Results 1 to 5 of 5

Thread: Fotografi Malam dan Dalam Dewan

  1. #1

    Fotografi Malam dan Dalam Dewan

    Salam rakan2 fotomedia. Minta pandangan dan pendapat semua mengenai fotografi malam tanpa menggunakan pop up flash atau speedlite untuk gambar portrait. (dengan pencahayaan yg cukup)
    sebagai contoh, dalam rumah, kawasan dataran dgn lampu yang terang. Untuk tidak menjadikan gambar 'ghosting'.

    Keduanya, fotografi dalam dewan dengan menggunakan speedlite. Sedia maklum bumbung dewan tinggi, susah nak bounce.

    Diandaikan kedua-dua situasi di atas adalag dengan menggunaka kitlens dengan apperture max f3.5. Jadi apakah setting terbaik dari segi aperture, shutter speed dan iso untuk kedua-dua situasi terbabit.

    Sebenarnya dah beberapa kali cuba. Kadang-kadang dapat apa yang diinginkan, kadang-kadang tidak. Jadi untuk mendapatkan sesuatu yang constant, harap rakan2 dapat membantu.

    Terima kasih.

    -Sony Alpha A200W with 18-55mm dan 75-300mm serta HVL-42AM Speedlite-
    -Canon 7D with 17-40mm L dan 50mm 1.8 serta 430 EX II Speedlite-

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Fotografi Malam dan Dalam Dewan

    kalau dalam dewan try pakai gary fong lightsphere. mahal sikit la tp nampak cam berbaloi. refer link berikut: http://youtu.be/184FkczbfTE

  3. #3

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Fotografi Malam dan Dalam Dewan

    cara terbaik untuk elakkan ghosting ialah dengan menggunakan kamera filem. permukaan sensor digital adalah reflective dan memantulkan cahaya ke element belakang lens dan pantul balik. untuk kurangkan kesan ghosting boleh pakai lens mahal yg ada coating banyak2 atau guna aperture yg tidak terlalu luas. elakkan sumber cahaya terang yg direct masuk frame.

    kalau cahaya tidak terlalu malap, pakai 50/1.8 tu dgn 7D pulun iso secukupnya untuk dapatkan shutter speed minima asal gambar tak blur. biasanya 1/80s kira ok la kut kalau orang2 tu tak bergerak.

    dengan kit lens f3.5, pakai la diffuser sama ada gary fong ke, omni ke. aku buat sendiri pakai botol shampoo. kalau nak background tak gelap, guna slow shutter dalam 1/40s gitu, flash cukup2 untuk fill in je.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  4. #4

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Fotografi Malam dan Dalam Dewan

    Sony A200W nim ambo rasa noise kontrol dia agak kureng mantop kot? lebih dari ISO800 memang skit jugop la noise level dia. Key utamanya nya di sini, untuk tidak ghosting jika shut tanpa speetlite, shutter speed harus tak kurang dari 1/80s untuk minor movement, kalau banyak movement ... lagi laju la kena ejas. So kalau untuk lens f3.5 memang kena boost ISO, tapi bila tinggi sangat noise A200W ni agak kritikal, sampai nampak bintik yang heavy. Solusi... fast lens akan banyak membantu, aperture f2.8 atau lebih besar.

    Untuk shut dalam dewan, dengan siling tinggi, tak perlu riso.. skang ni ada satu diffuser yang ohsem dijual dari Gamilight, a lot lot better dari Gary Fong yang macam mangkok meggi & berat gilo tu (ambo dah buat tempat letak pensel) ekekekek ... gi cari bendalah ni kat kedai2 gambar sohor .... lihat link di bawah

    http://www.mudah.my/New+GamiLight+Ev...r-12158722.htm

    Ada kedai jual RM80, ada RM70 (International Camera), ada serendah RM60 (YL camera). Macam kat link tu dia jual RM68. OK la skali pos. Benda ni almost macam softbox mini, diffuse cantik & nak selesaikan isu siling tinggi memang senang, sebab diffuser ni bleh ejas banyak angle & setup. Sejak pakai benda ni, memang hilang pening kepala, tak kira situasi berapa tinggi siling.. hehehe... ringan yang gila plak tu, tak perlu riso leher speetlite tekehal macam gary-foong sai yuk tow.. ... setting kebiasaan teman dalam Mode Manual = aperture f2.8 - f5.6, shutter sekitar 1/60-1/125, ISO compensate secukup rasa, speedlite mode TTL atau Auto atau Manual power depend pada keadaan lokasi (lighting, available light, keluasan kawasan & sebagainya)

  5. #5

    Re: Fotografi Malam dan Dalam Dewan

    owyeah.. sgt supportive rakan2 di sini, tq so much, yg lain2 kalau ada pendapat masing2, still boleh post kat sini..

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •