Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 41

Thread: Backlighting

  1. #1

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    International Hill, UK
    Posts
    1,309

    Backlighting

    Backlighting boleh diterjemahkan sebagai Pengcahayaan Belakang ... yang mana sumber cahaya datang dari belakang sabjek .

    Saya sememangnya gemar mengambil gambar gambar berunsurkan backlighting ni, kerana pada bebiasaannya gambar gambar backlighting mempunyai kontrast yang menarik. Cahaya yang terang dari belakang (backlighting) akan memberi "depth" dan kontrast kepada imej tersebut.

    Gambar backlighting pada kebiasaannya akan menghasilkan ciri-ciri berikut:-

    Dramatik: Backlighting akan menghasilkan kontrast yang tinggi pasa sesuatu imej dan jika kena pada komposisi sesuatu gambar tersebut boleh menjadikan sesuatu imej menjadi lebih dramatik.



    Flare: Dengan menempatkan sumber cahaya betul betul dihadapan kamera akan menghasilkan silauan atau Flare pada gambar gambar tersebut. Ini tidak semestinya menjadi sesuatu yang buruk, kerana dengan olahan komposisi yang sesuai, flare tersebut boleh menambah nilai estetik dan drama kepada sesuatu gambar tersebut.



    Silhouette:Sememangnya silhouette merupakan suatu subset kepada teknik pengcahayaan dari belakang ini. Ini berlaku apabila cahaya bila intensiti cahaya pada background berada pada kadar 5 stop atau lebih dari background. Filem atau sensor kamera tidak dapat memberi dedahan yang sekata pada perbezaan demikian, Jika dedahan optimum pada sabjek dibuat, perbezaan 5 stop cahaya akan membuat background menjadi "overexposed". Menggunakan konsep ini, kebanyakkan jurugambar akan menggelapkan terus sabjek menjadi silhouette



    Warna: Backlighting mampu menaikkan warna pada sabjek sabjek yang agak lutcahaya dengan menyerlahkan lagi "details" pada warna yang ada pada sabjek.



    Walaupun backlighting ni bermaksud cahaya dari belakang, sumber cayaha tidak semestinya berada betul-betu dibelakang subjek, tetapi boleh berada di bahagian belakang sebelah atas kiri atau kanan ... seperti namanya Backlighting, sumber cahaya datang dari arah belakang sabjek ...




    Ini sahaja sedikit sebanyak pengetahuan yang ada pada saya yang boleh dikongsi bersama

  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513
    tengkiu bubba sungguh informatif
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  3. #3
    information yg banyak membantu...
    INSPIRATION + PASSION + CREATIVITY + 012 3305858
    OFFICIAL WEBPAGE l WEDDING FOTO BLOG l PERSONAL BLOG

  4. #4

    Join Date
    May 2006
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    231
    Mnarik Bubba....thx for sharing...

  5. #5
    Terima kasih Bub ... very useful (penerangan yg jelas mengikut tata cara Dewan bahasa dan Pustaka lg)

  6. #6

    Join Date
    Nov 2005
    Posts
    4,986
    bubba mmg best..
    abg bubba boleh terangkan sekali
    penggunaan lensa yang sudah dihinggapi "fungus"
    atau "protection filter - Sky-Light / UV" yang kurang mutu
    terhadap teknik "back-lighting" ini..

    /me calit pp bubba sekali
    What Does " Shooting From The Hip " Mean?
    http://www.aiman.my/

  7. #7

    Join Date
    Jan 2007
    Location
    Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
    Posts
    3,872
    Quote Originally Posted by PeLaris
    bubba mmg best..
    abg bubba boleh terangkan sekali
    penggunaan lensa yang sudah dihinggapi "fungus"
    atau "protection filter - Sky-Light / UV" yang kurang mutu
    terhadap teknik "back-lighting" ini..

    /me calit pp bubba sekali
    thanks!! untuk info....tuh..... tapi nak sokong jugak kata pelaris tuh pasal

    boleh terangkan sekali
    penggunaan lensa yang sudah dihinggapi "fungus"
    atau "protection filter - Sky-Light / UV" yang kurang mutu
    terhadap teknik "back-lighting" ini

  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    International Hill, UK
    Posts
    1,309
    Quote Originally Posted by PeLaris
    bubba mmg best..
    abg bubba boleh terangkan sekali
    penggunaan lensa yang sudah dihinggapi "fungus"
    atau "protection filter - Sky-Light / UV" yang kurang mutu
    terhadap teknik "back-lighting" ini..

    /me calit pp bubba sekali
    Weeehhh .... ada request pulak :P

    Saya jawab dengan apa pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya.

    Saya memang ada contoh kalau filter yang digunakan kurang bermutu atau "coating" pada filter telah rosak. saya dah post dua
    dari gambar tersebut diatas ... kesan ketara adalah lens flare,



    Tetapi sebagaimana saya katakan, lens flare ni kadang2 cantik gak

    Semasa menggunakan rangefinder saya suatu masa dulu kebanyakkan gambar2, terutama gambar yg mempuyai latarbelakang yg terang, saya perasan akan tompok tompok bayang pada prints 4R saya. rupanya fungus pada lens rengefinder tersebut rupanya dah teruk ... gambar nampak bercapuk capuk lah, kerana cahaya yang masuk terhadang oleh tompok2 fungus pada lens. Cahaya terang dari depan akan membuat tompok kelihatan dengan lebih jelas.

    kalau ada yang nak di betulkan, sila la abam pelaris ... saya tak mahu menyebar ajaran salah pulak 8)

  9. #9
    penerangan bubba yg sangat bermaklumat
    dan telah merungkai byk persoalan sebelum ni

  10. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543
    arrramaaak..bubba asek bagi homework jer, ari tu keta merah dah terpeleot tengkok, siap anak marah kasi sepah meja..kali ni Kak Zain akan cuba lagi insyallah...tapi nak buat outdoor dgn natural light, si deeba tu suka rungut!!!dan akan shoot two birds with one bullet, satu utk homework disini, satu utk PC.. :lol: tq bubba... :wink:
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  11. #11

    Join Date
    Nov 2005
    Posts
    4,986
    Quote Originally Posted by bubba
    Quote Originally Posted by PeLaris
    bubba mmg best..
    abg bubba boleh terangkan sekali
    penggunaan lensa yang sudah dihinggapi "fungus"
    atau "protection filter - Sky-Light / UV" yang kurang mutu
    terhadap teknik "back-lighting" ini..

    /me calit pp bubba sekali
    Weeehhh .... ada request pulak :P

    Saya jawab dengan apa pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya.

    Saya memang ada contoh kalau filter yang digunakan kurang bermutu atau "coating" pada filter telah rosak. saya dah post dua
    dari gambar tersebut diatas ... kesan ketara adalah lens flare,



    Tetapi sebagaimana saya katakan, lens flare ni kadang2 cantik gak

    Semasa menggunakan rangefinder saya suatu masa dulu kebanyakkan gambar2, terutama gambar yg mempuyai latarbelakang yg terang, saya perasan akan tompok tompok bayang pada prints 4R saya. rupanya fungus pada lens rengefinder tersebut rupanya dah teruk ... gambar nampak bercapuk capuk lah, kerana cahaya yang masuk terhadang oleh tompok2 fungus pada lens. Cahaya terang dari depan akan membuat tompok kelihatan dengan lebih jelas.

    kalau ada yang nak di betulkan, sila la abam pelaris ... saya tak mahu menyebar ajaran salah pulak 8)
    Betul dan tepat tu abam bubba..


    *** Rangefinder juga dikenali sebagai Direct View Finder
    What Does " Shooting From The Hip " Mean?
    http://www.aiman.my/

  12. #12
    Jarang dapat jumpa penerangan tentang teknik photography yang mudah difahami macam yg bubba tulis ni...
    betambah best bila disekalikan dgn PC.... fuhhhh..... best la bubba....

  13. #13

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543
    Bubba Kak Zain tak dapat guna natural lighting sebab kurang sihat (hidung melilih mungkin sebab outing di Lake Gargen tempoh hari), jadi cuba teknik satu lagi :cry: Inilah hasilnya, terima kasih atas bakal komen yg akan diberikan. Kertas orange digunakan untuk dapat bayangan orangy..biar nampak dramatic skit.. :lol:





    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  14. #14

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    somewhere...in ur dreams
    Posts
    4,288
    Kanda gambar no 2 tur menjadi....gambar no 1..x nampak kelopaknye....too much light kut....gambar no 3 sama dgn no 1....mungkin kena jauh sikit itu lampu...gunakan flash untuk kasi terang itu subject (but that flash kasi low sikit tau) play with metering (manual seating).....cuba ambik gambar BeeWee pulak....duk depan pintu......yg mana ade lighting original dari luar pintu tur.....
    "Our lives improve only when we take chances and the first and most difficult risk we can take is to be honest with ourselves." - Walter Anderson



    http://lianaadra.fotopages.com
    http://anna1404.fotopages.com
    http://www.jieadra.com/gallery

  15. #15

    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Puncak Jalil
    Posts
    34


    Cikgu2...komen please.....

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •