Page 12 of 12 FirstFirst ... 2101112
Results 166 to 176 of 176

Thread: Scotland : Saujana Mata Memandang

  1. #166

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang


    barulah hari ni nampak langit , kalau tak dah beberapa hari mcm duduk bawah awan atas kepala je


  2. #167

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang



  3. #168

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    Pukul 4.00 ptg kami sampai ke Loch Lommond. Sebuah destinasi utama bagi pelancong . Terdapat R & R di sini yang penuh dengan pegunjung. Kena secawan capuchino panas terasa nikmatnya dengan cuaca yang dingin. Tu yang bercakap keluar "asap" dari mulut. Ngeh,ngeh,ngeh


    bot persiaran menyusuri Loch Lommond

  4. #169

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang


    itik kepala hijau kat loch lommond

  5. #170

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    Setiba di Glasgow ,kami singgah sebentar di sana utk menunaikan kewajipan pada Allah .
    Hari ni perjalanan kami mmg marathon dari pagi tadi
    Kerana kesuntukan masa dan perjalanan jauh lagi, kami membatalkan hasrat untuk memasuki bandar Glasgow lalu meneruskan perjalanan ke Kota London.



  6. #171

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang


    meneruskan perjalanan ke Kota London dan dijangka sampaii malam nanti dalam pukul 10-11 malam

  7. #172

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    Dari Glasgow lebih kurang pukul 5.30 ptg kami teruskan perjalanan ke Kota London melalui M 40. Tiba kat Rugby Warwick masuk ke M 1. Ingat dalam perjalanan, nak singgah kat Mancester. Tapi masa tu dah hampir pukul 09.30 malam. Jadi aku tangguh dulu niat aku nak ke sana.



  8. #173

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang


    dah masuk semula highway 3 lorong yang akan terus ke Kota London
    sekarang jam 6.30 ptg , lagi 4-5 jam memandu baru sampai
    jauh lagi tu

  9. #174

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    Target boleh sampai London pukul 12.00 malam.Masuk je motorways, menuju London, kami semua dah mengantuk dan kepenatan . Menuju London, papan amaran yang terdapat di M 1 menunjukkan long delay kat junction 8 - 12. Sistem amaran kat motorway di UK ni sangat efesien dan boleh dipercayai. Terdapat cctv di setiap km di motorway ni. Mereka boleh memantau pergerakan kenderaan kat motorway.

    Nak mengelakkan kesesakkan , terus pusing ikut Luton.


    peta perjalanan ku dari kota London ikut pantai timur
    balik ikut pantai barat


    Banyak pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang berada di bumi Scotland ini. Sebagai panduan ,kalau memandu , pastikan bawa sebotol air dan kain lap cermin kerana terdapat banyak serangga yang melekat kat cermin. Pakai wiper kereta pun tak hilang malah cermin jadi berminyak. Kebiasaannya serangga kecil tu keluar pada musim panas. Masa winter tak ada pula.

    Kebanyakkan Scottish yang aku temui sungguh ramah dan mengalu-alukan kedatangan pelancung. Aku kalau menginap kat B&B suka melihat buku pelawat yg disediakan.Dari pelbagai pelusuk dunia yg mengunjungi B&B tersebut akan menulis kata-kata dan menurunkan tandatangan . Apabila teringat B&B , aku terfikir program Home Stay yg dijalankan di negara kita, tapi kenapa kurang mendapat sambutan pelancung asing. Sedangkan rata-rata B&B yang aku kunjungi di sana selalu fully booking.

    Hampir pukul 02.00 pagi baru sampai. Hampir 16 jam dalam perjalanan dari Isle of Skye ke London . Terasa penat tapi berbaloi kerana dapat melihat panorama alam semulajadi ciptaan Allah dan mengetahui budaya orang lain . Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.

    Perjalanan dimulakan menyusuri sebelah timur lalu kembali ke London di sebelah barat memberikan pengalaman dalam perjalanan yang berbeza.

    Keseluruhan perjalanan mengelilingi Scotland memakan masa 4 hari. Jarak perjalanan sepanjang 4 hari tu hampir 2000 batu . Puas hati kerana dapat sampai ke hampir semua tempat yang menarik.Alhamdullillah, tiada sebarang masalah yang timbul di sepanjang perjalanan.Mereka menerima kedatangan kami sebagai pelancong tanpa prejudis walaupun kita sering digembar-gemburkan tentang keganasan orang islam oleh pihak barat.

    Perjalanan aku ni free & easy. Tak terikat dengan masa. Boleh berhenti mana-mana yang kita suka.Berkaitan makanan pula, tiada masalah .Rendang dan sambal ikan bilis yang dibawa tak basi walaupun hampir seminggu. Pakaian pula tak perlu basuh kerana tak berbau busuk . Keindahan alam ciptaan Allah dapat aku saksikan sepanjang perjalanan .Bak kata orang tua ,"jauh perjalanan, luas pandangan".Insyallah, jika dipanjangkan umur dan dimurah rezeki, aku akan sampai lagi.

    TAMAT


  10. The Following User Like This Post:


  11. #175

    Join Date
    May 2010
    Location
    BDR TENGGARA
    Posts
    721

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    alhamdullillah..bukan semua org bertuah utk dapat peluang spt a.rezeki..

  12. #176

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Scotland : Saujana Mata Memandang

    Quote Originally Posted by metaroyal View Post
    alhamdullillah..bukan semua org bertuah utk dapat peluang spt a.rezeki..
    alhamdulillah, syukur pada Allah kerana diberi Allah peluang , kesempatan, rezeki dan masa serta kesihatan utk melihat bumi ciptaannya

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •