulak). Minum atau makan sedikit.
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.