Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 16

Thread: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

  1. #1

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Muadzam Shah, Kuantan, Pasir Gudang
    Posts
    224

    Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Hanya untuk berkongsi pengalaman yang pernah terjadi baru-baru ni di foto selangor. Masa mengikuti kursus jabatan di kl sempat juga curi2 masa buat editing dan keluar mencuci gambar. malangnya gambar yang dah siap dicuci tidak mencukupi sedangkan bayaran dan dibuat untuk kesemua gambar tersebut. Kebetulan gambar tersebut amatlah penting kerana costumer nak cepat gambar2 tersebut. Kebetulan hanya foto selangor sahaja yg ada nama sikit dan berdekatan dengan hotel penginapan ketika itu (cititel).walaupun cuci di situ tidak lah murah tetapi dah urgent punya pasal,sesah aje lah. selesai je kursus, sampai di rumah baru lah perasan byk rupanya gambar yg tak cukup. perasaan ketika itu mmg nak marah dan cuak sb besok dah janji dgn costumer nk serah gambar2 tersebut. terpaksa lah buat penyerahan kepada costumer gambar yang tak cukup kuantitinya, nasib baik dia dpt terima penerangan diberi.tp perasaan malu ketika itu, mmg tak boleh di gambarkan. akhirnya proses yg dilalui selepas itu untuk mencukupkan gambar yang masih tergantung kalau di hitung mmg tidak menguntungkan samada dari segi kewangan, masa dan tenaga. kerana terpaksa meredah perjalanan sejauh 110km utk mencuci gambar di saat kerja core business yg berlambak2. kerana ditempat aku, takde kedai cuci gambar memenuhi kreteria. moral of the story, sebelum bawa balik gambar, kene kira cukup2 dulu walau banyak mana sekalipun gambar tersebut. mungkin rakan2 lain ada pengalaman yg serupa atau seiras yg boleh dikongsi di sini.

  2. The Following User Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    ya ..pengajaran:lain kli kigher bebetul..check bebetul..takper customer marah satu pengalaman juga ...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  4. #3

    Join Date
    Nov 2011
    Location
    localhost
    Posts
    13

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Trimass sebab berkongsi. Sepanjang ada kamera belom pernah cuci lagi. Itu yang digital belom campor yang filem. Dengar hal mcm nie akan tambah lebih rasa berhati2 terutama saya yang tengah plan nak cuci gambar. Trimass kembali buat saudara.

  5. #4

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Muadzam Shah, Kuantan, Pasir Gudang
    Posts
    224

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    ya ..pengajaran:lain kli kigher bebetul..check bebetul..takper customer marah satu pengalaman juga ...
    tu la, customer mmg tak marah tp imej kita sedikit sebanyak boleh terjejas juga.

    Quote Originally Posted by mrshafique View Post
    Trimass sebab berkongsi. Sepanjang ada kamera belom pernah cuci lagi. Itu yang digital belom campor yang filem. Dengar hal mcm nie akan tambah lebih rasa berhati2 terutama saya yang tengah plan nak cuci gambar. Trimass kembali buat saudara.
    tu hanya sekelumit pengalaman pahit yg dikongsi. mungkin senior2 di sini lebih banyak pengalaman dari itu. mungkin mereka belum berkesempatan untuk membaca thread ni untuk sama2 menyumbang pengalaman cerita sama tp tak serupa.

  6. #5

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Alamak..foto selangor adalah salah satu tempat aku selalu gunakan online untuk beli barang2...nampaknya lepas ni takkan ke sana lagi laa...selamat tinggal foto selangor

  7. #6

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    teman keliru sket bila tengok tajuk dengan masalah yang di hadapi, teman tak nampak macam ada "penyelewengan".. tapi masalah print yang termiss atau tak cukup di mana tuan sendiri tidak mengira atau menyemak ketika mengambil gambar tersebut, di mana meletakkan perkataan seleweng tu bagi teman agak "berat" bunyinya. Teman takde saham pun dengan Foto Sngor, beli barang pun jarang2 kat situ.. cuma bagi teman tuduhan tu macam agak keras bunyinye. Kesilapan mungkin telah berlaku semasa printing ataupun kecuaian pekerja, kedai tu pun bukan baru setahun dua... tapi dah lama benor wujud di situ, teman tak rasa kesilapan itu disengajakan.

    walupun teman ada tempat feveret print gambar, tak kira banyak mana, berapa kali pun, teman akan semak semua sekali betul2, sebab kita bayar duit & sudah kita mau semua cukup seperti yang dikehendaki.

    Wallahua'lam....

  8. The Following 2 Users Like This Post:


  9. #7

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Betul avam mozakim. Kalau kedai tu menyeleweng tentu dah lama tutup tapi sebaliknya laa ni semakin besar pulak. Kedai inilah tempat saya beli kamera pertama SLR Nikon FM2 tahun 1982 dulu dengan harga body sahaja RM550 selepas survey seluruh KL dan Singapore. Siap dengan normal lens 50mm f/1.4 + speedlight Nikon SB15 + nikon kamera case + tripot masa tu baru RM950. Boss dia dulu muda macam aku tapi sekarang ehemmmm....... macam aku gak. Masa tu kedai ni kecik jer, kongsi dengan kedai kain. Sekarang dia dah sapu semua.

    Mungkin pendapat avam mozakim tu betul. Kesilapan itu di lakukan oleh pekerja printing. Kekurangan gambar ni memang berlaku di mana-mana. Saya memang selaku mengalami perkara yang sama sejak dulu lagi. Bukan setakat terkurang gambar tu sahaja. Malah pernah gambar kita kira kat sana dah cukup. Bila balik rumah kita check ada banyak yang terkurang, rupanya ada banyak yang terprint dua kali. Gambar terlebih pun ada pernah juga, gambar memang cukup tapi kerana ada yang double print jadi terlebih pulak. Bayar semua termasuk yang print dua kali ni nak kira penyelewengan jugak?

    Apa-apa hal pun sebelum kita meninggalkan kedai gambar tu sebaiknya kita kira dan check lebih dahulu. Bayar ikut harga jumlah keping gambar yang diprint yang kita terima sahaja. Jika masih ada kesilapan (boleh berlaku jugak) biasanya tidaklah melibatkan kuantiti yang banyak. Sikit sahaja.

  10. #8

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Muadzam Shah, Kuantan, Pasir Gudang
    Posts
    224

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    mungkin dari segi istilah penggunaan perkataan "penyelewengan" pada tajuk tidak berapa tepat dan mungkin juga silap saya tidak mengira terlebih dahulu sebelum meninggalkan kedai kerana kesuntukan masa dan kuantiti yg banyak tambahan pula masa itu tengah berkursus dan keluar semasa rehat sekejap. tp apa yg nak di tekan kan di sini adalah moral of the story yg mungkin akan berlaku pada kawan2 yg lain dan sebahagian daripada bentuk perkongsian pengalaman yg saya alami. walaupun tidak lah melibatkan kuantiti yg terlalu banyak tp ianya cukup meninggalkan kesan yg mendalam pada saya dan imej saya sendiri.

  11. #9

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    saya selalu beli barang kat sini..antara kedai yg saya suka sbb boleh bargain harga kaw2 punya
    bab printing tu salah 2-2 pihak
    salah tukang print..salah pelanggan juga
    kalau ambik sikit masa utk check printing dan juga hasil print out tu..rasanya x akan terjadi benda mcm ni
    kalau submit 90 keping utk porint out ..seeloknya bagi la 91 keping mana tau 1 gambar korup x leh print (pernah terjadi pd saya)
    ekekekkkek

  12. #10

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Teman faham tuan speed pasti kecewa sebab masalah ini berlaku, cuma bagi teman sebelum kita buat posting, amik masa bertenang dulu sebelum buat posting, sebab perkara begini boleh berikan input yang kurang bagus. Just sebagai peringatan untuk diri teman sendiri & juga rakan2 forumer yang lain.

  13. #11

    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Shah Alam, Selangor
    Posts
    271

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Ini mungkin 'kesilapan' bukannya 'penyelewangan'. Saya suka beli barang-barang kat Pertama Komplek sebab ada dua kedai besar di sana ... Foto Selangor dan International Camera. Senang nak banding harga dan nego

  14. The Following User Like This Post:


  15. #12

    Join Date
    May 2010
    Location
    BDR TENGGARA
    Posts
    721

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    yeala mr speed...kalau difikirkan,utk apa dia seleweng, bukan untung makin rugi jadinya. mungkin berlaku sedikit kesilapan,
    apa yg dah berlaku tu jadi pengajaran utk diri sendiri dan rakan2 lain.

  16. #13

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    ni bukan penyelewengan, tapi lebih tepat kepada kecuaian. jelas sekali ada unsur kecuaian dlm hal ni... bab2 kecuaian ketika proses dan printing saya dah maklum sejak zaman filem lagi. gambar rosak dek akibat double exposure (exposure bertindan) ketika proses printing pun ada juga.. kecewa memang kecewa, tapi kita terima dgn seadanya dgn hakikat bukan semua perkara kita boleh kawal kualitinya, terutama jika ianya melibatkan kerja pihak ketiga..

  17. #14

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    saya cadangkan Digital Gallery di hadapan Mydin Kota Raya, Mr Kumar [ dia ni Muslim, mari alu-alukan dia ], pasti akan layan anda sebaik mungkin...

  18. #15

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Penyelewengan cuci gambar di foto selangor

    Quote Originally Posted by d90bluesavy View Post
    saya cadangkan Digital Gallery di hadapan Mydin Kota Raya, Mr Kumar [ dia ni Muslim, mari alu-alukan dia ], pasti akan layan anda sebaik mungkin...
    nama Islam dia Umar ... memang senang berurusan dengan dia anak buah Ken jugak

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •