Results 1 to 9 of 9

Thread: Taktik Terbaru Scam di Mudah

  1. #1

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,338

    Taktik Terbaru Scam di Mudah

    Saya terbaca satu kisah menarik di satu blog mcm mana penipuan (SCAM) cara alaf baru dilakukan di mudah.

    Mangsa mangsa dah pun COD, pon kena. sila baca.

    http://noorizamshah.blogspot.com/201...bij0Q.facebook

    Perkara ini telah banyak kali disentuh. Hakikatnya masih ramai yang alpa dengan kisah yang telah berlaku sebelum ini.

    Penipuan terancang.

    Anda mungkin terdedah dengan aktiviti penipuan. Ia boleh berlaku samada di atas talian atau tidak. Tidak kira platform bisnes. eBay, Facebook, Lelong, Mudah, Apeje, Website, Blog atau emel. Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan penipuan termasuklah diri saya.

    Jadi, untuk mengelakkan anda ditipu oleh mereka yang tidak bermoral ini, pastikan anda perlu tau beberapa etika ketika melakukan urusniaga di internet.

    Dalam post ini, saya ingin sentuh kisah benar yang dikongsikan oleh rakan saya mengenai bagaimana beliau hampir-hampir ditipu di dalam urusan jual beli produk di laman web Mudah.my

    Kisahnya dimana kawan saya ini nak jual kamera digital di Mudah.my

    Suatu hari, beliau dapat panggilan dari seorang wanita yang berminat untuk membeli kamera digital ini. Dengan alasan, wanita ini telah menghilangkan kamera milik rakannya dan beliau diminta untuk menggantinya semula, jadi wanita ini telah bersungguh-sungguh untuk membelinya.

    Nak dijadikan cerita, semasa nak buat pertemuan dan melakukan urusan pembayaran, wanita berkenaan telah menghubungi rakan saya ini untuk bertemu dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai rakannya. Rakannya ini akan membayar wang kepada rakan saya ini.

    Pada awalnya, pertemuan dirancang disebuah pusat membeli-belah, tetapi wanita ini berkali-kali meminta supaya rakan saya ini buat pertemuan di sebuah bank.

    Atas niat memang nak sangat jual kamera digital ini, beliau pun pergi ke bank untuk bertemu dengan lelaki yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan.

    Sewaktu bertemu dengan lelaki itu, wanita berkenaan telah call lelaki tersebut supaya lelaki itu lakukan bayaran ke dalam akaun bank wanita berkenaan (duit yang dimasuk atas nama seorang lelaki). Rakan saya mula rasa sangsi dan timbul persoalan kenapa lelaki itu tidak beri sahaja wang tunai kepadanya sedangkan barang sudah ada di depan mata.

    Dakwa lelaki itu, wanita itu berkali-kali suruh masukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan kerana takut rakan saya ini telah naikkan harga (mark up) dan menjual kamera digital ini pada harga yang tinggi kepada lelaki ini.

    Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut sebenarnya telah awal-awal lagi beritahu lelaki ini yang beliau akan bertemu dengan rakan saya ini yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan. Pulak.

    Anda nampak sekarang bagaimana wanita ini buat mastermind untuk scam salah seorang daripada mereka.

    Akhirnya, selepas lelaki itu memasukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan dan call wanita berkenaan, terus wanita tersebut tidak lagi menjawab dan mematikan telefon bimbit.

    Selepas disoal, lelaki itu sebenarnya menceritakan yang beliau ingin membeli kamera digital dan melihat ia dijual pada harga rendah di laman web Mudah. Penjual itu adalah wanita itu. Apabila wanita ini mula mendapatkan mangsanya, wanita ini akan mencari penjual yang betul-betul mempunyai kamera digital untuk dijual dan merancang urus niaga seperti modus operandi diatas.

    Sekarang lelaki yang masukkan wang tadi telah berputih mata. Beliau telah ditipu dan rakan saya hampir-hampir juga menyerahkan kamera digital kepada lelaki ini, jika tidak yang berputih mata rakan saya ni.

    Kes ini telah dipanjangkan dan telah pun dilaporkan kepada polis. Laporan dibank juga telah dibuat. Lelaki yang kena tipu ini berkata, dia akan cari wanita ini sehingga jumpa.

