Results 1 to 6 of 6

Thread: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

  1. #1

    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    13

    bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    nak kena guna iso, shutter speed dan apperture brapa utk nampak pic landscape tu sharp ketika waktu malam?
    penggunaan external speed lite perlu atau tidak??
    adakah jenis2 lens jugak memainkan peranan?

  2. #2

    Join Date
    May 2010
    Location
    KB/KL/KUANTAN
    Posts
    2,273

    Re: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    1.iso set pd lowest utk elak noise..kalu x up sket iso kalu keadaan ok utk up shutter...nk sharp kna la pkai aperture kcik cm f8 ke atas...yg pling penting mmg kene pkai tripod la sb bile gune setting ni shutter ko kompom 1seken ke atas...
    2.tgk pd keadaan tmpt 2 dh da sumber chaya or x & tgk pe subjek yg ko nk tonjolkan dlm pic ko 2
    3.kdg2 memainkan peranan gk sb kalu dpt yg wide aperture lg la best sb bleh bukak aperture bsr2 kasik chya byk msuk..

  3. #3

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,491

    Re: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    Selamat datang ke FMDC ....

    Sila ke link di bawah ..... sila stadi & fahamkan basic fundemental dalam fotografi, hubungkait antara ISO - APERTURE - SHUTTER

    http://digital-photography-school.com/

  4. #4

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    Noise adalah satu daripada part yang terdapat dalam seni Fotografi. Ramai orang tidak sukakan noise. Noise dianggap mencacatkan foto yang dirakam. Bagi akulah, aku tidak kisah sangat dengan noise. Semasa zaman SLR noise ini di kenal sebagai grain. Biasanya pada filem iso tinggi terdapat noise(grain) yang tinggi. Jurufoto sport biasanya menggunakan filem iso tinggi yang sangat kaya dengan noise. Walaupun mereka boleh memilih filem iso rendah yang sangat kurang noise tetapi mereka lebih senang menggunakan filem iso tinggi yang kaya dengan noise. Mengapa takut dengan noise?

    Hari ini pembuat kamera DSLR juga melengkapkan noise dalam kamera mereka pada iso tinggi. Aku tidak bimbang akan noise kalau perlu menggunakan iso tinggi. Bagi aku noise adalah perkara biasa dalam seni fotografi, gambar tetap dipandang cantik walaupun dengan noise tinggi jika dibandingkan gambar yang under exposure.

  5. The Following User Like This Post:


  6. #5

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,333

    Re: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    Quote Originally Posted by budak skolah View Post
    nak kena guna iso, shutter speed dan apperture brapa utk nampak pic landscape tu sharp ketika waktu malam?
    penggunaan external speed lite perlu atau tidak??
    adakah jenis2 lens jugak memainkan peranan?
    kalau kuasai ISO APERTURE SHUTTER, mcm mana scene pon mesti bleh tangkap. Mari saya jelaskan.

    1. Malam dah tentu gelap atau cahaya malap. Mungkin jugak terang benderang mcm kat pesta atau funfair. Mungkin jugak dr atas bukit org beroms kat ceras tu, KL terang benderang.
    2. bila gelap otometik shutter kena buka lama.... Nak gamba sharp kena bukak aperture kecik kecik sket cam f8~13. Lagilah shutter akan jd perlahan kerana aperture kecik.
    3. jadi tripod adalah wajib.
    4. External speedlite?? Mampukah cahaya ko menerangi segenap kota KL dr atas bukit beromss itu?? lupakan saja.
    5. oleh kerana saudara menggunakan Dslr... Dslr... maka percubaan demi percubaan baik utk pembelajaran. Kalau sayang shutter count, downlod je gambar dr internet.
    6. saudara boleh cuba dengan setting asas. ISO 100, f9, shutter maybe 1sec. Snap dan lihat. Under?? Lambatkan lg shutter. Over?? Lajukan sket shutter. Behler manja manja?? Kecikkan sket lg aperture. Begitulah cara nak belajar sikit2.... lama lama nanti biasa la...
    7. oh ya, jgn la takut nak cuba iso 200.... kalau ISO100, shutter terlampau lama, banyak juga Noise Pullution.... lebih kurang je pon. tp normally Shutter 100~200 la... 400 onwards sedikit pelik kalau pakai tripod.
    8. yang penting anda paham apa yang anda mahukan.
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  7. #6

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Kemaman
    Posts
    213

    Re: bagaimana nak ambil gambar landscape waktu malam??

    Paling penting tripod. Takda tripod cari apa-apa yg boleh tumpangkan kamera tu.

    Jangan peningkan kepala dengan ISO berapa nak pakai. Anda boleh pakai berapa pun ISO pun asalkan nisbah ISO-APERTURE-SHUTTER SPEED tu betul. Dan lagi satu, tak ada peliknya kalau pakai tripod pada ISO tinggi.

    Cuma sendiri mau ingat...... ISO tinggi akan dapat noise lebih. Shutter slow akan dapat blur lebih (yg bergerak) dan Aperture besar pulak akan dapat DOF nipis (tapi kalau ambik subjek jauh,,,, takde kesannya).

    Cubalah fotografi malam. Memang best sangat.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •