Results 1 to 4 of 4

Thread: Fotografi Untuk Semua

  1. #1

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kajang, Malaysia, Malaysia
    Posts
    38

    Fotografi Untuk Semua

    Tidak seperti dahulu, kini semua orang mampu memiliki kamera dslr, dengan variasi harga yang semakin murah dan kemudahan skim bayaran ansuran membuatkan peratusan mereka yang memiliki kamera jenis dslr semakin meningkat.

    Walaupun memiliki kamera jenis dslr ini dilihat sebagai trend atau atas dasar mampu milik, dan tidak kesemua orang yang membeli kamera dslr akan aktif sebagai jurufoto, namun hakikatnya hal ini adalah salah satu penyumbang kepada fenomena kebanjiran jurufoto, sedikit sebanyak telahpun menyebabkan kesempitan market untuk khidmat ini.

    Sebagai jurufoto kita tak mempu untuk menahan perkara ini dari berlaku, kita harus memandang perkara ini sebagai satu perkara yang baik, kerana tanggungjawab sosial kita sebagai jurufoto adalah sebagai penyampai maklumat melalui karya seni foto yang yang kita hasilkan, jadi semakin ramai yang terlibat dalam industri ini semakin banyak mesej atau maklumat berguna dapat disampaikan kepada masyarakat.

    Satu jalan penyelesaian harus dicari bagi mengimbangi kebanjiran jurufoto dan market semasa. Skop pemasaran yang sedia ada harus diperkembangkan dengan mencari altenatif baru ataupun mempromosikan kepada masyarakat supaya mereka sedar tentang bertapa pentingnya fotografi dalam perniagaan mahupun kehidupan seharian mereka.

    Langkah pertama ialah promosi, tujuannya ialah untuk meningkatkan kesedaran dan permintaan masyarakat terhadap foto yang kita hasilkan.
    Ini adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh komuniti jurufoto di seluruh dunia.,

    Apa yang harus kita promosikan?

    Sebagai Jurufoto saya rasa kita semua tahu tentang foto atau imej mempunyai kuasa psikologi untuk membangkitkan sesuatu rasa atau perasaan orang yang melihatnya, sebagai contoh didalam hospital, terdapat banyak gambar-gambar dan lukisan digantung di dinding, selain mencantikkan ruang ianya juga digunakan untuk tujuan terapi, ini kerana kesan psikologi yang ada pada foto itu dapat juga mempengaruhi kesihatan pesakit.

    Oleh itu sampaikan kepada masyarakat diluar sana foto harus ada di setiap sudut rumah kediaman atau premis perniagaan atau dimana saja atas pelbagai tujuan, sama ada untuk mencantikkan ruang rumah atau pejabat, mempengaruhi pelanggan, atau untuk ruang bekerja yang cantik sekaligus dapat meningkatkan taraf kesihatan dan semangat untuk bekerja.


    Artikel Fotografi Untuk Semua ini ditulis oleh halidmasri pada 12 Nov 2011.

    Jika anda rasa artikel ini berguna sila kongsikan artikel ini dengan mengklik pada ikon share on facebook dibawah.
    Last edited by leed; 13th November 2011 at 04:35 AM.

  2. #2

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    bachok..skarang dok KL
    Posts
    504

    Re: Fotografi Untuk Semua

    best2.....sememangnye betul.gambar kekadang tu adalah bahan menyejukan mata ,emosi dan perasan...macam tempat kerja aku,,gambar lanscape kat dinding boleh buat kau rilex apabila stress...

  3. #3

    Join Date
    Jun 2017
    Location
    DKI Jakarta, Indonesia
    Posts
    2

    Re: Fotografi Untuk Semua

    Memang sih sebagai fotografer kalau bisa mempunyai cara tersendiri untuk mempromosikan jasa fotonya kepada masyarakat biar lebih dikenal dan bisa dipergunakan jasanya juga oleh orang banyak.
    Jadi fotografer pun jg kalau bisa dari kamera dslr sampai perlengkapannya jg lengkap, sehingga kalau ada orang yg tertarik dengan promosi kita, kita bisa jawab kelebihan kita dalam aksesoris dan memfoto apa saja hehe
    Last edited by johnhar; 15th June 2017 at 05:52 PM.

  4. #4

    Join Date
    Aug 2017
    Location
    DKI Jakarta
    Posts
    6

    Re: Fotografi Untuk Semua

    Dulu saya juga seneng pake camera macem DSLR Canon gitu
    Cmn sekarang ni lagi seneng pake Mirrorless hehe, tapi sampe sekarang saya ni buka jasa foto, masih belum berani soalnya masih ngerasa hasil foto masih biasa-biasa aja haha

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •