-
1st April 2010 10:10 AM
#1
Gambar Passport
akum....
nak minta nasihat , tips dan pandangan dr kawan2 semua.....persoalannya ialah...bagaimana nak shoot utk gambar berukuran passport dan juga nak setting untuk print camna.Adakah ada software tertentu.....
Diharap dapat memberi tunjuk ajar...sekian
-
-
1st April 2010 10:10 AM
# ADS
Circuit advertisement
-
27th July 2010 09:18 AM
#2
Re: Gambar Passport
Nampaknya tak de orang nak bantu jawap. OK biar saya bantu sikit walaupun bulan 11 tahun lepas.
Nak ambik gambar untuk tujuan paspot ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu lighting dan compisition.
1. Lighting - untuk lighting, pastikan tiada shadow dibawah dagu dan belakang. Cuba dapatkan trio ligthing (3 point lighting). Kalau takda, cara senang ambik gambar kat luar tapi tepi bangunan dan guna flash (bounce).
2. Composition - pastikan ada kain atau cardboard biru di belakang subjek. Ambil muka subjek ditengah-tengah frame (view finder). Tak perlu jaga space atas kepala sebab untuk paspot. Jangan pulak terlalu tight dalam frame. Nanti susah nak potong.
Untuk setting kamera, cuba guna ISO 100. Color contrast lebih baik. Jangan lupa pakai tripod, kalau tak nanti letih dan tak consistent. Subjek duduk atas kerusi secara duduk menegak. Kamera sama paras dengan muka subjek. Lens mestilah lens potret. Kalau tak der, guna sahaja kit lens tapi jarak jangan terlalu dekat. Lebih kurang 3 meter ok dah. Pastikan muka subjek tak senget-senget, jangan mendongak atau menunduk. Biar nampak kedua-dua telinga.
Kendian tu lepas edit hantar sahaja kat mana-mana kedai gambar untuk print dan bagitahu mereka buta ukuran gambar paspot. Biasanya kedai gambar akan crop gambar tu sebelum print dan meraka akan buat 4 copy imej dalam satu keping 3R atau 4R. Ditempat saya kedai akan cas 1 ringgit sekeping. Balik kita kena potong sendiri. Pastikan saiz paspot betul. Tahu tak berapa ukuran? Paspot = 35mm x 45mm. Saiz IC = 25mm x 35mm.
Harap tidak mengelirukan. TERIMAKASIH.
Last edited by Dewangga; 27th July 2010 at 09:21 AM.
-
The Following 4 Users Like This Post:
-
27th July 2010 10:08 AM
#3
Re: Gambar Passport
Tak penah tau exact size untuk gambar pasport atau IC & yang sewaktu dengannya ... mekasih tuan Dewangga atas penerangan yang cukup lengkap ... loud & clear
-
-
27th July 2010 10:15 AM
#4
Re: Gambar Passport
good info bro dewangga ..
thanks a lots.
-
-
27th July 2010 01:49 PM
#5
Re: Gambar Passport
assalamuaikum.
info yang baik... terima kasih bro dewangga...
Untuk pengetahuan bro, saya baru jer lepas ambik gambar pasport budak2.. tapi yang mengecewakan ialah, ada bayang kat belakang kepala sebelah kiri..
frust sangat2.. terpaksa lak edit untuk hilangkan bayang belakang tuu.. pening dibuatnya..
Bro,
1. Nak bertanya apakah punca ada bayang kat belakang?
2. rekmen backgroun yg camner untuk dapatkan gambar yang terbaik..
3. Cam,ner kedudukan flash... flash apa yg boleh guna?
harap dapat membatu...
-
-
27th July 2010 01:55 PM
#6
Re: Gambar Passport
maybe background terlalu dekat nga subject...cuba jauhkan subject dengan background emipkhas..
-
-
27th July 2010 01:58 PM
#7
Re: Gambar Passport

Originally Posted by
emiepkhas
assalamuaikum.
info yang baik... terima kasih bro dewangga...
Untuk pengetahuan bro, saya baru jer lepas ambik gambar pasport budak2.. tapi yang mengecewakan ialah, ada bayang kat belakang kepala sebelah kiri..
frust sangat2.. terpaksa lak edit untuk hilangkan bayang belakang tuu.. pening dibuatnya..
Bro,
1. Nak bertanya apakah punca ada bayang kat belakang?
2. rekmen backgroun yg camner untuk dapatkan gambar yang terbaik..
3. Cam,ner kedudukan flash... flash apa yg boleh guna?
harap dapat membatu...
1. punca ada bayang kt blkg tu antaranya disebabkan sinaran lampu denyar yg direct kepada subjek.. untuk mengelakkan bayang, kebiasaannya akan menggunakan lampu denyar yg dibiaskan ataupun sinaran lampu denyar pantulan.. sbb tu la ade yg gune berpayung2 dlm studio tu..
2. background kebiasaannya perlu kontra warna subjek.. tp da common gamba passport blakang kaler biru pon...
3. kedudukan ni bergantung kepada sebanyak mana unit flash yg digunakan...
-
-
27th July 2010 03:54 PM
#8
Re: Gambar Passport
Bayang di belakang tu adalah disebabkan flash direct pada subjek seperti keterangan dari izzamk. Background pulak dah biasa warna biru. Merah untuk paspot orang Indon. Untuk tentera pulak, mereka guna merah (Tenetera darat), biru muda (TUDM) dan TLDM (biru tua).
Paling best kita guna 3 lampu (3-point lighting). Lampu ketiga adalah untuk background (untuk kill the shadow). Tapi kalau ada dua lampu, letakkan pada jarak dalam 1 meter kiri dan kanan. Ketinggian flash mesti sama tinggi dengan kamera dan kamera pulak sama tinggi dengan muka subjek. Flash mesti bounce dengan guna reflector supaya punca cahaya menjadi besar. Kalau pakai bounce card di flash pun takper tapi make sure siling putih.
MASALAH: Bagaimana kalau hanya ada satu sahaja flash? Saya pernah alami situasi ini dulu.
Kita tiada pilihan melainkan pasang flash tu pada body (jangan dibuat off camera pulak!). Dan ambik satu keping kertas putih saiz A4 dan pasangkan pada flash sebagai refelctor besar. Ikatlah dengan getah. Fashion it out like a reflector. Lepas tu ambik test shoot untuk determine best exposure. Guna RAW atau sRAW kalau kamera ada feature ini, sebab RAW akan beri pilihan luas untuk editing. Jarak kamera dengan subjek jangan dekat. Nanti kembong pulak muka. Bagaimana shutter speed? Tak perlu 1/250. Boleh guna slow lagi. 1/30 pun takper sebab pakai tripod kan. Dan ada kelebihan shutter slow nih. Boleh reducekan shadow sebab cahaya ambient bantu. Disebabkan shutter slow, aperture pun boleh kecil.
Flash apa-apa pun boleh kita guna pakai. Dan terkini saya hanya guna 2 set lampu florescent. Setiap set ada 2 lampu (setiap satu 40watts). Setting mRAW dengan white balance daylight. Ambik untuk projek paspot tentera seramai 300 orang untuk ke misi bangsa-bangsa bersatu. Gambar cantik.
Lampu tungsten yang 400watt pun saya pernah experiment. White balance kepada tungsten dan gambar ok.
Untuk background, terbaik ialah kain baldu. Kain tak berkedut. Kedua terbaik ialah guna mounting board yang boleh didapati dari kedai stationary. Saya beli kat kedai frame jer... sebab saiz lebih besar.
Kelebihian dua flash kiri dan kanan ialah akan kurangkan masalah silau jika subjek pakai spec.
Equipment yang saya gunakan ialah
1 x 7D
1 x 32GB CF Card
2 x 4GB CF card (back-up)
1 x 500D (back-up kamera c/w SD card)
2 x 580EX II
16 x battery ReCyko - for flash and 7D back-up batt.
2 x flouresent set - stand-by and background light
1 x background satin cloth
1 x 18% grey card - lekatkan dibelakang sebelah atas subjek - utk white balance jika perlu.
1 x tripod manfrotto
2 x Binding tape (duct tape)
1 x stool untuk photographer
1 x bangku untuk subjek.
1 x botol air mineral utk hilangkan dahaga
Flenty of smiles........ to ease own tension and my subjects
Begitulah berdasar dari pengalaman saya. Shhhhhhhh!!!!!! Jangan citer kat orang. Ambik gambar paspot nih margin besar!!! Cost lebih kurang singhit tapi kita cas 10 hinggit!!!
Harap tidak mengelirukan. TERIMAKASIH.
Last edited by Dewangga; 27th July 2010 at 03:59 PM.
-
-
27th July 2010 11:15 PM
#9
Re: Gambar Passport

Originally Posted by
Dewangga

tq.. banyak2 dewangga... banyak info dapat.. tapi kene baca banyak kali gak baru bulih faham betul2... (siap copy paste print lagi ) huhuh... nak cuba apply untuk masa akan datang....
maybe dapat shoot pasport konvo budak2 pra sekolah lak...
Background apa eek boleh buat yg terbaik..?
-
-
27th July 2010 11:23 PM
#10
Re: Gambar Passport
kalau dah mahir ngn tips2 sifu kat atas itu..boleh download software ni "Passport Photo Studio"..kalu nak print sendiri ler..utk wat pic pasport jer...
-
-
27th July 2010 11:42 PM
#11
Re: Gambar Passport

Originally Posted by
ebumugo
kalau dah mahir ngn tips2 sifu kat atas itu..boleh download software ni "Passport Photo Studio"..kalu nak print sendiri ler..utk wat pic pasport jer...
tq... best gak... kalau boleh buat sendiri...
-
-
28th July 2010 03:12 PM
#12
Re: Gambar Passport
Beli kain warna biru kat kedai india dalam 2 meter. Habis laaa dalam 5 ringgit kut........ termasuk tape dan klip dan thumb-tack.......
-
-
29th July 2010 12:03 PM
#13
Re: Gambar Passport

Originally Posted by
ebumugo
kalau dah mahir ngn tips2 sifu kat atas itu..boleh download software ni "Passport Photo Studio"..kalu nak print sendiri ler..utk wat pic pasport jer...
software ni.. boleh download free ke? sebab dah download tapi kuar yg demo punyer.. macam kene bayar jer
-
-
27th January 2011 10:51 PM
#14
Re: Gambar Passport

Originally Posted by
emiepkhas
software ni.. boleh download free ke? sebab dah download tapi kuar yg demo punyer.. macam kene bayar jer
bro..down kat 4shared.com... free jek..
-
-
28th January 2011 03:54 PM
#15
Re: Gambar Passport
Aku dah download kat 4shared.com. Download free tapi bila nak print, terpampang DEMO kat muka.
-