Results 1 to 14 of 14

Thread: Langgar Lari di Laut China Selatan

  1. #1

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Langgar Lari di Laut China Selatan

    Pada bulan September tahun lepas, saya berpeluang membuat liputan mengenai satu peristiwa langgar-lari yang berlaku dilaut China Selatan kira-kira 8 batu nautika di Timur pulau Tioman. Bersama saya ialah beberapa wartawan dari TV3, TV Hijrah, The Star dan lain-lain. Kami dibawa oleh pihak Maritim wilayah Timur menaiki bot menuju ke lokasi kejadian.


    7D, Av, 1/2000, f4, 400, 24-70@24mm
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  2. #2

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Nama kapal ini ialah MT CENDANAWATI, yang membawa 1600 tan muatan minyak pelincir, sedang dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Indonesia. Dalam perjalanan telah berlanggar dengan sebuah kapal lain, MT COSMIC 10, yang menuju ke Thailand ketika berada berhampiran dgn Pulau Tioman.


    7D, Av, 1/2000, f4, 400, 24-70@70mm
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  3. #3

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    MT CENDANAWATI ini memulakan pelayarannya dari Thailand pada 9 Sept 2011 dan jangkaan tiba di Indonesia pada 12 Sept 2011. Tapi pada 11 Sept 2012, jam 3.30 pagi, ketua pengawal bertugas telah menyedari ada sebuah kapal tangki (MT COSMIC 10) berada bertentangan dengan kapalnya. Usaha menghubungi kapal tersebut tapi tiada respon. Akhirnya keputusan diambil dengan menukar haluan MT CENDANAWATI menghala ke kiri.


    7D, Av, 1/1500, f4, 400, 24-70@70mm
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  4. #4

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Jika tidak mengubah haluan, akan berlaku 'head-on collision' antara dua gajah. Tetapi pelanggaran memang tidak dapat dielakkan juga apabila pada waktu yang sama, kapal MT COSMIC 10 telah tiba-tiba mengubah haluanya kekanan dan terus melanggar bahagian bilik injin tapat 3.45pagi. Namun kapal MT COSMIC 10, tidak memberi apa-apa bantuan dan terus berpatah-balik belayar meninggalkan lokasi menuju ke Bantam. Kejadian langgar-lari ini adalah merupakan kejadian pertama kali berlaku di perairan laut China Selatan.



    7D, Av, 1/1500, f4, 400, 24-70@70mm

    Kelihatan beberapa pegawai Maritim sedang membuat siasatan dan pematauan. Sauh kapal MT COSMIC 10, tercabut dan tersangkut diatas kapal (objek yang empat segi bujur berkarat berhampiran dgn anggota MARITIM). Mujur tiada kebocoran dan tumpahan minyak yang dibawa. Bahagian kargonya tidak rosak.
    Last edited by PengukirCahaya; 27th April 2012 at 12:57 PM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  5. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Pandangan bilik injin yang mengalami kerosakan teruk.


    7D, Av, 1/125, f4, 400, 24-70@60mm
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  6. #6

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan


    7D, Av, 1/1500, f4, 400, 24-70@70mm

    Pandangan bilik kepten kapal yang mengalami kerosakan. Ketika kejadian, kepten sedang tidur dan cuba bayangkan apa yang terbayang dikepala beliau pada masa itu. Kepten kapal telah mengalami kecederaan tetapi tidak serius.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  7. #7

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Bahagian haluan kapal MT CENDANAWATI


    7D, Av, 1/750, f4, 400, 24-70@50mm

    Dan ini adalah gambar MT COSMIC 10, yang diambil oleh krew MT CENDANAWATI sebelum lari.

    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  8. #8

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Pengalaman pertama menaiki bot Maritim sangatlah teruja dan mendebarkan. Saya ini penakut naik kapal. Alasan ialah tak pandai berenang. Tetapi semasa perjalanan pulang, waktu hampir gelap dan semasa menghampir pulau Tioman, pemandangannya tersangat indah.....


    7D, Av, 1/8000, f4, 400, 24-70@70mm


    7D, M, 1/8000, f2.8, 400, 24-70@50mm
    Last edited by PengukirCahaya; 27th April 2012 at 12:55 PM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  9. The Following User Like This Post:


  10. #9

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Ish ishh ishhh.. macam ni pun ader... agaknya Malim kapal Cosmic 10 tu tgh layan video porno kot?? Pernah keluar berita pemandu lori tgh duk layan video lucah ketika memandu terus melanggar kenderaan lain...

  11. #10

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    ingat kat jalan jer ade kes langgar lari. ni sure kapal hantu ni takde lesen.

    terima kasih sebab share cerita ni. menarik!
    Last edited by adavirus; 27th April 2012 at 03:45 PM.

  12. #11

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    ladang gotah, gomeh N9
    Posts
    331

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    xkaram plak kapal tu ea?

  13. #12

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Quote Originally Posted by arintom View Post
    xkaram plak kapal tu ea?
    Kapal tu tak karam sebab bilik injin sempat di'sealed'. Maka air tak masuk ketempat lain.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  14. #13

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    284

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post
    Pengalaman pertama menaiki bot Maritim sangatlah teruja dan mendebarkan. Saya ini penakut naik kapal. Alasan ialah tak pandai berenang. Tetapi semasa perjalanan pulang, waktu hampir gelap dan semasa menghampir pulau Tioman, pemandangannya tersangat indah.....


    7D, Av, 1/8000, f4, 400, 24-70@70mm


    7D, M, 1/8000, f2.8, 400, 24-70@50mm
    off topic: nampak naga tgh tidur. sebab tu pulau tioman dapat jolokan the island of sleeping dragon.

  15. #14

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Langgar Lari di Laut China Selatan

    Naga sedang tido.... bayangkan kalau dia terjaga!!!

    Kapal itu akhirnya ditunda ke singapura selepas kargonya dipindahkan kekapal lain.... Krew kapal diterbangkan ke Indonesia dengan selamat dari Kuantan.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •