Results 1 to 15 of 15

Thread: Yangon, Myanmar

  1. #1

    Yangon, Myanmar

    Salam untuk semua rakan FMDC...
    Kali ini berkongsi gambar2 yang saya rakamkan di ibukota negara Myanmar(Burma) iaitu Yangon yang dulunya di kenali sebagai Raagon....Sedikit sentuhan telah di buat pada gambar2 ini...Komen2 untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kepada gambar yang di rakamkan ini amatlah di hargai.....


    Penjual kaki lima yang sedang menjual makanan kepada pejalan kaki yang menggunakan jenjatas...


    Penjual buku2 terpakai di kaki lima .


    Monk atau sami yang sedang berjalan mencari sedekah untuk monestary ..


    Pejalan kaki dengan pakaian rasmi negara ini iaitu kain pelekat....

  2. #2

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    KL, Selangor, Melaka, Perak
    Posts
    354

    Re: Yangon, Myanmar

    hehe..teringat dlu gi myanmar..tourist guard ckp hmpir 90% tk pkai sluar dlm..lol.. laki & prempuan lak tu..da la rmai pkai kain je..ngeh2..
    A good photograph is knowing where to stand

  3. #3

    Re: Yangon, Myanmar

    Hackerzx,
    Pakai kain tu memang dah pakaian rasmi diorang kat sini...Tapi pasal tak pakai seluar dalam tuh tak der lak saya tahu...Hehhehehe

    Sambungan untuk gambar2 seterusnya...


    Kanak2 Myanmar yang berlari dan sedang bermain air di Sungai di sebuah pelabuhan kapal....


    Seorang pekerja sedang mengangkut dan memunggah seguni beras turun dari kapal ke darat melalui jetty.


    Pelabuhan kapal Myanmar di waktu matahari mula terbenam...

  4. #4

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    kampar,perak
    Posts
    25

    Re: Yangon, Myanmar

    budak yang mandi tu bukan saja tak pakai seluar dalam kain pun tak pakai.he..he

  5. #5

    Re: Yangon, Myanmar

    Nuarkenita,
    Situ yang di lihatnya....Hehhehehe...Budak2 nie memang sempoi....Macam tak der masalah jer walaupun susah......

    Tambah lagi gambar untuk tatapan kawan2 di sini....Ada yang tak kena harap dapat teguran..


    Pemandangan di Pelabuhan dimana di sini penduduk Myanmar menaiki feri untuk pulang ke rumah masing2...Salah satu pengangkutan awan yang popular di sini bagi mereka yang tinggal jauh dari ibukota Myanmar iaitu Yangon...


    Penjual aiskrim beroda....Hanya dengan menolak sambil berjalan tanpa mengunakan apa2 kenderaan bermotor.....


    Salah seorang penjual rokok dan sirih bergerak di tepi jetty.....


    Pemandangan jetty dan feri dari jauh.....
    Last edited by -wks-; 5th April 2010 at 11:27 PM.

  6. #6

    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Bidor, Malaysia
    Posts
    285

    Re: Yangon, Myanmar

    waaa....Bob tak puas nengok gambar 2 tu.......up le lagi...hahahhaha
    Abah Along baru belajar ni.......tapi bleh le sikit-sikit ...ade le gambar skit2 kad
    http://syazhar.fotopages.com dan http://www.flickr.com/photos/dedaunhijau/ serta http://myfotoshoot.blogspot.com/

  7. #7

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513

    Re: Yangon, Myanmar

    nice series
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  8. #8

    Re: Yangon, Myanmar

    Spankdrang,
    Betul tu....Boleh kenal2 negara org dan keadaan negara tersebut di samping dapat mensyukuri nikmat tuhan ....Insyallah...

    Syazhar,
    Insyallah, selagi ada saya upload dan kongsi dengan kawan2 kat sini...

    Buttet,
    Terima kasih...Lama tak ketemu...


    Kalau di negara kita ...Mengangkut dan memunggah nie di lakukan oleh jentera (Forklift)..Tapi di Myanmar mereka hanya menggunakan kederat manusia untuk mengangkat barang seperti gambar diatas....

    Di bawah nie plak gambar yang di jahanamkan melalui editing saya yang bukan2....Walaubagaimanapun ia tetap gambar2 di Myanmar dan menceritakan suasana disana untuk tatapan...


    Pekerja2 yang sedang tekun menyiapkan barang2 kemas dari batu2 permata...Di Myanmar memang terkenal dengan sumber batu2 permata seperti nilam, delima, zamrud dan sbgnya...


    Suasana di sekitar bandar Myanmar...Kelihatan ramai penduduk keluar untuk mencari barang2 keperluan di sekitar kedai yang terdapat di sepajang jalan di Bandar Yangon, Myanmar.....

    PS : Dah bercampur aduk dah nampak series nie...Minta maaf yer....

  9. #9

    Re: Yangon, Myanmar

    Spankdrang,
    Memang sini macam2 jenis batu ada...Namun saya bukanlah peminatnya....Jadi tak der lah beli sangat....

    Untuk malam nie version BnW plak saya letak untuk tatapan dan perkongsian....Kalau ada tak kena tegur2lah yer....


    Di tengah bandar sebelum senja berlabuh....


    Balik kerja.....


    Pekerja berlari sambil memikul barangan di bahu untuk di jual.....

  10. #10

    Join Date
    Mar 2007
    Location
    kuantan-kerteh
    Posts
    3,661

    Re: Yangon, Myanmar

    lovely collection!
    http://ikelah.fotopages.com
    ------------------------------------------------------


  11. #11

    Re: Yangon, Myanmar

    Ikelah,
    Terima kasih....


    Peniaga menjual pelbagai jenis barangan di sekitar kaki lima di bandar Yangon...


    Kanak2 myanmar....


    Monk (sami) Buddha......(Just enhancement dari segi brightness dan contrass serta sharpen) Lens 24-70mm at 48mm, ISO 200, F 2.8.

  12. #12

    Re: Yangon, Myanmar

    Tambah lagi gambar bnw .....


    Penarik beca yang terdapat di bandar Yangon, Myanmar....

  13. #13

    Re: Yangon, Myanmar

    lovely.. great shots bro.. harap satu hari nanti dapat kesana
    Majulah Fotografi Untuk Negara
    http://rafi.fotopages.com

    Photoshoot in Melaka and need cheap place to stay in big group? Try homestay @ RM120/night
    http://www.homestaymelaka.com

  14. #14

    Join Date
    Mar 2009
    Location
    Seri Kembangan & Kawasan Sewaktu dengannye
    Posts
    131

    Re: Yangon, Myanmar

    salam bro, boleh share sikit prosedur- prosedur nak masuk myanmar? sbb setahu saya kerajaan junta myanmar agak strict dari segi info leaking dan mengamalkan dsar tertutup especially dekat journalist2 or freelance photographer yang pergi sane bawak kamera besar2 macam d3 dan 1DsM3 untuk beraksi..

    bro ke sana atas urusan kerja ke jalan2? teringin jugak nk ke sana one day tapi takut plak snap2 pastuh kene tahan tak pasal2 dpat free stay kat lokap junta huhu
    "Travelog Juan " http://juwelova.blogspot.com
    Nikon D80

  15. #15

    Re: Yangon, Myanmar

    Rafi,
    Thanks. Insyallah boleh kesana nanti jika ada rezeki....

    JuanLova,
    Nak masuk Myanmar nie tak lah susah ...Cuma leceh sikit sebab nak kena apply Visa....Dan ada tempoh dia....Jika masuk as travel trip/business trip valid untuk tiga bulan saja dari tarikh apply untuk seorang dan sekali masuk....
    Memang kalau di ikutkan negara Myanmar nie sebuah negara tertutup dan di perintah oleh Junta (Military) sejak 46 tahun lalu kalau tak silap saya...Di sebabkan itu juga banyak sekatan ekonomi di kenakan daripada negara Eropah dan USA tetapi tidak untuk negara2 Asia......
    Mengenai photography, kalau diikutkan memang agak ketat 1 tahun kebelakangan dahulu tetapi tidak lagi sekarang....Ada sedikit kelonggaran.....Tetapi tidak di galakkan untuk mengambil pasukan keselamatan atau bangunan kerajaan mereka.....
    Kamera plak tak kisah nak bawak sebesar mana sekalipun ...1d ker d3 ker atau apa2 saja...Malahan lensa 70-200mm juga ok.....
    So kalau ada kesempatan boleh lah datang kesana dan mengenal negara tersebut di samping mengambil gambar.....Insyallah...
    Harap penjelasan ni dapat di terima...


    Sedikit lagi gambar dari saya untuk di kongsi.....


    Barang2 antik yang di jual di tepi kaki lima.....


    Peminta sedekah.....


    Membuat kerja di kedai air tebu...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •