Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 17

Thread: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

  1. #1

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Agak lama tidak mengepost di ruangan photojournalisme di FMDC ini maklumlaa tak de subject yg betul2 best nk dikongsikan.. Sedikit hasil daripada outing "KLIK-KLIK KELATE" anjuran Tourism Malaysia yang mengetengahkan gambar2 kebudayaan dan carahidup unik masyarakat di Kelantan..Saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta (sebenarnya excited balik kg jer lebih ) Ramai jugak saya rasa ahli FMDC yang turut serta dan dialu-alukan jika hendak berkongsi sama di thread ini...gambar tidak dapat menceritakan proses dari A - Z kerana setiap kumpulan hanya diberi masa lebih kurang 20 minit shj untuk satu2 kawasan shoot (daripada 4 tmpat di daerah Tumpat)

    Proses membuat rebana ubi ini terletakdi Kg Morak di Semat Ja, Tumpat Kelantan..

    #1


    F -Stops f5 | Exposure Times 1/25 | Iso 640

    GOSOK-Anak jati Kelantan ini yang merupakan penyambung warisan ayahnya sedang mengikir kayu nangka yang telah dibentuk kasar. Kayu nangka banyak digunakan kerana ianya lembut dan mudah dibentuk tambahan lagi dapat menghasilkan nada yang terbaik mengikut kelas nya tersendiri. 2 lubang akan ditutup. 1 bahagian menggunakan kulit kambing dan 1 bahagian lagi menggunakan kulit lembu untuk menghasilkan nada yang berbeza. Kedua-dua kulit ini akan dijemur terlebih dahulu sehingga keras untuk menjaga kualiti bunyinya.


    #2


    F -Stops f4 | Exposure Times 1/60 | Iso 2500

    TELITI- Selepas proses meratakan selesai, rebana diteliti agar bentuknya bulat dan sekata. Rebana banyak digunakan di negeri Sebelah Timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Rebana kecil juga dikenali dengan nama "Kompang"" dan banyak dimainkan di majlis-majlis rasmi dan juga perkahwinan Melayu

    #3

    F-Stops f4.5 | Exposure Times 1/60 | ISO 1000

    TEKUN- Lubang ditebuk dan diratakan di bahagian dalamnya menggunakan penebuk khas. Kebanyakkan proses penebukan ini menggunakan tenaga manusia sahaja. Proses menebuk ini banyak dilakukan oleh pemuda ini kerana kudrat golongan tua agak terhad pada proses ini..



    #4

    F-Stops F2.8 | Exposure Times 1/100 | ISO 2500

    Kayu dibentuk bulat untuk menampakkan bentuk asas rebana.

    #5


    f-stop 2.8 | Exposure times 1/125 | ISO 2500

    Rebana dibentuk kasar menggunakan kapak terlebih dahulu sebelum dikemaskan dengan menggunakan kikir. Nama asal rebana diambil dari perkataan Arab iaitu ROBBANA bermaksud "" Tuhan Kami"

    #6
    f-stop 2.8 | Exposure times 1/100 | ISO 2500

    Wajah seorang pejuang warisan Kelantan yang masih setia untuk mempertahankan budaya dan warisan Kelantan. Beliau risau jika tidak diturunkan ilmu kepada anaknya sebelum beliau menutup mata, mungkin pembuatan rebana ini akan lenyap sedikit -demi sedikit ..

    Sekian ..sebarang penambah baikkan dialu-alukan untuk koleksi dokumentasi saya ini..


  2. #2

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    terbaik......

  3. #3

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    teringat pd arwah Pak Din di kampung saya. beliau seorang pembuat kompang & rebana, bengkelnya terletak bersebelahan dgn sekolah saya dulu. bila beliau pergi menyahut seruan Ilahi, bengkel rebana & kompang itu pun turut terkubur bersama.. hilang sudah warisan bangsa

  4. The Following User Like This Post:


  5. #4

    Join Date
    Mar 2009
    Location
    Skudai, Johor, Malaysia, Malaysia
    Posts
    354

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Best2.. Teringin nak gambar2 style mcm neh tapi tak pandai nak cari port.. sapa kat Johor nie ada buat?? nak Tag... heheh.. kot2 p tempat orang buat kuda kepang ke.. huhuh...

  6. #5

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    best2.. thanks for sharing bro

  7. #6

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Quote Originally Posted by Jai org Johor View Post
    terbaik......
    terima kasih bro

    Quote Originally Posted by mangkor View Post
    teringat pd arwah Pak Din di kampung saya. beliau seorang pembuat kompang & rebana, bengkelnya terletak bersebelahan dgn sekolah saya dulu. bila beliau pergi menyahut seruan Ilahi, bengkel rebana & kompang itu pun turut terkubur bersama.. hilang sudah warisan bangsa
    betul tuh abang mangkor..warisan nih klu tak dikomersialkan betul2 mesti ilang..nasib baik sekarang majlis kahwin still guna kompang so permintaan tuh tetap ada la kot

    Quote Originally Posted by Okultika View Post
    Best2.. Teringin nak gambar2 style mcm neh tapi tak pandai nak cari port.. sapa kat Johor nie ada buat?? nak Tag... heheh.. kot2 p tempat orang buat kuda kepang ke.. huhuh...
    tuk permulaan bolehlaa rikki2 tmpat2 yg biasa2 dahulu..tak semestinya benda2 yg susah..yg dekat2 pon boleh..mcm pembuatan kuih tradisonal ke, cover tentang aktiviti2 mereka yg berkerja larut malam ke..atau apa2 sahaja yg menarik tmpat anda..ready pen dan kertas tuk catat isi2 penting dan tarikh peristiwa

    Quote Originally Posted by aboyNajun View Post
    best2.. thanks for sharing bro
    terima kasih bro..tmpat saya ada benda ni so sama2 la kita kongsi info2 dia kt tmpat lain plak ...

  8. #7

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Blue Planet
    Posts
    845

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Walaupun dengan masa yg serba singkat saudara berjaya menghasilkan hasil yg sgt memukau. Angle dan lighting mmg terbaik ditambah dengan penerangan berkenaan proses yg terlibat menguatkan lagi penceritaan. Teruskan berkarya dlm memberi maklumat berguna sebegini. Tak ramai yg suka shoot dokumentasi sebegini. Tahniah
    mataku adalah kameraku, tapi kameraku bukanlah mataku

    http://www.pesonaimage.com
    http://twitter.com/pesonaimage

  9. #8

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Saujana Damansara
    Posts
    3,103

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    hebat sungguh hasil buah tangan abam otai Azmizi Omar nims...kagum sungguh saya...

  10. #9

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    284

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    best. penuh informasi.

  11. #10

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    Gombak@kuantan
    Posts
    421

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    baru berkesempatan tgk gambar abe lejem nihh..comey2 belako..Thanks for Sharing..

  12. #11

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Quote Originally Posted by zzoux View Post
    Walaupun dengan masa yg serba singkat saudara berjaya menghasilkan hasil yg sgt memukau. Angle dan lighting mmg terbaik ditambah dengan penerangan berkenaan proses yg terlibat menguatkan lagi penceritaan. Teruskan berkarya dlm memberi maklumat berguna sebegini. Tak ramai yg suka shoot dokumentasi sebegini. Tahniah
    terima kasih tuan zzoux.. tuan la menjadi inspirasi tunjang belakang saya berkarya .. hasil2 tuan sungguh mabelesss ditambah klu belanja saya di Durian2U di SS2 bersama hanty zain zubir :P


    Quote Originally Posted by JemeyPhoto View Post
    hebat sungguh hasil buah tangan abam otai Azmizi Omar nims...kagum sungguh saya...
    karya-karya lendskep abam legem juga menjadi insiprasi saya...


    Quote Originally Posted by alfishahrin View Post
    best. penuh informasi.
    terima kasih tuan sudi jengah thread tak seberapa nih

    Quote Originally Posted by paizero View Post
    baru berkesempatan tgk gambar abe lejem nihh..comey2 belako..Thanks for Sharing..
    terima kasih tuan..

  13. #12

    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Bidor, Malaysia
    Posts
    285

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    memang terbaik azmizi......teruskan lagi...
    Abah Along baru belajar ni.......tapi bleh le sikit-sikit ...ade le gambar skit2 kad
    http://syazhar.fotopages.com dan http://www.flickr.com/photos/dedaunhijau/ serta http://myfotoshoot.blogspot.com/

  14. #13

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    pj, sunway, bangsar, shah alam ,kb
    Posts
    4,955

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Quote Originally Posted by syazhar View Post
    memang terbaik azmizi......teruskan lagi...
    terima kasih abah.. ambo niat hendak berkongsi sama2 kawan2 yg tak pernah tau proses2 pembuatan dia ni..tapi info terhad sebb mase singkat je

  15. #14

    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    5

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Probably one of the nicer and enjoyable things is being able to go on a photo journalism interest with you. And though it would likely be left out if you could not get the proper connections to work well with your stuff, it would feel a lot nicer if you have close contacts who could help you with it. And true enough, it should be something that could take advantage of.

  16. #15

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    22

    Re: Photojournalisme | Pembuatan Rebana di Kelantan

    Tx legems...byk info dapat..

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •