Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 38

Thread: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

  1. #1

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Salam.Sudah lama tidak post di FMDC ini..Allahamdulillah berkesempatan untuk merasai pengalaman di Perkampungan Nelayan Pantai Sri Tujuh/Pantai Genting di Tumpat. Sedikit hasil untuk tontonan semua..C&C amat dialu-alukan....

    Pantai Genting di Sri Tujuh sememangnya dikenali dengan pelbagai perusahanan kecil kecilan yang menggunakan sumber bahan protein.Antaranya perusahaan Ikan Kering untuk Negeri Kelantan.

    Aktiviti menghasilkan ikan kering ini menjadi sumber ekonomi kepada penduduk di kawasan persisiran pantai seperti Jubakar Pantai dan pantai Genting. Kebanyakan nelayan mengusahakan aktiviti ini sambil dibantu oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)



    Terlebih dahulu, sisik ikan akan dibuang dan ada sesetengah jenis ikan tidak dibuang sisiknya kerana menambahkan kerangupan ketika menggoreng. Gambar menunjukkan 2 orang pekerja wanita sedang tekun membuang isi perut dan organ dalaman ikan. Isi ini harus dibuang untuk mengelakkan ikan menjadi busuk dan cepat dihinggapi lalat. Mereka turun seawal 7.30 pagi dan memulakan sesi membuang isi perut ini. ikan disiang belah belakangnya supaya tercerai dari tulang dan ikan juga akan dibasuh ala kadar untuk mengekalkan rasa ikan itu sendiri- Lokasi di Perkampungan Nelayan Pantai Seri Tujuh Tumpat Kelantan yang merupakan kawasan terbesar perusahaan ikan kering di Kelantan selain daerah Bachok





    Setelah di bersihkan ikan-ikan ini akan direbus untuk melembutkan lagi isi ikan dan juga untuk menjaga ketahanan penyimpanan ikan itu nanti. Ikan-ikan ini akan di rebus bersama air mendidih diatas dapur khas yang mana dibawahnya terdapat kayu api yang marak membara. Proses ini dilakukan sambil diperhatikan oleh pekerja untuk mengelakkan isi ikan menjadi terlalu masak dan hancur. Bahang api membara ini sudah sebati dengan pekerja wanita di sini berlainan dengan kita yang berkerja di bandar besar yang selesa berkerja dalam keadaan berhawa dingin.





    Ikan yang telah direbus tadi akan ditapis dari air panas tadi menggunakan sejenis alat yang diperbuat daripada jalinan buluh/ nipah yang dianyam dipanggil NYIRU. Dulang / nyiru ini acapkali digunakan untuk mengasingkan emping padi dan beras pada suatu ketika dahulu dan mungkin masih ada petani yang masih menggunakannya menapis padi pada masa sekarang.Alatan tradisional ini mudah didapati di kedai kraftangan di daerah Kelantan



    Selesai ditapis ikan akan dimasukkan ke dalam baldi berisi garam dan perasa lain (berupa penambah perisa). Ianya akan digaul dan diperap selama sehari semalam. Proses pemerapan ini tidak boleh dilakukan terlalu lama kerana dikuatiri akan mengganggu rasa masin ikan ini.





    Ikan yang telah diperap akan dikeluarkan dan diangkat dengan berhati-hati menggunakan tangan untuk mengelakkan isi menjadi rosak atau hancur. Ikan-ikan ini akan disusun di atas dulang dan akan dibawa ketempat penjemuran.





    Ikan akan disusun satu persatu mengikut jenis dan saiz untuk menyenangkan pekerja lain melakukan kerja-kerja pembungkusan nanti.





    Ikan-ikan ini akan dijemur selama seharian dan akan diangkat pada sebelah petangnya. Proses ini seeloknya dilakukan pada panas terik untuk menjadikan ikan betul-betul kering dan tahan lama. Antara kesukaran pengusaha ikan kering ini ialah kehadiran kucing liar yang suka mencuri ikan dan juga serangga-serangga perosak lain seperti tebuan, semut dan lalat yang mana boleh menjejaskan kesegaran dan ketahanan ikan-ikan ini.





    Ikan-ikan ini di susun / dijemur diatas “para” yang dahulunya diperbuat daripada kayu dan buluh tetapi sekarang sudah diberikan bantuan oleh kerajaan berupa “para besi”. Para ini bebas digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menjemur ikan. Ia diperbuat daripada paip besi berdiameter 3 inci yang banyak digunakan untuk saluran paip air ke rumah penduduk untuk penggunaan domestik . Selain tahan lasak ia juga tidak berkarat dan tidak mudah roboh.




    Abang Mat, berusia pertengahan 50-an yang ditugaskan untuk menjemur dan mengutip ikan. Sudah melakukan kerja ini bertahun-tahun. Abang Mat ini hanya dapat dilihat pada waktu pagi (menjemur) dan petang (mengangkat) kerana beliau akan pulang kerumah sementara menunggu ikan betul-betul kering.


    Semasa pengambaran ini dibuat, tanpa disangka-sangka langit yang awalnya biru terus bertukar menjadi gelap seolah hari akan hujan. Pekerja dengan pantas akan mengulung tikar buluh ini bersama-sama dengan ikan dan dimasukkan didalam tempat penyimpanan sementara (teknik termudah untuk menyimpan ikan tanpa perlu dikutip satu persatu).Sememangnya hujan mempunyai asid yang boleh memusnahkan ketahanan ikan itu sendiri.


    Keupayaan tenaga golongan lelaki di sini amat diperlukan kerana boleh dikatakan hampir 90% proses menggangkat tikar ini menggunakan tulang empat kerat dan tidak menggunakan peralatan yang canggih. Anggaran berat satu gulungan tikar buluh ini dlm lingkungan 8 ke 10 kilogram dan ada yang mencecah 15 kilogram (untuk ikan besar)



    Abang Padhil, berusia lewat 30-an ditugaskan untuk menguruskan ikan ikan kecil yang sukar untuk dibuang perut (tidak dibelah badan).


    Ikan ini akan dipotong bahagian bawahnya menggunakan gunting. Proses ini memerlukan ketelitian kerana menggunakan peralatan yang tajam kerana jika gunting ini tumpul, ianya tidak dapat memotong perut ikan yang keras dijemur tadi.



    Ikan diasingkan mengikut jenis, kualiti dan saiz. Jika terdapat sebarang kerosakan pada ikan, Padhil akan mengasingkannya dan ikan ini tidak akan dibungkus bersekali dengan ikan yang baik.



    Ikan yang sudah siap diasingkan sedang dimasukkan kedalam beg plastik yang agak tebal (untuk menjamin kualitinya)


    Setelah ikan di bungkus, ia akan disusun diatas sejenis alat dipanggil “kereta sorong” untuk menyenangkan kerja pemunggahan. Kereta sorong ini dipercayai berusia lebih sedekad dan menjadi tulang belakang seriring dengan usianya juga. Ia diperbuat daripada kayu dan mempunyai 2 roda. Cara untuk menggunakan kereta sorong ini ialah, ia akan di angkat sedikit keatas dan kakinya tidak menyentuh tanah. Kemudian seimbangkan kereta roda dan disorong dengan perlahan-lahan.



    Inilah tempat sejuk beku untuk menyimpan ikan-ikan yang telah dibungkus . Suhu disini agak sejuk dan kedap udara. Bungkusan akan disusun mengikut tarikh simpanannya dan menunggu pemborong untuk datang mengambil dan diedarkan ke pasar-pasar atau kedai-kedai runcit berhampiran dan seluruh Kelantan dan juga di negeri-negeri lain sekitarnya.


    Setelah semua proses lain siap, tempat pemprosesan ini akan dibersihkan untuk mengelakkan dihurungi lalat dan serangga lain yang gemarkan bau ikan kering. Proses ini akan diulangi keesokan harinya.

    Sekian sahaja perkongsian dari saya..Terima kasih kerana sudi melihat series ini... ....

  2. The Following 10 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    perkongsian yg cukup menarik bro....but I like the color version...

  4. #3

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by Jai org Johor View Post
    perkongsian yg cukup menarik bro....but I like the color version...
    terima kasih saudara..

  5. #4

    Join Date
    Jun 2011
    Location
    meru, kapar,klang, shah alam, selangor
    Posts
    103

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    informatif series..ala2 majalah tiga la..best2..

  6. #5

    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Subang Jaya
    Posts
    65

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    info yg menarik..thanx for the info bro..

  7. #6

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by azmizi View Post
    terima kasih saudara..
    Upload lagi bro...serius...mmg boleh dijadikan rujukan....selain majalah Nat Geo.... mmg teringin nak shoot photo2 mcm ni...tapi cuma x berkesempatan..ada pun shoot sekeping dua..tapi mostly candid....xde plan nak buat kat KL ke area2 Selangor...boleh follow sambil menuntut ilmu....

  8. #7

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    thanks wadi dan tigmoseismo(susah nk eja) ...



  9. #8

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by Jai org Johor View Post
    Upload lagi bro...serius...mmg boleh dijadikan rujukan....selain majalah Nat Geo.... mmg teringin nak shoot photo2 mcm ni...tapi cuma x berkesempatan..ada pun shoot sekeping dua..tapi mostly candid....xde plan nak buat kat KL ke area2 Selangor...boleh follow sambil menuntut ilmu....
    ni pon outing sorang-sorang.. sudah survey tempat 2 3 hari sebelum pergi dan kita kena niat dlm fikiran kita nk shoot mcm mana ..baru di tempat kejadian tuh kita senang sebb kit a wat reseaerch sikit2 tentang masa, cuaca dan sebagainya.. jemur ikan pagi dan angkat ikan pada petang so mmg sehari suntuk kt sini.. sambil2 tu bawak la nota untuk catit note yang diberkan seperti keadaan sana, info2 dari pekerja... :P

  10. The Following User Like This Post:


  11. #9

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Very informative documentary and very nicely captured photos.
    my gallery @zenfolio.com | my photo blog | my images for sale | my folio @ MIR
    Which of my photographs is my favorite? The one I'm going to take tomorrow. - Imogen Cunningham

  12. #10

    Join Date
    May 2010
    Location
    BDR TENGGARA
    Posts
    721

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    baru lah saya tahu ikan tu kena rebus dahulu, patutlah sblm nih try2 buat iwak gerih ni tak menjadi..
    tq mizi.

  13. #11

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by mzabdullah View Post
    Very informative documentary and very nicely captured photos.
    terima kasih abe zain

  14. #12

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by metaroyal View Post
    baru lah saya tahu ikan tu kena rebus dahulu, patutlah sblm nih try2 buat iwak gerih ni tak menjadi..
    tq mizi.
    rebus tapi kejap jer nnt isi dia hancur plak..rebus bagi dia tahan lama(mcm masakan plak) hehehe

  15. #13

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    284

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    best..seperti baca majalah. terima kasih kerana berkongsi.

  16. The Following User Like This Post:


  17. #14

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    bes bro! terbaek!

  18. #15

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Photojournalisme | Perusahaan Ikan Kering (Kg Nelayan Pantai Sri Tujuh Tumpat)

    Quote Originally Posted by azmizi View Post
    ni pon outing sorang-sorang.. sudah survey tempat 2 3 hari sebelum pergi dan kita kena niat dlm fikiran kita nk shoot mcm mana ..baru di tempat kejadian tuh kita senang sebb kit a wat reseaerch sikit2 tentang masa, cuaca dan sebagainya.. jemur ikan pagi dan angkat ikan pada petang so mmg sehari suntuk kt sini.. sambil2 tu bawak la nota untuk catit note yang diberkan seperti keadaan sana, info2 dari pekerja... :P
    Bro...boleh x share tips macamana nak approach masyarakat setempat...cara nak introduce diri....kekadang tu org ingat kita ni "reporter" sebab bawak camera besar2...kekadang tu jenuh gak nak explain sampai tahap kena menipu la....kata buat research la...student la dan mcm lagi... especially kalau pi tempat2 yg agak hot di KL seperti Pudu, Chow Kit dsb... pernah sekali dkt area Pudu sy ngan member kena follow walaupun kami dah explain yg kami bukan reporter....at last demi keselamatan...kami pun blah...Insiden juga pernah berlaku di Kg Nelayan Kuala Kedah....kami dinasihatkan utk tidak mengambil gbr walaupun belum sempat introducekan diri... keadaan2 seperti yg kekadang membatutkan niat berfotografi ala2 Photojournalisme...... sebagai alternatif "call card" adalah salah satu cara utk introduce diri sebelum shoot gbr.... mungkin sesuai mungkin tidak.... ada tip- tip lain yg boleh dikongsi...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •