-
24th May 2011 12:01 AM
#1
Johor Baharu ke Singapura
Salam warga Johor sekalian,
Ingin bertanya pendapat dan pengalaman kepada sesiapa yang biasa menyeberang tambak ke Singapura dengan menaiki bas dan MRT. Saya bercadang memasuki singapura untuk mencari gambar di esplanade, marina bay dan kawasan sekitarnya. Dari kajian dan soal selidik yg ringkas, saya perlu naik bas SBS 170 plet merah dari terminal bas larkin dan turun di Kranji. Kemudian menaiki MRT dari Kranji terus ke CityHall. Dari City Hall hanyalah berjalan kaki ke kawasan marina bay, esplanade tu.
Adakah betul route pilihan saya itu atau ada jalan lain yang lebih efisien? pelan asal saya ialah bertolak dari larkin pukul 3pm, dan bertolak balik dari city hall MRT pada 10 malam, adakah saya sempat mendapatkan bas terakhir dari kranji ke larkin jb?
terima kasih didahulukan..
-
-
24th May 2011 12:01 AM
# ADS
Circuit advertisement
-
25th May 2011 11:04 AM
#2
Re: Johor Baharu ke Singapura
Aku dah lama sangat tak kesana. Kalau ke Singapura pun hanya ziarah kaum keluarga sahaja. Kalau tak silap aku Marina Bay pun ada station MRT. Tak yah turun kat City Hall, terus jer ke Marina Bay. Selepas station MRT City Hall rasanya Station MRT Raffles Place. Lepas tu baru Marina Bay MRT. Tak taulah kalau sekarang dah berubah. Aku dulu ke Marina Bay pun jalan kaki jer dari Rochor station terakhir bas 170 dan express dari Johor. Exercise ler sambil cuci mata.
Dulu bas akhir dari Singapura ke Johor jam 11.30pm. Entahlah sekarang. Dari Singapore town ke Kranji MRT station rasanya tidak sampai 30 minit. Rasanya kalau nak balik malam takde jam(sesak) elok gak ko naik bas express Johor-Singapura dari Rochor. Manalah tau kalau dari Kranji MRT station tak dapat bas, lengoh jugak nak menapak ke Imigresen Singapura. Sebelum bertolak masa kat Stesyen Larkin cubalah tanya kat kaunter Johor-Singapura express atau kaunter SBS 170. Bas Malaysia pun ada gak kesingapura. Ntah apa nama, causewey link ker kalau tak silap. Bertanya dulu tak sesat jalan.
Kalau ko nak naik teksi dari Johor pun ada gak. Jangan ler amik prebet sapu udah ler. Takut jadi pepe.
-
The Following User Like This Post:
-
25th May 2011 11:15 AM
#3
Re: Johor Baharu ke Singapura
terima kasih bro atas perkongsian pengalaman dan pengetahuan ke singapura itu.. terharu ada juga orang nak reply thread nih.. 
errr weekend ni free tak bro.. jom buat night cityscape di sana.. hehehe..
-
-
25th May 2011 11:42 AM
#4
Re: Johor Baharu ke Singapura

Originally Posted by
samosa
terima kasih bro atas perkongsian pengalaman dan pengetahuan ke singapura itu.. terharu ada juga orang nak reply thread nih..
errr weekend ni free tak bro.. jom buat night cityscape di sana.. hehehe..
Minta maaf banyak-banyak. Kebetulan weekend ni aku dah program bercuti satu family ke Pulau Tioman. Terima kasih kerana sudi mempelawa aku ke sana.
-
-
25th May 2011 11:47 AM
#5
Re: Johor Baharu ke Singapura
tak per bro.. insyaallah lain kali dapat la kita sama hunting di johor/spore..
errr forumers jb yang lain tak de yang free ke weekend nih.. jom ler kite ke sane.. 
kalau takde.. terpaksa la aku meredah sendirian..
-
-
25th May 2011 11:58 AM
#6
Re: Johor Baharu ke Singapura
Steyen MRT kat Singapore Town semua kat bawah tanah. Kena cam kan bangunan sekitar, kena ingat. Jangan jadi macam aku dulu terui tersesat tak jumpa tempat asal masa keluar dari perut bumi. Kalau ada GPS elok bawa bersama. Cas bateri dier kasi full. Gunakanlah masa sesak nafas. Tag ler masa kuar dari perut bumi. Senang nak cari jalan balik nanti.
-
The Following User Like This Post:
-
25th May 2011 12:14 PM
#7
Re: Johor Baharu ke Singapura
insyallah gps akan dibawa.. malfreemaps cover singapore map sekali kan..
bagus nasihat2 abam cgsir nih.. akan saya tag tempat2 penting supaya tak sesat nanti.. :P
doakanlah semoga selamat dan mudah perjalanan saya nanti ye..
terima kasih sekali lagi bro...
-
-
25th May 2011 12:33 PM
#8
Re: Johor Baharu ke Singapura
ishhh.... bestnya, apekan dayer memang tak dapat nak polo buat masa skang ni...
-
-
25th May 2011 01:30 PM
#9
Re: Johor Baharu ke Singapura
bila lah boleh masuk Singapore ni...pada hal wife stay kat senibong je......huhu...
>>AKU HANYA PEMILIK KAMERA YANG MASIH BANYAK KENA BELAJAR<<
-
-
25th May 2011 01:40 PM
#10
Re: Johor Baharu ke Singapura
saya anti Singapore... ekekek
-
-
25th May 2011 02:02 PM
#11
Re: Johor Baharu ke Singapura

Originally Posted by
mozakim
ishhh.... bestnya, apekan dayer memang tak dapat nak polo buat masa skang ni...

panjat pokok kektus tercucuk duri.. dun be wori.. 
aku recce jalan dulu.. nanti kita plan trip rombongan cik kiah.. hehehe..

Originally Posted by
zam black
bila lah boleh masuk Singapore ni...pada hal wife stay kat senibong je......huhu...
hehehe dari senibong sepelaung je sembawang tu.. berenang pun sampai.. itu orang lain lah kalau aku kena naik bot hehehe.. bila2 kalau nak pegi info2 la.. bole ambe tag nak belajar..

Originally Posted by
mangkor
saya anti Singapore... ekekek
ye ke bro..
-
-
25th May 2011 03:25 PM
#12
Re: Johor Baharu ke Singapura
mcm best ja... dekat dh neh Skudai ngan sempadan sngapore.. heheh.. tp apakan daya.. fulus tidak mengijinkan utk polow..
-
-
25th May 2011 03:33 PM
#13
Re: Johor Baharu ke Singapura
-
-
25th May 2011 07:52 PM
#14
Re: Johor Baharu ke Singapura

Originally Posted by
samosa
insyallah gps akan dibawa.. malfreemaps cover singapore map sekali kan..
bagus nasihat2 abam cgsir nih.. akan saya tag tempat2 penting supaya tak sesat nanti.. :P
doakanlah semoga selamat dan mudah perjalanan saya nanti ye..
terima kasih sekali lagi bro...
Boleh naik bas express JB-Singapore atau bas 170 SBS ke Kranji untuk amik MRT. Kalau amik MRTSingapore teket beli pakai mesin. Memula kena bayar deposit teket, kalau tak silap aku dalam SGD 2.50 tidak termasuk tambang, bergantung kepada jarak. Kalau tambang misalnya SGD4.00 kenalah bayar SGD6.50(Dep SGD2.50+tbg SGD4.00). Teket tu boleh simpan, nak buat kenangan pun boleh. Masa nak balik teket boleh recharge semula. Bayar tambang sahaja SGD4.00 misalnya. Bila dah sampai Kranji MRT atau mana-mana stesyen MRT teket boleh pulangkan semula dan tebus balik. Dapatlah semula SGD2.50.
Naik MRT Singapore kita tidak bimbang macam LRT di Kuala Lumpur. Kalau LRT di Kuala Lumpur jika kita terlepas distinasi yang kita nak tuju kita kenalah keluar balik. Nasib tak baik kena tambah tambah lagi. Lepas tu kita kenalah beli semula teket LRT untuk berpatah balik ke distinasi yang kita terlepas tadi. Sistem ini agak menyusahkan pengguna baru atau pelancong baru yang belum biasa dengan Kuala Lumpur.
Berbeza dengan MRT di Singapore. Kalau kita terlepas distinasi yang kita tuju relek jer. Kita turun di distinasi berikut. Keluar pintu MRT kiri kita tunggu MRT kanan yang menuju arah bertentangan. Tak sampai 10 langkah. Amik MRT patah balik ke distinasi kita tak payah bayar. Free of charge. Misalnya kalau kita nak ke City Hall Mrt tetapi kita terlepas hingga ke Raffles Place MRT atau Marina Bay Mrt kita boleh berpatah balik dengan mengambil MRT bersebelahan. Sistem ini yang amat mesra pengguna.

Originally Posted by
Okultika
mcm best ja... dekat dh neh Skudai ngan sempadan sngapore.. heheh.. tp apakan daya.. fulus tidak mengijinkan utk polow..

Aku pernah pi Singapore pergi balik hanya RM10 sahaja. Makan kenyang² dulu kat JB macam kata avam samosa. Bawa beg sandang isilah bekalan roti.
Last edited by CgSir; 25th May 2011 at 07:55 PM.
-
The Following User Like This Post:
-
25th May 2011 08:58 PM
#15
Re: Johor Baharu ke Singapura
-