    ----------------------------------------------------------------------

    Kisah diatas jadikan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan modus operandi macam ni. Jika anda hadapi situasi seperti ini pastikan anda dapatkan penjelasan sebenar sebelum lakukan final transaction. Ambil masa sebelum buat serahan terakhir. Berbual dengan penjual atau pembeli anda. Lihat reaksi mereka samada mereka tergesa-gesa, gelisah atau kelam-kabut. Jika mereka mewakilkan orang lain, pastikan buat pengesahan beberapa kali.

    Nak kena tipu ini, kat mana-mana pun boleh kena tipu. Apa yang penting, kita perlu ada kesedaran, kena ada ilmu, sentiasa merujuk (seperti info yang ada dalam blog ini).
    kredit pada tuan punya blog.
    http://noorizamshah.blogspot.com
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  2. The Following 5 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    woo ni kire cam agent org tengah ler ni. kena hati2. senang cerita, COD = jumpa, belek barang, bayar cash.. selesai urusniaga. kalau nak beli barang melalui pos tu kena pastikan sumber malumat boleh dipercayai. kalau boleh, beli brg murah2 jer. so kalau kena tipu takde ler kempunan sangat.

  4. #3

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    scam modus operandi lebih kurang macam ni pernah di buat orang mat2 afrika (negros) ... diorang yg akan cari "seller" konon nak beli barang tu gak... so be careful semua

  5. #4

    Join Date
    Mar 2012
    Posts
    25

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    scammer ni kalau aku dapat mmg aku hempuk..lepas tu ajak member lauk ramai2..gerammmm..sebab aku penah kene scam dulu tahun 2008..
    walaupun dah deal dua tiga kali dengan orang yg sama itu masih belum menjamin deal yang seterusnya akan selamat..awas kalau buat deal online. aku doakan si scammer ni takkan tenang idup dia dunia akhirat. ko dapat duit juta2 pun tapi idup ko takde makne malah merana..amin..

  6. #5

    Join Date
    Mar 2011
    Location
    k.Rompin-keratong-Putrajaya........
    Posts
    228

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    berbelit2 cerita ni...2-3 kali aku baca...heeeee....rupanya, mcm ni penipuan pon ade jugak....mmg teliti punya perancangan...

  7. #6

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    shah alam - muar - bp
    Posts
    292

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    macam2 cara dan tektik scammer2 sekarang ni nak tipu orang...walaupun dan banyak peringatan dan teladan tapi masih ada lagi mangsa yang kena tipu..diharapkan jangan sampai rakan2 kita sendiri akan menjadi mangsa seterusnya...

  8. #7

    Join Date
    Nov 2012
    Location
    Pantai Hillpark
    Posts
    152

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    info yang berguna, tq for sharing.

  9. #8

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    Hari ini saya buka mudah, search d600 jer ada 4 spam.....

    http://www.mudah.my/Nikon+D600+Digit...R-19068875.htm

    Nikon D600 Digital SLR Camera with AF-S 24-85mm VR

    Location: Sarawak Price: RM 5 000

    http://www.mudah.my/Nikon+D600+with+...s-19047635.htm

    Nikon D600 with 70 200mm, VR Lens

    Location: Sabah Price: RM 4 000

    http://www.mudah.my/Nikon+D600+with+...+-19019972.htm

    Nikon D600 with 70-200mm, VR Lens, Memory
    ,
    Location: Sarawak Price: RM 5 000

    http://www.mudah.my/Nikon+D600+Digit...l-18955353.htm
    Nikon D600 Digital SLR Camera Body 24.3 Megapixel
    Location: Kedah. Price: RM3300

  10. #9

    Join Date
    Dec 2014
    Posts
    1

    Re: Taktik Terbaru Scam di Mudah

    Air-Cond Scammer at Mudah.
    TEH POH LING
    IC:740819-08-5076.
    TAN LEE HOCK
    IC:791108-02-5917


    CIMB BANK ACC : 7055-1757-67.


    using some company name and phone number.
    AIR COND EXPERTS SALES AND SERVICE (M) SDN BHD
    PRESTIGE AIR CONDITION ENGINEERING SDN BHD
    01120419188
    C.T.L AIR-COND SALES AND SERVICE SDN BHD
    01120419188
    ENERGETIC AIR-COND AND REFRIGERATION SDN BHD
    0165374878
    0194910721


    Insisted to pay first.
    Pay money but did't come install. police reported.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •