Sebuah acara tahunan yang terbesar dan terhebat KLPF telah kembali untuk tahun ke 16 dengan detik-detik sensasi.

Tema pameran tahun ini adalah “City”. Tema “City” boleh diterjemahkan dalam maksud yang meluas, dalam perhubungan antara manusia, cara hidup, alam semula jadi, bandar, seni bina, abstrak, seni halus dan pelbagai hasil kerja kreatif mengenai bandar raya.

Pameran ini terbuka kepada peminat fotografi tempatan. Anda dijemput menghantar gambar mengikut kreativiti anda bertemakan bandar kepada PCP Publication.

Sila emelkan gambar anda yang berbentuk soft copy kepada klpf@pcp2u.my atau mengepos CD anda kepada PCP Publications. Setiap jurugambar dihad menghantar sebanyak 10 gambar, setiap gambar beresolusi 300dpi atau saiz 2MB ke atas. Kami hanya menerima fail JPEG dengan resolusi tinggi. Sertakan maklumat peserta – nama, alamat emel dan nombor telefon.

Tarikh tutup: 30 Ogos 2012

Alamat:
PCP Publications
154-4-1, Kompleks Maluri,
Jalan Jejaka, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Untuk pertanyaan, sila menelefon 03-9281 8039 / 016-715 1703 atau emel kepada klpf@pcp2u.my

Facebook: majalahFotografika