Registration

Register at Forum Fotomedia

The Facebook Platform

Required Information

Please enter the name by which you would like to log-in and be known on this site.

Please enter a password for your user account. Note that passwords are case-sensitive.

Please enter a valid email address for yourself.

msukan perkataaan fmdc dlm ruangan dibwh

Additional Required Information (profile)

Your date of birth and age are displayed in several places on the forum. Only the administrator will have access to your date of birth should you choose to hide it via the privacy option below.

Additional Information

If you were referred to this site by an existing member of Forum Fotomedia, enter their username here.

All timestamps displayed on the forums can be automatically corrected to show the correct time for your location in the world. Simply select the appropriate time zone from the list below.

In addition, you may set the appropriate option to allow for daylight savings time in your part of the world.

From time to time, the administrators and/or other members may want to send you email notifications or messages. If you do not want to receive email from certain people then you may disable the options here

Photography adalah bermaksud mengukir dengan cahaya (jawapannya YA)

Forum Rules

In order to proceed, you must agree with the following rules:

Forum Rules

Registration to this forum is free! We do insist that you abide by the rules and policies detailed below. If you agree to the terms, please check the 'I agree' checkbox and press the 'Complete Registration' button below. If you would like to cancel the registration, click here to return to the forums index.

Garis Panduan Berforum di Portal Fotomedia Malaysia
Berikut adalah syarat yang mesti dipatuhi oleh semua ahli forum yang digariskan oleh pihak Admin FMDC;

1. FMDC menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh dan juga alamat e-mel anda. Kami tidak akan menyiarkan kedua-dua perkara tersebut, melainkan sekiranya diminta oleh anda. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal FMDC. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.

2. Anda juga dimestikan menjaga etika diri, maruah, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

3. Dilarang sama sekali mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, syarikat, organisasi, parti politik dan segala unsur kelucahan, keganasan, perbalahan serta perkauman.

4. Anda dilarang mengiklankan & menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan, perniagaan atau produk kecuali pihak Admin FMDC sahaja yang boleh membuat sebarang bentuk pengiklanan tanpa sebarang sekatan dan syarat. Sebarang pengiklanan akan dibenarkan setelah mendapat kebenaran dari pihak Admin FMDC setelah menawarkan harga promosi & menarik untuk ahli berdaftar FMDC atau jika tiada tawaran menarik untuk ahli, anda perlu menjelaskan caj pengiklanan di portal ini sebanyak rm197.50 untuk 3 bulan atau 90 hari. Pihak Admin FMDC berhak membatalkan sebarang bentuk iklan atau promosi anda jika semua perkara di atas gagal dilaksanakan. Pembatalan tersebut akan dibuat tanpa notis.

5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC dengan kebenaran/persetujuan bertulis pemilik asal.

6. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.

7. Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam FMDC. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. FMDC juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak FMDC yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

8. Pengguna dan pengunjung forum FMDC TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan forum FMDC sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungan serta menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal FMDC. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

9. Pengunaan nick, pilihlah nick yg bersesuaian dan jika boleh pilihlah nick yg tidak sama/atau hampir sama dengan para petugas maupun dengan forummers lain, ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham yg bakal timbul kelak. Harap tolong berikan kerja sama dalam soal ini, kami pandangan serius dengan pengunaan nick di FMDC, nick yg tidak bersesuaian akan di buang dengan serta merta tanpa di beritahu terlebih dulu, harap maklum.

10. Pihak FMDC berhak meminda peraturan dan polisi ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal FMDC dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.


Kod Etika Tambahan

(Larangan-larangan Ketika Berada Di Ruangan Forum)
Revised: 29 Jun 2006

1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.
11. Meng'upload' file pada bahagian attachment yang tidak sepatutnya atau tidak melihatkan soal photography
12. Membuat attachment file berulang-ulang atau berganda-ganda (flooding)

Sila Pastikan:

1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.

Note: Pihak Pengurusan tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman atau attachment file anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Forumnis adalah dilarang:

1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti staf-staf yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain.
4. Melanggar etika berforum.

Anda digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan di sini.

Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai

Nota: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan (banned) atau menggantung (suspended) members yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.


Terima kasih.
Pengurusan FMDC