Results 1 to 6 of 6

Thread: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

  1. #1

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,264

    Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    Pada awal pagi 23 Apr, kami telah dihantar oleh pemilik hotel ke stesyen bas Jiuzhaigou. Perjalanan sekitar 15 minit ke stesyen bas tersebut. Beliau menolong kami membeli tiket bas ekspress ke Chengdu. Sungguh baik hati pemilik hotel yg kami diami di Jiuzhaigou.

    Perjalanan pulang ke Chengdu memang indah. Kami menyusuri gunung dan lembah selama 10 jam utk ke Chengdu.
    Foto-foto ini kawan shot dari atas bas. Sepanjang perjalanan memang asyik shot.







    Sampai di Chengdu, kami telah ke stesyen keretapi utk ke Kunming. Malangnya tiket keretapi ke Kunming utk hari itu semuanya telah habis dijual. Kami terpaksa bermalam di Chengdu kerana tiket terawal yg kami beli adalah keretapi jam 3.30 ptg esoknya. Malam itu kami menginap di Chengdu Grand Hotel. Segala urusan pembelian tiket dan pencarian hotel kami dibantu oleh Cik Liew. Kami berkenalan dgn beliau semasa dalam perjalanan dari Jouzhaigou ke Chengdu. Alhamdulillah, beliau boleh berbahasa Inggeris dan sudi membantu kami.

    Foto pemandangan malam Stesyen Keretapi Chengdu dari tingkat 22 Grand Chengdu Hotel.



    Malam itu semasa kami keluar utk "street shooting", kami telah bertemu dgn penjual kebab Muslim. Jadi kami makan kebab kambing yg sangat enak bersama roti. Sebelah paginya kami "street shot" lagi di jalan yg berhampiran dengan hotel kami menginap.

    Bergambar dgn penjual kebab.



    Pada pagi 24 Apr, kami keluar utk "street shot" di jalanraya yg berhampiran dgn hotel kami menginap. Suasana pagi yg sangat sibuk dgn manusia dan kenderaan.





    Abang Aziz Mohd Noor sedang street shot di Kota Chengdu..



    Insyallah, nanti kawan sambung lagi...

    * Sila klik imej utk paparan yg lebih besar..

  2. The Following 5 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,340

    Re: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... bilelah nak world trip mcm ni...
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  4. #3

    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Bidor, Malaysia
    Posts
    285

    Re: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    waaa...cite le lagi dRali........
    Abah Along baru belajar ni.......tapi bleh le sikit-sikit ...ade le gambar skit2 kad
    http://syazhar.fotopages.com dan http://www.flickr.com/photos/dedaunhijau/ serta http://myfotoshoot.blogspot.com/

  5. #4

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Saujana Damansara
    Posts
    3,103

    Re: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    terima kasih sebab sudi kongsi dengan kami Doc

  6. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    KB/KL/KUANTAN
    Posts
    2,273

    Re: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    aihhhhhh....masa NPC ari tu x tnjuk pon foto2 ni

  7. #6

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,264

    Re: Foto | Perjalanan pulang ke Chengdu

    Quote Originally Posted by SunnySakura View Post
    aihhhhhh....masa NPC ari tu x tnjuk pon foto2 ni
    hehehe.. hok nim simpan dalam external HD..

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •