Page 1 of 6 123 ... LastLast
Results 1 to 15 of 89

Thread: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

  1. #1

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Tujuan thread ini dibuka hanya untuk mengetahui sejauh mana kita perabih untuk dslr dan asessori dan mungkin bermanafaat untuk rujukan kepada mereka yang baru nak menjadikan DSLR sebagai hobi/job

    Hobi fotografi memang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi demi untuk kepuasan. Kadangkala soal harga tidak menjadi masalah namun bila dikira-kira balik..... banyak juga yg kita habiskan untuk itu.

    Meh mari kita pakat kira, dah berapa banyak dah yg kita perabih ..... Untuk mereka yg buat job dan sebagainya ianya dikira sebagai pelaburan jangka panjang sesuai dgn tugas mereka.

    Ok. Saya kira dulu....
    Tempoh:May 2010 hingga Nov 2011
    1-Body & Kitlen EOS500D + uv- RM2550 (baru)-Lama jugak menabung ni.

    2-Speedlight yn460+wireless trigger -RM250 (baru)-Untuk belajar main2 cls la kunun.

    3-Lens 50mm f1.8 -Rm290 (baru)-Beli sebab org kata ia len wajib ada.

    4-Len+UV canon 35mm f2 -RM870 (baru) -Gatal nak shoot street la pulok.

    5-Len+UV canon 75-300 f4-5.6 usm -RM700 (baru) -Guna time boring2 kat pantai...hehehe

    6-Len+UV Tamron 17-50mm f2.8 -RM1250 (baru)..Guna untuk saja2 ambik lanscape,kenduri-kendara,bawak family jalan2 dan indoor.

    7-Umbrella+adaptor+Stand+ -Rm110 (baru)-Beli sebab ada offer kat KLPF2011..Buat masa ni tak berapa guna sangat.

    8-Monopod - Rm100 (baru) -Hari tu terfikir nak main video dslr tapi tak guna-guna sampai sekarang.

    9-Lain2 seperti cleaning kit - rm35,
    Bateri tambahan 2biji(yg ori terjatuh dan terus kong) -rm100

    10-Dry box -rm100. -Dah cukup untuk memuatkan kesemua aksesori diatas.

    11-ND 8 filter brand Tian Ya rm45. Yg ni saja2 beli kunun nak buat slow shutter tapi sampai sekarang belum ada kesempatan.

    Jumlah pembelian dari tempoh tersebut ialah RM6360

    Wah banyak jugak tu, itupun kebanyakan cap ayam. Selagi benda tu boleh pakai, aku pakai termasuk tripod dan beg yg dapat free dulu.
    Last edited by airsejuk; 28th November 2011 at 09:40 PM.

  2. #2

    Join Date
    Jul 2011
    Location
    Big Hill
    Posts
    121

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Alamak, macam pengisytiharan harta je ni. Kalau mem terbaca boleh timbul isu ni; " saya nak beli rantai hari tu, awak cakap mahal. Brg kamera awak tu....bla,bla,bla". Haha...larik.

  3. #3

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Quote Originally Posted by Pok Zek View Post
    Alamak, macam pengisytiharan harta je ni. Kalau mem terbaca boleh timbul isu ni; " saya nak beli rantai hari tu, awak cakap mahal. Brg kamera awak tu....bla,bla,bla". Haha...larik.
    Hehehe kalau pandai sorok mem tak tahu..
    Yang aku istiharkan kat mem len 50mm jer. Yg 35mm dia tak tanya pun sebab nampak serupa..
    Kalau cakap len Nikon 24-70mm f/2.8 kat bini dia harga rm600 bukan bini tahu pun..melainkn bini pun kaki kamera

  4. #4

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    ermm saya plak menggunakan senjata sony alpha a380 twin lens kit 18-55/55-200mm (RM2599) pastu beli flash hvl - F8 (RM1299) ngan 50mm 1.8 (RM599) selang sebulan pastu gatal tangan nak beli flash ringan sikit hvl20am (RM490) ingat dah cukup beli plak bateri tambahan (RM149) ngan lens sigma 18-200mm f3.5-5.6 (RM1299) last2 skrg quit photography kejap body a380 dah jual dan tgh bekerja keras menyimpan sedaya upaya nak amik sony A77 sayang nak beralih kapal lain aksesori dah bnyak gak tu...ermm rasenye kesemua modal dilaburkan TOTAL -RM6435..banyaknye dah labur ermm tapi rasenye kalau melabur nak amik body baru ni harga cam lebih kurang je tu..adoi ai mcm tak nmpak je pelaburan kita tu..
    P/s Sony A77 with kit lens retail price RM6299 adoi berhutang le nampaknye..

  5. #5

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    hmmmmmm mem tak tau eik....ni makcik leh kabo ngan mem!jgn tak tahu makcik ni spy tidak berbayoz
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  6. The Following User Like This Post:

  7. #6

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    hmm menarik haha..
    mau cecah puluh ribu dah kalau kira dari zaman tok kaduk dulu hahahahaha

  8. #7

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Quote Originally Posted by eddyfirdaus View Post
    ermm saya plak menggunakan senjata sony alpha a380 twin lens kit 18-55/55-200mm (RM2599) pastu beli flash hvl - F8 (RM1299) ngan 50mm 1.8 (RM599) selang sebulan pastu gatal tangan nak beli flash ringan sikit hvl20am (RM490) ingat dah cukup beli plak bateri tambahan (RM149) ngan lens sigma 18-200mm f3.5-5.6 (RM1299) last2 skrg quit photography kejap body a380 dah jual dan tgh bekerja keras menyimpan sedaya upaya nak amik sony A77 sayang nak beralih kapal lain aksesori dah bnyak gak tu...ermm rasenye kesemua modal dilaburkan TOTAL -RM6435..banyaknye dah labur ermm tapi rasenye kalau melabur nak amik body baru ni harga cam lebih kurang je tu..adoi ai mcm tak nmpak je pelaburan kita tu..
    P/s Sony A77 with kit lens retail price RM6299 adoi berhutang le nampaknye..
    Kalau nak kira adaaa je tak puas hati..
    Mula2 upgrade len, lepas tu body....sedar2 berbelas ribu perabih.
    Rata2 kalau nak kira averange untuk parabih kat kamera ni sekitar paling cikai pun dalam 5 ke 10 ribu.

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    hmmmmmm mem tak tau eik....ni makcik leh kabo ngan mem!jgn tak tahu makcik ni spy tidak berbayoz
    Huyoo..spy. Bahya nim.

    Quote Originally Posted by xenocapin View Post
    hmm menarik haha..
    mau cecah puluh ribu dah kalau kira dari zaman tok kaduk dulu hahahahaha
    '
    Tu tak kira dgn kamera kompak dan kamera phone lagi.

  9. #8

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    termasuk le harga pegi repair semua tu hahaha
    kalau dah ade byk sgt body dengan lenses mcm tu le jawabnya

    kesimpulannya hobi ni mmg buang duit.. tp ai laaiiikk

  10. #9

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Quote Originally Posted by xenocapin View Post
    termasuk le harga pegi repair semua tu hahaha
    kalau dah ade byk sgt body dengan lenses mcm tu le jawabnya

    kesimpulannya hobi ni mmg buang duit.. tp ai laaiiikk
    beli la Nikon.. so far saya belum lagi ada masalah guna Nikon.. ngeee

  11. #10

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Quote Originally Posted by mangkor View Post
    beli la Nikon.. so far saya belum lagi ada masalah guna Nikon.. ngeee
    alaaa abg mangkor..
    repair body under warranty
    pastu repair / cuci yg stok2 OM dulu2 tu hahaha

  12. #11

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Nasib baik ler sejak dulu aku main Nikon. Itulah sebab bila dah masuk zaman dslr dah tak banyak kuar duit. Beli dslr body jer ngan satu lagi digital lens dah cukup. Lens analoge AF dulu aku pakai ngan kamera Nikon FM2 dengan manual fokus. Tak leh auto fokus. Tapi laa ni bila masuk kepada D90 aku lens yang dah lebih 10 tahun tidak pernah menjalankan tugas auto fokus tetiba boleh menjalankan kerja Auto Fokus dengan baik walaupun dengan dslr D90. Terima kasih Nikon. Walaupun orang dah lupakan analoge tetapi Nikon dslr tidak melupakan lens analoge. Lens itu dah berpuloh tahun masa tu tidak termimpi akan digital kamera tetapi dengan gembiranya masih boleh bekerja dengan dslr. Kalaulah aku dulu terus dengan Canon pasti semua lens analoge canon terpaksa jadi korban. Cayalah ngan Nikon yang telah banyak menjimatkan duit aku daripada membeli lens dslr baru lagi.

  13. #12

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    Quote Originally Posted by CgSir View Post

    aduh...tajamnya rachun ni..ehehe...

  14. #13

    cer kira, berapa dah perabih start zaman anolog sampai sekarang...

  15. #14

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Beaufort
    Posts
    92

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    1.d90+kit lense rm 3300
    2.sb600 rm890
    3.50mm f1.8d rm 380
    4.cpl filter rm 290
    5.drybox rm 350
    6.mbd80 rm480
    7.battery rm 170
    8.eneloop+charger rm 130
    9.second eneloop rm 75
    10.blackrapid strap rm 170
    11.vanguard uprise 45 backpack rm 380
    12.tripod rm 150.
    13.wireless remote rm50
    Total rm 6815...

  16. #15

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Sudah berapa RM dihabiskan semenjak pakai DSLR.

    550D+kitlens+UV filter+tripod+memory card 8gb RM3500 (masa beli dulu mahal pastu kena tipu lagi...)
    50mm f/1.8 II + uv filter RM350
    55-250mm RM900
    18-270mm RM1980
    CPL filter RM160
    3rd party battery grip RM220
    Sling Bag RM220
    hood utk semua lens RM90
    Eneloop charger + 12 bateri RM250
    Nissin 622 Mark II RM450
    Deffuser RM40
    Wireless Remote RM 30

    total RM8190...aduhai...kalau takde thread ni..aku tak tau yang aku dah abiskan sampai banyak macam ni...
    ni tak masuk beli komputer RM3300 semata-mata nak senang edit(tak pandai-pandai pun edit sampai sekarang) dengan kos internet u-mobile RM 68 setiap bulan....elektrik lagi...air lagi...isk...banyak tu...xD
    p/s
    lepas ni plan nak "perabihkan" lagi duit untuk beli sama ada 70-200mm/f2.8L USM atau pun 24-70mm/f2.8L USM anggaran harga RM4500.

    apapun hobi ni aku rasa berbaloi berbanding hobi main game online dulu setiap bulan selama 5 tahun topup MOL Point paling kurang RM300 semata nak pastikan sentiasa dalam ranking teratas.Bini aku pun support hobi baru ni selagi duit bulanan tiap2 bulan cukup!..ehehe

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •