Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 22

Thread: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

  1. #1

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kajang, Malaysia, Malaysia
    Posts
    38

    Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    Salam hormat kepada semua pembaca terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Sedar tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali meninggalkan segala macam peristiwa pahit manis, dan pastinya pengalaman itu menjadi tauladan untuk kita mengharungi hidup yang mendatang.

    Ok hari ini saya nak cerita sikit kisah budaya meniru dalam dunia photography, ada yang berpendapat meniru gaya foto atau design orang lain adalah sesuatu perkara yang tidak wajar dilakukan, ini kerana untuk melahirkan satu hasil senifoto yang menarik dalam dunia photography memerlukan idea kreatif, imaginasi, dan kemahiran tertentu untuk menjadikan sebuah foto yang mempunyai nilai artistik yang tinggi, atas dasar inilah, sesiapa yang meniru hasil karya orang lain dalam dunia photography ini dianggap tidak menghormati idea orang lain.

    Adakah anda juga fikir begitu?

    Bagi saya meniru hasil karya orang lain khususnya orang yang lebih berpengalaman dalam bidang senifoto atau senireka bukanlah satu perkara yang perlu dianggap tidak mengormati hasil karya mereka, tetapi adalah satu penghargaan kepada mereka, jika sesaorang itu sanggup meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain, itu bermakna si peniru itu amat mengkagumi hasil karya orang yang ditirunya, jika ada sesaorang memiliki hasil karya yang hampir sama dengan karya saudara, jangan marah, sebaliknya anda harus merasa bangga kerana hasil karya anda menjadi ikutan.

    Adakah anda berfikir begini?

    Lagi satu perkara yang menidakkan sama sekali, meniru gaya foto atau design dalam dunia fotografik adalah satu pencabulan, ialah perbuatan meniru dalam dunia senifoto bukan seperti meniru dalam peperiksaan, ini kerana untuk meniru karya senifoto bukan semudah copy & paste, sipeniru harus mencari dan mengunakan kemahiran sendiri bagaimana cara untuk menghasilkan karya yang seakan-akan foto atau design yang mahu ditirunya, dan kebiasaanya budaya ini hanya dipelopori orang yang masih baru dalam dunia photography dan design, yang kelamaan bertemu juga dengan identitinya sendiri, ini sekaligus menyokong pendapat yang mengatakan tiada istilah meniru sebenarnya dalam dunia Senifoto ini..

    Dan yang ada hanyalah Seni itu Indah..hayati dan hargai keindahan itu mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang BERSYUKUR.

    http//:leedfoto.blogspot.com
    Last edited by leed; 26th July 2011 at 11:01 AM.

  2. The Following 3 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,522

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    meniru tu salah satu proses belajar terutama bg yg baru dalam satu2 bidang termasuk photography, ada yang tiru dari segi angle, konsep dan sebagainya.
    cuma masalahnya bila si peniru ni lupa daratan duk gebang sana sini dia punya idea dan ada yang siap mengaku founder tu..

  4. The Following 8 Users Like This Post:


  5. #3

    Join Date
    Oct 2010
    Location
    Subang Perdana
    Posts
    903

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    meniru konsep gaya dalam fotografi tak salah. yang salah curik gambar orang laen pastu ngaku gambar dia..wakaka

  6. #4

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Saujana Damansara
    Posts
    3,103

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    dalam bidang ni, saya banyak belajar dengan cara meniru...

  7. The Following 2 Users Like This Post:


  8. #5

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,340

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    aku rasa ada part yg boleh "tiru" dan ada yang tak.

    Misalnya low angle. kalau aku amek low angle, adakah aku meniru low angle org lain?? adakah org lain takbleh amek low angle mcm aku, sbb aku dah amek dulu kang kata dia tiru aku plak??
    Komposisi misalannya. adakah dia hak individu?? org lain tak boleh ke ambek komposisi yang sama??

    pendek kata bergantung pada niat la.... ambek sesuatu gamba. mcm ambek gamba lensekep abam jemey. Kalau niat kita nak jadikan gambar tu panduan,.. kita tiru angle dia... kita kopi komposisi dia... set kamera sampai dpt mcm mana gambar ori tu dapat... saya rasa ini tak salah....

    kalau kita jenis malas nak fikir idea, nampak gambar jemey, trus tiru bulat2, pastuh mcm abam dome kata, bangga bagai nak rak mcm die yg dpt idea tu..... saya rasa ni salah. anda menipu org dan menipu diri sendiri. mana kepuasannya?? Ibarat pakai Mac Book Pro tp main solaitare je... hooohoho...

    penciplak yg terang terangan, die ambek gamba org then mengaku dia punya. mcm jesen beras. wakakakaka......
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  9. #6

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    klu dlm landskap tiru meniru nih perkara biase jer.nak2 port2 landskap nih kebanyakkannya pengemar landskap mesti nk kn ada dlm koleksi dia satu..pantang ade port mesti pakat2 ramai2 set pastu pergi shot...betul tak jemey?
    .adakah sebb mojakim tok ngulu masjid puchong maka saya tak leh nk ambik gambar masjid puchong dah..kn dikatekan tiru plak..susah jugak tuh nk claim camtuh kan..klu dlm strobist plak meniru tapi meniru konsep..pun tak salah jugak sebb tak semestinya orang tuh dah wat konsep tu kita tak leh wat dah (mcm askar pompuan akuss takkan saya tak leh wat dah ekekekek)..tapi bila kita meniru dan claim orang yang 1st buat gambar tu sebagai klon itu tak patut

  10. #7

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    Gombak@kuantan
    Posts
    421

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    setuju..mcm saye shoot landscape selalu nye akan pegi sekumpulan..outing sorang2 tak best...selalu angle ngan komposisi lebih kurang jer..yelah kalo dah angle tu jer yg ade nak wat camne..takde yg kata nak meniru..cume cara olahan saje yg berbeza....masing2 ade cara masing2..kalo angle,komposisi,olahan pun same tu barulah boleh dikatakan meniru kot...

  11. #8

    Join Date
    Jul 2011
    Location
    Kamunting / Taiping, Perak
    Posts
    41

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    errr....bagi saya yang baru belajar nie istilah meniru nie tak berapa adil dalam bidang nie....ianya lebih kepada teknik pembelajaran dari orang2 yang sebelum kita.... pasal pusing kot mana pun, tekniknya akan tetap seakan-akan sama... kalau crita bab objek yang di tangkap lak lagi la subjektif terutama benda yang statik macam landskap...lain la kalau mamat tu g planet marikh ke tangkap gambar alien...mesti xde yang sama ngan orang lain.... cuma jangan mempergunakan idea orang lain pastu dok heboh satu malaya yang dia founder benda tu suda...

    tapi tak elok meniru bulat2 taw...pasal kat skolah cikgu marah kalau kita meniru....haaaaiiippp...!!!!!!

  12. #9

    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Kemaman & Bandar Puteri, Puchong
    Posts
    1,469

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    Secara peribadi, saya banyak tiru untuk dapatkan idea2 dan belajar.. tapi kita haruslah cuba ubah gaya tu, tampilkan dengan gaya kita sendiri. Konsep mungkin sama, tapi hasilnya tak semestinya sama.
    Photography is not about the gears,it is about how you photograph.

  13. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    melatih minda dgn meniru
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  14. #11

    Join Date
    May 2010
    Location
    BDR TENGGARA
    Posts
    721

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    untuk belajar okey saja...

  15. #12

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    kalau asek meniru baik dr segi angle dan konsep akan ditakuti terlalu byk stereotypes, auntie ni lebih kpd pandangan dr seorg yg "melihat" bukan yg mencipta/fotografer. Hasil/stereotypes yg amat ketara auntie lihat ialah dlm wedding photography,jemu kekadang...bila sorang mula ambil/capture baju pengantin dan kasut pengantin ,yg sering dilihat baju digantung somewhere dan kasut dibawahnya,ini contoh mudah....mmg jemu sorry to say ...apa2 pun mmg tak salah meniru idea ni..tetapi lebih seronok lihat sesuatu idea yg baru...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  16. The Following User Like This Post:


  17. #13

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    P11, Putrajaya
    Posts
    11

    Thumbs up Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    Peace,

    TIRU nie subjektif kot. Perkataan tiru utk photographer nie cam PEMBELAJARAN. Kalo dilihatkan semula, 'gun' (kamera) kita guna,sm je. Ada pelbagai jenis kamera yg bukan sorg yg guna tp ramai. Setting 'gun' pun sm jew cuma berbeza bila ada KREATIVITI, SKIL dan ILMU PENGETAHUAN. Aaa yg tu picture tue nan akan jd lain dr yg lain.

    Bab lokasi pulakkn, bknnya stu lokasi jew kita nk teroka. Byk lg lokasi yg belum diterokai. So, jom terokai lokasi len rmi2 hehe Kalo xde idea lokasi mn nk g, sng je. G lokasi yg mmg famous utk photo2 nie, then guna la KREATIVITI yg sedia ada utk jdkn picture 2 lain dr yg lain. Lokasi ttp sama, xbrubah lgsg cuma yg brubah situasi lokasi dn suasananya.

    Tgk rumusan aku nie hehe :

    'gun' (kamera) + location/people/animal/event/etc + KREATIVITI = lain dr yg lain. Simple kn (ntah betul ntah tidak, hehe)

    iklan: Jdkn picture org lain sbgi PANDUAN (reference) pembelajaran bkn sbgi PANGKUAN/PENGAKUAN picture sendiri spjg hidup. >>> LOL All comment above just only my 2 cent.

    ~peaca and out~

  18. #14

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    apa yg dibahaskan bukannya meniru tetapi lebih kepada inspirasi dan pembelajaran. kalau benda camtu pun dipanggil tiru, habis semua benda yg kita belajar kat sekolah tu kira tiru cikgu la.

    erti tiru tu kita fotostat bulat2 tanpa ada knowledge transfer. tak faham apa main ciplak je.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  19. The Following User Like This Post:


  20. #15

    Join Date
    Sep 2010
    Location
    BP - RAUB - KB
    Posts
    78

    Re: Salah meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain,

    bg newbie cam aku neh bukan dianggap meniru tp prosess pembelajaran..."kena tiru" adalah subjek utk belajar,x salah kot...tp kalo ngaku gamba owang lain dier pnyer mmg hampesss laaa hua hua hua

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •