Page 1 of 4 123 ... LastLast
Results 1 to 15 of 47

Thread: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

  1. #1

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    selangor
    Posts
    1,281

    Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
    Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang.
    Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.

    Basic Pegang DSLR
    Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.

    Cara Lain Untuk Pegang DSLR
    Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.
    Cara Pegang DSLR Yang Salah


    Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.

    Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR. Cara Pegang DSLR Secara Menegak
    Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.


    Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu… Kedudukan Kaki

    Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.
    Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah

    Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.

    Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
    Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
    Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.





    Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
    Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.


    Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
    Ok, dibawah ini pula terdapat satu video yang menerangkan cara memegang DSLR yang menggukan lens yang besar dan panjang. Jadi, jom kita tonton video dibawah untuk tambahkan lagi pengetahuan kita, ya~
    Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar...

  2. The Following 6 Users Like This Post:


  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many

     

  4. #2

    Re: teknik pegang kamera yg betul utk junior2 yg tersayang.. hihihi

    ilmu asas yg bagus utk beginners....
    elok juga kalau diberi kredit kepada penulis asal artikel ni,
    kalau kita bukan penulis asalnya...

    perbincangan sebelum ni boleh tengok di
    http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=5010

  5. #3

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    135

    Re: teknik pegang kamera yg betul utk junior2 yg tersayang.. hihihi

    Ape2 pun good info bro (",)

  6. #4

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    387

    Re: teknik pegang kamera yg betul utk junior2 yg tersayang.. hihihi

    Rajah kelima. Kalau ada battery pack pegangan sedemikian akan menutup mata kiri anda. jadi agak payah untuk anda melihat apa yang berlaku di sebelah kiri (dan mungkin kanan) kerana pandangan anda dihalang. Ini penting bilamana anda seorang jurugambar sukan atau jurugambar media. Rajah keempat yang kanan. Jika siku dirapatkan ke badan, anda boleh menggunakan cara itu ketika menggunakan tele lens. Bagaimanapun, semua ini tertakluk kepada perkembangan diri anda dalam bidang fotografi dan keadaan yang menuntut agar anda mengubah cara anda memegang kamera. kalau dah emergency, tembak jer lah biarpun siku mengepak.
    Apapun, semua itu asas yang perlu diikuti dan boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan diri.
    Jangan asyik dok tanya, pergilah membaca.

  7. #5

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Belajar di Skudai, Asal dari Tanah Merah
    Posts
    19

    Re: teknik pegang kamera yg betul utk junior2 yg tersayang.. hihihi

    lain orang, lain cara. tapi apa yang ditunjukkan di atas boleh dijadikan panduan.

    terima kasih sunan9.

  8. #6

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,669

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    good tips.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  9. #7

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    Tip yang bagus.

    Kalau guna kanta tele boleh lebih mantap kalau pakai mini tripot yang ditekap dan di tekan lembut pada dada semasa buat shoot.

  10. #8

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    subang jaya| sunway | shahalam | sungkai perak
    Posts
    1,377

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    nice info...

    tq bro

  11. #9

    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Gombak
    Posts
    286

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    tips yg best!!

  12. #10

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    mElaka -> kAjanG
    Posts
    243

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    info yg mnarik utk newbie...

  13. #11

    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Klang
    Posts
    80

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    Tip & info yg amat berguna sekali...

  14. #12

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    16

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    tips yg bagus dan boleh merefresh kan semula pada yg da otai2....

  15. #13

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    gold sand
    Posts
    557

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    tips yg berguna..tp cm ne dgn orang yg kidal cm aku ni?? hehe dah la kidal tgn xbrape nk betul lak..dah p welding kt spital tp xbtul gak..

  16. #14

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Miri
    Posts
    31

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    Thanks Sunan9, tips yg amat berguna skali.

  17. #15

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    selangor
    Posts
    1,281

    Re: Teknik Pegang Kamera Yang Betul

    Quote Originally Posted by ap3x10 View Post
    tips yg berguna..tp cm ne dgn orang yg kidal cm aku ni?? hehe dah la kidal tgn xbrape nk betul lak..dah p welding kt spital tp xbtul gak..

    sy pun kidal gak.. x ada hal... pelan2 kayuh... sy belajar pegang kamera ngan angel view pun kat 4bulan ngan org pro...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •