Page 2 of 23 FirstFirst 123412 ... LastLast
Results 16 to 30 of 333

Thread: Etika Seorang Wedding Photographer

  1. #16

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AROUND E101 41.785
    Posts
    155
    Quote Originally Posted by nfirdaus
    Aku tak pernah lagi berbaju melayu ketika mengambil gambar wedding, coz aku cepat berpeluh. Ahad lepas dah pakai singlet & berkemeja pun dah lenjun...peluh mencurah2 turun. Tapi buat dek je la, aku tumpukan tugas yg diberi. :P
    Kita sekapal... (tp sekali je pakai baju melayu,sbb kawan baik nya akad)

    Erm,sungguh 'menyentuh' cerita bro CG. Geram gak kalau ada org camtuh,kena pulak dgn mata kepala sendiri...benda ni kadang2 bergantung pada self-attitude jugak,ke-sensitiviti diri etc.

  2. #17
    saya masih baru dalam bidang wedding photography nie, kalau nak kira hari mungkin tak sampai 21 hari muncul dalam wedding job yg pertama saya, mentah sangat2. tapi, dari sehari ke sehari saya sangat hairan, saya dengar cerita dari sana sini, cerita yang elok dan juga yang tak elok tentang fotografi perkahwinan melayu nie. mungkin cerita2 ini kita dengar dikalangan photographer yang terlibat dalam wedding photography sahaja. malahan lama2 ada juga tempiasnya sipi2 didengari oleh golongan yg tidak langsung berkait rapat dengan bidang wedding photography nie. maka bermulalah ceritera hasut menghasut, benci membenci, golongan ini pro golongan itu budak2, golongan itu penipu golongan ini benar, golongan itu popular golongan ini kurang populor, golongan itu wedding diraja, golongan ini wedding kekampungan. semua ini ibarat program khas orientasi yg perlu dijalani oleh setiap golongan baru yg ingin menceburi bidang fotografi perkahwinan seperti saya.

    kadang2 saya berasa malu utk terlibat dalam industri ini bila mengetahui ada golongan2 tertentu, berpuak2 dan bersengketa dengan sebab2 yang saya sendiri tidak pasti puncanya. jika saya tersalah langkah, saya pasti diri saya juga terjebak dihina sama seperti mereka2 yang sudah lama. perkara2 sebegini, lambat laun merugikan kita semua, kerana kurangnya kepekaan terhadap etika dan tatasusila kita sebagai seorang wedding photographer maka budaya seperti dengki mendengki, cabar mencabar, bangga dan sombong diri menjadi penyakit yang berjangkit yg lambat laun akan merosakkan industri ini. oleh itu marilah sama2 kita menjaga industri kita ini agar pekerjaan yang kita buat ini dipandang mulia. marilah sama2 kita berpegang pada etika2 yang akan kita huraikan bersama ini nanti. wujudkanlah satu organisasi yang dapat membantu golongan pekerja wedding photographer bersatu dan menjaga kepentingan bersama. semakin kuat kita bersatu saya percaya suatu hari nanti kita semua akan sedar, sekarang ini kita cuma berada di tahap yang paling bawah dari bangsa2 lain. ayuhlah melangkah dengan lebih jauh lagi.... - neudin

    p/s : harap maaf, klu ada yg tersinggung, luahan saya sekadar membuka peluang utk kita berfikir semula kerana sikap yg buruk tidak akan membawa apa2 faedah utk kita semua. neudin menulis sekadar mewakili pendirian neudin sendiri. tidak ada kaitan dengan mana2 pihak. salam.
    "Mati adalah PASTI, Hidup adalah INSYA'ALLAH"

  3. #18

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    kl
    Posts
    2,628
    takpe...tu pendapat ko din...sama2 la kita mendengar dan pertimbang mana baik dan buruk...masing2 dah besar...jgn cepat melatah...sifat baik dan buruk akan ada hikmahnya...tp yg penting diri sendiri nk halakan ke mana...kalau nak kira ckp2 belakang ni mana2 dunia bisnes (selain fotografi) pun ada cerita tersendiri....ini namanya asam garam...tak rugi berbuat 'bodo' tp ilmu penuh di dada (mcm cerita CG)...dan tak guna nk tunjuk PRO kalau setakat tunjuk equip. saja...so,jgn terpengaruh dgn cerita org ini hebat..org itu tidak...org ini event di Raja..org ini event kat kg saja...lagipun kalau anda rasa masih baru,sama2 lah kita sedut udara segar atau kotor dlm dunia fotografi ni....

    ** saya juga masih belajar................dan baru.......hehehe
    makin banyak shoot,makin tak jadi2...thehehe...
    http://kingmarul.com
    http://www.flickr.com/photos/kingmarul

  4. #19

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    TRG
    Posts
    4,425
    bagus perbincangan kat sini... terasa HIDUP KEMBALI forum kita ni..

    - kalau nak ajar fotografer kerek yang mcm CG n n firdaus citer tu, lepas kita buat kluar kelengkapan n skil yg kita ada ni, janganla kita blah gitu je. At least, cakap la sepatah kat dia, supaya bukan mata dia saja yg terbuka, telinga pun mau buka juga. Biar terngiang2 kat telinga dia apa yang kita kata sewaktu dia nak kencing orang lain plak. Dah mata n telinga bukak, harap2 hati pun terbuka seterusnya mulut plak buka utk minta maaf.

    " abang, dunia fotografi kawin ni kecik je, jangan la rosakkan. Sama-sama la cari makan dengan jujur dan ikhlas."

    - Pasal etika berpakaian tu, smua sedia maklum, mesti ada nampak kemas dan sesuai dengan majlis. Ada orang tak selesa pakai baju melayu n more to casual as jeans, tapi ada yang selesa ngan baju melayu mcm ND. (banyak poket, bleh buh batteri spare hehehe..) Yang penting pasal pakaian, jangan menonjol sangat (lebih2 dari pengantin lagi la takmau). DAN MESTI FRESH N WANGI!

    - etika2 lain sewaktu amik gambar, mesti cool, ceria n ramah selalu. Tapi tamau la ramah melampau, sampai ditanya yang bukan2. Contohnya " kenapa la pulak gi langkah bendul. Kesian la kakak tak kawin lagi. Takde orang nak ke kat kakak tu?"
    Yang tu memang mcm nak tunjuk 'kerapatan n kemesraan', tapi awas, kang nanti dicop jurugambar MULUT LASER.

    - Etika2 secara general ialah kena sntiasa letak tujuan dan niat mengambil gambar itu di atas sekali. Semuanya akan bergerak dari situ. Jika tujuan untuk cari makan, sure kita akan jaga adab2 n kredibiliti kita sewaktu amik gambo tu supaya next time, orang akan hire lagi. Kalau sekadar suka2, maybe kita tak kisah sbb kalau takde next time pun takpe.

    Bagi saya, mengambil gambar kawin ni saya anggap satu ibadah kerana ia adalah satu cara utk menghebahkan bahawa pasangan ini telah berkawin, (so kalau org tgk dia pegang2 tangan atau main2 hidung di tempat awam, takde la sangka buruk). Maka, sewaktu mengambil gambar tu, agar ia menjadi ibadah, adab2 dan ajaran agama tetap diutamakan.

    Sebenarnya, virtue n ethic ni kita dah banyak tahu, cuma kekadang sensitiviti utk mempraktikkan agak lemah.

    Sama-sama kita kuatkan balik..er...err....TONGKAT ALI SATU!
    SeHero mana pun, tetap anak mak, hamba Tuhan....
    http://flickr.com/photos/ieman

    "Oh Allah, bantulah kami dalam menyempurnakan amalan agama kami di samping menentang musuh-musuhMu"

  5. #20

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    kl
    Posts
    2,628
    tongkat ali dua....errr...dr ali mana??? ...cabutsss...
    makin banyak shoot,makin tak jadi2...thehehe...
    http://kingmarul.com
    http://www.flickr.com/photos/kingmarul

  6. #21
    best bangat sama citer bro2 semua...

    saya stat fotografi perkahwinan dengan dg cam kodak yg biasa ajer...
    dah tu gambo pun noise melambak ajer... huhu
    tapi alhamdulillah...
    sy tak malu dengan kamera yg macam tu.
    kalau sy gi wedding nyer fotografi pakaian ndak gak kena sesuai dengan majlis.
    sy mintak permission dari mak ngan bapak pengantin dulu.
    better bekenalan laa dengan adik beradik sedara mara pengantin dulu.
    tak rugi sekupang pun...

    kalau depa kata kitanyer PR best musti depa rekomen kita kat kawan2 depa yg lain. untung lagi ada.
    sebolehnya kita yg follow step depa
    kita elakkan dari over 'memberi arahan'
    konon2 nak shoot cantik angle cantek...
    ingat... kita dalam majlis orang...

    kumpul duit sikit2 skrg sy dah blh beli olympus e-500
    gambaq pun ok bnyk dari pakai yg kodak dulu.

    ramai kawan yg kita dapat kalau kita ni peramah, tak ego, tak tunjuk lagak...
    silap2 bapak pengantin rekomen anak dara dia yg lagi sowang utk kita.. hahahaha....

  7. #22

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    somewhere...in ur dreams
    Posts
    4,288
    okay....how about lady photographer...yg menjadi satu kesukaran untuk perempuan nie...kalau pakai baju kurung..susah nak bergerak..kalau pakai jean..dikatakan x hormat majlis...kalau pakai slack..takut berpeluh gilo...

    camana tur....
    "Our lives improve only when we take chances and the first and most difficult risk we can take is to be honest with ourselves." - Walter Anderson



    http://lianaadra.fotopages.com
    http://anna1404.fotopages.com
    http://www.jieadra.com/gallery

  8. #23

    Join Date
    Feb 2006
    Location
    kl - sban - jb
    Posts
    1,159
    fathin kalo shoot nikah mesti pakai baju krung.
    rasa tak susah pun, sebagai menghormati majlis. org pun hormat dan kagum pada kita.
    kalo shoot majlis di dewan atau hotel, pakai lah formal atau semi formal.
    kalo jeans pun w kemeja yg kemas or suit. kalo di rumah sekalipun, kemeja yg sopan utk perempuan.
    ~..life is like a box of chocolate..u never know wat u gonna get.. ~
    http://www.whatalovelywedding.com

  9. #24

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    terengganu
    Posts
    4,608
    for my wife...

    kalau akad.. dia akan pakai mini jubah.. pasal ia seluar.. senang bergerak katanya..

    tp kalau wedding day dia just pakai t-shirt lengan panjang dan sluar slack nyer...

    kalau offcial dan rasmi majlisnya.. dia akan pakai kemeja dan slack....


    aku setuju pendapat heromak...

    kita amik gmbr mesti pasang niat...
    mcm aku.. aku selalu niat nak amik gmbr cantik2 (dengan izin allah) dan laksanakan tanggungjawab yg di amanahkan..

    pernah sekali.. ternampak dada pengantin perempuan bila dia tunduk..... terus paling ke belakang (wife siap gelakkan aku pasal aku berpaling kurang dr 0.02 saat dengan kamera di tangan)

    mmg kalau niat jahat.. boleh amik dada pengantin tu ( astargfirullah) tp niat aku pi ke situ hanya utk amik gmbr kawin....

    so aku amik gmbr kawin.....

    hasilnya... famili pengantin tu dah jadi famili angkat aku...
    mesra bagai famili sendiri....

    alhamdulillah
    aku bersyukur... dengan apa yg aku dpt... mungkin lebih dr apa yg aku tetapkan....

  10. #25

    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Pantai Barat - Pantai Timur - Pantai Barat
    Posts
    912
    tu lah... macam2 dugaan ada masa nak amek gambar kawen nih... insyaAllah, kalau kita dah berpegang pada niat kita.... akan mendapat hasil yang lebih baik...
    ~ NO Retreat No Surrender ~




    http://www.flickr.com/photos/achid

  11. #26
    menarik topik ni..

    berdasarkan pemerhatian diena
    dalam 1 majlis kawin.. yg diadakan di dewan..
    pelamin dibuat atas stage dewan tu.. (bayangkan stage cam dewan skolah)

    lepas makan.. biasanya tetamu nak berjumpa dengan pengantin
    nak bersalaman sebelum balik
    tapi dalam majlis ni, payah sgt.. nak mencelah..
    sbb tgh hangat sesi fotografi kat atas stage tu..

    bila keadaan camni, sesi fotografi tu.. dah mengganggu majlis tu
    sebab.. org datang kenduri mesti nak jumpa pengantin.. tp tak boleh..
    kami kat bawah..
    dok tgk pengantin kat atas stage tu
    rasa cam tgk fashion show ja masa tu

    adakah keadaan camni berlaku kerana jurugambar tersilap mengatur aturcara kejanya? sbb, mungkin acara shoot atas pelamin tu.. patut wat selepas tetamu dah tak ramai ka..? atau camna.. sbb photographer sepatutnya tak mengganggu majlis kan?

    ada 1 lg kenduri membe.. dia amik photographer bukan Melayu
    photographer tu datang agak lambat jugak.. dalam kul1
    jd diena rasa cam rugi la.. sbbnya..
    sebelum tu ada marhaban dalam umah..
    dia dah terlepas... (tp tatau la mungkin mmbe tu nak amik gbq posing ja)

    bg kesah ke-2 ni.. diena rasa.. photographer melayu patut ada kelebihan
    sebabnya.. dah paham ngn adab org kita
    kita lg senang nak menilai keadaan tu
    sbb tgk photographer (bkn melayu) ni, dia cam kekok..
    dia tak pandai nak beramah mesra (mungkin sbb dia bukan melayu)
    last2 masa diena nak balik dr kenduri (dalam 1.30pm++ masa tu)
    dia dah kat luaq.. dok tercegat ja..

    hanya berdasarkan pemerhatian :wink:

  12. #27

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    terengganu
    Posts
    4,608
    hadiena..


    ada dua jenis photographer....
    1. event ( mula dr make up hingga majlis reda)
    2. tradisional ( amik gmbr pengantin mai, possing)

    yg pertama tu diorg amik ikut event / jam. so sememangnya diorg cover semua event yg telah dipersetujui.

    yg kedua.. diorg ni just dtg amik gmbr utk ketika pengantin sampai dan possing. kadang2 gmbr merenjis pun hanya ibubapa sahaja.

    so hadiena takleh salahkan photog itu .. ( tak kira ia melayu atau cina atau india)

    apa yg timbul di sini adalah harga yg di bayar.. kemungkinan besar rakan hadiena itu mengupah photog yg biasa dan murah. dan dia tidak dibyr untuk ambil event marhaban tu.
    walhal kalau photog tu melayu sekalipun, jika di bayar utk ambil gmbr possing dan sedikit atas pelamin ( 2 roll org dulu kata), mungkin dia akan ambil benda yg sama...

    jadi..
    mmg itu cara dia dan itu lah sepatutnya dia lakukan...

    so rasanya tak salah etika dia.. kerana itu pilihan rakan hadiena..

    bukan membela dia ..tp itu realitinya.. org kita masih takut mengeluarkan wang yg lebih utk sesuatu yang begitu berharga utk mereka..

  13. #28
    cikgu cg...
    arini br tau.. ada jenis photographer :wink:
    skg dah paham, kenapa keadaan jd camtu

    /diena.. hanya hobbyist photog

  14. #29

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AROUND E101 41.785
    Posts
    155
    hmm...makin panas.rasa rgi tak dapat join dari mula regis kat sini dulu...im still learning anyway...

  15. #30

    Join Date
    Aug 2006
    Location
    -Lokasi Gagal Dikesan-
    Posts
    749
    Terpikir lak aku...
    Kalau yang jenis jiwa² underground yang selesa ngan seluar jeans disertakan ngan t-shirt bundle cammaner lak? [Budak Zaman Alternatif/Indie]
    Adakah sesuai ngan majlis tuh? Arr... Ermm....
    Terkedu seketika...

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •