Results 1 to 11 of 11

Thread: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

  1. #1

    Join Date
    Jun 2006
    Location
    127.0.0.1
    Posts
    426

    Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    **Artikel ini hanya sekadar ingin berkongsi dengan warga fotomedia.com.my. Sekiranya tidak sesuai mau dipindah/padam/etc tiada masalah


    Terima kasih Utusan Malaysia
    Terima kasihUtusan Malaysia

    By admin on October 11th, 2010

    Salam kepada semua

    Saya antara yang terawal menyiarkan info mengenai kemalangan ini di dalam blog setelah menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang kebetulan melalui lokasi kejadian jam 7.02 malam, 10Oktober 2010. Untuk saya tiba di lokasi, adalah terlalu mustahil dengan jarak saya yang jauh di Kuala Lumpur. Oleh kerana ini tragedi besar, saya ‘terpaksa’ melangkaui kawasan liputan saya dan ditambah info awal yang telah saya perolehi.

    Oleh itu saya berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan foto kes kemalangan ini dari sumber lain. Saya memohon jasa baik rakan di IbuPejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur untuk emailkan kepada saya jika mereka telah menerima foto dari Melaka.

    Bagaimanapun, setelah foto disiarkan, saya dituduh mencuri foto-foto itu! Ya, saya dilabelkan pencuri dan ianya telah pun disiarkan di dalam satu blog. Tidak perlu saya ulas panjang, kerana mungkin ada yang tidak faham senario sebenar. Kesilapan saya kerana tiada kredit watermark ihsan Utusan Malaysia pada foto yang disiarkan.

    Oleh itu, saya malas nak bertelagah atau menimbulkan apa-apa permasalahan, saya menarik balik penyiaran semua foto-foto terbabit di dalam entry di bawah.

    Kesilapan saya di sini ialah, kira-kira 5 peratus entry di dalam blog ondscene ini adalah foto dari sumber lain, manakala 95 peratus lagi adalah hasil usaha dari rakaman saya sendiri.

    Ada portion yang 5 peratus itu, yang menimbulkan masalah. Saya sebenarnya tidak mahu dituduh untuk publisiti, tetapi biarlah saya jelaskan di sini. Sebenarnya, banyak, saya ulangi BANYAK foto-foto rakaman saya di dalam blog ini telah digunakan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo, dan tidak kurang yang disiarkan di muka hadapan. Muka dalam tak usah cerita, penat nak bilang.

    Semuanya adalah ihsan saya tanpa membabitkan sebarang urusniaga, semuanya semata-mata atas dasar sesama rakan media – bantu membantu. Jika saya kira dan congak, sebenarnya saya boleh mendapat ribuan ringgit jika foto-foto saya itu dibayar,tetapi bukan RM yang dikejar , tetapi nilai berita itu lebih berharga.

    Tidak pernah, saya ulangi, TIDAK PERNAH sekali pun pihak Utusan Malaysia atau Kosmo memberikan sebarang kredit kepada saya sebagai individu atau kepada blog ini sendiri. Kosmo juga pernah ‘mencuri’ foto saya melalui Unit Foto Utusan Malaysia dan disiarkan di muka hadapan, juga muka dalam.

    Malah lebih hebat lagi, Kosmo juga pernah mengambil foto dari blog ini secara copy-paste. Bagaimanapun, saya juga tidak pernah mempertikaikannya, yang penting bagi saya, maklumat dapat disampaikan kepada pembaca yang membeli Utusan Malaysia RM1.50 atau sesekali Kosmo RM1.00 dengan foto di tempat kejadian.

    Oleh itu, berkuatkuasa serta-merta, saya tidak akan lagi membekalkan sebarang foto atau bahan berita untuk Utusan Malaysia atau Kosmo kerana saya telah diperlakukan sebegini yang amat memalukan saya dan intergriti blog ini.

    Untuk makluman, ratusan foto dari blog ini saya juga ihsankan kepada banyak lagi akhbar tanpa melibatkan sebarang urusniaga.


    Akhirnya, saya memohon maaf kepada pembaca akan kesulitan yang timbul.

    Kepada Utusan Malaysia dan Kosmo, terima kasih banyak kerana ‘sudi’ menggunakan foto-foto rakaman saya selama ini dan juga sesekali meletakkan ‘Ihsan Pembaca’ sebagai kredit…

    Saya akan pastikan, yang 5 peratus itu seboleh mungkin, tidak lagi ada di dalam blog ini.

    Salam hormat

    Kuala Lumpur

    ondscene.sham


    Sumber dari: http://ondscene.my/ondscene/terimakasih-utusan-malaysia
    .::[x]:

  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    lor..ya ke mokcik??hmm...hanty baru2 ini dimaklumkan ada yg guna foto yg hanty capture, dah ler gitu foto mak hanty lak tu..lagi tambah hangin siap letak watermark tow..
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  3. #3

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    lor..ya ke mokcik??hmm...hanty baru2 ini dimaklumkan ada yg guna foto yg hanty capture, dah ler gitu foto mak hanty lak tu..lagi tambah hangin siap letak watermark tow..
    hanty saya tau kes yang nih.muka mak hanty yg digunakn kan ..rasanya hanty pernah post kt fmdc kn?..
    defcon bersabarlah..mmg camni la sepak terajang dalam dunia penerbitan nih..kawan boleh jadi lawan, klu nk fight pon akan berpanjangan camtuh jugak..yg penting kita saling igtkan pada yg belum mengetahui

  4. #4

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Saya pun pernah terkena kes seperti ini. Gambar digunakan oleh sebuah majalah terkenal dimalaysia dan gambar-gambar tersebut dicetak dikulit belakang sepenuhnya pada tahun 2006 dengan kredit kepada jurugambar mereka. Dah pernah tanya peguam tapi katanya undang-undang hakcipta dimalaysia tak kuat...... simpan lagi majalah tersebut beserta original imej sebagai bukti .....

  5. #5

    Join Date
    Jun 2006
    Location
    127.0.0.1
    Posts
    426

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    lor..ya ke mokcik??hmm...hanty baru2 ini dimaklumkan ada yg guna foto yg hanty capture, dah ler gitu foto mak hanty lak tu..lagi tambah hangin siap letak watermark tow..
    Salam aunty zain, huhuhu lama xmain laga laga lens puteh nie heheheh...maaflah aunty zain lately tenggelam sket huhuhu...maklumlah keje dgn komunis huhuh.. so sekarang dah jobless.. jadik dah leh start buku baru hehehe..maybe incoming 41st HSBC COBRA 10s 2010 - 13th and 14th November 2010 nie lah first time utk taun 2010 nie makcik pikul D70s oldskool balik huhuhu...


    Quote Originally Posted by azmizi View Post
    hanty saya tau kes yang nih.muka mak hanty yg digunakn kan ..rasanya hanty pernah post kt fmdc kn?..
    defcon bersabarlah..mmg camni la sepak terajang dalam dunia penerbitan nih..kawan boleh jadi lawan, klu nk fight pon akan berpanjangan camtuh jugak..yg penting kita saling igtkan pada yg belum mengetahui
    Hehehehe.. bukan makcik tuan tanah ondscene.my nie huhuhu makcik tolong tepek utk kongsi dgn kengkawan pikul kamera yg lain


    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post
    Saya pun pernah terkena kes seperti ini. Gambar digunakan oleh sebuah majalah terkenal dimalaysia dan gambar-gambar tersebut dicetak dikulit belakang sepenuhnya pada tahun 2006 dengan kredit kepada jurugambar mereka. Dah pernah tanya peguam tapi katanya undang-undang hakcipta dimalaysia tak kuat...... simpan lagi majalah tersebut beserta original imej sebagai bukti .....
    Mostly kes kes sebegini kes terpencil .. atau maybe suatu ketika dulu kesedaran hak cipta atau teknologi untuk mengesan/hebahan salah guna hak cipta agak terhad tapi tidak bermakna boleh melanun sesuka hati so eloklah dihebahkan untuk makluman kengkawan sekalian & mungkin juga boleh menjadi rujukan positif dari perbincangan mengenai isu hak cipta ini.
    .::[x]:

  6. #6

    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Kemaman & Bandar Puteri, Puchong
    Posts
    1,469

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    bersimpati dengan apa yang terjadi..apa2 pun, seperti mana ramai pembaca blog dah komen, letak watermark besar2..cross the whole picture..selagi tak mengganggu gambar ok lagi.yang penting kita jaga hak kita..kadang2 bila kita baik sangat, orang pijak, bila kita keras sangat, orang mengata..
    Photography is not about the gears,it is about how you photograph.

  7. #7

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Tq makcik sebab kongsi artikel ni. Byk pengajaran. Makcik dah berenti dari kompeni lama tu ke? Nanti event 41st HSBC COBRA 10s 2010 mau ikut bole? hehehehehe
    NIKON At the heart of the image
    EjaTFotografi / EjaTFlickr

  8. #8

    Join Date
    Feb 2010
    Location
    subang jaya| sunway | shahalam | sungkai perak
    Posts
    1,377

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    aku salah sorang follower blog abam ondascene tuh...
    erm memang x patut depa buat cmtuh kt dia..
    dh majuk abam ondascene...

  9. #9

    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Melaka
    Posts
    3,986

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post
    Saya pun pernah terkena kes seperti ini. Gambar digunakan oleh sebuah majalah terkenal dimalaysia dan gambar-gambar tersebut dicetak dikulit belakang sepenuhnya pada tahun 2006 dengan kredit kepada jurugambar mereka. Dah pernah tanya peguam tapi katanya undang-undang hakcipta dimalaysia tak kuat...... simpan lagi majalah tersebut beserta original imej sebagai bukti .....
    btol ke x kuat bro?..sy ada kenal sorg lawyer yg mmg khas daftar n dakwa perkara2 ttg Harta Intelek ni.. tp x pernah
    tanya khusus utk fotografi la..

  10. #10

    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Bidor, Malaysia
    Posts
    285

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    Foto media ada lebih dari 3,500 ahli .......ini satu komuniti yg semakin besar....... jadi abah rasa selain dari FB ...Fotomedia juga bleh dijadikan satu saluran kita bersatu dan mengatakan hak2 dan pandangan dari kumpulan kita...... sebenarnya sekarang dgn berpesatuan dapat membantu merubah sesuatu atau pun membuka minda dan mata kerajaan dan juga org ramai.... tyeruskan menghantar atikel2 yg berfaedah.....kekawan....
    Abah Along baru belajar ni.......tapi bleh le sikit-sikit ...ade le gambar skit2 kad
    http://syazhar.fotopages.com dan http://www.flickr.com/photos/dedaunhijau/ serta http://myfotoshoot.blogspot.com/

  11. #11

    Re: Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia

    You always give so much useful information about photography, I am very grateful to you!

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •