Results 1 to 14 of 14

Thread: macam mana nak mulakan??

  1. #1

    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    9

    macam mana nak mulakan??

    salam semua, saya berminat nak berjinak2 dalam film camre nie, tp apa perlu saya buat dulu??
    gear apa yg perlu saya pakai? kalau boleh nak yg murah-murah je dulu dan saya keliru lagi macam mana nak masukkan gambar yg kita tangkap dalam komputer. mintak pendapat dan penjelasan rakan-rakan sekelian.

  2. #2

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    k. terengganu, shah alam(dah merantau ke kedah - UUM),
    Posts
    1,454

    Re: macam mana nak mulakan??

    film? wow.
    try la lomo. murah dan gambar lawa.(style klasik)
    rm150 dan keatas dah blh dapat lomo.
    if film, pegi kdai, nanti dia buat soft copy yg blh masuk kat computer.

    *tu jer yg sy taw sal film ni. hrp membantu

  3. #3

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,340

    Re: macam mana nak mulakan??

    Quote Originally Posted by asmaq View Post
    salam semua, saya berminat nak berjinak2 dalam film camre nie, tp apa perlu saya buat dulu??
    gear apa yg perlu saya pakai? kalau boleh nak yg murah-murah je dulu dan saya keliru lagi macam mana nak masukkan gambar yg kita tangkap dalam komputer. mintak pendapat dan penjelasan rakan-rakan sekelian.
    beliler scanner yg buleh scan negative filem...
    atau kat kedai bleh je scankan masok lam pc...
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  4. #4

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: macam mana nak mulakan??

    develop filem kat kedai cam biasa, kendian scan guna scanner yang bleh scan direct dari filem, lower model biasanya takleh, ada spesific scanner yang bleh scan, cek pada specification, antaranya scanner Canon or EPSON.

  5. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: macam mana nak mulakan??

    Kalu nak main kamera filem;

    1. Kena ada kamera filem. Format yang masih ada jual filem ialah 135, jadi carilah kamera tak kira jenama berformat tu. Paling lekeh pun kamera kompak filem.
    2. Kena beli filem.
    3. Masukkan filem tu dalam kamera dan mulakan aktiviti mengambil gambar.
    4. Keluarkan filem tu dan hantar cuci kat kedai yang masih boleh terima filem.
    5. Masa hantar unutk cuci tu tu , bagitau samada nak buat print atau tidak.
    6. Minta mereka scan terus. Biasanya mereka akan bagi CD. Bolehlah pindah imej yang sudah discan dalam CD tu kedalam komputer.

    Kalau ada filem scanner sendiri. Hanya setakat cuci filem sahaja. Kalau scan, memang terus masuk dalam komputer...... begitulah.....

    Begitulah....

  6. #6

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Tanah Melayu
    Posts
    196

    Re: macam mana nak mulakan??

    Pdapat Anda
    APA YG PERLU KITA TAHU 'TENTANG KAMERA FILEM, FILEM DAN ETC' ?.

    contoh:


    1.JENIS2 filem : NEGATIVE FILEM , POSITIVE/SLIDE FILEM.(APA YG MBEZAKN? BILE NAK GUNA)
    2.SAIZ : 35MM dan lain2
    3.SPEED : 100, 200, 400, 1600 (TLG GUIDE FILEM SPEED.BILA NAK GUNA)

    4.'word' yg kerap digunakan dlm fotografi of filem (developing dan lain2)

    terima kasih >

  7. #7

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    petaling jaya selatan
    Posts
    42

    Re: macam mana nak mulakan??

    ako dulu masa pakai camera filem... ASA ako ikot keperluan ms shoot.. kalo ako nak shoot tgh ari ako pakai lar 100 or 200 kalo agak malam ako pakai 400 kalo malam ako pakai 800.. ako ako kerap guna 200.. hihihihi... biasa camera slr pakai format 35mm.. n slide neh kalo nak buat produk foto bleh guna kot.. pasal org cakap lar.. slide leh enlarge besarrrrrr sebesar bangunan... yer ker.. sori lar kalo salah yer.. itu pengalaman ako pakai filem.... sekiannn....

  8. #8

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: macam mana nak mulakan??

    filem? aduss nostalgia sungguh aku ngan menda nihh...

    pastikan anda mahir dgn exposure terlebih dahulu bila nak main filem ni. silap exposure, gambau hancusss... lain le kalu anda inform utk ejas berapa stop masa develop tu...

    err... la ni yg saya nampak cuma tinggal ASA 200 aja yg ada juai kat kebanyakan kedai gambar. mesin develop & print gambar pun nampak macam dah jadi bahan pameran muzium aja la nihh..

    happy hunting...

  9. #9

    Join Date
    Jun 2012
    Location
    Selangor
    Posts
    51

    Re: macam mana nak mulakan??

    Quote Originally Posted by asmaq View Post
    salam semua, saya berminat nak berjinak2 dalam film camre nie, tp apa perlu saya buat dulu??
    gear apa yg perlu saya pakai? kalau boleh nak yg murah-murah je dulu dan saya keliru lagi macam mana nak masukkan gambar yg kita tangkap dalam komputer. mintak pendapat dan penjelasan rakan-rakan sekelian.
    Untuk kamera filem, ada banyak pilihan. Macam nana sekarang ni, Nana pakai Superheadz Ultra Wide and Slim (UWS). Masa nana beli tu, harga dy baru RM100. Kamera ni sesuai if baru nak belajar. Lens dy wide and vignette effect dy cantik, so a bit interesting. The only setback untuk kamera2 macam ni ialah dy ad fixed aperture and shutter speed. So memang kena pandai agak2. Conthnya, if pakai Agfa CT Precise ISO 100, memang kena amik gambar waktu matahari terik sebab kalau tak, nanti gambar jadi gelap and if berminat dengan lens yang wide, nana cadangkan amik La Sardina. Mahal sikit la, around RM200+ tapi kamera tu boleh attach flash.

    Once dah mahir dgn cara nak agak2 lighting dengan jenis filem, boleh la cari kamera yang lagi banyak setting mcm Praktika sebab bagi nana, pening sikit if nak terus2 maen setting. But if nak terus try dengan Praktika pun boleh.

    As for gambar2 yang dah tangkap tu, bile dah habis... just hantar pergi kedai untuk cuci. If nak masukkan dalam komputer, just mintak diorang scan. Biasanya, sekali cuci and scan kos dy dalam RM15 and below.

    Nana takdela pro pun dalam bidang kamera ni, stakat cuba2 je. Rase2nye, betul la kot info nana bagi ni.

  10. The Following User Like This Post:


  11. #10

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: macam mana nak mulakan??

    Kamera yang Nana Saidin guna tu dikategorikan sebagai kamera point & shoot. Memiliki satu shutter-speed, satu aperture dan satu focal-length i.e. 1/125, f/11 dan 22mm. Kerana itu variable yang ada hanya pilihan filem speed i.e. ASA / ISO filem yang digunakan. Kamera seperti ini menjadi kegilaan peminat fotografi genre Lomo.

    Jenis filem: Ada 2 kategori iaitu FILEM NEGATIF dan FILEM POSITIF. Filem negatif ialah yang memerlukan kerja-kerja darkroom yang teliti (proses filem dan proses printing) untuk mendapatkan hasil dalam bentuk 'positif'. Manakala filem positif (orang panggil transparency film) hanya perlukan proses filem sahaja yang kita gelar sebagai filem slide (kena guna slide projector untuk menikmati gambar-gambar yang dirakam). Tetapi ada satu lagi jenis filem iaitu Infrared Film.

    Saiz yang terdapat ialah 110, 120, 126, 127, 135, APS yang lebih popular ialah 135. Saiz 110 disediakan dalam bentuk catridge dan kamera yg diguna juga kecik. Selalu diguna dalam cerita-cerita perisikan. Manakala 120 pula apa yang kita panggil medium format. Macam kamera yang kita lihat dalam filem P. Ramlee masa nak mengorat cikgu Murni, kamera seperti itu guna filem saiz ni. Yang paling bertahan lama ialah format 135 atau 35mm. Format 135 diperkenalkan oleh Kodak dan 35mm pula ialah lebar filem manakala saiz imej ialah 24mm x 36mm, sebab tu jika sensor saiz 24mmx36mm, kita panggil full-frame digital camera. Antara 120 dan 135, 120 lebih popular untuk kerja-kerja di studio.

    Filem Speed pula ialah kadar sensitif filem kepada cahaya, dengan ASA 100 lebih slow berbanding dari ASA 800. Antara yang sering diguna ialah ASA (America Standard Association), DIN (Duetch Institut Fur Normug), JIS (Japan Industrial Standard), BIS (British Industrial Standard). Jika ASA tinggi, akan nampak lebih banyak grain berbanding ASA rendah. Ini kerana silver-halide yg diguna dalam emulsion adalah lebih besar untuk lebih sensitif pada cahaya. Antara filem speed yang popular ialah ASA100, ASA200 dan ASA400 dengan ASA100 dan ASA200 lebih diminati kerana kurang grain. Jenama yang popular pula ialah AGFA, ILFORD, KODAK, KONICA, SAKURA, FUJI dengan KODAK, FUJI dan KONICA paling digemari. Dan untuk kesan khas, filter digunakan secara meluas selain dari teknik-teknik lain.

    'Words' yg sering digunakan tak banyak beza. Ada yang dah tak diguna dan ada yang dulu belum digunakan. Focal length, aperture, shutter speed, telephoto, backlight, over exposured, double image, ... semuanya sama. Teknik dan formula masih sama. Yang diganti pula seperti filem kepada sensor dan Grain kepada noise. Resolution, pixel, memory, Shutter Cycle, LCD screen tu dulu takde lah. The mechanic of photography and the art of it, is still pretty much the same. Beza ketara ialah orang dulu akan lebih aware tentang exposure dari sekarang. Kami lebih berkira setiap kali nak lepaskan shutter. Bukan kerana takutkan shutter-count habis tapi kerana setiap filem hanya ada 36 exposure!!!! Secara peribadi saya rasa orang filem lebih enjoy fotografi dari orang digital.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  12. The Following 2 Users Like This Post:


  13. #11

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: macam mana nak mulakan??

    kalu la 15 tahun dulu saya start birding guna kamera filem ni, alamatnya bengkrap.. hahaha

  14. #12

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: macam mana nak mulakan??

    Quote Originally Posted by mangkor View Post
    kalu la 15 tahun dulu saya start birding guna kamera filem ni, alamatnya bengkrap.. hahaha
    Memang betul.... Sebab kena setuju zaman digital ni ada juga baiknya.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  15. #13

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: macam mana nak mulakan??

    Quote Originally Posted by mangkor View Post
    kalu la 15 tahun dulu saya start birding guna kamera filem ni, alamatnya bengkrap.. hahaha
    kita bankrap....tokey kedai gambar dah lama jadi jutawan....he...he

  16. #14

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: macam mana nak mulakan??

    aku punya filem dalam OM-1 dah dekat dua tahun terperap x develop2 lagi hahaha...
    punah punah

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •