Results 1 to 14 of 14

Thread: Bedah Photo | Chromatic Aberration

  1. #1

    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    18

    Bedah Photo | Chromatic Aberration



    Assalam kepada yang dapat membantu. Gmbar di bawah adalah ni kalu sekali imbas pun tak cantik, mcm shaking je.. tp bukan itu soalannya.. ini adalah antara contoh. Yang saya nktau adalah berkenaan Chromatic Aberration yang ketara. Jika dapat diperhatikan di hujung snow cap anak saya tu mmg jelas kelihatan CHromatic Aberration nya.. byk gmb2 yg saya snap akan ada masalah ni.. terutama on day shot.

    Mmg boleh reduce gunakan mana2 photo editor, tapi camne nak elak dari berlakunya perkara ni ek?.. adakah disebabkan shaking, gmb jadi tak sharp dan mnyebabkan Chromatic Aberration atau camera setting atau lens?

    Ini exif data nya:

    Camera: Canon 1100D
    Lens: EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS II
    Focal: 50 mm
    Aperture: f/5.6
    Shutter Speed: 1/60
    ISO: 125
    Metering Mode : Partial



    mntak bantuan otai2. tqvm

  2. #2

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    dimana kaki ku berpijak...
    Posts
    1,233

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    wassalam...

    aku bkn otai, tapi aku rase masalah terjadi kerana penggunaan shutter speed yg tidak sesuai. Cuba baca berkenaan rule of thumb.

    sila betulkan kalau ambe salah.
    BLOG
    BBM 21E47ECD

  3. #3

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    Kay Ell
    Posts
    398

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Chromatic Aberration adalah masalah umum pada lensa ataupun benda2 optic. Boleh google utk tau details.....
    Cap ayam motosport shooter

  4. #4

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    36

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    CA mmg problem teknikal pada lense tersebut. Ia terjadi disebabkan perbezaan contrast yang melampau. contoh shoot portrait dgn BG yang terlalu cerah. Masa tu pulak nk dapatkan bokeh guna la F besar...mcm F1.8...memang CA akan terjadi. Nak elak CA ni, shoot situasi yang tidak terlalu beza Subjek & BG atau cuba guna F kecik sikit. Dari gmbr di atas, CA nya masih boleh accept, saya punya lense shoot pada F1.4...lg tebal CA nya.

  5. The Following 2 Users Like This Post:


  6. #5

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    ade pakai UV filter tak? mana tau kot2 filter tu yg sebabkan CA.

  7. #6

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    Kay Ell
    Posts
    398

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Quote Originally Posted by amirosama View Post
    CA mmg problem teknikal pada lense tersebut. Ia terjadi disebabkan perbezaan contrast yang melampau. contoh shoot portrait dgn BG yang terlalu cerah. Masa tu pulak nk dapatkan bokeh guna la F besar...mcm F1.8...memang CA akan terjadi. Nak elak CA ni, shoot situasi yang tidak terlalu beza Subjek & BG atau cuba guna F kecik sikit. Dari gmbr di atas, CA nya masih boleh accept, saya punya lense shoot pada F1.4...lg tebal CA nya.
    Setuju dengan pendapat ini..........LIKE
    Cap ayam motosport shooter

  8. #7

    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    18

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Quote Originally Posted by adavirus View Post
    ade pakai UV filter tak? mana tau kot2 filter tu yg sebabkan CA.
    masa ni baru je take out filter, mula2 ingat gitu gak.. tu yg cabut kluar.. tp masih jadi

  9. #8

    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    18

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Quote Originally Posted by amirosama View Post
    CA mmg problem teknikal pada lense tersebut. Ia terjadi disebabkan perbezaan contrast yang melampau. contoh shoot portrait dgn BG yang terlalu cerah. Masa tu pulak nk dapatkan bokeh guna la F besar...mcm F1.8...memang CA akan terjadi. Nak elak CA ni, shoot situasi yang tidak terlalu beza Subjek & BG atau cuba guna F kecik sikit. Dari gmbr di atas, CA nya masih boleh accept, saya punya lense shoot pada F1.4...lg tebal CA nya.
    bro amirosama, ada lg teruk dari ni.. ini antara contoh.. anyway thanx for the sharing.. ke sbb lens sama. mgkin kit lens saya ada problem.. kot2 laa..

  10. #9

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    biasanya kit lens memang senang kena CA. lensa2 mahal menggunakan ED element yg meningkatkan resolution dan mengurangkan CA. semua lens L canon ada ED element.

    benda2 lain yg biasanya menyebabkan CA ialah shooting against the light, seperti matahari kat depan photographer, subjek berwarna cerah dan penggunaan aperture yg luas.

    CA boleh direpair di photoshop sebab biasanya dia ni kaler purple/magenta. jadi boleh select color dan buat apa yg patut seperti rendahkan saturation dia.

    CA boleh dielakkan/dikurangkan dgn menggunakan lens yg ada ED element, guna aperture yg tak besar sangat.

    aku tak pernah try atau baca tentang ni tapi rasanya cpl boleh membantu mengurangkan CA.

    ambik gambar kat fraser hill memang best sebab ada banyak spider.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  11. #10

    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Sg. Petani, Kedah
    Posts
    354

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    CA adalah disebabkan oleh lens... try buka filter, pasang hood, kecilkan aperture dalan 3 stop... harap membantu
    freezing it~
    ------------------------------
    Hanis Huqaimi
    hanis_q[at]yahoo[dot]com
    O13.458.69.42
    My Flickr

  12. #11

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Chromatic Aberration adalah masalah lens untuk memfocus cahaya biru, hijau dan merah pada satu titik (kita ada belajar perkara ini dalam Fizik). Cahaya puteh terdiri dari pelbagai warna tetapi setiap warna mempunyai wavelength yang berbeza. Kesannya ialah warna (dalam cahaya tersebut) akan disperse (membengkok) pada sudut yang berbeza. Cuba kita lihat imej dibawah...



    Punca boleh terjadi ialah kerana material lens (bahan kaca lensa) itu mempunyai refractive index tertentu yang memberi kesan tertentu kepada wavelength warna. Untuk mengurangkan kesannya, kombinasi lens dgn bentuk yang berbeza digunakan. Seperti imej dibawah...



    Kombinasi ini dipanggil achromatic lens. Tapi masih tak perfect walaupun ada improvement (contoh lens ialah EFS 18-55mm yang dijadikan kit lens tu). Jadi keluarlah design yang baru seperti dibawah...



    Yang ini pula dipanggil apochromatic lens. Contoh lens yang guna design ini ialah Canon EF 70-200mm F2.8L IS (semua L lens pun sebenarnya guna design ni). Disamping itu jenis kaca juga memberikan kesan ketara. Bahan kaca yang sering diguna dalam Lens Canon ialah Flourite yang mempunyai kadar dispersion yang amat-amat rendah. dan untuk pengetahuan, Canon memiliki paten dalam 'membiak' kristal Flourite.

    Cara untuk mengurangkan kesan CA ini ialah;
    1. Kurangkan keadaan berkontras tinggi.
    2. Kurangkan guna aperture yang besar (so tak dapat bokeh masa potret?? Boleh... pastikan #1).
    3. Elak guna kadar zoom yang maximum. Contoh zoom lens 70-300mm, kesan CA lebih tinggi pada 300mm jika dibanding pada 150mm.
    4. Guna lens yang lebih mahal.. (ni statement jahat). Jika guna lens murah, elak keadaan #1, #2 dan #3.
    5. Jika tak dapat guna lens mahal, jika tak dapat seperti #1, #2 dan #3, boleh kurangkan kesannya semasa post processing. Photoshop dan DPP (software Canon), mampu menanganinya dengan sempurna.
    6. Satu lagi, jika guna kamera Canon, cuba enable HTP (Highlight Tone Priority). Fungsi ini tidak disebut boleh mengatasi CA semasa keadaan kontras tinggi, tapi kerana HTP boleh bantu mengawal warna puteh (yang highlight) agar tidak 'pecah', ianya boleh 'membantu' juga untuk tangani CA sedikit.

    ## sebab tu kalau kita invest pada lens yang lebih baik adalah bijak dari invest pada body. Jika tak dapat beli yang baru, yang second-hand pun boleh juga. Lens tu boleh dihantar untuk servis.
    ## Lens Nikon yang ada ED tu pun berfungsi utk reduce CA.

    Lens yang murah dan ada kesan CA, gambar akan kehilangan 'detail'. Jika Kerana itulah lens yang ada kaca flourite atau kaca ED, biasanya mahal. Sebab tulah orang selalu kata lens ini lebih 'sharp'.
    Last edited by PengukirCahaya; 26th March 2012 at 08:45 PM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  13. The Following 5 Users Like This Post:


  14. #12

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    bachok..skarang dok KL
    Posts
    504

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    jelas n clear abam PC bagi penerangan..dapat juga ilmu...he..he..he..

  15. #13

    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    18

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post
    Chromatic Aberration adalah masalah lens untuk memfocus cahaya biru, hijau dan merah pada satu titik (kita ada belajar perkara ini dalam Fizik). Cahaya puteh terdiri dari pelbagai warna tetapi setiap warna mempunyai wavelength yang berbeza. Kesannya ialah warna (dalam cahaya tersebut) akan disperse (membengkok) pada sudut yang berbeza. Cuba kita lihat imej dibawah...



    Punca boleh terjadi ialah kerana material lens (bahan kaca lensa) itu mempunyai refractive index tertentu yang memberi kesan tertentu kepada wavelength warna. Untuk mengurangkan kesannya, kombinasi lens dgn bentuk yang berbeza digunakan. Seperti imej dibawah...



    Kombinasi ini dipanggil achromatic lens. Tapi masih tak perfect walaupun ada improvement (contoh lens ialah EFS 18-55mm yang dijadikan kit lens tu). Jadi keluarlah design yang baru seperti dibawah...



    Yang ini pula dipanggil apochromatic lens. Contoh lens yang guna design ini ialah Canon EF 70-200mm F2.8L IS (semua L lens pun sebenarnya guna design ni). Disamping itu jenis kaca juga memberikan kesan ketara. Bahan kaca yang sering diguna dalam Lens Canon ialah Flourite yang mempunyai kadar dispersion yang amat-amat rendah. dan untuk pengetahuan, Canon memiliki paten dalam 'membiak' kristal Flourite.

    Cara untuk mengurangkan kesan CA ini ialah;
    1. Kurangkan keadaan berkontras tinggi.
    2. Kurangkan guna aperture yang besar (so tak dapat bokeh masa potret?? Boleh... pastikan #1).
    3. Elak guna kadar zoom yang maximum. Contoh zoom lens 70-300mm, kesan CA lebih tinggi pada 300mm jika dibanding pada 150mm.
    4. Guna lens yang lebih mahal.. (ni statement jahat). Jika guna lens murah, elak keadaan #1, #2 dan #3.
    5. Jika tak dapat guna lens mahal, jika tak dapat seperti #1, #2 dan #3, boleh kurangkan kesannya semasa post processing. Photoshop dan DPP (software Canon), mampu menanganinya dengan sempurna.
    6. Satu lagi, jika guna kamera Canon, cuba enable HTP (Highlight Tone Priority). Fungsi ini tidak disebut boleh mengatasi CA semasa keadaan kontras tinggi, tapi kerana HTP boleh bantu mengawal warna puteh (yang highlight) agar tidak 'pecah', ianya boleh 'membantu' juga untuk tangani CA sedikit.

    ## sebab tu kalau kita invest pada lens yang lebih baik adalah bijak dari invest pada body. Jika tak dapat beli yang baru, yang second-hand pun boleh juga. Lens tu boleh dihantar untuk servis.
    ## Lens Nikon yang ada ED tu pun berfungsi utk reduce CA.

    Lens yang murah dan ada kesan CA, gambar akan kehilangan 'detail'. Jika Kerana itulah lens yang ada kaca flourite atau kaca ED, biasanya mahal. Sebab tulah orang selalu kata lens ini lebih 'sharp'.
    Ilmu yg sangat2 berguna, thanx pd otai..

  16. #14

    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    18

    Re: Bedah Photo | Chromatic Aberration

    Quote Originally Posted by Hanisq View Post
    CA adalah disebabkan oleh lens... try buka filter, pasang hood, kecilkan aperture dalan 3 stop... harap membantu
    ooo, i tot lens hood just for aksesori n to protect lens je.. bleh mengurangkan CA ni jgk rpenye. tq2

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •